BAB 4

Drama Completed 58217

"Tulip terlalu muda untuk saya? Lagipun saya dah tingkatan 5 Tulip baru tingkatan 2.Apa orang akan cakap nanti?"soal Keel pada Tulip yang sedang duduk.

"Tapi...umur bukan penghalang kalau nak bercinta.Lagipun bukan saya ajak awak kahwin pun? Kita kenal sesama kita...takkan tu salah"ucap Tulip.

Keel melabuhkan punggung disebelah Tulip.

"Tak boleh Tulip...kalau satu sekolah tahu pasal kita berdua sampai dekat telinga Cikgu Basyir macamana? Awak tahukan abah Tulip macamana?.Dia paling tak suka kalau anak dia bercinta masa sekolah.."ucap Keel dengan nada sedikit tinggi.

Tulip mengigit jari.

"Tulip Amaryllis!!!"jerit satu suara.Tulip berdiri memandang wajah Cikgu Basyir yang menyinga.Keel turut terkejut dengan kemunculan Cikgu Basyir disitu.

Cikgu Basyir berjalan ke arah mereka berdua.

Satu tamparan hinggap di pipi Keel.Tulip menutup mulutnya tidak sangka abahnya akan menampar wajah Keel.

Keel terasa sakit pada pipinya.

"Abah...jangan macam ni.. Keel tak salah pun.."ucap Tulip berdiri didepan Keel memandang Cikgu Basyir.

"Kamu jangan masuk campur urusan Abah.. pergi balik...sekarang..."ucap Cikgu Basyir pada anak keduanya itu.

Tulip menggelengkan kepalanya laju.Dia takkan tinggalkan Keel dengan abahnya.

"Tak...Tulip takkan biarkan Abah sakitkan Keel.Keel tak salah apa pun.."ucap Tulip mempertahankan lelaki dibelakangnya.

"Balik sekarang!!!!"jerit Cikgu Basyir.

Tulip memejamkan matanya.

"Balik Tulip dengar cakap Cikgu Basyir..."ucap Keel dibelakangnya.

Tulip memandang lelaki itu.Tulip balik juga mendengar kata Keel.

Tinggal Cikgu Basyir dan Keel disitu.

"Jangan dekat dengan Tulip kalau masa depan kau pun kau tak tahu lagi.Aku tak nak masa depan anak aku hancur sebab kau"ucap Cikgu Basyir pada Keel.

Cikgu Basyir berpaling dan pergi.

Keel menyepak bola takraw yang ada dikakinya.Dia memegang pipi yang masih sakit.

*************

Keel melepaskan pelukan pada Tulip.Dia memegang bahu gadis itu.

"Kenapa awak bodoh sangat tak jawab panggilan saya?"marah Keel padanya.

Tulip diam.

"Saya tak tahu itu nombor awak... macamana awak boleh ada dekat sini? Macamana awak tahu saya ada masalah?"soal Tulip pada lelaki itu.Dia baru sedar Keel sudah basah terkena hujan.

Dia berpaling dan mengambil payung yang jatuh dan memayungkan Keel.

"Habis basah baju awak..."ucap Tulip memandang Keel.

Keel menarik tangan Tulip dan menuju ke keretanya.Pintu dibuka dan dia mengarahkan Tulip masuk ke dalam.

Tulip cepat-cepat masuk ke dalam kereta itu.Pintu ditutup kuat dia memandang Keel pergi ke arah pemilik towing.

Keel mengeluarkan kad dalam dompet dan dihulurkan pada pemilik towing itu.

"Encik boleh telefon saya nanti untuk settle pasal kereta"ucap Keel sebelum berlalu ke keretanya.

Tulip melihat bajunya yang basah.Keel mencapai kot yang bersangkut dibelakang.Dan diberi pada Tulip.

"Pakai tu sementara nak turun bawa.."ucap Keel.Tulip menyarung pada badannya.

"Awak macamana?"soal Tulip pada lelaki itu.

Keel memandang Tulip.

"Saya antibodi kuat.."ucap Keel.

Dan perjalanan dari Bukit Janda Baik mahu ke Genting Sempah hanya sepi tanpa bicara.

Keel menghentikan kereta di stesen minyak.Tulip mencium kot milik Keel dan dia tersenyum.Adakah Keel risau dengannya sampai sanggup datang jauh mencari dia?.

Keel kembali semula dalam kereta.Dia menghulurkan kopi panas pada Tulip.

Tulip memandang secawan kopi itu.Keel turut memandangnya.

"Jangan risau saya tak gila lagi nak letak serbuk cili dalam kopi ni"ucap Keel.

Tulip tersentap.

Dia mengambil kopi itu.

"Awak...risau kan saya ke sebab tu awak datang?"soal Tulip dengan berani.Keel menghela nafas memandang ke arah luar tingkap.

"Tak...saya risau kalau apa-apa jadi dekat kereta syarikat tu je"ringkas jawapan Keel.

Tulip mengangguk perlahan dan mengalihkan pandangannya ke luar tingkap.Airmata sudah bergenang di kelopak matanya.Dia menunduk menyeka hujung matanya.

Keel memakai tali pinggang keselamatan dan meneruskan perjalanan ke D'Mans.

**********

Tulip mengeringkan rambutnya yang basah.Dia mengambil telefon pintarnya yang sudah dicas tadi.

Dia memandang nombor itu.Dia menyimpan dalam data panggilan.

"Nak letak nama apa? Tuan Wakeel...atau Keel..tak boleh...erm...malas fikir...buat sakit hati je.."ucap tulip menghempas telefonnya.

Keel mencapai rimut televisyen.Dia melihat drama pukul 9 itu dengan rasa bosan.Fikirannya menerawang teringatkan tentang kejadian petang tadi.

Dia memeluk Tulip tadi.Dia memegang dadanya.

"Aku risaukan Tulip....aku rasa memang aku risaukan kau...."ucap Keel.Dia memandang telefon pintarnya.Nombor Tulip dia simpan sebagai "Real One".

Loceng rumahnya berbunyi.Dia bangun dan membuka pintu.Muncul Wan sambil menunjukkan dua plastik merah pada Keel.

"Asalamualaikum...ni aku ada bawa makanan..aku nak makan sorang aku bosan.."ucap Wan masuk terus ke dapur rumah kawannya itu.

"Walaikumusalam....baik kau tak payah pindah kalau kau asyik nak makan dekat rumah aku aje.."ucap Keel menarik kerusi dan duduk.

Wan membawa pinggan dan cawan.

"Aku beli rumah sebab pelaburan masa depan.Tapi calon isteri tak ada lagi.Lagipun aku tahu kau mesti belum makan lagi"ucap Wan dengan macam-macam alasan.

Wan menghulurkan sepinggan nasi goreng tomyam kegemaran Keel.

"Makan-makan..sedap ni.."ucap Wan.

"Baca doa dulu kau jangan nak gelojoh sangat.."ucap Keel.

********

"Auchu!!!"

Rasa dah kali keberapa Tulip bersin pun dia tidak tahu. Dia mencapai tisu dan mengesat hidungnya.

"Nyah....teruknya kau selsema.. kenapa tak rehat dekat rumah je?"soal Izzad.

"Aku okay...selsema je pun...lagipun aku kena settlekan laporan semalam"ucap Tulip.

"Hidung kau dah merah..Tau...pergi klinik ambil MC pastu rehat dekat rumah.."ucap Izzad.

Tapi mata Tulip masih dekat skrin komputer tidak bergerak langsung.Malas dia nak ambil MC semata-mata sebab selsema.

Dia mengambil kertas pada printer berdekatan dan mengumpulnya.Dia bangun dari kerusi dan keluar dari pejabatnya.

Izzad hanya memerhati.

Ketukan pintu mengalihkan pandangan Keel dari skrin komputer pada gerangan depan pintu.Tulip masuk dan menyerahkan kertas laporan atas meja Keel.

Dia berdiri sedikit jauh.

Keel mengambil kertas laporan itu dan dia membelek sehelai demi sehelai.Tulip mendongak ke atas sebab dia rasa hidungnya berair.

Keel memandang pelik pada Tulip.

"Benci sangat ke sampai mendongak ke atas tak nak tengok muka saya? Lepas ni kalau benci sangat bagi dekat Ain je"soal Keel dengan nada sedikit kasar.

Tulip menutup hidungnya yang berair dengan tangan.

Makin pelik kelakuan Tulip harini.Tadi mendongak sekarang tutup hidung pulak.Dia mencium bau badannya tapi tiada bau yang kurang menyenangkan pun darinya.

"Okay awak boleh keluar.."ucap Keel.Laju Tulip melangkah keluar kerana ada cecair yang bakal keluar laju dari hidungnya.Dia terus ke tandas berdekatan.

***********

"Izzad selalu lunch dengan Cik Tulip harini sorang je ke?"soal Ain pada Izzad.Keel yang berada di belakang mereka berdua pura-pura main telefon.Tapi dia memasang telinga mendengar perbualan itu.

"Alah...Cik Tulip kita harini tak berapa sihat sangat...asyik achuu...achuu..selsema. sampai merah hidung dia..."cerita Izzad.

Tulip tak sihat? Kenapa dia tak cakap dekat aku?

"Tak sihat pun datang kerja juga?"soal Ain

"Biasalah nama pun Tulip Amaryllis.Kerja tetap kerja walaupun dah nazak macamana sekali pun"ucap Izzad.

********

Keel melihat arah pejabat Tulip.Dia masuk setelah memastikan tiada sesiapa di situ.Dia meletakkkan plastik ubat atas meja Tulip.Sambil memandang Tulip yang sedang tidur sambil meletakkkan kepala atas meja.

Rambut Tulip diselak sedikit.Merah hidung itu mungkin asyik bersin.

Dia terus keluar dari pejabat Tulip.Tulip tersedar sebaik bunyi penggera telefon berbunyi.Dia membetulkan rambutnya yang serabut dan terpandang atas mejanya ada plastik biru.

Dia memandang ke luar pejabatnya tiada sesiapa.Dia membelek dalam plastik itu terdapat Panadol untuk selsema dan demam.

"Siapa yang beli ni? Izzad ke?"soal Tulip dalam hatinya.

Keel mencuri-curi pandang pada Tulip.Dia lega Tulip mengambil pemberian itu.Dia terus berlalu untuk naik ke tingkat atas.

Izzad yang lalu depan pejabat Tulip dipanggil oleh Tulip.

"Izzad!!"panggil Tulip.
"Ya Cik Tulip kita nak apa?"soal Izzad.

"Ahh terima kasih Izzad sebab belikan ubat untuk aku..."ucap Tulip.

Izzad berkerut dahinya tidak faham dengan apa yang Tulip cakap.

"Kau okay tak ni? Ke kau mamai Tulip...mana ada aku beli ubat untuk kau?"soal Izzad.

Tulip terdiam.Bukan Izzad yang beli? Habis ubat tu siapa yang belikan?.


************

Tulip mengemas mejanya sebelum balik.Fikirannya masih terfikir pasal ubat tadi.Siapa yang belikan ubat untuknya?.

Dia turun ke lobi terpandang pada Keel yang sedang bercakap dengan telefon.Tak mungkin lelaki itu yang belikan ubat untuknya?.Tak...tak...jangan berangan....

Dia berjalan terus keluar dari situ.Keel memandang sahaja Tulip yang berjalan ke keretanya.

Tulip masih tertanya-tanya siapa yang belikan ubat untuknya? Keel risaukan Tulip..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience