BAB 7

Drama Completed 58217

"Mulai harini kita tak akan ada apa-apa? Anggap macam kita tak pernah kenal"ucap Tulip bergetar.

Keel mengepal tangannya.Dia merenung tajam pada Tulip.

Tulip mahu beredar dari gelanggang.Keel mengejar langkah Tulip.

"Tunggu...tapi kenapa?"soal Keel inginkan jawapan.

Tulip menundukkan wajahnya.

"Saya terlalu muda untuk awak... lagipun saya tak tahu masa depan awak macamana..."ucap Tulip sambil menundukkan.

Keel menumbuk dinding berdekatan dengannya.

"Jadi sebab masa depan saya awak..nak hubungan ni terhenti dekat sini..."ucap Keel.

Tulip berjalan laju meninggalkan gelanggang dengan perasaan sedih.

"Saya terpaksa...."ucapnya dalam hati.

***********

"Mak Ngah! Mak Ngah! Bangun!!!!"jerit suara dua orang budak melompat-melompat atas katilnya.

Tulip menutup telinganya dengan bantal.

"Mak Ngah bangun cepat...bawa kami pergi dusun..."jerit seorang budak perempuan sambil mengoncang badannya berkali-kali.

"Alah...Mak Ngah penat...jangan kacau..."ucap Tulip.Mana taknya dia pergi buat kerja gila dari Kuala Lumpur pecut ke Kuala Kangsar semalam.

"Ngah bangun....dah pukul berapa ni...Abah dah dekat dusun.Bangun bawa budak-budak ni pergi dusun"bising Kak Seroja.

Tulip bangkit tapi matanya masih berat.

"Abah ni pun..angkut jelah diaorang ni naik motor pergi dusun.Saja je suruh aku bangun awal.."ucap Tulip.Walaupun berat punggung mahu bangun akhirnya dia terpaksa mengalah.

Dia menarik kedua-dua anak buahnya yang sorang 7 tahun seorang lagi 5 tahun keluar dari biliknya.

"Dah keluar Mak Ngah nak mandi"ucap Tulip menutup pintu.

Tulip naik semula atas katil dan mahu baring semula.

"Mak Ngah jangan tidur balik ya"ucap anak buahnya bernama Amaris.

Tulip terus berjalan dengan longlai ke bilik air.

*******

Ketukan pintu mengalihkan pandangan Keel.Ain masuk dan menghulurkan satu fail berwarna hitam.

"Ni Tuan Wakeel fail yang Tuan minta pada Cik Tulip"ucap Ain.

Keel memandang fail itu.Kenapa Tulip tak hantar sendiri padanya.

"Kenapa dia tak hantar sendiri? Kenapa perlu awak yang hantar? Pergi pulang balik bagi dekat dia?"soal Keel.

Ain terdiam.

"Erm... sebenarnya..."

Keel memandang setiausahanya itu.

"Sebenarnya apa?"soal Keel.

"Cik Tulip dia cuti..jadi ini tadi Izzad bagi dekat saya..suruh bagi dekat Tuan Wakeel "terang Ain.

"Cuti? Dia sakit ke?"soal Keel mengambil berat.

"Erm...tak tahu pulak.. katanya urgent malam tadi dia minta cuti.. Izzad kata tak ada apa-apa dia bagitahu sebab dia cuti"ucap Ain.

"Okay tak pe awak boleh keluar.."ucap Keel.Ain keluar dari pejabat ketuanya itu.

Dia mengambil telefon pintarnya dari poket blazer.Dan cuba mendail nombor Tulip.

Suara interkom yang keluar.Tulip matikan telefon ke? Marah sangat ke dia dengan aku?.

Keel menggigit bibirnya.

***********

"Mak Ngah cepatlah!!! kita dah lambatlah"ucap Amaris yang menarik tangan Tulip diikuti Ammara sekali.

"Ya sabar..Mak Ngah pakai kasut dulu...kita nak pergi dusun naik apa ni?"soal Tulip pada mereka berdua.

"Abah suruh bawa velfire dia...tu.."ucap Kak Seroja memuncungkan ke arah depannya.Tulip mengecilkan matanya.

"Tu velfire...Abah...ini namanya rempit Kak..Okay...Anak fruit Mak Ngah kita pergi berperang"jerit Tulip sambil berjalan ke arah "Velfire" yang dimaksudkan Kak Seroja iaitu Ford Econovan berwarna putih yang terparkir elok bawa pokok.

Seroja menggelengkan kepalanya.

"Umur nak dekat 30 tahun tapi perangai macam macam budak 3 tahun.."ucap Kak Seroja sebelum masuk dalam rumah.

Tulip menutup kuat pintu van.Amaris dan Ammara duduk dibelakangnya.

"Mak Ngah boleh ke bawa ni? Amaris macam tak yakinlah"ucap Amaris.

Tulip menjelingkan matanya.

Dia menghidupkan enjin van itu.

"Let's go...dusun durian"ucap Tulip sebelum menggerakkan van itu keluar dari laman rumah.

"Wah terer Mak Ngah bawa van...tapi satu je Mak Ngah tak pandai.."ucap Amaris.

Tulip melihat anak buahnya dari cermin.

"Apa dia Mak Ngah tak pandai? Cepat bagitahu Mak Ngah Amaris"ucap Tulip dengan yakin.

"Mak Ngah tak pandai cari Pak Ngah untuk kitaorang..."ucap Amaris.

Tulip tersenyum senget.

"Ehh.. Amaris kau nak makan tengahari dengan kulit durian tak? Baik kau diam..."ucap Tulip membawa van menuju ke dusun Cikgu Basyir.

********

Seroja mengemas sedikit rumah keluarganya terdengar bunyi telefon dari dalam bilik Tulip.Dia mencari rupanya telefon pintar adiknya itu sedang dicas.

Lagi sekali ianya berbunyi.Seroja melihat pada skrin nama pemanggil.

"Sad Ending"ucap Seroja.Apa kepelik Tulip ni simpan nama orang?.Ingat makin tua otak makin cerdik ni makin cetek?.

Dia menjawab panggilan itu.

"Asalamualaikum...siapa ni?"soal Seroja.

Keel dah pelik.Siapa yang menjawab panggilan untuk Tulip.

"Walaikumusalam....boleh saya tahu siapa yang bercakap?"soal Keel.

Seroja mengerutkan dahi.

"Saya Seroja kakak Tulip..Encik cari Tulip ke?"soal Seroja.

Keel terus berdiri dari kerusinya.

"Erm...saya bos dia..saya cari dia.Dia ada dekat mana?"soal Keel ingin tahu.

"Ohh bos Tulip.Maaflah Tulip ada dekat kampung tapi sekarang dia pergi dusun.Agaknya telefon dia habis bateri tadi.Tu yang dia tak bawa"ucap Seroja.

Maknanya Tulip ada dekat kampung?.

"Erm... takpelah Kak Seroja.Saya minta maaf ganggu.Asalamualaikum..."ucap Keel mematikan panggilan.

Dia meletakkkan telefon pintarnya atas meja.

"Jadi Tulip balik kampung...kenapa tiba-tiba?"soal Keel mengigit jarinya.Dia menekan mesin interkom.

"Ain...saya nak awak batalkan semua appointment saya sampai hari isnin depan..saya ada urusan peribadi.."ucap Keel.

"Baik... Tuan Wakeel saya akan proceed kan"ucap Ain.

**********

Tulip mengutip semua buah durian yang sudah siap di kumpul Cikgu Basyir ke dalam bakul dalam van yang dibawanya tadi.

"Alhamdulilah banyak hasil kita dapat kali ni"ucap Cikgu Basyir.

Tulip hanya mengeluh kecil.

"Kamu ni...cuba depan rezeki tu senyum sikit.Dahlah Abah baru telefon semalam tiba-tiba sampai.Cuba jangan bagi Abah sakit jantung dengan perangai kamu.Kalau Mak kamu hidup lagi.Mesti dia pening dengan kamu"ucap Cikgu Basyir.

"Alah Abah ni...orang balik salah tak balik lagilah salah.Cuba bersyukur anak-anak depan mata Abah"ucap Tulip selamba.

"Dah kutip durian semua lepastu bawa anak buah kamu tu pergi duduk dekat pondok tunggu Abah"pesan Cikgu Basyir.

"Baik bos"ucap Tulip.

