Dia melihat kalender yang berada atas rak tv itu.Dia tak sangka detik untuk dia dan Keel akan bersatu makin dekat.
Dia mengimbas kembali bertapa susah dirinya untuk melupakan kenangan dulu yang begitu pahit untuk dia lalui.
Hari-hari yang dia lalui suram apabila Cikgu Basyir meletakkkan noktah supaya dia melupakan Keel.
Boleh dikatakan hampir setiap hari dia menangis.Diluar dia nampak gembira dan banyak bercakap tapi bila sampai saat dirumah dan melihat kekosongan rumah lagi membuatkan dirinya tidak kuat.
Dia masih ingat lagi berapa ramai calon yang Cikgu Basyir kenalkan padanya dan semuanya terpaksa ditolak.Kalau bab mencipta alasan, dia paling juara.
Dia fikir Cikgu Basyir akan berputus asa nak carikan dia jodoh rupanya macam-macam jalan Cikgu Basyir nak pastikan anak daranya ini berkahwin.
Noktah Cikgu Basyir itu telah menutup pintu hatinya pada lelaki lain.Notifikasi masuk dalam telefonnya.
Dia mencapai telefon dan melihat terdapat mesej dari bakal suaminya.
~ Asalamualaikum....saya nak tanya awak dah pergi kursus kahwin ke?~ Future Habib.
Tulip menaip.
~Dah saya punya sijil dah tersimpan lama dalam almari.Tinggal nak tunggu awak je...awak dah pergi kursus kahwin ke?~ Bakal Makmum
Keel menggigit bibirnya.
~ Nampaknya saya kena pergi soranglah ni...kesian dia...baik awak cek awak punya sijil tu mana tahu kena makan anai-anai boleh buat baru... Hehehe....~ Future Habib.
Tulip dah risau.Cepat-cepat dia bangkit dan mendaki anak tangga ke biliknya.
Keel memandang skrin telefon Tulip tidak membalas.
~ Awak....awak...okay tak ni?~ Future Habib.
Tulip menyelongkar almari dan mengambil fail berwarna putih itu.Lalu dibukanya dan membelek sijil itu.Hatinya berasa lega sijil itu masih elok dalam tempatnya.
Dia kembali pada perbualan mesej mereka.
~ Saya okay.... Alhamdulilah sijil saya masih elok.Takpelah awak pergi kursus kahwin okay...besok saya nak ambil kad kahwin dah siap...~ Bakal Makmum.
~Alright..Sayang... apa-apa tak cukup bagitahu ya saya nak selesaikan kerja dulu... Asalamualaikum...~ Future Habib
Tulip tersenyum manis.
~ Walaikumusalam...~ Bakal Makmum.
***************
"Okay ni semua resit yang akak dah buat payment pada saya.Anyway selamat pengantin baru kak"ucap pekerja kedai photostat itu.
"Terima kasih"ucap Tulip malu.Dia membawa kotak tersebut dan keluar dari kedai.Nasib dirinya tidak terjatuh dek kerana terlanggar tubuh seseorang.
"Sorry...."ucap Tulip sambil memandang pada yang dilanggarnya.
Lelaki itu memandang pada Tulip.
"Tulip..."ucap Adam sebaik melihat sepupunya itu.
Tulip membetulkan pegangan kotak.
"Sini Abang tolong..."ucap Adam mahu membantu.
"Takpe... Tulip boleh bawa sendiri..."ucap Tulip menolak pertolongan Adam.
"Tak sangka jumpa Tulip dekat sini...susah Abang nak jumpa Tulip sekarang"ucap Adam.
Tulip mendengus.
"Kenapa Abang Adam nak jumpa Tulip?"soalnya.
"Abang cuma nak minta maaf pada Tulip.Abang tahu tindakan Abang pada Tulip terlalu over.Sepatutnya Abang kena ambil tahu tentang perasaan Tulip dulu sebelum bertindak macam tu.Abang tahu Abang terlalu ikutkan hati.Dan kesalahan Abang tu memang salah.Abang khianat kepercayaan yang Tulip bagi pada Abang"panjang lebar Adam menjelaskan pada Tulip.
Tulip mendongak memandang Adam.
"Tulip pun tak suka nak bergaduh... Tulip tak suka bergaduh sesama insan yang ada kaitan dalam keluarga.Pusing-pusing macamana sekali pun Tulip nak elak, Tulip tetap akan jumpa Abang Adam.Tulip pun nak kahwin dah... Tulip tak nak bermusuh dengan Abang Adam.Cuma Tulip minta satu Abang kena redha dengan takdir"ucap Tulip.
Adam menundukkan wajahnya.
"Abang tahu tu...Abang pun dah minta maaf pada Keel"ucap Adam.
Tulip memandang Adam sebaik nama Keel disebut.
"Keel? Abang jumpa dengan Keel ke?"soal Tulip.
Adam mengangguk perlahan.
"Semalam Abang minta dia jumpa Abang.Keel tak bagitahu dengan Tulip ke?"soal Adam.
"Ada.. tapi tak tahu nak jumpa semalam.."ucap Tulip.
"Abang lega Tulip dah maafkan Abang... terima kasih Tulip.Ni bila Tulip nak balik kampung...majls dah nak dekat kan?"soal Adam.
"Insyallah nikah minggu depan....terus sanding sekali...sebelah Keel bulan depan...nanti Abang bawalah Mak teh dan Pak teh datang meramaikan..."ucap Tulip.
Adam tersenyum sedikit.
"Insyallah kalau tak ada hal...sehari sebelum Abang dan keluarga sampai.."ucap Adam.
Tulip mengangguk perlahan.
"Kalau tak ada apa-apa Tulip minta diri dulu...sebab Tulip ada benda nak selesaikan harini..minta maaf Abang Adam.."ucap Tulip meminta diri.
Adam memandang Tulip yang berjalan ke arah keretanya.
"Melepaskan itu mudah... melupakan itu memerlukan masa.Tapi Allah akan gantikan yang lebih baik"ucap Adam dalam hatinya.
**************
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Kangsar terasa sunyi kerana dia balik berseorangan.Tapi tak perlu risau lepas ni balik Kuala Kangsar berdua.
Dia sempat singgah di pekan Kuala Kangsar untuk mencari makanan.
Dalam dia mencari makanan dia terpandang pada arah suara yang sangat dia kenal.Dia menjejaki suara itu.
Dia tersenyum memandang pada gadis yang bertudung sedang sibuk dalam kedai makan.Tulip memandang pada papan kedai.
"Nasi ganja UlfaMania"ucap Tulip perlahan.Dia menghampiri gadis itu.
Dengan tangkas tangan itu mencedok dan membungkus makanan.
"Ya Kak nak apa?"soal Ulfa pada seorang gadis yang berdiri depannya.
Pandangan mata mereka bertembung dan Ulfa tergamam melihat orang yang amat dia rindu.
"Tulip!!!!"jerit Ulfa kuat.
Semua disitu sudah memandang ke arah mereka.Ulfa membuka sarung tangan plastik terus menunung ke arah Tulip lalu dia memeluk tubuh itu.
"Lama tak jumpa kau...."ucap Ulfa.
Minuman dihidangkan didepan Tulip dan set nasi ganja.
"Terima kasih..."ucap Tulip mencium haruman nasi ganja yang sangat menyelerakan.
"Tak sangka jumpa dekat sini...aku betul-betul tak ingat kau pindah sini..."ucap Ulfa.
"Aku pun...ingat kau masih dekat..Penang.. macamana kau boleh dekat sini?"soal Tulip.
Ulfa tersenyum manis.
"Aku tambah cawangan ni... memandangkan kawasan sini tak ada.Tu aku buka sini..masih baru lagi..."ucap Ulfa.
Tulip menggelengkan kepalanya.
"Tak sangka sikap business kau ni dari zaman sekolah sampai sekarang berjaya buka kedai makan..kira tokeylah"ucap Tulip.
Ulfa gelak.
"Aduii... Alhamdulilah sikit-sikit.Ni tak pernah nampak.Balik rumah Cikgu Basyir ke?"soal Ulfa.
"Ahhh balik kampung...Kau dah kahwin ke?"soal Tulip.
Ulfa tersenyum sahaja.
"Aku kahwin dengan orang sini juga...tu suami aku.. ..sibuk tanya orang dah kahwin...kau dah kahwin ke?"ucap Ulfa menunjukkan suaminya yang sibuk dikaunter pembayaran.
Tulip mengeluarkan sekeping kad lalu diserahkan pada Ulfa.
"Jemput datang bawa keluarga kau sekali..."ucap Tulip.
Ulfa mencapai dan membuka isi kad.Dia terbuntang mata lalu memandang Tulip.
"Habib Wakeel....kau nak kahwin dengan Keel? Keel senior kita yang main takraw tu ke? Yang Cikgu Basyir tampar tu?"soal Ulfa padanya.
"Ya...Keel bakal suami aku...jangan sebut yang kena tampar tu.."ucap Tulip.
"Uishh... betul-betul kau kahwin dengan dia.. Cikgu Basyir setuju pulak kau kahwin dengan dia...cer citer apa yang jadi..."ucap Ulfa yang nak tahu cerita.
Tulip pun menceritakan dari A sampai Z pada Ulfa.Mereka berborak tanpa sedar.Tulip pun ralit bersembang sampai lupa sudah masuk jam 3 petang.
Dia meminta izin untuk balik pada Ulfa.
"Nanti kau datanglah..."ucap Tulip membuka pintu keretanya.
"Insyallah sampai bos...semoga dipermudahkan urusan kau..."ucap Ulfa.
"Amin... terima kasih sedap nasi ganja tu.."puji Tulip sebelum masuk ke dalam keretanya.
************
Hari pernikahan mereka sudah tiba.Keel memandang baju nikah yang sudah digosok itu.Dia memegang baju itu.
"Keel... kenapa tak siap lagi? Dah pukul berapa ni?"soal Puan Zainab.
Keel diam sahaja.
"Keel.. Ibu nak pesan...jangan dengar yang berlegar dalam fikiran kamu... mandi...ambil wuduk...siap... Ibu tunggu dekat luar..."pesan Puan Zainab.
Keel mengangguk perlahan.
Dirumah Cikgu Basyir, Tulip sedang disiapkan oleh mak andam. Dengan persalinan baju kurung Pahang berwarna putih Tulip cukup cantik.
Cikgu Basyir menjengah ke dalam bilik.Dia melihat Tulip yang sudah siap.
"Abah..."ucap Tulip.
Tulip menuju ke arah Cikgu Basyir.
"Ingat pesan Abah....harini tanggungjawab Abah akan beralih pada suami kamu... dengar cakap suami..jangan sesekali tinggi suara pada suami..izin suami sangat penting...lepas ni suami kamu akan tangguh dosa kamu.."ucap Cikgu Basyir.
Tulip menitiskan airmatanya.
"Terima kasih Abah sebab sabar dengan kerenah Tulip... sabar dengan semua yang berlaku dalam hidup Tulip... Tulip minta maaf pada Abah..."ucap Tulip tergagap-gagap.
Cikgu Basyir menyeka airmata anak daranya itu.Dan memeluk tubuh Tulip.
"Anak Abah cantik harini...tak nak nangis.."ucap Cikgu Basyir.
Majlis nikah akan dimulakan tak lama lagi, rombongan keluarga Keel pun sudah sampai tapi bakal pengantin lelaki tak nampak batang hidung.
Azalea masuk ke dalam bilik Tulip.
"Macamana Azalea?"soal Tulip.
"Erm...Mak mentua akak dah sampai...tapi Abang Keel tak sampai lagi...Tok kadi dan Tok imam pun dah sampai"ucap Azalea.
Tulip panik.Dia mencapai telefon pintar miliknya dan menghubungi nombor Keel.
"Please Keel... angkat telefon ni.. mana awak pergi?"soal Tulip dalam hati.
Dia dah tak senang duduk.
Ya Allah dugaan apa lagi ni yang kau nak uji aku.Tak cukup ke dengan 10 tahun?.Keel kenapa awak ni? Semalam bukan main lagi pesan padanya macam-macam.Ni batang hidung pun tak ada ni?.
Ya Allah dugaan apa lagi ni yang kau nak uji aku.Tak cukup ke dengan 10 tahun?.Keel kenapa awak ni? Semalam bukan main lagi pesan padanya macam-macam.Ni batang hidung pun tak ada ni?.
Share this novel