BAB 12

Drama Completed 58217

Keel baru selesai mandi.Dia membelek lengannya yang bertampal dengan plaster luka diberi oleh Tulip.

Dia tersenyum manis bila teringatkan gelagat gadis itu risaukan dirinya.

***********

"Betul ke ni?"soal Puan Zainab pada Keel yang sedang duduk bersandar dikatilnya.Tulip turut memandang Keel sambil menjengkelkan matanya.

Keel tersenyum sahaja.

Puan Zainab memandang gadis itu.Dia menarik tangan Tulip.

"Betul ke kamu ni bercinta dengan anak makcik? Dia tak bayar kamu kan?"soal Puan Zainab.

"Ahhh?? Tak makcik..."ucap Tulip.

"Ibu ni pun agak-agaklah takkan Keel nak buat macam tu?"soal Keel.

"Yelah mana tahu kamu bosan dengan soalan Ibu.Kamu upah mana-mana menyamar jadi kekasih kamu"ucap Puan Zainab.

Puan Zainab memandang Tulip.

"Nama kamu siapa?"soal Puan Zainab.

"Saya Tulip Amaryllis...makcik boleh panggil saya Tulip.." Dia memperkenalkan dirinya pada Puan Zainab.

"Tulip...unik nama kamu..mari duduk sini.."ucap Puan Zainab menarik tangan Tulip duduk di kerusi.

"Tulip dah lama ke kenal dengan Keel?"soal Puan Zainab.

Tulip memandang Keel yang mengangkat kening.

"Ahhh dah lama kenal hampir 10 tahun..."ucap Tulip.

Puan Zainab ternganga sekejap.

"Kamu cakap hubungan kamu ni dah dekat 10 tahun.Tapi kenapa tak kahwin?"soal Puan Zainab pada Keel.

"Ibu..macam ni.. sebenarnya.. Tulip ni satu sekolah dengan Keel.Kitaorang baru je jumpa balik... Ibu kenal dengan Cikgu Basyir kan?"soal Keel.

Puan Zainab berfikir sejenak.

"Cikgu Basyir yang sekolah lama kamu tu...Kenapa Tulip ni anak Cikgu Basyir ke?"soal Puan Zainab.

Tulip mengangguk perlahan.

"Ya Allah kecilnya dunia.Makcik tak cam kamu betul ni..lain betul sekarang..."ucap Puan Zainab.

Tulip tersenyum manis.

"Cikgu Basyir sihat lagi?"soal Puan Zainab.

"Alhamdulilah Abah sihat.Sekarang dia sibuk uruskan ladang dengan homestay dekat Kuala Kangsar"jawab Tulip.

"Ohhh yeke...makcik pun lama tak pergi sana jenguk rumah.Keel pun sibuk memanjang.Tengoklah sibuk sampai sakit..."ucap Puan Zainab.

"Ibu...jangan risau...Tulip ada...boleh tengokkan anak Ibu ni..."ucap Keel.

"Kamu layanlah dia Tulip.Makcik tak boleh lama-lama.Takut sesak kejap lagi susah nak keluar.Adik Keel nak balik dah...nanti suruh Keel bawa pergi rumah makcik...ya.."ucap Puan Zainab mengambil beg tangannya dan bersalaman dengan Tulip.

"Hati-hati bawa kereta makcik..."ucap Tulip.Puan Zainab senyum dan berlalu keluar dari wad.

Kini tinggal mereka berdua sahaja dalam wad.Lengan Keel dicubit oleh Tulip.

"Auchh....pedihnya"ucap Keel mengosok lengannya.

"Kenapa awak cakap dekat Ibu awak saya ni bakal menantu dia..buat dia tak suka saya macamana?"soal Tulip.

Keel mendekati wajahnya memandang Tulip.

"Kenapa? Awak tak nak kahwin dengan saya?"soal Keel.

Tulip menundukkan wajahnya dan tersenyum.

"Mestilah saya nak...saya dah lama menunggu seorang lelaki tanya saya soalan tu? Dan saya kalau boleh tak nak orang lain yang tanya soalan tu pada saya?"ucap Tulip.

Keel menyelak rambut Tulip ke belakang telinga.

"Kalau macam tu...kita.."ucap Keel.

"Asalamualaikum.... Tuan Wakeel..."sapa Izzad membuka pintu wad secara mengejut membuatkan Tulip terus bangkit dari duduknya.Izzad, Ain dan Maliqi datang melawat Keel.

Keel dah cuak.

"Walaikumusalam....bila...korang sampai?"soal Keel cuba menutup malu.

"Eh... Cik Tulip pun ada... pergi lawat Tuan Wakeel tak ajak kitaorang pun?"soal Ain meletakkkan bouquet buah atas meja.

Tulip memandang Keel.

"Ahhh... kebetulan kawan saya masuk wad dekat sini juga..tu yang singgah jenguk Tuan Wakeel..."ucap Tulip memegang jari jemarinya.

"Ohh...tapi bukan ke Tuan Wakeel dengan Cik Tulip tak berapa baik? Maksudnya selalu gaduh?.."soal Maliqi.

"Mana ada kitaorang okay je... korang salah tengok agaknya..."ucap Keel beriak biasa.

"Korang nak minum apa-apa ke? Saya boleh belikan?"soal Tulip.

Semua memandang Tulip.

"Takpe kitaorang bawa minuman dengan makanan dah..tapi tulah minta maaf Tuan Wakeel sebab saya rasa Tuan Wakeel tak boleh makan makanan kitaorang bawa ni.."ucap Maliqi selamba.

Keel mengigit bibirnya geram dengan Maliqi.

"Takpe...silakan...makan...menjamu selera..."ucap Keel sambil menekan ayat.

"Mari Cik Tulip..."ucap Ain menarik tangan untuk duduk makan sekali.

Maliqi membuka makanan segera yang mereka beli.Keel mampu telan air liur sahaja melihat mereka makan.

*************

Tulip masuk ke dalam taman perumahannya.Dia memperlahankan kenderaannya sebaik melihat sebuah kereta Honda CR-V berwarna merah terparkir depan laman.

"Itu Abang Adam? Buat apa dia dekat sini?"soal Tulip menghentikan kereta dan menaikkan brek tangan.

Adam memandang Tulip yang baru sampai.Dia melambaikan tangan padanya.

Tulip turun dan berjalan ke arah Adam.

"Abang Adam tak bagitahu pun nak datang...nasib Tulip dah sampai rumah.."ucap Tulip.

"Saja Abang tak bagitahu awak Tulip.Tulip sibuk ke?"soal Adam.

Tulip menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Erm...tak Tulip baru balik dari hospital jenguk kawan..ada apa Abang Adam datang sini...macam penting je?"soal Tulip.

Adam mendekati Tulip.

"Tulip... Abang Adam dah bincangkan perkara ni dengan Pak Lang.Dan Pak Lang setuju dengan keputusan Abang..."ucap Adam.

Tulip tak faham.

"Kejap.....bincang apa? Apa yang Abah setuju?"soal Tulip dengan serius.

"Pak Lang setuju dengan keputusan Abang untuk masuk meminang Tulip..."ucap Adam pada sepupunya itu.

Tulip mengundurkan diri.

"Tulip... Abang dah lama...simpan perasaan pada Tulip.."ucap Adam cuba menyentuh bahu Tulip tapi Tulip menghalangnya.

"Tak.... Tulip tak pernah anggap Abang lebih daripada tu..tak pernah langsung...terlintas dalam fikiran Tulip nak kahwin dengan Abang..."ucap Tulip mendongak memandang Adam.

"Tulip...kita cuba..."ucap Adam memujuk Tulip.

"Tak...tak ada istilah cuba... Abang Adam kita membesar depan mata... Tulip memang anggap Abang Adam macam Abang Tulip.Kita keluarga...mustahil Tulip nak terima Abang Adam sebagai suami"ucap Tulip cuba menerangkan situasi sekarang.

Adam menundukkan wajahnya.

"Ke sebab lelaki tu... Tulip tak nak terima Abang...?"soal Adam tentang Keel.

Tulip memicit dahinya.

"Dia tak ada kena mengena..Jangan cuba babitkan dia dalam hal ni...Ini Abang dengan tulip.Macamana Abang boleh terfikir jumpa Pak Lang bincangkan perkara ni tanpa pengetahuan Tulip.Ini bermakna Abang pentingkan diri sendiri..."ucap Tulip dengan nada serius.

Tulip mahu masuk ke dalam rumah.

"Abang akan teruskan rancangan ni..."ucap Adam pada Tulip.

Tulip berpaling dan memandang tajam pada lelaki itu.

"Tulip takkan terima...kalau Abang teruskan juga.. Tulip sanggup khianat Abah Tulip sendiri.."ucap Tulip terus masuk ke dalam rumah.

Tulip melemparkan kunci atas kerusi.Dia memegang kepalanya sambil memandang pada arah langsir.

**********

Keel mengemas baju masuk ke dalam beg bajunya.Harini dia boleh keluar dari hospital.Sambil menunggu Tulip datang dia membersihkan bajunya masuk ke dalam beg.

Dia mengenakan t-shirt hitam lengan panjang dan seluar jeans biru sahaja.Pintu wad dibuka oleh Tulip.

Keel tersenyum senget melihat Tulip datang.Tapi wajah itu muram mencuka seperti ada masalah.

"Tulip...awak okay tak?"soal Keel memandang Tulip yang menundukkan wajahnya.

Tulip mendengus perlahan.

Keel menarik Tulip dalam pelukannya.

"It's okay to cry.. lepaskan apa yang terbuku dekat hati awak....saya ada dengan awak..."ucap Keel mengusap rambut Tulip.

Tulip menangis didada Keel.Tiada siapa faham perasaan dia sekarang?.

*************

Keel memandang Tulip yang sedang mengelap air matanya.Keel menghulurkan tisu.

"Sorry...patut saya yang bawa kereta ni awak pulak yang kena..."ucap Tulip yang masih terdengar sisa tangis tadi.

"Takpe... you're too emotional to drive...so ready to share something with me"ucap Keel memandang Tulip.

Tulip memandang Keel.

"Kalau saya cakap... awak jangan marah... promise?"soal Tulip sambil menunjukkan "pinky promise ".

Keel mengangguk perlahan.

"Sebenarnya semalam.... Abang Adam ada datang jumpa saya...."ucap Tulip.

Keel kurang senang dengan nama itu.

"Kenapa dia datang jumpa awak?"soal Keel serius.

"Dia cakap...dia dengan Abah saya...dah bincang nak kahwin dengan saya...."ucap Tulip sambil melihat reaksi Keel.

Keel mengenggam stereng kuat.Dia mengeluh berat.

"And then awak setuju?"soal Keel ingin tahu keputusan Tulip.

Tulip menggelengkan kepalanya laju.

Keel menghela nafas.

"Kenapa tiba-tiba je? Pastu Abah setuju dengan dia? Habis saya?"soal Keel.

"Itu saya tak faham... sedangkan haritu dia layan awak okay je..saya tak faham kenapa Abah terima Abang Adam...saya nak buat apa sekarang?"soal Tulip pada Keel.

Keel mengosok dagunya perlahan.

"Saya rasa awak kena yakinkan Abah tentang pilihan hidup awak.."ucap Keel.

"Awak pulak macamana ?"soal Tulip.

Keel mencapai tangan Tulip.

"I will be there with you .."ucap Keel sambil tersenyum manis.

Tulip lega mendengar jawapan itu . Sekarang dia perlu berdepan dengan Abah? Dia perlu yakinkan Abah tentang Keel sebagai pilihan hidupnya?.

Sekarang dia perlu berdepan dengan Abah? Dia perlu yakinkan Abah tentang Keel sebagai pilihan hidupnya?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience