BAB 13

Drama Completed 58217

"Kamu datang sini macam ada sesuatu je?"soal Cikgu Basyir.

Adam tersenyum manis.

"Sebenarnya Adam datang sini ada hajat..nak disampaikan pada Pak Lang..ni soal hati dan perasaan Adam"ucap Adam.

Cikgu Basyir memandang Adam.

"Apa hajatnya tu?"soal Cikgu Basyir.

Adam mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan menghulurkan pada Cikgu Basyir.Cikgu Basyir melihat kotak kecil berwarna merah itu.

Dia membuka kotak merah itu.Sebentuk cincin emas tersemat cantik didalamnya.Dia memandang Adam.

"Adam nak jadikan Tulip sebagai isteri Adam..."luah Adam kepada Cikgu Basyir.

Cikgu Basyir menundukkan wajahnya dan mendengus perlahan.

"Kamu betul ke ni..Adam...Tulip tahu perkara ni..?"soal Cikgu Basyir.

Adam menggelengkan kepalanya.

"Pak Lang nak kamu jumpa dengan Tulip dulu...dan bagitahu dia...tentang hasrat kamu ni.. Pak Lang tak kisah pun kalau kamu jadi menantu Pak Lang.Lagipun Pak Lang dah kenal hati budi kamu.."ucap Cikgu Basyir.

***********


Keel keluar dari lif untuk ke keretanya mengambil barang tertinggal.Dia terpandang pada arah depannya.Dia berhenti sebaik melihat susuk tubuh Adam sepupu Tulip.

Lelaki itu merenung pada Keel.

"Kau mesti tahu kenapa aku datang sini?"soal Adam.

Keel tersenyum senget.

"Kenapa? Kau nak bangga depan aku sekarang yang kau akan miliki Tulip macam tu..."ucap Keel.

"Kau kenal aku siapa...aku abang sepupu dia.. keluarga dia..jadi aku rasa lebih baik kau lupakan Tulip.Dia tak layak untuk kau..."ucap Adam.

Keel tersenyum sorang-sorang.

"Ini hidup aku...bukan hidup kau..jadi suka hati akulah nak pergi mana..pun.. lagipun dunia ni bukan kau punya...dan kau siapa nak buat keputusan untuk hidup dia.. Abang sepupu je?"soal Keel dengan nada mengejek.

"Aku keluarga dia...dia takkan khianat keluarga dia sendiri.."ucap Adam dengan yakin.

"Keluarga? Kalau keluarga dia takkan ambil berat dan jatuh cinta dengan keluarga dia sendiri.Kau tahu kau ni lelaki hipokrit.Lelaki yang sibuk nak buat keputusan untuk orang lain dan pentingkan diri... Kau rasa Tulip setuju ke?"soal Keel pada Adam sambil tersenyum senget.

Adam terdiam.

Keel terus meninggalkan Adam di lobi berseorangan.Dia mengepal penumbuk rasa tercabar.

***********

Selepas waktu magrib mereka berkumpul berdekatan Masjid Jamek Kuala Lumpur untuk meneruskan program CSR bersama dengan gelandangan.

Tulip dan pasukannya mengagihkan pek makanan dan minuman kepada gelandangan yang datang.

Lebih kurang 500 pek makanan dan minuman diagihkan bersama dengan pasukan dan staf syarikat.

Tulip terduduk di tepi setelah selesai tugasannya.

Keel mencari dimana perginya Tulip.Dia terpandang Tulip yang sedang duduk.

"Izzad.... bagi satu air mineral..."pinta Keel pada Izzad.Izzad menghulurkan satu botol air mineral padanya.

Keel berjalan ke arah gadis itu.

Air dihulurkan pada Tulip.Tulip mendongak memandang Keel.Dia menyambut botol air ditangan Keel.

Lelaki itu duduk disebelahnya.

Tulip meneguk air dalam botol itu.

"Terima kasih awak..."ucap Tulip.

"Baru malam ni saya nampak awak senyum..."ucap Keel pada Tulip.

"Saya rasa tenang malam ni.Hilang semua masalah saya..."ucap Tulip sambil menundukkan wajahnya.

"Awak cuba tengok diaorang?"soal Keel pada Tulip sambil menunjukkan arah gelandangan yang sedang menikmati makanan yang mereka dapat.

Tulip memandang ke arah yang sama.

"Hidup mereka mungkin lebih baik daripada kita dulu.... mungkin ada sebab kenapa mereka memilih untuk hidup sebagai gelandangan...syukur pada nikmat yang diberi dan sujud pada takdir yang telah dia tetapkan..."ucap Keel.

"Tapi takdir kita berbeza dan penuh dengan dugaan...untuk mencapai sebuah kebahagiaan"ucap Tulip.

Keel memandang Tulip yang masih diam sahaja.

"Tulip....awak kena yakin dengan takdir awak...kalau 10 tahun kita boleh tempuh...ujian akan datang pasti kita boleh harungi.."ucap Keel.

Tulip tersenyum mendengar ayat Keel.

"Awak...erm...bila awak nak jumpa dengan Abah saya?"soal Tulip.

"Insyallah besok saya akan pergi sana.."ucap Keel.

"Jom...kemas-kemas patut kita balik..."ucap Tulip bangkit dan menghulurkan tangan pada Keel.

Keel tersenyum dan menyambut huluran tangan Tulip.

***********

Cikgu Basyir sedang duduk sambil membaca surat khabar diluar rumahnya.Dia melihat ada sebuah kereta masuk ke dalam laman rumahnya.

Dia seperti pernah nampak kereta itu sebelum ini.

Dia membuka spek matanya dan diletakkan atas meja.

Keel menarik nafasnya dalam-dalam sebelum melangkah keluar dari kereta.

"Asalamualaikum Cikgu Basyir"sapa Keel sebaik berdiri didepan rumah.

Cikgu Basyir berjalan ke arah Keel.

"Walaikumusalam...ada tujuan apa kamu datang sini?"soal Cikgu Basyir menghulurkan tangan pada Keel.Keel bersalaman dengan Cikgu Basyir.

"Ada perkara yang saya nak cakap tentang Tulip"ucap Keel.

Cikgu Basyir mempelawa pemuda itu masuk ke dalam rumah terlebih dahulu.

Keel duduk diruang tamu sementara menunggu Cikgu Basyir datang.

Cikgu Basyir membawa air untuk tetamunya.Keel bangkit dan menyambut dulang air yang ditatang oleh Cikgu Basyir.

"Minta maaf sebab datang tak bagitahu dengan Cikgu.."ucap Keel.

"Takpe Cikgu kalau tak ada pun dekat homestay atau dekat ladang je...ni tadi nak cakap pasal Tulip.Apa dia?"soal Cikgu Basyir.

Keel menggigit bibirnya.

"Begini...saya tak nak pendam lagi benda ni pada Cikgu Basyir.Cikgu mesti tahu saya dengan Tulip dah lama kami kenal dari zaman sekolah lagi... jadi saya rasa dah tiba masa kami ikhlaskan hubungan kami.."ucap Keel.

Cikgu Basyir memeluk tubuh.

"Kamu nak cakap yang kamu suka pada Tulip?"soal Cikgu Basyir.

Keel mengangguk perlahan.

"Ya...10 tahun lepas hubungan kami terputus...tapi kali ni kami buat keputusan untuk minta restu Cikgu Basyir tentang hubungan kami..."ucap Keel pada lelaki berusia 60 an itu.

"Macam nilah sebenarnya Cikgu dah terima pinangan orang lain untuk Tulip..dan rasanya kamu faham jawapan Cikgu apa?"soal Cikgu Basyir.

"Cikgu...tapi Tulip tak setuju dengan keputusan Cikgu untuk jodohkan dia dengan Adam..."ucap Keel.

Cikgu Basyir terkejut macamana lelaki itu boleh tahu tentang pinangan Adam.

"Tulip akan setuju dengan keputusan saya....dia takkan lawan cakap saya.."ucap Cikgu Basyir lagi.

Keel menundukkan wajahnya.

"Tapi Tulip tak cintakan Adam pun Cikgu...dia anggap Adam macam Abang dia sendiri....Tulip ada pilihan dia sendiri Cikgu... Cikgu tak boleh ketepikan perasaan dia..."ucap Keel mempertahankan pendiriannya.

Cikgu Basyir bangkit dan memandang Keel.

"Kamu nak perkara sama berulang lagi?"soal Cikgu Basyir menyindir.

"Kalau benda tu jadi lagi...saya sanggup untuk hadap semuanya asalkan Tulip kahwin dengan saya bukan Adam.Saya cintakan Tulip dari dulu lagi... hubungan kami terputus pun sebab Cikgu Basyir halang... sekarang ni Tulip dah 26 tahun...dia bukan budak-budak lagi.Dia tak perlukan Cikgu Basyir untuk buat keputusan untuk dia..."ucap Keel jelas.

Cikgu Basyir memandang Keel.


Keel keluar dari rumah Tulip dengan perasaan hampa.Tiada jawapan mahupun kata noktah pada Keel.

Keel masuk ke dalam kereta.Enjin dihidupkan lalu dia mengundurkan kereta dan keluar dari laman rumah Cikgu Basyir.

"Cikgu tetap mahu Adam kahwin dengan Tulip...."ucap Cikgu Basyir.

"Apa? Cikgu sanggup ketepikan perasaan Tulip demi kepentingan Cikgu sendiri.Saya betul-betul tak faham..sekarang..kalau cintakan Tulip Amaryllis adalah satu dosa.Saya sanggup tanggung dosa tu Cikgu..tapi saya tak tahu kalau seorang ayah itu sanggup tangguh dosa demi kepentingan sendiri."ucap Keel tadi.

Cikgu Basyir menyandarkan tubuhnya.Dulu alasan dia menghalang hubungan Tulip dan Keel kerana Tulip terlalu muda dan perlu fokus pada pelajaran.Tapi kali ini apa pula alasannya?.

***********


Tulip menghantar mesej kepada Keel.Dia menunggu lama.

Bunyi notifikasi masuk.

"Asalamualaikum.... sorry saya terlelap tadi.."~ Happy Ending.

"Walaikumusalam....Maaf ganggu awak tidur"~ The Real One.

Keel menaip.

"Awak dah makan?"~ Happy Ending.

Tulip tersenyum.

"Dah.... tadi saya masak sikit...awak dah pulak"~ The Real One.

"Saya dah makan jugak..."~Happy Ending.

"Awak.... macamana tadi jumpa Abah saya...okay tak?"soal Tulip.

Keel tak nak kecewakan Tulip.

"Okay...semua okay...je...awak jangan risau.."ucap Keel.

Tulip tersenyum dan lega mendengarnya.

"Terima kasih awak... Abah ada tanya soalan apa-apa tak?"soal The Real One lagi.

Keel menaip lagi.

"Macam biasa je...awak saya nak kena siapkan kerja sikit..nanti kita borak lagi.." ~Happy Ending

"Okay .... good night..jangan kerja berat-berat" ~ The Real One.

Keel meletakkkan telefon pintarnya dan dia meraup wajahnya sambil memandang bandar Kuala Lumpur yang penuh dengan cahaya itu.

Apa perlu dia buat untuk yakinkan keputusan Cikgu Basyir pada Tulip?.Dia tak sanggup tengok Tulip kecewa lagi?

Kali ini dia takkan pergi...dia akan lawan untuk Tulip.... Ya untuk Tulip...

Apa perlu dia buat untuk yakinkan keputusan Cikgu Basyir pada Tulip?.Dia tak sanggup tengok Tulip kecewa lagi? Kali ini dia takkan pergi...dia akan lawan untuk Tulip.... Ya untuk Tulip...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience