Dia berlari sekuat hatinya untuk sampai cepat sebelum perlawanan takraw peringkat negeri itu habis.Angkara kelas tambahan dia terpaksa melupakan perlawanan tersebut.
Dia terjatuh semasa mahu melintas jalan.Seluarnya koyak dan terasa pedih.Tapi dia bangkit terincut-incut berlari dengan cepat.Dia masih ada lagi 30 minit sebelum perlawanan tamat.
Dia membuka pintu gelanggang dan melihat dari bahagian atas penjuru.Ulfa melambaikan tangan padanya.
Dia menarik nafas setelah lelah berlari.Dia melihat dari jauh Pasukan SMKKK berjaya mendapatkan mata terakhir.Semua bersorak kuat menyokong pasukan Keel.
Tulip tersenyum melihat kejayaan lelaki itu.Keel mengucapkan terima kasih pada penyokong yang hadir.
"Ulfa aku balik dululah.."ucap Tulip.
"Nak balik dah? Tak nak jumpa.."ucap Ulfa.
Tulip menggelengkan kepalanya.Dia berjalan mahu keluar.Ulfa memandang cara jalan Tulip lain.
Keel memandang sudut penjuru.Dia melihat Tulip yang sudah pergi.Dia kembali tersenyum pada penyokong lain.
Tulip membelek lututnya yang berdarah kerana terjatuh tadi.Tapi dia rasa hilang semua rasa sakit itu dengan berita kemenangan Keel tadi.
**********
Dia memasuki gelanggang sekolah ini setelah hampir 10 tahun meninggalkan sekolah.Harini baru dia ada keberanian untuk berada disini.Gelanggang ini tidak digunakan lagi setelah ada gelanggang baru ditempat lain.
Dia duduk melabuhkan punggung disitu.Kedengaran kicauan burung yang membuat sarang dalam gelanggang ini.
Dia mendongak dagu.
Kenangan dia melihat Keel berlatih dahulu menyapa dirinya.Kalaulah dia boleh putar balik masa mesti dia boleh betulkan keadaan sekarang ni?.
Dia menundukkan wajahnya ke bawah.Satu bola takraw bergolek dikakinya.Dia mengambil bola takraw itu.Dan mendongak memandang ke depan.
Bola itu terlepas dari tangannya.
Keel memandang Tulip yang sedang berdiri tercegat tidak jauh darinya.Niatnya nak datang sini untuk bermain bola takraw tapi tak sangka jumpa dengan gadis itu disini.
"Boleh bagi bola tu pada saya?"soal Keel pada Tulip.
Tulip memandang bola itu dan menyepaknya jauh ke arah lain.
Dia berjalan mahu keluar dari gelanggang
"Tulip!!!"jerit Keel.Tulip berpaling memandang Keel.
"Apa masalah awak?"soal Keel pada Tulip.
Tulip merenung tajam pada lelaki itu.
"Ya saya memang tak layan untuk awak.Saya tak sepadan dengan awak!!"ucap Tulip meluap amarahnya.
Keel tersenyum senget dan menunduk mengambil bola takraw yang ada dilantai.
"Saya sebab suka dekat awak lebih dari awak suka saya..."ucap Tulip lagi.Airmatanya sudah laju mengalir.
Keel memejamkan matanya dan mengigit bibirnya.
"Saya tak pandai nak cari kawan..saya belajar tinggi-tinggi tapi ada satu benda yang saya sentiasa fikir...cara macamana nak buat Abah saya tak marah, tak membantah dan sentiasa bangga dengan anak perempuannya yang degil ni..saya nekad duduk sorang-sorang dekat bandar, belajar hidup berdikari dan pura-pura kuat depan orang..tapi awak buat apa? Awak buat untuk saya?"soal Tulip sambil menyeka airmatanya.
Keel berpaling memandang Tulip yang sudah tersedu-sedan.
"Saya tanya awak...apa awak buat?.Ya saya usaha untuk terus dekat dengan awak tapi awak..tak ada usaha untuk tu.."ucap Tulip mendekati Keel yang masih berdiri tercegat dan tidak bersuara.
"Awak masih...dengan pendirian awak..awak masih tak boleh lupakan...saya cuma nak awak datang dekat saya..saya nak awak terus melangkah pada saya..."ucap Tulip sambil mengoncang badan Keel berkali-kali.
Tangan Tulip memukul badan Keel.
"Saya nak awak datang..tapi saya tak pernah rasa awak masih suka pada saya...awak dah tak suka saya..masa awak cakap awak suka saya dulu...saya ambil perkara tu satu yang serius tapi..awak..tak suka saya?..."ucap Tulip.
Keel menarik tangan Tulip untuk bangun.Tulip terus memukul dada Keel.Harini dia benar-benar meluahkan rasa sakit dalam dirinya.
Keel langsung tidak berganjak mahupun marah.
Tulip memandang Keel.
"Betul apa saya cakap kan? Awak memang tak suka saya? Sebab tu awak tak pernah fikir nak dekat dengan saya..orang macam awak ni kenapa mesti saya yang datang dekat dengan awak? kalau saya tersungkur pun awak takkan tolong saya?"marah Tulip pada Keel.
Keel memandang Tulip yang wajah sudah basah dengan air mata itu.
Tulip mengesat kasar mukanya.Dia merenung tajam pada Keel.
"Mulai harini...saat ini...saya takkan kejar awak lagi..saya takkan.. walaupun ambil masa saya akan cuba...untuk lepaskan semuanya..."ucap Tulip menarik nafasnya dalam-dalam dan terus berpaling pergi.
Dia melihat belakang gadis itu pergi untuk kali keduanya.Keel akhirnya terduduk di gelanggang itu.Dia menundukkan wajahnya sambil memegang tangannya.
Dia bangkit dan mengejar langkah Tulip.Kereta Tulip sudah berlalu depan matanya.Dia tak sempat mahu mengejar.
************
Keel duduk diluar mengambil angin malam.Suasana sunyi dikampung sedikit sebanyak meringankan gusar dihatinya.Dia memandang telefonnya.
Tulip begitu marah dengannya.
"Kenapa awak tak suka saya? Kenapa awak tak datang pada saya? Mana usaha awak buat untuk saya? Kenapa saya yang kena pergi dekat awak?" kata-kata Tulip tadi terngiang-ngiang ditelinganya.
Dia meraup wajahnya.Dia perlu tenangkan hatinya.Dia menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.
Dia menunaikan solat isyak dan solat sunat.
***********
Azalea melihat Tulip yang sedang duduk diluar berseorangan.
"Ehem...akak buat apa dekat luar sorang-sorang?"soal Azalea.
"Nampak aku tengah kira nyamuk....dekat luar ni.."ucap Tulip.Azalea duduk disebelah kakak keduanya itu.
"Lea tahu akak kalau ada masalah...ceritalah mana tahu Lea boleh tolong ke? Gaduh dengan boyfriend ya?"soal Azalea.
Tulip memandang adiknya itu.
"Kau ni kan...dah kahwin dan bakal jadi ibu boleh tak soalan kau bijak sikit? Takkan ada masalah je... boyfriend.. masalah dunia lagi besar dari masalah tu"ucap Tulip menutup rahsianya.
"Kak kau dah kenal ke dengan Paan calon menantu pilihan Abah tu?"soal Azalea.
"Ahhh...itu satu hal aku paling tak boleh pergi...kau tahu mamat tu bendul..bendul dia bukan biasa-biasa.Teruk tau...mana Abah nampak sisi baik tu..ishh.."ucap Tulip mengutuk pilihan Abahnya.
Azalea gelak besar.
"Kau gelak...kan ku...mentang-mentang korang dah kahwin...takpe..aku sanggup menua sorang-sorang dari kahwin dengan si Paan tu...aku risau dengan aku-aku terikut bendul dia.."ucap Tulip.
Bengang betul dia.
*************
"Tulip.... Abah nak keluar kejap pinjam kereta kamu.."ucap Cikgu Basyir.
"Okay Abah hati-hati bawa kereta..."ucap Tulip yang sibuk membantu Kak Seroja membuat kuih kaswi untuk dihantar ke surau.
Cikgu Basyir selesai membeli barang.Dia memandu untuk pulang tapi secara tiba-tiba kereta Toyota Yaris yang dipandunya terhenti ditepi jalan.
"Allahuakbar...kenapa ni?"soal Cikgu Basyir keluar dari kereta dan melihat ke arah enjin.Dia kurang mahir kalau kereta-kereta baru ni.
Dia mengambil telefon dalam kocek seluarnya mahu menelefon Tulip.Tapi tak dijawab mungkin tidak dengar kerana sibuk didapur.
Keel memandu mahu ke pekan sebentar mencari barang.Dia terpandang ditepi jalan ada sebuah kereta berhenti.Jadi dia menghentikan kereta didepan.
Dia melihat dari cermin.Ada seorang Pakcik sedang membelek keretanya.Dia turun mahu membantu.
"Asalamualaikum... Pakcik"sapa Keel pada lelaki berusia 60 an itu.
"Walaikumusalam..."ucap Cikgu Basyir menoleh pada orang yang menyapanya.
Keel tersentak.Cikgu Basyir berkerut dahinya memikirkan sesuatu.Dia seperti pernah kenal dengan lelaki dihadapannya itu.
Keel membuka spek mata hitamnya.Cikgu Basyir terkejut sebaik sahaja spek mata hitam itu terbuka.
"Boleh saya tengok kereta Cikgu?"soal Keel teragak-agak.
Cikgu Basyir memandangnya.
"Boleh..izinkan.."ucap Cikgu Basyir membiarkan pemuda itu melihat keretanya.
Keel menyangkut spek mata didalam bajunya.Dan melihat kereta itu.Setahu dia ini kereta Tulip.
"Apa yang rosaknya?"soal Cikgu Basyir.
"Erm.. alternator rosak..kena hantar bengkel...tapi harini ahad banyak tutup"ucap Keel menutup bonet kereta itu.
"Cikgu tak tahu banyak sangat sebab ni kereta... Tulip..."ucap Cikgu Basyir perlahan.
"Ohhh...kereta kena tinggal sini..nanti saya cuba settlekan.Sekarang Cikgu dari mana nak kemana?"soal Keel.
Cikgu Basyir segan nak terima bantuan lelaki itu yang pernah dia tampar dulu.
"Cikgu baru beli barang sekarang nak balik rumahlah..kereta rosak tiba-tiba... telefon Tulip tak angkat..."ucap Cikgu Basyir.
"Erm..kalau macam tu...saya hantar Cikgu Basyir balik"pelawa Keel.
Cikgu Basyir serba salah.Dia pernah malukan Keel dahulu dan sekarang anak muridnya itu menolongnya dalam susah.
Cikgu Basyir terima ke pelawaan Keel? Nampaknya ada pertemuan dengan Tulip lagi? Apa reaksi Tulip?
Share this novel