Tulip meletakkkan telefon pintarnya dan meraup wajahnya sambil memegang kedua-dua tangannya.Dia cuba bertenang dengan menarik nafas dalam-dalam.
Dia tahu sebenarnya Keel tipu dia tentang pertemuan dengan Abahnya pagi tadi.
Dia masih ingat pertemuan dengan Adam yang singgah ke rumahnya pagi tadi.
"Apa Abang buat dekat sini?"soal Tulip sambil memeluk tubuh memandang lelaki itu.Dia cukup hormat pada lelaki itu tapi dia rasa makin hilang sikap hormatnya.
"Jauhkan diri Tulip daripada Keel..kan Abang dah cakap mustahil untuk Tulip dengan dia"ucap Adam.
Tulip mengenggam tangannya.
"Tulip nak cakap yang Abang tak hak nak masuk campur urusan hidup Tulip"pintas gadis itu dengan nada serius.
"Tulip...masih seorang perempuan yang banyak impian.. keluarga Tulip takkan setuju kalau Tulip kahwin dengan dia..apa yang dia ada Abang takde Tulip?"ucap Adam.
"Ini pilihan hidup Tulip!!"jerit Tulip pada Adam sebelum dia berpaling untuk masuk dalam rumah.
"Jadi Tulip sanggup buang keluarga untuk bersama dia? Sanggup Tulip pilih dia daripada dekeluarga Tulip sendiri?"soal Adam bertalu-talu.
Tulip memejamkan matanya.
"Abang tanya Tulip ni?"soal Adam.
Tulip berpaling.
"Kenapa Tulip perlu putuskan hubungan dengan keluarga Tulip untuk kahwin dengan dia?.Dulu Abah benci dia sebab dia ganggu pelajaran Tulip kali ni Tulip tak tahu kenapa Abah benci sangat dengan dia?.
Nak kata dia kerja tak bagus dia dah berjaya... sekarang... memang dulu kami sering bergaduh tapi sekarang kami dah baik dan boleh terima kelemahan masing-masing.Tulip akan cari cara untuk Abah setuju dengan keputusan Tulip?"soal Tulip.
"Jangan buang masa Tulip...tak guna pun Tulip... Tulip boleh kahwin dengan sesiapa je...bukan dengan dia..."ucap Adam.
"Tapi kenapa?"soal Tulip.
"Kalau Tulip boleh putuskan hubungan dengan keluarga sebab dia...kita..."ucap Adam.
"Abang dah gila ke? Tulip takkan belakangkan keluarga Tulip...tapi Abang tetap hanya Abang Tulip..."ucap Tulip terus masuk dalam rumah.
Adam menggigit bibirnya geram.
***********
Hujung minggu dihabiskan dirumah sahaja, dia membersihkan laman rumahnya dan mencuci kereta.Tapi fikirannya tetap tidak tenang memikirkan masa depan mereka berdua ini.
Telefon pintar Keel berbunyi di meja.Dia mencuci tangannya terlebih dahulu.Dia melihat nama di skrin tertera nama Tulip.
Dia menjawab panggilan itu.
"Asalamualaikum... Tulip..."sapa Keel terlebih dahulu.
"Walaikumusalam...awak..."ucap Tulip putus-putus.
"Tulip are you okay? Kenapa suara awak macam ni?"soal Keel.
Tulip terbatuk sedikit.
"Tulip awak sakit ke?"soal Keel.
Tulip diam.
"Tulip tell me what happened? Awak sakitkan?"soal Keel.
Tulip mendengus perlahan.
"Saya demam biasa je..."ucap Tulip yang masih berselubung atas katil.
"Demam biasa pun sakit..awak sorang je dekat rumah?"soal Keel.
"Ya... saya duduk sorang je.."ucap Tulip.
"Awak duduk je dalam rumah kejap lagi saya datang..."ucap Keel mematikan panggilan.
Tulip blur.
"Datang rumah?"soal Tulip dalam hati.
Keel telefon nombor lain.
"Hello Warda buat apa harini?"soal Keel pada adik perempuannya.
***********
Ting! Tong! Ting! Tong!
Tulip turun ke bawah untuk melihat siapa yang datang.Dia membuka pintu rumah dan terkejut melihat Keel berdiri didepan pintu dengan membawa plastik putih ditangan sementara disebelahnya terdapat seorang gadis yang comel mungkin adik Keel.Dia tak berapa ingat sangat.
"Asalamualaikum....boleh saya masuk?"ucap Keel.
"Walaikumusalam...boleh-boleh.."ucap Tulip membuka pintu gril untuk tetamunya.
Keel dan gadis itu tadi masuk ke dalam rumah.Tulip membelek sedikit mukanya yang serabai tidak bersiap itu.
Keel meletakkkan barang atas meja makan.Dia memandang Tulip.
"Kenalkan ni adik saya..Warda.Saya bawa dia sebab tak nak orang salah sangka..."ucap Keel pada Tulip.
Warda menghulurkan tangan pada Tulip untuk bersalaman.
Tulip menyambut huluran tangan Warda.
"Hai Kak Tulip...cantik tuan rumah ni patutlah Abang kita kelam kabut tadi..."ucap Warda.Keel menyinggul lengannya.
Wajah pucat itu tersenyum manis.
"Demam awak dah kebah ke?"soal Keel.Tulip mahu merasa dahinya tapi tangan Keel lagi laju.
"Panas...ni..awak dah makan ke?"soal Keel.
Tulip menggelengkan kepalanya.
"Warda....suruh Kak Tulip duduk..."arah Keel pada Warda.
Warda tersenyum dan menarik tangan Tulip untuk duduk disofa.
Keel masuk ke dapur.Dia membuka jaket yang dipakainya dan diletakkan di atas kerusi.
"Abang Keel nak buat apa?"soal Tulip pada Warda.
"Abang Keel nak masak untuk Kak Tulip.Kak Tulip jangan risau Abang masak sedap!!"ucap Warda pada Tulip.
Tulip memandang ke arah dapur.
Keel mengambil beras dan dibasuh terlebih dahulu.Lalu diletakkan didalam periuk dan dimasak.
Dia membasuh bahan yang dia beli tadi.Dan dipotong halus.Sebelum direnehkan bersama nasi tadi.
"Tak pernah Warda tengok abang buat macam ni dekat mana-mana perempuan"ucap Warda.
Tulip berpaling.
"Warda... Abang Keel memang tak bercinta dengan mana-mana perempuan ke sepanjang 10 tahun ni?"soal Tulip perlahan.
"Tak pernah...pun Kak Tulip.Puaslah Ibu tanya dia,mesti tak ada jawapan"ucap Warda.
Keel memandang mereka berdua yang sedang berborak.
Dia mengambil mangkuk dan mencedokkan bubur ke dalam mangkuk.Sedikit minyak bijan diletakkan dan bawang goreng diletakkan atasnya.
Dia meletakkkan dalam dulang dan air masak sekali lalu dibawa ke ruang tamu.
"Makanan untuk awak dah siap..."ucap Keel meletakkkan atas meja
Tulip memandang mangkuk bubur yang harum baunya itu.
"Tapi awak dan Warda nak makan apa-apa saya boleh orderkan?"soal Tulip.
"Tak payah kami okay je...awak tu makan bubur tu sementara masih panas.Lepas ni makan ubat dan rehat"ucap Keel.
"Kak Tulip pinjam tandas...sakit perutlah.."ucap Warda bangun.
"Pergilah tandas dekat dengan dapur..."ucap Tulip menunjukkan arah.
********
Tinggal mereka berdua sahaja diruang tamu.Tulip menyuapkan bubur ke dalam mulut secara perlahan.
"Makan banyak sikit... macamana awak boleh demam? Semalam saya jumpa awak okay je?"soal Keel pada Tulip.
Tulip menundukkan wajahnya.Hanya terdengar keluhan halus.
Keel menyelak rambut Tulip yang jatuh menutup separuh wajahnya.
Tulip memandang Keel dengan mata yang berkaca.
"Saya tahu Abah tak setuju dengan keputusan awak untuk kahwin dengan saya kan?"soal Tulip.
Keel menarik nafasnya.Dia memegang kedua-dua tangannya.
"Ya... Abah awak tegas nak jodohkan awak dengan Adam.Tapi saya takkan biarkan benda tu jadi.Tulip awak kena berani yakinkan Abah tentang kita.Sama ada kita kekal sama atau kita takkan jumpa lagi?. Keputusan semua atas awak"ucap Keel pada Tulip.
"Saya takkan nak berpisah lagi...sakitnya 10 tahun dah terlalu sakit..."ucap Tulip.
"Sejujurnya saya rasa bersalah sebab saya awak kena tangguh sakit tu..."ucap Keel.
"Tak saya satu kebaikan awak...saya tahu awak boleh bahagiakan saya.. daripada lelaki yang lain"ucap Tulip ikhlas.
Airmatanya dibiarkan sahaja.
"Apa yang saya boleh jamin saya boleh melayan awak dengan baik, tak mengkhianati awak, tak dingin dengan awak, dan saya akan cuba sedaya upaya saya untuk cipta apa yang kurang tentang diri saya.. tapi apa yang saya tak boleh jamin adakah kebaikan saya boleh membuka mata Abah awak untuk terima saya?"soal Keel pada Tulip?.
Tulip menundukkan wajahnya.
Keel bangkit dari duduknya.
"Awak makanlah saya keluar kejap .."ucap Keel berlalu keluar dari rumah Tulip.
Tulip menyuap bubur ke dalam mulutnya.Air mata tidak henti-henti mengalir.Warda yang keluar dari bilik air melihat Tulip yang berseorangan di ruang tamu.
"Abang Keel mana Kak Tulip?"soal Warda.
"Abang Keel ambil angin dekat luar.."ucap Tulip sambil matanya masih pada bubur dalam mangkuk.
Warda perasan muka Tulip merah.Dia mencapai tisu atas kabinet dapur dan diberi pada Tulip.Tulip mendongak dan mengambil tisu ditangan Warda.
*******
Keel menyandarkan tubuhnya di kereta Tulip.Dia benar-benar runsing memikirkan keadaan mereka.
Sebuah kereta berhenti didepan pagar rumah Tulip.Keel menegakkan badannya.Dia kenal sangat kereta itu.Lelaki itu keluar melihat ke arah Range Rover sport milik Keel.
Dia berjalan ke arah Keel yang berdiri tidak jauh darinya.
"Kau buat apa dekat sini?"soal Adam dengan mata tajam menikam anak mata Keel.
Keel kekal tenang.
"Aku datang tengok bakal isteri aku tak sihat.Kau pulak? Datang tengok sepupu ke?"soal Keel menekan ayat yang terakhir.
Adam mengenggam tangannya.
Kadang dia rasa menyampah juga dengan Adam yang tak faham bahasa ni.Walau kau tua lebih 3 tahun je.Aku tak perlu hormat kalau kau tak hormat aku?.
Kadang dia rasa menyampah juga dengan Adam yang tak faham bahasa ni.Walau kau tua lebih 3 tahun je.Aku tak perlu hormat kalau kau tak hormat aku?.
Share this novel