Sepasang kaki melangkah ke arah Tulip.Tulip terkejut nasib tak terlepas durian di tangannya.

Seorang lelaki sedang berdiri didepan matanya.

"Asalamualaikum.... Cikgu Basyir ada tak?"soal lelaki itu.

"Walaikumusalam....Cikgu Basyir ada... dekat belakang..awak ni siapa?"soal Tulip pada lelaki berkaca mata itu.

Lelaki itu tersengih-sengih.

"Saya Paan....awak tak kenal...saya...ke?"soal lelaki itu pada Tulip sekarang.

Tulip mengerutkan dahi.

"Paan? Paan mana?"

"Alah...saya anak Cikgu Rosnah...satu sekolah dulu..."ucap Paan.

Tulip menjelingkan matanya memandang Cikgu Basyir yang tidak jauh darinya.Ni mesti kerja abahnya.

"Cikgu Rosnah....Rosnah Mat Aris..."ucap Tulip meneka.

"Mak saya Rosnah Mat Deris.."ucap Paan.Tulip tak jadi nak senyum.Bendul betul mamat ni? Aku cuma gelar mak kau supaya aku senang ingat? Dia boleh betulkan pulak.

"Ohhh....apa awak buat dekat sini?"soal Tulip memancing jawapan.Supaya dia menjawab Cikgu Basyir yang menyuruhnya datang ke dusun.

"ahhh....Mak saya suruh saya datang sini jadi saya datanglah"ucap Paan sambil tersengeh-sengeh lagi.

Adui....potong betullah mamat ni.Abah pun satu agaklah mamat ni nak jodohkan dengan aku.Aku ni bijak kot... ughhhhh...lainlah....ahhh malas nak fikir...

"Mak awak suruh...takpelah...saya banyak kerja... Cikgu Basyir sana...silakan.."ucap Tulip menunjukkan arah lain.

Paan tersenyum terus berjalan menonong ke arah abahnya sedang duduk.

"Aku tak boleh biar abah aku buat rancangan dia senyap-senyap.Ni namanya ada tupai disebalik durian...nanti tunggu.."ucap Tulip memerhati dari jauh Abahnya berborak dengan lelaki nama Paan ke Pan ke?.

"Mak Ngah...."panggil Ammara sambil menarik bajunya.

Tulip memandang anak buahnya yang berusia 4 tahun itu.

"Kenapa Ammara?"soal Tulip.

"Ammara nak balik..jom balik..."ucap Ammara.

"Okay...Mak Ngah pergi cakap dengan Tok Abah kejap.."ucap Tulip.Kesian berpeluh-peluh si kecil itu.

*********

Tulip menjengah ke dapur melihat Kak Seroja tengah masak tengahari.Air sejuk diambil dan dituang dalam gelas.

"Akak masak banyak ke? Kata Azalea balik...tak nampak batang hidung pun..."ucap Tulip meneguk air.

Kak Seroja membawa kangkung untuk disiang ke arah meja makan.

"Masak simple-simple je... Azalea balik harini..tapi mungkin sampai lewat sikit katanya.."ucap Seroja.

Tulip mencari-cari kelibat abang iparnya.

"Mana Bang long?"soal Tulip.

"Ada dekat rumah arwah Mak dia.Dia pergi mengemas sekejap"ucap Seroja.

Tulip membelek tangannya yang bercalar kena kulit durian tadi.

"Ni tadi telefon Tulip bunyi..akak jawab sebab asyik bunyi je..."ucap Seroja.

"Siapa?"soal Tulip menghabiskan air dalam gelas.

"Bos Tulip katanya akak cakap Tulip dekat kampung..."ucap Seroja.

Tulip menyemburkan air yang diminumnya.

"Dah kenapa?"soal Seroja.

"Jadi akak cakap Tulip ada dekat kampung..adui...sakit kepala."ucap Tulip terus bangun meninggalkan ruang dapur.

Seroja terkebil-kebil berseorangan di dapur.

Tulip berlari ke arah biliknya.Dia melihat telefon pintarnya dan terdapat banyak panggilan masuk dari nombor yang sama.

"Apa kau ni? Bukan ke aku ni kau dah lupakan?"soal Tulip mematikan telefonnya.Lantak kau situ...biar kau mereput sorang-sorang...

Apa Keel mahu darinya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience