Tulip menekan butang kunci keretanya sebelum berjalan ke lobi syarikat.Dia membetulkan rambutnya dan bajunya memastikan penampilannya harini nampak kemas.
Izzad dan Ain yang sedang berdiri sambil menunggu lif terpandang arah pintu utama syarikat melihat Tulip yang berjalan ke arah mereka.
"Good morning... Miss Tulip kita...nampak berseri-seri sangat harini? Ada berita gembira ke?"soal Izzad sambil membelek wajahnya.
"Nope..macam biasa je..I memang cantik selalu..."ucap Tulip mengibas rambutnya.
"Ehh... Izzad...kau nak tahu satu cerita?"soal Ain.
"Gosip...Mak suka gosip pagi-pagi...apa dia?"soal Izzad.
"Pasal Tuan Wakeel...I think he fall in love with someone?"soal Ain sambil berbisik.
Tulip memasang telinganya.
"Really ke...kau jangan buat cerita Mak tak pernah dengar dia couple dengan sesiapa? Cantik ke orangnya? Mana kau tahu Nyah?"soal Izzad.
"Semalam I tengok feed IG dia...dan dia tulis "Semoga dipermudahkan urusanku dan bakal isteriku" ucap Ain.
"Wow...tapi aku tak pernah nampak dia keluar dengan sesiapa...mesti privasi betul girlfriend dia..."ucap Izzad memuji.
Tulip dah tersenyum manis.
Ain menyenggol lengan Izzad.Lelaki itu memandang Ain.Jari Ain menunjukkan arah Tulip.
Izzad memandang Tulip yang tersenyum sorang-sorang.
"Eh... Nyah kau kenapa?.Orang cerita pasal Tuan Wakeel...yang kau feeling kenapa? Kau jangan nak perasaan yang kau ni girlfriend Tuan Wakeel okay....ehhh aku rasa dia masuk lambat harini pun entah-entah pergi kursus kahwin tak?"soal Izzad menduga.
Keel masuk lambat?.Dia tak inform dekat aku pun.
"Ehh...kau ni..mana ada kursus kahwin hari bekerja..."ucap Ain.
Pintu lif terbuka mereka pun masuk ke dalam lif.Tulip menekan butang lif untuk ke tingkat atas.
Dia membelek skrin telefon tiada sebarang mesej untuknya.
**********
Jam dah berada dipukul 12.30 tengahari.Bermakna sekarang waktu makan tengahari.Perutnya dah berbunyi dari tadi lagi suruh diisi cepat.
Tulip berlari ke arah lif untuk ke tingkat atas.Dia mahu mengajak Keel untuk makan tengahari sama-sama.
Sampai di tingkat atas dia bertembung dengan Ain.
"Eh..Cik Tulip buat apa dekat sini?"soal Ain.
"Ahhh....saya nak jumpa Tuan Wakeel..dia ada dekat dalam tak?"soal Tulip.
Ain berkerut dahinya.
"Ermmmm....Tuan Wakeel off harini baru je dia bagitahu tadi..."ucap Ain.
"Off? Kenapa dia tak cakap dengan aku? Telefon pun tak angkat mana dia pergi?"soal Tulip dalam hatinya.
"Cik Tulip ada pesanan untuk Tuan Wakeel ke? Nanti saya sampaikan..."ucap Ain.
"Tak ada... terima kasih saya turun dulu.."ucap Tulip terus keluar dari tingkat itu.
Hilang moodnya untuk makan tengahari.Dia kembali duduk dalam pejabatnya.Dia mendail nombor Keel.
"Mana dia ni?"soal Tulip.
Keel memandang skrin telefon pintarnya tapi dibiarkan sahaja berbunyi.Matanya masih memandang dalam cermin kaca itu.
"Mana satu pilihan Tuan Wakeel?"soal tuan kedai cincin itu.
"Saya nak simple sebab orang yang nak pakai ni suka something simple but elegant"ucap Keel.
Tuan kedai mengeluarkan koleksi didepan mata Keel.
Matanya tertarik pada satu cincin.
"Saya rasa yang ni okay...bolehlah saya nak ni.."ucap Keel menunjukkan cincin yang dipilih itu.
***********
Komputer ribanya ditutup rapat.Kepalanya sangat lenguh seharian mengadap komputer riba sahaja.
Dia melihat staf lain mula beransur pulang.Itu bermakna dia pun kena balik juga.Dia mengambil beg tangannya dan keluar dari pejabat.
Dia menutup mulutnya yang sudah berapa kali menguap.
Dia masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin membiarkan penghawa dingin menyejukkan ruangan keretanya.
"Nak balik ke atau nak merayap?"soalnya melihat jam dipergelangan tangannya baru jam 5.00 petang.
"Merayaplah cari aiskrim..ke sweet drinks..."ucap Tulip memusingkan stereng kereta keluar.
Dia malas balik ke rumah.Harini mood untuk masak hilang bersama dengan Keel yang entah ke mana dia tak tahu.
Sampai di kedai serbaneka itu, matanya terus tertumpu pada peti beku.Dia melihat ada banyak aiskrim kegemarannya yang baru direstok.
Dia mengambil beberapa dan membuat pembayaran dikaunter.
Selesai membuat pembayaran dia duduk dimeja yang disediakan untuk menikmati aiskrimnya.
Dalam dia menikmati aiskrimnya telefon pintarnya berbunyi tertera nama "Happy Ending".
"Sekarang baru nak ingat aku?"soal Tulip dalam hati.
Dia menetapkan dalam mood senyap.
Lagi sekali panggilan masuk, tapi Tulip membiarkan sahaja.
Dia menikmati aiskrimnya sambil menutup matanya rapat.
Bunyi notifikasi masuk.
Dia membelek.
~ Amboi sedap sangat makan aiskrim tu..sampai ignore saya telefon ~ Happy Ending
Tulip pelik.
"Macamana dia tahu aku makan aiskrim?"soal Tulip.
~ Tak payah pelik sangat...kenapa tak angkat telefon?~ Happy Ending
"Kau yang ignore aku dulu...so what?"soal Tulip.
Dia menghabiskan sisa aiskrim dan membuangnya dalam tong sampah.
Mulutnya dilap pakai tisu sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
Tulip keluar dari kedai serbaneka itu.Dia terpandang Keel yang sedang berdiri tercegat depannya.
Keel tersenyum.
Tulip terus berjalan ke arah keretanya.
"Tulip...kenapa awak lari dari saya?"soal Keel.
Tulip mencari kunci keretanya.
Lengan Tulip dipegang Keel.
"Awak nak apa?"soal Tulip.
"Saya tanya awak tak jawab pun..."ucap Keel.
"Awak ignore saya harini tau....off tak bagitahu saya..tup..tup...muncul depan saya..."ucap Tulip dengan nada kesal.
"Pasal tu je...saya memang ambil cuti nak settle pasal hal kita.."ucap Keel.
Tulip memandang Keel.
"Hal apa?"soal Tulip.
"Tulip... saya nak kahwin dengan awak mesti saya kena uruskan hal kita...lepas tu awak nak bertunang atau terus kahwin?"soal Keel.
Tulip menggelengkan kepalanya.
"Saya tak nak tunang...kalau boleh saya nak kahwin terus... "jujur Tulip.Bagi Tulip tunang tu membazir baik buat yang wajib terus.
Keel tergelak.
"Okay...kahwin terus..."ucap Keel mendekati Tulip.
Tulip menundukkan wajahnya.
"Kahwin terus"ucap Tulip sambil tersenyum sipu.
************
Kopi panas dihirup perlahan, Dia menunggu seseorang.Dari jauh Adam melihat Keel berjalan ke arahnya.
Keel memandang Adam.Dan dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan lelaki itu.
"Silakan duduk?"soal Adam.
"Terima kasih "ucap Keel melabuhkan punggung dikerusi.
"Kau nak order minuman apa-apa?"soal Adam menghulurkan menu.
Keel menyambut menu itu dan membuat pesanan.
"Kau mesti pelik kenapa aku panggil kau datang sini? Sorry aku curi ambil nombor kau pada staf syarikat"ucap Adam.
Keel hanya diam.
"Takpe... Aku faham.. pertama sekali Aku nak minta maaf pasal Tulip.Aku tak tahu pasal perasaan kau pada Tulip"ucap Keel.
Adam tersenyum sedikit.
"10 tahun lepas....dia pernah datang pada aku mengadu yang dia patah hati...waktu tu umur dia dalam tingkatan 4.Dia cakap Pak Lang larang dia suka pada seorang budak lelaki iaitu senior dia.Dia menangis hampir seminggu sebab nak terima kenyataan tu..."cerita Adam.
Keel hanya mendengar cerita Adam.
"Dan setiap kali aku tanya soalan...dia tunggu siapa... jawapan dia tetap sama tak pernah berubah... Aku fikir dengan aku dekatkan diri aku pada dia...ada ruang dalam hati dia untuk aku...tapi rupanya tak...10 tahun bukan untuk aku...Dia tetap pilih kau..."terang Adam dengan rasa berat hati.
Keel memegang kedua-dua tangannya.
"Dan aku tahu dia tak pernah ada perasaan pada aku.Sebab sepenuh hati dia dah lama dia serahkan pada kau sorang...dia sanggup pertahankan kau depan Pak Lang.Aku akui aku cemburu dengan apa yang Tulip pada kau"ucap Adam.
"Sorry....aku tak bermaksud nak buat kau rasa macam tu.."ucap Keel.
"It's okay bro...berapa kali aku bagitahu Tulip pun.. jawapan dia tetap kau...so aku harap kau dapat jaga dia...jaga hati dia..aku akan terus jaga dia sebagai sepupu je.."ucap Adam.
Keel mengangguk perlahan.
"Terima kasih sebab memahami Tulip....jaga dia sepanjang Aku tak ada...10 tahun lepas..."ucap Keel.
Adam bangkit dari duduknya.Keel bangkit dan bersalaman dengan lelaki itu.
Adam dapat terima kenyataan....
Share this novel