BAB 22

Drama Completed 58217

Keel menutup pintu rumahnya dan kunci disangkut pada penyangkut yang terletak di dinding.

Dia menjengah ke dapur tiada sesiapa.Terus kakinya melangkah ke tingkat atas.Dia yakin Tulip ada di bilik.

Tadi masa dekat pejabat Izzad bagitahu Tulip dah balik dengan Ain tanpa menunggunya.Jadi habis saja mesyuarat dia terus pecut balik rumah.Lega hatinya melihat kereta Tulip terparkir dalam garaj.

Pintu bilik dibuka perlahan tidak mahu menganggu isterinya yang sedang berehat.Dia menutup pintu.

Beg kerjanya diletakkan atas meja dan dia melabuhkan punggung disebelah Tulip yang baring membelakanginya.

"Sayang....Habib dah balik ni?"soal Keel sambil mengusap rambut Tulip.Dia melihat mata Tulip masih terpejam rapat.

Perut Tulip yang sudah nampak itu dipegangnya.

"Habib pergi mandi kejap...sayang rehat"ucap Keel mencium ubun Tulip.

Tulip membuka matanya dia dapat rasa suaminya turun dari katil.

Pancuran air dibuka Keel untuk membersihkan diri setelah seharian bekerja.Tulip membangunkan diri dan menyandar pada kepala katil.

Pintu bilik air terbuka, Keel dengan hanya bertuala dan rambut masih basah memandang Tulip yang sedang termenung.

"Sayang...dah bangun...kenapa sayang tak bagitahu Habib sayang nak balik dengan Ain...risau Habib tau..."ucap Keel mengambil baju dalam almari.

Tulip masih diam tidak bersuara.

Keel dah pelik kenapa dengan Tulip?.Dia memakai pakaian lengkap sebelum menuju ke arah Tulip.
"Sayang....sakit ke? Ada apa-apa yang tak kena ke?"soal Keel memandang Tulip.

"Tak ada apa-apa"ucap Tulip.

Keel tak puas hati dengan jawapan isterinya.Dia duduk didepan Tangan tulip diraih dan dipegang.

"No...Habib nak Sayang cerita dengan Habib apa yang membuatkan sayang dingin macam ni... Habib tak suka sayang pendam sorang..."ucap Keel.

Tulip memandang Keel.

"Tulip mimpi yang bukan-bukan sejak akhir-akhir ni... Tulip mimpi yang Habib nak kahwin lain.."ucap Tulip.

Keel tersenyum sedikit.

"Pasal tu...yang menyebabkan sayang murung harini... sayang...nak dapatkan sayang pun susah.Habib tak pernah terfikir nak kahwin lain.. Sayang satu-satunya dalam hati Habib.Ni yang dalam perempuan sayang ni...cinta Habib pada Sayang"ucap Keel.

"Betul....tapi kalau Habib sayang.... Kenapa sayang minta nak makan belangkas Habib tak bagi..."ucap Tulip menuntut makanan yang dia idamkan.

Keel mengeluh kecil.

"Takut Habib nak bagi sayang makan tu..haiwan tu peliklah..carilah benda lain snow crab ke?"soal Keel.

Tulip memuncungkan bibirnya.

"Tengoklah tu...orang minta belangkas je...untuk baby kita dalam ni juga...awak nak air liur dia meleleh je.. sebab tak dapat makan belangkas tu.."ucap Tulip sambil mengusap perutnya.

Keel menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Nantilah Habib tengok macamana...ni sayang dah makan belum?"soal Keel.

Tulip menggelengkan kepalanya.

"Lah kenapa tak makan lagi?.Sayang tak masak ke harini?"soal Keel lagi.

"Masak...cuma belum makan tunggu Habib balik...makan sekali..."ucap Tulip.

Keel menarik tangan Tulip mengikutnya turun ke dapur.

Lampu dapur dibuka terlebih dahulu.Dia menarik kerusi di island table itu untuk Tulip.

"Sayang duduk Habib panaskan lauk..."ucap Keel memberi arahan pada Tulip.

Keel membuka periuk lauk ternyata Tulip masakkan lauk kegembiraannya ikan patin tempoyak.

"Habib...Abah ada telefon tadi..."ucap Tulip sambil mulutnya mengunyah buah oren.

"So...kenapa?"soal Keel.

"Abang Adam wakilkan Abah untuk jemput kita...pergi kenduri kahwin dia.."ucap Tulip.

Keel memandang Tulip.

"Adam...nak kahwin? Dengan siapa?"soal Keel.

"Erm...dengan kakak sepupu Tulip"ucap Tulip.

"Adam...memang suka main saing-saing sepupu ya?"soal Keel.

Kulit buah oren dibaling pada Keel.

"Awak ni kan saja..."ucap Tulip dengan serius.

"Habib gurau je...sensitif betul isteri Habib sekarang ni..."ucap Keel meletakkkan lauk depan isterinya.

Hidung Tulip disentuh lembut.

**************


Tulip memandang didepannya.Kalau dia dapat dan masak mesti sedap.Dia memandang Keel yang sedang duduk di ruang tamu rumah keluarga Tulip.

"Habib boleh tak Tulip nak minta permintaan dengan Habib?"soal Tulip.

Keel berkerut dahinya.

"Permintaan apa sayang?"soal Keel mendekati isterinya.

Tulip menunjukkan arah depannya.Keel memandang.

"Tulip nak tu?"soal Tulip menunjuk pada itik depan matanya.

"Sayang....mana boleh..tu Abah punya...kalau kita ambil pastu Abah kira tak cukup macamana? Haritu sayang nak belangkas ni nak itik pulak...Anak kita ni selera apa?"soal Keel.

"Alah sayang minta tu je...bolehlah..."ucap Tulip memegang lengan Keel sambil memujuk.

"Tak boleh...Habib keluar pergi beli dekat kedai depan tu..."ucap Keel.

"Tak nak!!!....Tulip nak yang tu juga... Habib tangkaplah..."ucap Tulip sambil memuncungkan bibirnya.

Keel memandang pada arah itik depannya.

"Apa nasib kau itik..."

Cikgu Basyir baru balik dari ladang memandang Tulip dan Keel yang berdiri didepan pintu masuk.

"Kamu berdua ni buat apa depan pintu ni?"soal Cikgu Basyir.

"Tulip ni Abah mengidam..."ucap Keel.

"Mengidam apa...mengidam berdiri depan pintu ke?"soal Cikgu Basyir.

"Ehh...tak Abah...susah nak cakap...macam ni... Tulip dia ngidam nak makan itik Abah tu..."ucap Keel sambil menunjukkan arah itik depan mereka.

Cikgu Basyir memandang itiknya yang sedang berkeliaran dilaman rumah.

"Kamu layanlah tekak si Tulip ni...arwah mak Tulip dulu tak pernah nak ngidam merepek-merepek.Kalau nak sangat pergi kejar sendiri...tak kuasa Abah nak layan..."ucap Cikgu Basyir terus masuk dalam rumah.

Tulip tersenyum manis memandang Keel.Keel memejamkan matanya kerana pandangan Tulip sangat bahaya.

"Cepatlah!!!"ucap Tulip.

Akhirnya Keel terpaksa akur jua.Dia berlari berkejaran untuk dapatkan itik buat isterinya.

"Yang mana Sayang?"soal Keel.

"Yang besar tu...baru puas makan..."ucap Tulip.

Keel mengejar dan akhirnya dapat juga itik untuk isterinya.

"Sayang Habib dapat.!!!!!.."jerit Keel.

Tulip tersenyum lebar sampai ke telinga.

"Yeah.....i love you Habib..."ucap Tulip sambil memberi french kiss pada suaminya.

*************

Seroja melihat atas meja terdapat itik salai masak lemak.

"Siapa yang masak itik salai?"soal Seroja yang baru sampai.

"Itu kerja Tulip lah....dia kerahnya Keel suruh tangkap itik Abah...mengidam katanya..."ucap Cikgu Basyir.

"Aik... haritu... beria-ia nak makan belangkas... sekarang itik pulak..teruk mengidam Tulip ni..."ucap Seroja.

"Biarlah...anak sulung katakan...nanti tak bagi muncung dia sedepa ke depan..."ucap Cikgu Basyir.

Tulip yang menjengah ke dapur bersalaman dengan Kak Seroja.

"Terima kasih Abah...sebab bagi itik Abah dekat Tulip dengan cucu Abah..."ucap Tulip.

"Sama-sama...nanti Abah bela lagi itik banyak-banyak..untuk anak Tulip."ucap Cikgu Basyir.

Tulip memeluk Cikgu Basyir.

*************

Tulip sedang bersiap untuk ke majlis perkahwinan Abang Adam.Dia mengambil tudung selendang yang telah digosoknya.

Dia melilitnya di kepalanya.
"Sayang...dah siap?"soal Keel yang terpegun melihat penampilan Tulip.

Tulip memandang Keel dengan senyuman.

"Ya Allah sayang....cantiknya isterinya Habib harini...."puji Keel sambil menyentuh wajah Tulip.

"Cantik...tapi Tulip baru nak belajar pakai..."ucap Tulip.

"Takpe... perlahan-lahan...nanti lama-lama sayang akan redha.Redha Habib sentiasa ada untuk Sayang..."ucap Keel.

Tulip tersenyum manis menampakkan gigi yang tersusun rapi.

"Kalau dah cantik macam ni kan...tak payah pergi kendurilah...rasa macam malas pulak nak keluar bilik..."ucap Keel.

"Ishh... Habib ni...kesitu pulak dia...dah jom..nanti terlepas nak tengok Abang Adam nikah.."ucap Tulip.

Keel mengambil beg tangan Tulip dan terus keluar dari bilik.

Majlis pernikahan Abang Adam dan pasangannya telah selesai.Tulip mengerutkan dahinya.Dia terasa sakit di bahagian pinggang.Tapi dia beriak biasa mungkin hanya false contraction sahaja.

Keel bersalaman dengan Adam.

"Tahniah selamat pengantin baru..."ucap Keel.

Adam tersenyum manis.

"Terima kasih... tahniah juga tak lama lagi jadi Ayah..."ucap Adam.

Keel tersenyum.

"Nampaknya Tulip macam tak lama lagi nak bersalin.."ucap Adam.

"Tulah... menunggu hari je...ni.. cantik isteri Abang Adam.Pandai Abang pilih.."ucap Tulip.

"Terima kasih... jemput makan dulu..."ucap Adam pada Tulip dan Keel.

Mereka duduk dikhemah yang dipacak depan rumah Adam.

Tulip menarik nafas dalam-dalam bila dia rasa sakit pada bahagian bawahnya.

"Kak Ngah... okay tak?"soal Azalea melihat Tulip yang berpeluh-peluh.

"Tak tahu...sakit dekat bawah..."ucap Tulip sebab dia tak tahu.

Azalea mencari dimana abang iparnya duduk.Dia nampak Keel berborak dengan saudara maranya.

"Abang Ngah!!!!"panggil Azalea.

Keel memandang sebaik namanya dipanggil.Dia menuju ke arah Azalea dan Tulip.

"Kenapa?"soal Keel.

"Lea rasa Kak Ngah nak bersalin dah...."ucap Azalea.

Keel memandang Tulip yang sedang menahan sakit.

"Sayang...kita pergi hospital..."ucap Keel mencempung tubuh Tulip dan terus ke kereta.

***********

Tepat waktu isyak Tulip selamatkan melahirkan seorang bayi lelaki bernama Taufiq Wildan Bin Habib Wakeel dengan berat 2.4kg secara normal.

Keel buat pertama kalinya melihat zuriatnya.Dia rasa sebak sambil mendukung untuk diazankan.

Tulip memandang Keel yang sedang mengazankan anaknya.

Dia bersyukur dapat melahirkan dengan mudah.

Keel meletakkkan Wildan disebelah Tulip.

"Dia comel..."ucap Tulip.

"Terima kasih...sebab lahirkan Wildan untuk Habib... kalau 10 tahun lepas kita kahwin mesti dah ramai anak kita kan?"soal Keel.

Tulip tersenyum manis.

Pipi suaminya dipegang.

"Wildan akan jadi penguat kasih antara kita..."ucap Tulip.

Keel tersenyum sambil mengangguk perlahan.Dia mendekati Tulip dan mencium bibir isterinya dan jatuh pada anaknya Wildan.

Tulip teringatkan kisah lama.

Tulip teringatkan kisah lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience