Keel melihat sikunya yang melecet akibat terjatuh semasa main sepak takraw tadi.Boleh tahan pedih juga kalau berpeluh.Dia meniup perlahan.
"Nah...."satu tangan menghulurkan plaster luka padanya.Dia memandang Tulip yang tersenyum.
Keel tak mengambilnya.
Tulip mengoyakkan plaster luka tersebut dan meletakkkan pada sikunya yang melecet tadi.Plaster luka karakter kartun warna merah jambu itu melekat disiku lelaki itu.
"Lain kali hati-hati..."ucap Tulip.
"Tulip buat apa dekat sini?"soal Keel.Dia memandang sekeliling risau kalau ada yang nampak mereka berdua-duaan.
"Tadi saya lalu sini nampak awak duduk sini..tu saya datang.."ucap Tulip.
Keel bingkas bangun dari duduknya.
"Takpelah saya nak masuk kelas dulu.Terima kasih untuk plaster ni.."ucap Keel beransur pergi meninggalkan dirinya.
Mungkin dia malu agaknya perempuan tolong dia.
*********
Tulip mengunci pintu besi rumahnya.Telefon pintarnya berbunyi tertera nama Izzad.
Dia menjawab panggilan.
"Hello good morning... sunshine..."ucap Tulip.
"Asalamualaikum...."
"Walaikumusalam...kurang ajar kau perli aku...nak apa aku baru nak keluar rumah ni?"soal Tulip.
"Beb.... urgent meeting pagi ni.Pukul 8.30 pagi."ucap Izzad.
Tulip melihat jam dipergelangan tangannya sudah menunjukkan jam 7.45 pagi.Dia membuka pagar rumahnya.
"Kau biar betul...aku kira lambat ni..dah aku letak dulu jumpa dekat sana"ucap Tulip mahu masuk dalam keretanya tapi ada sebuah kereta berhenti didepan rumahnya.
Gerangan yang dalam kereta keluar.
"Asalamualaikum... Tulip..."sapa lelaki itu.
"Walaikumusalam....abang Adam..buat apa dekat sini?"soal Tulip penuh teruja melihat sepupunya itu.
"Saja datang nak ajak breakfast sekali.."ucap Adam sambil tersenyum.
Tulip dah lambat nak pergi kerja.
"Alamak.. Abang Adam.. Tulip ada mesyuarat pagi ni...tak dapat nak breakfast sekali.Sorry..."ucap Tulip.
"Erm ..kalau macam tu Abang Adam hantar Tulip harini.Abang jadi driver Tulip"ucap Adam.
Tulip nak menolak nanti lelaki itu cakap apa pulak.
"Tapi... Abang Adam tak kerja ke? Sampai boleh jadi driver Tulip harini?"soal Tulip.
"Abang cuti harini...asyik kerja je.."ucap Adam.
"Okay...kalau macam tu... breakfast tak boleh kita keluar lunch nanti.Okay?"ucap Tulip memberi cadangan.
"Boleh..nanti waktu lunch Abang datang...so boleh kita gerak kata dah lambat..."ucap Adam.
Tulip mengangguk perlahan dan mengikut Adam ke kereta.
Keel sampai awal harini ke pejabat.Dia berjalan ke lobi syarikat bertembung dengan Maliqi pembantu peribadinya.
"Selamat pagi Tuan Wakeel"ucap Maliqi menyerahkan fail pada majikannya.
Keel mengambil dari tangan Maliqi.
"Tuan betul ke saya dengar dari HR yang Tuan Wakeel dengan Cik Tulip satu sekolah yang sama.Kira Tuan ni senior pada Cik Tuliplah?"soal Maliqi.
Keel hanya diam sambil matanya membaca isi fail itu.
"Betul ke Cik Tulip dulu crush dengan Tuan atau Tuan yang ada crush pada Cik Tulip.Sebab saya tengok antara Cik Tulip dengan Tuan nampak awkward sangat..."terang Maliqi.
Keel memandang Maliqi.
"Stupid nonsense"ucap Keel.
Maliqi gelak kecil.
"Kenapa kau gelak? Aku tak buat lawak..."ucap Keel.
"Takdelah...saya buat kajian pasal Tuan ni.. kalau Tuan nervous kan mesti Tuan akan cakap "stupid nonsense".Bijak tak saya?"soal Maliqi.
Keel merenung tajam.
"Oh yeah Tuan semalam saya tengok Instagram Cik Tulip.Saya jumpa ni.."ucap Maliqi menunjukkan telefon pintarnya pada Keel.
Keel memandang.
"Ni mesti boyfriend...boleh tahan hensem..tapi tulah nampak tua..."puji Maliqi.
Maliqi memandang Keel yang sedang menikam matanya.
"Itu Pakcik dia..."ucap Keel.
"Uii... Tuan tahu pasal keluarga Cik Tulip...dasyat"ucap Maliqi memandang ke arah depan.
Keel kembali pada fail ditangannya.
"Tapi yang depan ni sekarang mesti boyfriend Cik Tulip.Orangnya segak bergaya.."ucap Maliqi memandang belakang Keel.
Dia berpaling dan melihat Tulip sedang bercakap mesra dan tersenyum pada lelaki didepan gadis itu.
Timbul rasa cemburu dihujung tangkai hati Keel.
**********
Adam menghantar Tulip sampai ke pintu lobi.
"Abang Adam sampai sini jelah..segan pulak..orang tengok.."ucap Tulip.
"Alah apa salahnya Abang hantar sampai lobi.."ucap Adam.
Tulip menggaru belakang lehernya.
"Ahh takpelah nanti waktu lunch kita jumpa.. Tulip kena masuk dalam ada lagi 10 minit ni.."ucap Tulip menunjukkan jam.
"Okay nanti kita jumpa.."ucap Adam menyentuh kepala Tulip.
Adam terus masuk ke dalam kereta.Tulip membetulkan rambutnya dan berjalan masuk ke dalam.Dia melihat Keel berdiri didepan lif dengan Maliqi pembantu peribadi lelaki itu.
"Asalamualaikum....Cik Tulip.."sapa Maliqi
"Walaikumusalam...Encik Maliqi.."ucap Tulip.
Keel masih berdiri tegak tidak menoleh pada Tulip.
"Cik Tulip datang dengan siapa tadi? Mesti boyfriend Cik Tulip...segak orangnya..."puji Maliqi lagi.
Maliqi tersedar yang Tuan Wakeel menjeling tajam pada dirinya.Dia terus mengunci mulut.
Pintu lif terbuka mereka masuk ke dalam lif sama-sama.
Tulip berdiri sedikit jauh dari lelaki itu.
**********
"Okay mesyuarat bersurai...saya harap semua faham dengan apa yang disampaikan"ucap Encik Gibran pada semua yang ada.
Tulip masih termenung memikirkan arahan yang dia perlu buat kerja luar pejabat.
Izzad memandang Tulip.
"Ai...takkan tak seronok kot dapat arahan buat kerja luar?"soal Izzad.
"Mana nak seronok kalau kerja kena buat sorang-sorang..kau ada partner bolehlah kau happy...aku sorang je tak de partner sekarang apa cerita ni?"soal Tulip sambil memandang pada Keel yang duduk dihujung meja.
Semua sudah keluar dari bilik mesyuarat.Kini hanya tinggal dia berdua sahaja.Dia tergelak sinis.Ni mesti arahan lelaki itu.
Tulip berdiri dan berjalan ke arah Keel.Meja diketuk dengan tangan.Keel mendongak memandang Tulip.
Tulip memberikan senyuman terlebih dahulu.
"Nak apa?"soal Keel.
"Saya ada soalan nak tanya?"soal Tulip.
"Apa dia?"
"Kenapa orang ada partner untuk gerak kerja...tapi saya tak ada partner? Saya rasa Tuan Wakeel terlepas pandang kot"soal Tulip.
Keel berdiri dari kerusi.
"Tak memang awak takkan ada partner memandangkan awak leader jadi saya rasa seorang ketua tidak memerlukan partner...jadi keputusan saya betul..dan muktamad..."ucap Keel.
Tulip rasa tak puas hati.Keel berjalan melepasinya.
Tulip mengejar langkah Keel.
"Tuan Wakeel...."
Keel berpaling secara automatik dan menyebabkan Tulip tidak sempat berhenti.Lalu terlanggar tubuh itu dan terpeluk.Tulip menjarakkan dirinya.
"Please be a professional dalam kerja.Awak ni memang suka peluk orang.Kalau nak menggatal pergi balik buat dekat rumah jangan buat depan orang awam.."ucap Keel.
Ahhh...bila masa pulak aku suka peluk orang.Dia tu yang berhenti takde lampu break nak marah orang pulak.
"Atau hobi awak memang suka peluk orang? Mata awak letak mana?"soal Keel lagi.
Tulip dah panas hati sebenarnya.
"Sorry.... Tuan Wakeel...saya ni rabun.Harini saya lupa nak pakai spek mata saya yang tebal tu.Sebab tu suka saya raba-raba orang.Maklumlah rabun kan"ucap Tulip terus mengibas rambutnya sampai terkena mata Keel.
Keel memejamkan matanya apabila rambut Tulip tercucuk dimatanya.
Tulip berjalan dengan menghentak kaki.Kalau pejabat ni bermozek rasanya dah retak semua mozek dengan kasut tumit tingginya.
*********
Keel turun ke bawah untuk pergi makan tengahari dia terpandang pada arah lobi.Ada seorang lelaki yang sedang duduk.Lelaki itu sama dengan lelaki yang menghantar Tulip ke tempat kerja pagi tadi.
"Tulip!!"panggil lelaki itu dengan mesra.Keel memandang arah belakangnya
Dia memandang Tulip yang berjalan melintasi dirinya menuju ke arah lelaki itu.
"Kita nak makan mana?"soal Adam.Tulip memandang sekilas pada Keel yang berjalan berdekatan dengannya.
"Abang...kita makan dekat tempat favorite Abang.."ucap Tulip menekan perkataan Abang itu apabila lelaki itu mendekati dirinya.
Keel beriak biasa sahaja terus keluar dari lobi syarikat.
Tulip tersenyum puas.
"Kalau macam tu kita gerak sekarang takut full house nanti"ucap Adam.
"Okay...jom.."ucap Tulip terus jalan dahulu ke hadapan.
Baru Tulip mahu membuka pintu kereta.Lengan sebelah kirinya ditarik seseorang.Dia memandang sentuhan itu.
Keel sedang merenung tajam padanya.Adam yang berada dalam kereta turut memandang pada lelaki yang menarik tangan Tulip.
Kenapa pulak? Bukan tadi mamat ni dah jalan ke? Kenapa ditarik tangan aku ni? Nak cari gaduh ke?.Takkan aku nak keluar makan pun tak boleh?
Tulip memandang Keel yang masih tidak bersuara.
Apa yang membuatkan Keel menarik tangan Tulip? Dia cemburu ke melihat kemesraan Tulip dengan lelaki yang dia tidak kenal itu?
Share this novel