Keel memandang gelanggang yang kosong ini sekosong hatinya sekarang.Dia melabuhkan punggung duduk di kerusi gelanggang.Dia melihat tangannya.Tangan ini yang tak menghalang dia pergi.Tangan ini yang tak menyambut kedatangan dia.
Dia mengeluarkan kotak rokok dalam poket seluarnya.Putung rokok diletakkan dimulutnya.Dia mahu hidupkan api menggunakan pemetik api.
"Awak bukan seorang perokok 10 tahun lepas..."kata-kata Tulip yang marah kerana dia merokok.Dia mengambil semula putung rokok di mulut dan direnyukkan.
Dia berjalan ke arah pagar keluar dan membuang putung rokok itu dalam tong sampah berdekatan.
****************
Tulip tersenyum manis sebaik sampai ke bangunan D'Mans setelah bercuti lama.Dia melangkah ke arah lif dan menunggu pintu lif terbuka.
Dia memandang ke sisi kanannya.Ternampak Keel sedang berjalan ke arahnya.Lelaki itu tidak memandang depan hanya menatap skrin telefon sambil terdapat earpod ditelinganya.
Dia masuk sebaik sahaja pintu lif terbuka.Dan memandang Keel yang masih tidak masuk.Tulip mahu memanggil tapi dia membatalkan niatnya membiarkan lif tutup.
Dia menarik kerusi dan duduk.Izzad masuk dalam biliknya.
"Good morning Our leader..."very sunshine harini?"soal Izzad.
"Morning.... Mr Izzad.What do you want for me? Do you have good news for me? Now tell me.."ucap Tulip sambil mengangkat kening sambil tersenyum.
Izzad duduk menyilangkan kakinya.
"I smell something fishy with you.."ucap Izzad.
Tulip menggelengkan kepalanya.
"Mana ada...biasa je...okay..."ucap Tulip.
"Tuan Wakeel nak buat urgent meeting kejap lagi..."ucap Izzad.
Tulip menongkat dagu.
***********
Tulip memusingkan pen ditangannya.Semua sudah masuk ke dalam bilik mesyuarat hanya menunggu Tuan Wakeel turun saja.
Dari cermin Tulip memandang Keel yang menuju ke bilik mesyuarat.Pintu dibuka oleh Maliqi.Keel menarik kerusi dan membuka kancing blazer miliknya.
"Asalamualaikum dan selamat sejahtera semua...saya harap anda dalam keadaan sihat semuanya.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa kita berkumpul harini?. Maliqi boleh serahkan kertas pada semua"arah Keel.
Maliqi menyerahkan kertas pada setiap seorang pekerja.
Tulip mengambil kertas tersebut.
"Alright kalau ikut perancangan kita punya syarikat akan mengadakan program CSR dengan masyarakat.Kali ini saya sendiri akan kelola program CSR untuk tahun ni.
Tahun sudah pek makanan dan minuman tidak mencukupi.Jadi ada penambahan kalau awak tengok dalam kertas cadangan tu.Jadi saya nak tanya pendapat semua.Adakah anda setuju CSR dengan homeless sekitar Kuala Lumpur atau CSR dengan rumah kebajikan?"soal Keel pada staf yang ada.
Izzad mengangkat tangannya.
"Silakan..."ucap Keel.
"Erm...saya cadang teruskan CSR dengan homeless sebab program tu dah menjadi sebahagian daripada program CSR kita sebelum ni.Jadi kita boleh terapkan nilai dan juga berkongsi pandangan dengan mereka yang baru sahaja berkhidmat dekat sini"ucap Izzad.
Keel memandang Maliqi.
"Okay...yang lain? any objection? Tulip?"soal Keel pada Tulip.
Tulip memandang Keel.
"Okay... I got the answer already...so Maliqi proceed.Saya nak semua terlibat tiada alasan sebab kita buat tak sampai seminggu hanya 1 malam bersama homeless.So good luck jumpa nanti"ucap Keel terus bangkit dan keluar dari mesyuarat.
Tulip memandang Keel yang jadi dingin seperti dulu.
Pintu pejabat dibuka Keel dia membuka blazernya dan disangkut pada penyangkut.Maliqi masuk ke dalam pejabat Tuan Wakeel.
Keel menyelongkar laci meja.Maliqi memerhati majikannya itu.
"Tuan cari apa?"soal Maliqi.
"Saya cari Panadol...dah habis kot.."ucap Keel.Maliqi mengerutkan dahi.
"Tuan Wakeel sakit ke?"soal Maliqi.
"Takdelah aku penat je..."ucap Keel.
"Nak saya belikan ubat ke?"soal Maliqi.Dia sakit pada tengkuknya sebab terlalu lama menaip.
"Boleh juga...aku nak rehat kejap.."ucap Keel.Maliqi keluar dari pejabat Tuan Wakeel.
Keel merebahkan badannya atas sofa.Kancing butang bajunya dibuka sedikit.Tangan sebelah diletakkan atas dahi.Dapat lelap kejap pun jadilah... sementara menunggu Maliqi beli ubat.
Meja Ain diketuk oleh Tulip.
"Cik Tulip nak jumpa Tuan Wakeel?"soal Ain.Tulip mengangguk perlahan.
"Saya nak hantar dokumen dekat Tuan Wakeel.Boleh saya masuk?"soal Tulip.
Ain menekan interkom.
"Tuan Wakeel Cik Tulip nak hantar dokumen"ucap Ain.
Ain mengarahkan Tulip masuk ke dalam.
"Terima kasih Ain"ucap Tulip memegang tombol pintu.Dia berdoa supaya kuatkan hatinya.Tombol dipulas perlahan.
"Tuan Wakeel..."panggil Tulip melihat pada meja kerja Keel.Tiada orang disitu.Matanya terpandang atas sofa dihadapan meja kerja itu.
Tubuh panjang Keel terbaring atas sofa.Dengan tangannya diletakkan atas kepala.Tak pernah dia tengok lelaki itu seperti ini.
Dia mendengar dengkuran halus berselang dengan batuk halus.Dia menundukkan wajahnya dan tangannya menyentuh tangan lelaki dihadapannya.
Panas! Dia demam ke?.
Keel terbatuk lagi.Tulip berdiri sedikit jauh risau kalau Keel terjaga.
Dia membelek lagi sekali.Lelaki itu menarik tangan Tulip mendekati.Tubuh Tulip hampir jatuh atas tubuh Keel.
"Awak risaukan saya?"soal Keel pada Tulip.
Tulip menggelengkan kepalanya laju.
"Tipu...."ucap Keel sepatah memejamkan matanya yang berat.
Tulip menyentuh dahi Keel.Ya panas sangat... Kenapa datang kerja kalau dah tahu demam? Saja nak perhatian akulah tu?.
Tulip mahu beredar sebelum Maliqi masuk.Tapi sekali lagi tangannya digenggam Keel.
"Lepaskan saya"rayu Tangan masih digenggam Keel
"Teman saya ... kejap je..."ucap Keel lembut.Tangannya mengenggam jari jemari Tulip.
Tulip berdiri disisi lelaki itu.
"Kalau awak tak sihat kenapa still datang kerja?"soal Tulip.
Senyap tiada suara.
Tangan yang memegang tangannya juga sudah terlepas.
"Tuan Wakeel!!!"panggil Maliqi kuat membuka pintu.
Tulip berdiri tegak.Maliqi terkejut melihat Tulip ada dalam pejabat Tuan Wakeel.
Dia memandang Tuan Wakeel yang sedang tidur.
"Tuan Wakeel tidur ke? Saya ada bawa ubat.."bisik Maliqi pada Tulip.
Tulip mengangguk perlahan.
"Saya keluar dulu..."ucap Tulip pada Maliqi.
"Kejap..kejap..."ucap Maliqi.
Maliqi mendekati Tuan Wakeel dan mengoncangkan badannya perlahan.
"Tuan!!"panggil Maliqi.
Keel membuka matanya.Dia meraup wajahnya dan bangkit secara perlahan.Dia memegang kepalanya sambil menunduk ke bawah.
Maliqi menghulurkan ubat dan air pada Tuan Wakeel.
Tulip hanya berdiri depan tidak berbicara sepatah.
"Macamana Tuan Wakeel boleh sakit ni?"soal Maliqi.
"Tidur lambat semalam..siapkan kerja.."ucap Keel mengosok tengkuknya.
"Habis Tuan nak saya minta Ain batalkan meeting dengan klien ke?"soal Maliqi.
Keel menggelengkan kepalanya.
Tulip mengerutkan dahi.
"Tuan tak sihat...masih nak pergi mesyuarat?"soal Tulip sambil memeluk tubuh.
Keel bangkit membetulkan bajunya.
"Maliqi...siapkan kereta..kejap lagi saya turun.."arah Keel.
Maliqi mengangguk dan memandang Tulip yang berdiri tidak jauh dari Tuan Wakeel.
Keel meneguk air dalam gelas.Dia mengambil blazer dan diletakkan pada lengannya.
Dia melangkah pada Tulip.
"Kalau awak risau...saya okay je...saya lagi suka kalau awak risaukan saya..."ucap Keel.Wajah itu pucat sedikit.
Tulip mendongak memandang wajah Keel.
"Saya nak keluar kejap..nanti saya balik.."ucap Keel menyentuh wajah Tulip.Lelaki itu berlalu keluar.
Tulip berpaling melihat langkah itu keluar dengan lesu.
***********
"Terima kasih sebab sudi jumpa saya..."ucap Keel pada Encik Ghazi.
"Sama-sama saya ucapkan...sebab Tuan sudi turun jumpa dengan saya untuk laksanakan program CSR ni"ucap Encik Ghazi.
"Saya harap program ni boleh buka mata orang tentang masyarakat kita"ucap Keel.
"Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu"ucap Encik Ghazi.
Keel bersalaman dengan Encik Ghazi.
Dia memandang lelaki itu berjalan keluar dari restoran.Dia memegang kepalanya yang berdenyut kuat.
Maliqi berjalan ke arah Tuan Wakeel.Dia nampak Tuan Wakeel memegang kepalanya.
Pandangan kabur dan dia jatuh ke lantai.Maliqi berlari mendapatkan Tuan Wakeel.
"Tuan!! Tuan!!"panggil Maliqi.Ada beberapa pekerja hotel membantunya membawa Tuan Wakeel ke kereta.
Maliqi memandang Tuan Wakeel yang pengsan di tempat duduk belakang.
Dia memandu terus ke hospital berdekatan.
*********
Tulip melihat jam dipergelangan tangannya sudah pukul 3 petang tapi tak nampak Keel dalam pejabat.
Izzad mengetuk pintu.
"Ehh... Tulip kau tak tengok telefon ke?"soal Izzad.
"Kenapa?"soal Tulip semula.
"Maliqi bagitahu yang Tuan Wakeel pengsan dekat hotel.Dia bawa pergi hospital doktor kata oksigen drop dan ada jangkitan kuman.."cerita Izzad.
Tulip mengambil telefonnya dan membelek mesej itu.
"Dia dekat hospital mana?"soal Tulip dah risau.
**********
Airmatanya dah mengalir laju.Langkah kakinya laju untuk sampai ke wad.
Maliqi keluar dari wad ternampak Tulip berjalan ke arahnya.
"Cik Tulip buat apa dekat sini?"soal Maliqi.
"Tuan Wakeel...mana?"soal Tulip sambil mengesat air mata.
Walaupun kecewa dengan Keel... Tulip masih risaukan Keel?.
Share this novel