BAB 6

Drama Completed 58217

Tulip dan Ulfa menunggu di perhentian bas.Mereka mahu ke bandar untuk ke kedai buku.

"Tulip kau dengan Keel macamana? Sekarang jarang kau jumpa dengan dia? Kau gaduh dengan dia?"soal Ulfa.

Tulip termenung jauh.

Ulfa memandang kawannya yang termenung jauh itu.

"Hello...aku cakap dengan tiang ke?"soal Ulfa mengoyangkan tangan depan matanya.

"Kau tanya apa?"soal Tulip.

"Aku tanya kau...antara kau dengan Keel macamana? Sebab akhir-akhir ni kau jarang ajak aku pergi gelanggang.Selalu kau orang paling tak sabar nak jumpa dengan Keel"ucap Ulfa.

"Aku sibuklah..tak sempat..."ucap Tulip.

Bas mereka dah sampai.Mereka naik bas untuk ke bandar.

*********

Tulip keluar dari bilik rawatan melihat Keel sedang duduk diruang menunggu.Dia melabuhkan punggung tidak jauh dari Keel.

Keel bangun dan merapatkan kedudukannya disebelah Tulip.

"Tulip Amaryllis!!!"panggil jururawat di kaunter ubat.

Tulip mahu bangun tapi Keel terlebih dahulu pergi ke arah kaunter.Dia terus berjalan keluar dari klinik.

Keel membayar ubat dan mengejar Tulip.

Tulip berjalan keluar sambil membelek tangannya yang masih ada bintik-bintik merah.Keel berlari dan menarik tangan Tulip.

Tulip merentap kasar tangan itu.

"Jangan dekat dengan saya kalau awak betul-betul nak jauh dari saya..."ucap Tulip.Dia merampas ubat ditangan Keel.

Dia terus berjalan mahu mencari teksi untuk balik ke rumah.

Keel mengeluh kecil.

Dia menarik tangan Tulip ke arah keretanya.Tulip cuba merentap tapi tak boleh.

"Lepaslah..lepaskan..saya..."ucap Tulip.Keel membuka pintu kereta dan menyuruh Tulip masuk.

Tapi Tulip masih tercegat di pintu.Dia merenung tajam pada anak mata Keel.

"Masuk!! awak datang dengan saya balik pun dengan saya"ucap Keel tegas.

"Awak tak boleh cakap elok-elok dengan saya ke? Perlu ke cakap kasar dengan saya?"soal Tulip.

"Apa awak ingat saya macam lelaki dalam kdrama tu..nak cakap lembut.."ucap Keel.

Tulip malas nak bertekak.Dia kepenatan terus masuk dan duduk sambil menyilangkan tangannya.

Keel menutup pintu kereta sebelum dia turut masuk dalam kereta.

Tulip memejamkan matanya rapat.Keel memandang Tulip yang memejamkan mata.Dia tahu Tulip marah sangat padanya.Tapi dia patut rasa marah sebab dia tak nak perkara sama berulang lagi.

Keel memandu perlahan supaya dia boleh habiskan masa dengan Tulip lebih lama.

Range Rover sport milik Keel berhenti didepan rumah Tulip.Dia menarik brek tangan.Dia memandang Tulip yang masih lena mungkin kesan ubat tadi.

Sepuluh tahun berlalu wajah ini tetap sentiasa ada depan matanya.Tulip terasa kereta tidak bergerak dia membuka mata dan memandang Keel yang sedang merenungnya.

Tulip bangun dan membetulkan rambutnya.

"Dah sampai.."ucap Keel.

Tulip memandang depan rumahnya.Macamana lelaki ni boleh tahu rumahnya.

"Terima kasih sekali lagi.."ucap Tulip pada Keel.Dia membuka tali pinggang keselamatan dan turun dari kereta.

Keel turut turun dari kereta.

"Awak baliklah...minta maaf sebab susahkan"ucap Tulip menundukkan wajahnya.

Keel memerhati Tulip membuka pagar.

"Tulip..."panggil Keel.

Tulip berpaling memandang Keel.

"Pasal tawaran belanja kopi tu...besok giliran awak...saya jumpa awak waktu lunch...awak masuklah...jangan lupa makan ubat..."ucap Keel terus masuk berjalan masuk ke dalam kereta.

Range Rover sport itu hilang dari pandangan matanya.Dia tersenyum manis.

Keel tersenyum sambil melihat Tulip di cermin sisi.

**********

Tulip menunggu di lobi.Seperti yang dijanjikan Keel nak keluar minum kopi dengannya.Dia melihat jam dipergelangan tangannya sudah hampir 15 minit dia menunggu tapi langsung tak muncul.

Dia ternampak Keel keluar dari lif tapi tidak berseorangan.Disisinya seorang perempuan memeluk lengan Keel beriringan keluar.Tulip memalingkan wajahnya.

Adakah Keel mempermainkan dirinya sekarang? Tapi Kenapa?.

***********

Tulip sengaja balik lambat harini.Dia malas nak bertembung dengan lelaki itu.Dia masih marah dan kesal lagi.

Jam sudah menunjukkan jam 8.00 malam, dia masih menatap skrin kosong depannya.Telefon pintarnya berbunyi tertera nama Abah.

Dia membetulkan suaranya sebelum menjawab.

"Asalamualaikum... Abah.."ucap Tulip.

"Walaikumusalam...kamu ada dekat mana ni?"soal Cikgu Basyir.

"Baru nak balik kerja..Abah ada apa telefon Tulip?"soal Tulip.

"Aik...nak telefon anak sendiri pun nak minta izin jugak? Kamu ni bila nak balik sini? Dah lama tak balik...jumpa Abah.."ucap Cikgu Basyir.

Tulip menggaru keningnya.

"Tulip sibuklah Abah lagipun kalau Tulip balik Abah tak habis-habis nak kenalkan dengan anak kawan-kawan Abah tu.. Tulip tak sukalah.."ucap Tulip.

"Baliklah...ni musim durian ni..pokok Abah dah ada hasil nanti Kak Seroja dan Azalea pun balik juga"ucap Cikgu Basyir.

"Tengoklah macamana? Kalau kerja tak banyak Tulip sampailah sana"ucap Tulip sambil bersandar pada kerusi.

"Yelah....balik jangan lewat sangat walaupun hati kamu tu kering...beringat sikit"pesan Cikgu Basyir.

"Baik Abah Asalamualaikum..."ucap Tulip sebelum mematikan panggilan.

Dia mencapai beg tangannya dan menutup semua suis dan keluar dari pejabat.

Dia mengurut lehernya yang lenguh.Kakinya melangkah ke arah keretanya yang terparkir tidak jauh dari pintu utama.

Dia pelik rasa ada yang mengikut dari belakang.Tapi dia meneruskan langkahnya.Dia rasa orang itu makin dekat sebelum dia berpusing dan melepaskan tumbukan pada sesiapa saja dibelakangnya.

"Arghhhhhh"adu satu suara dengan kuat.Tulip memandang dan menutup mulutnya.


**********

Pek ais dihulurkan pada Keel.Lelaki itu mengambil dan meletakkkan pada pipinya.

"Asal awak tumbuk saya?"soal Keel.

Tulip memeluk tubuh memandang lelaki itu.

"Padan muka macam takde mulut nak panggil"ucap Tulip sambil menjelingkan matanya.

Keel memandang Tulip.

"Kenapa balik lambat? Dah pukul berapa baru nak balik?"soal Keel.

"Saya dah biasa balik lewat... lagipun saya memang nak balik pun... tiba-tiba pulak ada pengacau.."jawab Tulip.

Keel mendekati Tulip.Tulip menjarakkan dirinya sehingga menyandarkan tubuhnya pada kereta.

"Mulai esok saya nak tengok awak punya punch card sebelum pukul 6 dah balik...saya akan arahkan pada Pakcik Razak supaya report pada saya sekiranya awak masih ada dalam bangunan lepas pukul 6"bisik Keel ditelinganya.

Tulip mencebikkan mukanya.

"Bukan awak tu suami saya pun...nak arah macam tu..."bisik Tulip perlahan.

Keel dengar apa yang Tulip cakap.Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.Satu kotak rokok dikeluarkan dan dia meletakkkan sebatang rokok dimulutnya.

Tulip memandang Keel.Sejak bila lelaki itu merokok?.

Dia meluru dan mengambil putung rokok di mulut Keel.

"Bagi balik.."ucap Keel meminta semula rokok ditangan Tulip.

Tulip menggelengkan kepalanya.

"Awak bukan seorang perokok 10 tahun lepas.."ucap Tulip pada lelaki itu.

"Setiap orang berubah termasuk saya dalam.Saya berubah dalam masa 10 tahun.Oh yeah saya lupa pasal lunch tu..nanti saya set masa lain hari.."ucap Keel.

Tulip tersenyum sinis.

"Ialah dah jumpa minah seksi...pan Asian memang tolak tepilah kita ni orang biasa.Saya dah biasa dah dengan semua tu..kalau awak rasa awak memang tak boleh cakap tak boleh je..tak payah putar belit cakap boleh.."ucap Tulip.

"Awak cemburu?"

"Sorry...I'm jealous of course not..dahlah saya nak balik tadi kata tak boleh balik lambat.."ucap Tulip membuka pintu kereta mahu masuk tapi dihalang Keel.

"Jealousy is a sign that you really love that person"ucap Keel pada Tulip.

Tulip menelan air liurnya.

"Awak masih cintakan saya macam 10 tahun lepas?"soal Tulip pada Keel.

"Kenapa? Awak nak ulang apa yang jadi 10 tahun lepas?"soal Keel.

"Kalau awak sanggup untuk lalui apa yang berlaku 10 tahun lepas? Saya sanggup...."ucap gadis itu bergetar suaranya.

Keel tersenyum senget.

"Tulip...mana awak beli konfiden awak untuk fikir yang saya masih ada perasaan pada awak selepas 10 tahun?"soal Keel pada Tulip.

Tulip memegang jari jemarinya menahan diri.

"Keel saya tak suka awak cakap tu"

Keel tergelak kecil.

"Habis saya nak kena cakap apa? Saya perlukan awak Tulip macam tu...sebab sekarang saya dah ada masa depan.."ucap Keel lembut tapi menyakitkan buat dirinya.

"Keel boleh kita macam dulu"ucap Tulip.

Keel memandang arah lain.

"Saya dah lama lupakan perasaan itu"ucap Keel terus meninggalkan Tulip berseorangan di situ.Tulip terduduk di situ.

Kenapa susah sangat? Kenapa susah sangat untuk dia melihat Keel terimanya kembali? Apa yang membuatkan Keel masih tidak boleh melupakan apa yang jadi 10 tahun lepas?.

Tulip dikecewakan sekali lagi? Jalan untuk dia mendapatkan Keel seakan menemui jalan buntu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience