BAB 9

Drama Completed 58217

Tulip membelek telefonnya.Dia mencari di Fac kalau-kalau ada akaun atas nama Habib Wakeel.

Tapi tiada carian yang dia jumpa.Kekecewaan jelas terpancar diwajahnya.

Maknanya lelaki itu memang tak ada akaun media sosial langsung.

*********

Keel memandu kereta dengan gugup kerana Cikgu Basyir ada disebelahnya.Bibirnya terasa kering dan sedikit janggal.

"Kamu baru sampai sini ke?"soal Cikgu Basyir pada Keel.

"Ahhh...baru dua hari sampai sini.Ada urusan perlu diselesaikan"ucap Keel.

"Ohhh...sama dengan Tulip lah lebih kurang.Kamu duduk rumah lama dekat taman perumahan tu ke?"soal Cikgu Basyir.

"Ahh...saya duduk situ..sambil-sambil bersihkan rumah tu"ucap Keel.

Cikgu Basyir melihat anak muda itu.Jauh berbeza dari dulu.

"Keluarga kamu sihat?"soal Cikgu Basyir.Keel memandang Cikgu Basyir.

"Alhamdulilah sihat... sekarang diaorang ada dekat Kuala Lumpur dengan saya cuma saya tak duduk dengan diaorang.Saya duduk sendiri"ucap Keel.

Cikgu Basyir senyum.

"Samalah dengan Tulip...dia duduk sorang-sorang dekat sana.Cikgu mampu doakan je..semoga dijauhkan dari perkara yang tak baik"ucap Cikgu Basyir.

Keel mengangguk perlahan.

"Kamu dah kahwin ke?"soal Cikgu Basyir.

"Belum...lagi.. Cikgu..saya sibuk sangat..tak sedar..masa berlalu cepat sangat.."ucap Keel.

**********

"Assalamualaikum....."satu suara memberi salam diluar rumah.Tulip menjengah keluar.

"Walaikumusalam...Abang Adam bila sampai?"soal Tulip.

Adam tersenyum manis.

"Baru je...sampai ingat Tulip tak ada dekat rumah.Kereta tak ada dekat garaj"ucap Adam menunjukkan arah garaj.

"Ada...Pak Lang bawa kereta Tulip.Tapi tulah patut dah balik..sebab dah lama keluar.Jemput masuk Abang Adam"ucap Tulip mempelawa sepupunya masuk ke dalam rumah.

"Siapa datang Ngah?"soal Seroja.Adam muncul didapur.

"Lah... Adam ke.. ingat siapa tadi? Macamana tahu kitaorang semua balik ni?"soal Seroja.

"Pak Lang cakap korang semua balik tu yang keluar Kem kejap datang sini.Lama tak jumpa alang-alang boleh keluar.Boleh pekena durian Pak Lang"ucap Adam.

"Langkah kananlah Abang Adam"ucap Azalea yang muncul didapur.

"Sarat dah Azalea ni...tak lama lagi bersalin lah ni?"soal Adam melihat perut Azalea yang sudah besar itu.

"Nampak gaya macam tulah..."ucap Azalea.Tulip membelek telefonnya terdapat panggilan dari abahnya.

Kenapa Abah telefon?

**********

Kell memasuki kawasan kampung untuk ke rumah Cikgu Basyir.

"Cikgu minta maaf dengan kamu apa yang jadi 10 tahun lepas... Cikgu buat semua tu untuk Tulip.."ucap Cikgu Basyir.

Keel memandang ke arah jalan.

"Saya faham... Cikgu nak terbaik untuk dia..mana ada mak ayah nak yang buruk untuk anak-anak dia. Lagipun Tulip muda sangat masa tu...baru nak kenal erti dunia... Cikgu tak payah risau..saya okay.. sekurang-kurangnya tamparan Cikgu pada saya mampu ubah hidup saya.."ucap Keel.

Cikgu Basyir memandang ke arah jalan.Dia menunjukkan kawasan rumahnya.

Keel memberikan isyarat untuk masuk ke dalam rumah Cikgu Basyir.

"Berhenti sini...jelah Keel."ucap Cikgu Basyir.Keel berhentikan keretanya.

"Jom masuk dulu.. lagipun dah boleh makan tengahari lepas makan balik boleh rehat.."pelawa Cikgu Basyir.

Keel dah tak senang.

"Takpelah Cikgu Basyir saya balik jelah..seganlah..macam ramai je.."ucap Keel menunjukkan kereta yang terparkir depan laman.

Cikgu Basyir melihat ke arah depan rumahnya.

"ohhh tak ramai pun..tu yang ada anak Cikgu dengan sepupu Tulip, Adam baru sampai kot.Mari turun.."ucap Cikgu Basyir.

Adam ada?. Keel mematikan enjin kereta terlebih dahulu.

Tulip yang terdengar bunyi orang datang menjengah keluar.Dia terpandang abahnya yang turun dari kereta yang berlainan.

Tulip turun memakai sandals.

Dia memandang kereta depannya.Macam kenal?.

"Tulip ambil barang ni..."panggil Cikgu Basyir.Tulip mahu ke belakang terkejut sebaik pintu sebelah pemandu dibuka.

Dia berundur sedikit.Dan matanya terbeliak kerana lelaki itu ada depan matanya.Macamana abah dengan Keel?.

"Abah...mana kereta Tulip? Abah jual ke?"soal Tulip ke arah but belakang.

"Angkat barang dulu.."ucap Cikgu Basyir.

"Mana kereta Tulip Abah.?"soal Tulip lagi sekali.

Keel menyandar pada kereta.

"Kereta awak rosak..saya jumpa Cikgu Basyir dekat pekan"ucap Keel.

Tulip buat tak dengar.Dia berpusing dan mahu masuk ke rumah.

"Jom Keel kita masuk..."ucap Cikgu Basyir menepuk bahu Keel.

Tulip berpaling.

"Kenapa Abah ajak dia masuk?"soal Tulip dengan geram.

"Ishh..kamu ni dia dah tolong Abah jadi abah balas balik ajak dia makan tengahari dekat rumah kita"ucap Cikgu Basyir pada Tulip.

Keel mengikut langkah Cikgu Basyir masuk ke dalam.Tulip masih tercegat tidak bergerak.

"Anyway cantik awak pakai apron"puji Keel sambil mengangkat kening.

Tulip memandang dirinya yang memakai apron.Dia sendiri tidak perasan apron tidak dibukanya.

************

Semua dimeja makan memandang Keel tidak berkelip termasuk Adam yang duduk disebelah Tulip.

"Jom makan baca doa dulu"ucap Cikgu Basyir.Doa dibaca terlebih dahulu sebelum makan.

Mereka mengaminkan doa makan.Tulip mengambil lauk dan dibawa ke pada Adam disebelahnya.

"Abang Adam ambillah lauk ni..penat Tulip masak.."ucap Tulip mencedokkan lauk ke dalam pinggan Adam.

Keel memandang Tulip yang sedang melayan Adam.Timbul rasa cemburu dalam hatinya.

"Makan Keel lauk orang kampung je.."ucap Cikgu Basyir.

"Lauk kampung tu yang sedap sebenarnya"ucap Keel.

Azalea memandang Tulip dan Keel.

"Ni Keel ni duduk KL ke sekarang?" soal Seroja pada Keel.

"Ahh.. sekarang menetap dekat KL sebab kerja dekat sana"ucap Keel.

"Ohh...sama dengan Tuliplah"ucap Seroja.

Adam hanya diam memandang Tulip yang senyap.

"Ngah kenapa senyap je? Selalu kau paling kecoh.. harini kau sopan pulak.."ucap Azalea.

Cikgu Basyir tahu kenapa Tulip senyap sahaja.

"Dah makan kejap lagi boleh solat zohor berjemaah"ucap Cikgu Basyir.

"Boleh Pak Lang... Adam jadi imam.."ucap Adam meneguk air sirap dalam gelas.

"Harini Pak Lang tak nak kamu jadi imam"ucap Cikgu Basyir.

Tulip memandang abahnya.Adam turut berhenti minum.

"Abah nak Keel jadi imam harini.."ucap Cikgu Basyir sambil memandang Keel.

Keel tersedak nasi.Tulip dah terkejut dengan jawapan Cikgu Basyir.

Keel terbatuk-batuk.Tulip bangkit dan pergi ke arah Keel lalu menepuk belakang lelaki itu kuat.

Azalea dan Seroja memandang Tulip yang membantu Keel.

"Ermmmm...."dehem Cikgu Basyir pada Tulip.Tulip memandang semua dan memandang Keel yang sedang melihatnya.

Dia cepat-cepat kembali duduk dikerusinya.

**********


Solat zohor berjemaah harini diimamkan oleh Keel sendiri.Tulip tersenyum manis dia tidak sangka impian dia nak diimamkan oleh Keel tercapai akhirnya walaupun bukan sebagai suami isteri hanya sebagai kawan mungkin.

Habis solat Tulip turun ke dapur untuk mengemas sedikit.Memandangkan Kak Seroja dah masak untuk keluarganya tadi.

Pinggan yang basah diletakkan di tingkat pinggan.Keel melihat sekeliling melihat Tulip yang sedang berada didapur mengemas mungkin.

"Nak saya tolong ke?"soal Keel dari belakang.

Pinggan ditangan Tulip terlepas dari tangannya.Nasib Keel menyambut kalau tak tentu sudah berkecai.

"Nasib tak pecah..."ucap Keel.Tulip merampas kasar pinggan ditangan Keel dan menyambung kerjanya.

Keel memeluk tubuh.

"Hei awak boleh balik tak? Jangan nak serabut kepala saya dekat sini?"soal Tulip.

"Abah awak tak suruh balik pun...dia ajak saya makan durian"ucap Keel.

Tulip menghentak jug disinki.

"Saya dah cakap yang saya takkan kejar awak lagi..awak tak faham bahasa ke?"marah Tulip.

Keel hanya tersenyum.

"Awak minta saya datang pada awak...itu yang awak cakap betulkan? Jadi saya....datang pada awak..."ucap Keel.

Tulip tersenyum sinis.
"Itu dulu...masa saya suka awak...masa saya ada hati dekat awak...tapi sekarang dalam ni..."ucap Tulip sambil menunjukkan bahagian jantungnya.

"Kosong... nothing...."ucap Tulip.

Keel menundukkan wajahnya.

"Oh yeah....jangan pura-pura yang awak ni rapat dengan saya.. sebab saya rasa loya..."ucap Tulip sebelum meninggalkan ruang dapur.

Keel mengigit bibirnya.Nampaknya Tulip berkecil hati dengannya.

**********

"Kalau ada masa datanglah sini Keel.Nak singgah makan ke atau tidur pun boleh"ucap Cikgu Basyir.

"insyallah terima kasih sebab sudi ajak saya makan tengahari dengan solat dekat sini..saya minta maaf sebab datang tak diundang..."ucap Keel.

Seroja mencari Tulip.Tapi tiada langsung diluar.

Keel bersalaman dengan semua.

Dia memandang pada rumah Cikgu Basyir sebelum masuk ke dalam keretanya.

Tulip memandang dari tingkap terus masuk ke dalam bilik.

Keel memandu keluar dari laman rumah Cikgu Basyir dengan berat hati.

Nampaknya Arnab yang dulunya jinak kini bertukar liar.

Tulip berubah kerana Keel? Mampukah Keel mendapatkan Tulip kembali?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience