Cikgu Basyir sedang menikmati sarapan pagi di rumah Azalea.Petang nanti dia mahu balik ke Kuala Kangsar.Jadi dia meminta anak-anak berkumpul di rumah anak bongsunya itu.
Azalea menghidangkan masakannya diatas meja.
"Kamu ni tak payah susah-susah masak banyak-banyak Azalea.Kamu masih berpantang"ucap Cikgu Basyir.
Azalea hanya tersenyum.
"Alah Abah ni semua Abang Ery yang masak, Azalea cuma hidangkan aje.."ucap Azalea.
Ery datang ke ruang makan membawa kuih-muih.
"Jadi ke diaorang nak datang Abah?"soal Ery.
"Jadi... Abah dah bagitahu semalam..cuma Tulip Abah tak tahu lagi.."ucap Cikgu Basyir.
Azalea memandang suaminya.
"Abah semalam jumpa Kak Ngah bincang pasal Abang Keel ya?"soal Azalea.
Cikgu Basyir mendengus perlahan.
"Kak Ngah kamu tu semua benda ikut cakap Abah tapi satu perkara yang dia tak mampu ikut cakap Abah iaitu soal jodoh.Abah berserah jelah kalau itu yang dia mahukan"ucap Cikgu Basyir.
"Tapi bagus juga Abah... Azalea tak pernah tengok Kak Ngah sayangkan orang macam tu sekali.Dan dia mampu untuk tunggu selama tu dengan Abang Keel"ucap Azalea.
"Betul tu Abah...kalau saya mungkin dah putus asa..nasib Abah restu hubungan kami"ucap Ery memegang bahu isterinya.
Azalea memegang tangan suaminya.
***********
Range Rover sport milik Keel berhenti didepan rumah Azalea.Tulip membuka tali pinggang keselamatan.Dia memandang Keel disebelahnya.
"Awak okay?"soal Tulip.
"Insyallah... Abah awak tahu ke saya datang ni? Maklumlah kata berkumpul adik beradik"ucap Keel.
"Takpe....saya ada dengan awak...lagipun Abah insyallah akan baik dengan awak.."ucap Tulip menenangkan hati Keel.
Keel tersenyum.
Mereka turun dari kereta.Mikha mengambil sedikit buah tangan untuk Azalea.
Tulip menunggu Keel mengambil barang.
Loceng rumah Azalea berbunyi.
"Itu dah sampai... Abang tolong bukan pintu"ucap Azalea pada suaminya.
Ery menuju ke pintu rumah dan memulas tombol pintu
Ery melihat kakak iparnya sudah sampai dan disebelahnya Keel turut serta.
"Jemput masuk"ucap Ery kepada mereka berdua.Tulip masuk ke dalam rumah Azalea.Ery bersalaman dengan Keel.
"Asalamualaikum.. Abah"ucap Tulip.Cikgu Basyir memandang ke arah pintu.Dia terlihat Keel berdiri dibelakang Tulip.
Tulip bersalaman dengan Abah dan Azalea.Keel menghulurkan tangan pada Cikgu Basyir.
Cikgu Basyir menyambut huluran tangan Keel.
"Jemput makan Kak Ngah dan Abang Keel"ucap Azalea.
Keel menghulurkan buah tangan buat Azalea.Azalea menyambut huluran itu.
"Susah-susah je Abang Keel bagi hadiah.."ucap Azalea.
"Takpe rezeki baby.."ucap Keel sambil tersenyum.
"Duduk-duduk jangan berdiri"ucap Ery pada Keel.Keel melabuhkan punggung disebelah Cikgu Basyir.
Cikgu Basyir masih diam tidak bersuara.
"Awak nak makan apa?"soal Tulip pada Keel.
"Apa-apa jelah..."ucap Keel yang sedikit gementar.
Tulip menghidangkan nasi goreng tomyam pada Keel.
"Makan jangan segan-segan Abang Keel"ucap Azalea.
Keel mengangguk perlahan.
Cikgu Basyir selesai makan terus bangun dari duduknya menuju ke dapur.
Azalea memandang Abahnya.
*************
Selesai makan Keel menuju ke laman rumah Azalea memandang Cikgu Basyir yang duduk di gazebo tepi rumah.
Dia mendekati Cikgu Basyir.
"Saya minta maaf pada Cikgu kalau kehadiran saya dekat sini tak berapa disenangi"ucap Keel.
Cikgu Basyir memandang Keel.
"Aku dah tak mampu nak halang kamu berdua..Tulip tu satu-satunya anak aku yang paling keras kepalanya.Keras hatinya.... berbanding dengan Seroja dan Azalea"ucap Cikgu Basyir.
Keel duduk di sebelah Cikgu Basyir.
"Ya... Tulip memang degil...satu sifat yang memang ada pada Tulip..."ucap Keel menyokong Cikgu Basyir.
"Tapi keras kepala dia dan keras hati dia berubah lembut hanya sebab kamu..."ucap Cikgu Basyir.
Keel menundukkan wajahnya.
"Saya dah maafkan semua yang jadi dulu...saya tak pernah ambil hati apa yang jadi dulu..kalau Cikgu rasa kehadiran saya untuk lukakan hati Tulip...saya rasa Cikgu salah... sepanjang 10 tahun saya tunggu dan doa supaya Tulip tak jumpa lelaki lain selain saya...dan saya rasa penantian tu satu penyiksaan tapi berbaloi untuk saya..."terang Keel.
Cikgu Basyir memandang Keel.
"Kamu terlalu cintakan Tulip? Kamu takkan lukakan hati dia?"soal Cikgu Basyir.
Keel menggelengkan kepalanya.
"Saya cintakan Tulip Amaryllis Binti Basyir.Dan saya sedia untuk pikul tanggungjawab saya sebagai seorang kepada dia.Dengan izin Cikgu Basyir"ucap Keel.
Cikgu Basyir mengeluh kecil.
Dia menepuk bahu Keel.
"Kamu menang dalam memenangi hati anak Cikgu.Cikgu doakan semoga dipermudahkan urusan kamu dengan dia"ucap Cikgu Basyir pada Keel.
Keel mengerutkan dahi.
"Kenapa kau pandang Cikgu macam tu?"soal Cikgu Basyir.
"Tak... maknanya Cikgu restu hubungan saya dengan Tulip?"soal Keel sekali lagi.
"Ya... Cikgu restu hubungan kamu...tapi kamu kena janji dengan Cikgu tebus balik 10 tahun penantian kamu pada Tulip"ucap Cikgu Basyir pada Keel.
Keel tersenyum dan dia rasa sebak tiba-tiba.
"Anak jantan mana boleh nangis"usik Cikgu Basyir pada Keel.
Keel tersenyum dan menyeka airmatanya.
Keel memeluk tubuh Cikgu Basyir.
"Terima kasih Abah"ucap Keel.Cikgu menolak tubuhnya ke belakang.
Keel terkejut.
"Belum lagi Abah...Cikgu Basyir"ucap Cikgu Basyir.
"Cikgu Basyir...pun Cikgu Basyir lah"ucap Keel mengucap syukur.
"Kenapa kamu tak main takraw lagi? Sebab Cikgu ke kamu tak main lagi?"soal Cikgu Basyir.
"Ahhh... takdelah...saya cedera masa zaman universiti..terus berhenti main.."ucap Keel.
"Maknanya kamu acah jelah pergi sekolah masa balik kampung haritu bawa bola takraw"ucap Cikgu Basyir.
Keel memandang Cikgu Basyir dan tergelak kecil.
Tulip tersenyum manis melihat kedua-dua lelaki yang disayangi itu berborak.
"Tak lama lagi makan nasi minyaklah kita"ucap Seroja di belakang.Tulip berpaling dan mendekati Kak Seroja.
Tulip memeluk Seroja.
"Tulip gembira sangat Abah dapat terima Keel"ucap Tulip.
"Kami pun gembira Abah lembut hatinya terima Abang Keel.Kalau tak menua sorang-sorang lah Kak Ngah kita nanti"ucap Azalea sambil menyusukan anaknya.
Tulip mencebikkan bibirnya.
"Tak baik Azalea...cakap macam tu..kecil hati Kak Ngah.."ucap Tulip.
"Takpe tua-tua pun Keel sanggup kahwin dengan Kak Ngah"ucap Ery yang sedang duduk dikerusi tidak jauh dari mereka bertiga.
Mereka semua gelak.
"Asalamualaikum....."ucap satu suara di luar.Mereka berempat memandang sesama sendiri.Siapa pula yang datang? Setahu semua dah sampai?.
"Laki Kak Seroja ke?"soal Azalea.
"Tak delah..Abang Long dekat Lumut"ucap Seroja.
"Takpelah Tulip pergi tengok kejap..."ucap Tulip memandangkan dia dekat dengan pintu.
Dia membuka pintu dan terkejut melihat susuk yang berdiri didepan pintu itu.
"Siapa tu Kak Ngah?"soal Azalea.
***********
"Tak nak jemput saya masuk ke?"soal Adam pada Tulip.
Tulip diam tidak bersuara.
Seroja menjenguk siapa yang datang.Dia melihat Adam berdiri didepan pintu.
"Jemput masuk Adam..."pelawa Kak Seroja.Adam tersenyum manis.Dia melintasi Tulip yang masih tercegat tidak berganjak.
"Abang Adam ada bawakan hadiah untuk baby.."ucap Adam menghulurkan hadiah pada Azalea.
Azalea menyambut huluran itu.
Adam bersalaman dengan Ery.
"Mana Pak Lang? Dah balik Perak ke?"soal Adam.
"Ahh Pak Lang borak dekat laman tepi"ucap Azalea.
Adam melabuhkan punggung dikerusi.
Tulip duduk jauh sedikit dari Adam.
"Abang Adam dari mana?"soal Azalea.
"Dari rumah... saja datang sebab dapat tahu Pak Lang ada dekat sini..."ucap Adam.
"Ya ke sebab Pak Lang ada dekat sini....atau sebab Kak Ngah ada dekat sini?"soal Azalea.
Adam tersenyum sedikit memandang Tulip yang duduk dimeja makan.
"Kebetulan nak tengok anak buah baru..."ucap Adam.
Cikgu Basyir dan Keel masuk ke dalam rumah setelah habis berborak memandangkan cuaca diluar sudah mula panas.
Keel terpandang Adam yang duduk di ruang tamu.
Adam turut merenung pada Keel.
Adam bangkit dan bersalaman dengan Cikgu Basyir dan salam dihulurkan pada Keel.Keel menyambut huluran itu lalu terpandang Tulip yang duduk berseorangan di meja makan.
Dia berjalan menuju ke Tulip.Adam memerhati dengan hujung matanya.Cikgu Basyir menyuruh Adam duduk di kerusi.
Keel menarik kerusi dan duduk disebelah Tulip.
Tulip memandang Keel yang duduk disebelahnya.
"I'm here..."ucap Keel pada Tulip.
Tulip tersenyum mendengar ayat itu.
"Selalu kamu sibuk memanjang Adam kalau Pak Lang suruh datang....harini tak sibuk ke?"soal Cikgu Basyir.
"Takdelah Pak Lang kebetulan harini...tak buat apa-apa.Saya tak tahu pulak ada orang lain yang dah dijemput datang..."ucap Adam.
Cukup jelas untuk Keel dan Tulip mendengarnya.
"Tulip yang jemput jadi rasanya tak ada masalah nak diungkitkan... lagipun dia tetamu Tulip. dan bakal suami Tulip..."ucap Tulip mencelah.
Cikgu Basyir hanya tersenyum tanpa sepatah kata pun keluar dari mulutnya.
Adam mengepal tangannya.
Apa yang tak terang lagi bersuluh pada Adam agaknya? Cikgu Basyir pun dah restu hubungan Tulip dan Keel?.
Share this novel