PROLOG

Drama Completed 58217

Zaman sekolah memang tak lepas kalau tak ada budaya adik angkat, kakak angkat, dan Abang angkat ni.Termasuklah aku sendiri yang terjebak dengan budaya ni.Tapi tak tahu zaman sekarang masih ada atau tidak.Relevan lagi ke budaya ni?.

**************

Kopi panas dimejanya masih berasap.Jam sudah menunjukkan jam 8.30 malam, tapi dia masih menatap skrin komputer.Kalau duduk dengan keluarganya mesti dah kena bebel suruh balik sebelum pukul 7.00.Tapi sebabkan dia duduk seorang diri dan masih belum berkahwin dia memilih untuk duduk di pejabat sehingga 9.00 malam.

Semua karyawan di syarikat ini kebanyakan sudah pulang bertemu keluarga masing-masing.Dia meregangkan ototnya terlebih dahulu.

Dia menyuakan muk itu ke mulutnya.Dia berdecit kerana panas melecur pada bibirnya.Dia terpandang arah pintu seakan ada orang yang lalu depan biliknya tadi.Dia berjalan ke arah pintu dan menjengah keluar tapi tiada sesiapa pun.

Dia masuk semula ke dalam terdengar bunyi orang seakan mengacau air di pantri.Bunyi itu kuat.Dia telan air liur.

"Apa pulak nak kacau aku malam-malam ni?"soalnya dalam hati.

Dia cepat-cepat mengambil beg dan memastikan kerjanya di simpan dalam fail terlebih dahulu.Dia terdengar bunyi air sinki terbuka pula.

Dia mematikan suis dan terus berlari keluar tanpa menoleh ke belakang.Butang lif ditekan berkali-kali.Tak pernah dia lalui detik macam ni.Selalu elok je dia stay malam-malam.

Pili air sinki ditutup dan tangannya dilap pada kain.Dia mengambil muk air milo panas itu keluar dari pantri.

"Air milo the best for the rest"ucapnya sambil tersenyum sorang-sorang menuju ke arah lif.Gara-gara penapis air ditingkatnya rosak dia terpaksa turun ke bawah untuk buat air.Kerjanya masih banyak perlu disiapkan.

Kakinya melangkah keluar dengan cepat menuju ke lobi syarikat.Dia bertembung dengan Pakcik Razak pengawal keselamatan disitu.

"Tulip...awal balik harini? Ni pasaipa pucat semacam?"soal Pakcik Razak.

Tulip menarik nafas dalam-dalam.

"Harini..kerja habis awal tu yang cau awal.. Pakcik nak pergi buat rondaan ya?"soal Tulip sambil melihat sekeliling.

"Yalah Pakcik baru nak buat rondaan.Kamu nak balik ni hati-hati bawa kereta"pesan Pakcik Razak.

"Okay Pakcik Asalamualaikum..."ucap Tulip menuju ke arah keretanya yang terparkir depan bangunan syarikat.

Dia membuka pintu kereta dan memandang ke arah atas bangunan.Harap tak ada apa yang ikut aku balik.

Dia terus masuk dalam kereta dan keluar dari kawasan syarikat.

Fail diselak sambil memeriksa satu persatu kertas ditangannya.

Ketukan pintu mengejutkan dirinya.Dia memandang pada arah pintu.

"Eh... Pakcik Razak..."ucap Kell tersenyum.

"Asalamualaikum....Tuan Wakeel.."sapa Pakcik Razak.

"Walaikumusalam....jangan panggil saya tuan.Nampak sangat saya tua nanti.."ucap Kell.

"Alah tuan Wakeel masih segak jangan risau.Ni kerja banyak lagi ke?. Pakcik ingat yang sorang tu je suka balik lewat rupanya kamu suka balik lambat juga"ucap Pakcik Razak.

"Kerja memang banyak...saja balik lambat harini.Siapa yang suka balik lewat tu?"soal Keel.

"Ada staff tingkat bawa dia pun macam kamu juga suka balik lambat.Tapi tadi harini dia balik awal sikit..."ucap Pakcik Razak.

"Ahh..mungkin banyak kerja nak kena siapkan"ucap Keel.

"Takpelah sambunglah buat kerja Pakcik nak pergi ronda kejap"ucap Pakcik Razak sebelum berlalu dari situ.

Keel tersenyum.

Dia kembali duduk dikerusinya.

********

Tulip berlari ke arah pintu lobi.Dia terlambat harini semua gara-gara tak boleh tidur kerana hal semalam.

Keel menekan pintu lif.

"Asalamualaikum Tuan Wakeel..."sapa Izzad sambil memberikan senyuman terpancar pada Ketua Pegawai Operasi syarikat D'Mans itu.Keel menundukkan wajahnya dan tersenyum sedikit.

Izzad memandang arah lain mencari kelibat Tulip yang tak nampak-nampak.

Dari jauh dia nampak Tulip yang terkedek-kedek berlari.

Pintu lif sudah terbuka, Keel masuk ke dalam perut lif.Dia melihat lelaki yang menegurnya tadi tidak masuk lagi.

"Encik nak masuk ke?"soal Keel menghalang pintu lif dari tutup.

Izzad memandang.

"Takpelah...saya tunggu kawan saya.."ucap Izzad pada Keel.

Keel melepaskan tangannya.Pintu lif mula bergerak mahu tutup.

"Tulip cepatlah!!!"jerit Izzad.Tulip? Keel memandang ke depan tapi dia tak sempat nak menahan pintu lif sudah tertutup.

Dia tak salah dengar rasanya.Lelaki tadi memanggil nama Tulip.Dia menekan butang itu semula untuk mencari kalau-kalau masih ada lelaki tadi.

Dia berlari keluar mencari dimana perginya lelaki tadi.Dan mana gadis yang bernama Tulip? Adakah itu Tulip yang dia kenal?.

Tiada disini.Tapi dia rasa dah betul tadi dia dengar nama itu.Setelah sepuluh tahun ,ini kali pertama dia dengar nama itu semula.

*******

"Selalu kau awal Nyah..datang harini kenapa lambat?"soal Izzad dengan gayanya.

"Kau tak tahu cerita ke?"soal Tulip menampar lengan Izzad.

"Ooi mak kau hijau...cerita apa?"latah Izzad.

"Semalam aku stay back untuk buat kerja.Kau tahu ada hantu pantri..."bisik Tulip.

"Scary... Nyah.. jangan cerita aku tak nak dengar.."ucap Izzad sambil menutup telinganya.

"Betul...aku dengar... lepastu aku balik tak boleh tidur...tu yang aku lambat harini...kau pun tahukan aku tak pernah lambat.."ucap Tulip pada Izzad.

"Jadi kau nak cakap level kita ni dah bertukar level angker lah.Keras gitu!!"ucap Izzad.

"Entahlah aku pun tak tahu...tapi lepas ni aku tak nak stay back.Kalau nak stayback aku ajak semua termasuk kau..."ucap Tulip menuju ke biliknya.

"Carut...betul...nak ajak orang juga..."ucap Izzad mencebik.

********

"Saya nak awak siapkan details audit nanti serahkan pada saya kemudian.."ucap Keel pada staf perempuan didepannya.

"Baik Tuan..jadi ke Tuan nak adakan mesyuarat harini?"soal Ain.

"Jadi...lagi 5 minit masuk bilik mesyuarat.."ucap Keel.

Semua pekerja yang dipanggil masuk ke dalam bilik mesyuarat.

"Mana Tulip?"soal Izzad.

Keel masuk ke dalam bilik mesyuarat dengan memegang satu buku dan fail diletakkan atas meja.

Dia memandang wajah setiap mereka yang berada dalam bilik itu.

"Ada sesiapa yang belum sampai?"soal Keel.

Izzad mengangkat tangannya.Keel memandang lelaki itu yang nampak sedikit lembut perwatakannya.

"Ya? Siapa yang belum masuk?"soal Keel.

Izzad tersengih.

"Our leader from D'Mans East is on the way" ucap Izzad.

Pintu bilik mesyuarat diketuk.

"Minta maaf saya lambat.."ucap Tulip.

Izzad memandang

Keel tidak memandang siapa yang berdiri didepan pintu itu.

"Tulip!! sini!!"panggil Izzad.

Tangannya berhenti menyelak kertas.Dia mendongak memandang.Tulip masih berdiri tercegat.

"Tulip Amaryllis"nama itu terucap keluar dari mulutnya.

Gadis itu memandang pada gerangan yang duduk di kerusi utama dalam bilik mesyuarat.Fail ditangan Tulip jatuh ke lantai.

"Ishh... Tulip apa kau buat ni?"soal Izzad meluru ke arah kawannya.Dia mengutip semua fail yang jatuh itu.

Tulip masih tidak bergerak.Begitu juga Keel masih merenung pada gadis itu.Sepuluh tahun berlalu dengan cepat dan dia fikir sudah cukup jauh dia larikan daripada lelaki didepannya.Tapi kenapa harini lelaki ini masih wujud didepannya?.

Izzad menarik tangan Tulip untuk duduk dikerusinya.

Tulip menundukkan wajahnya sedikit.Keel meneruskan agenda mesyuarat harini.Walaupun dia turut terkejut tapi riak wajahnya dikawal.

***********

Semua beransur keluar dari bilik mesyuarat.Tulip mengambil buku notanya dan menunduk menuju ke pintu keluar.

"Tulip Amaryllis..."panggil Keel.

Langkah kaki Tulip terhenti.

"Can we talk?"soal Keel.

Tulip mengenggam tangannya.

"There's nothing to talk about"ucap Tulip terus keluar dari situ.

Keel menggigit bibirnya.Kenyataan itu sakit.Memang sakit, tapi apa yang berlaku 10 tahun lalu memang menyakitkan buat mereka berdua.

Assalamualaikum is our new journey.....with Wakeel and Tulip

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience