BAB 19

Drama Completed 58217

30 minit sebelum majlis akad nikah.....

Keel memandang dirinya didalam pantulan cermin depannya.Dia tidak menyangka status dirinya akan bertukar sekejap saja lagi.

Pakaian baju melayu berwarna putih itu menaikkan lagi ton warna kulitnya yang putih.Dia mencapai telefon pintarnya dan berjalan keluar dari bilik.

Wan sudah menunggu diluar rumah menanti kawan baiknya keluar.Dia melihat Keel yang berjalan ke arahnya.

"Hei bro muka biar senyum sikit boleh? Asal kau nervous ke?"soal Wan menepuk bahu Keel.

"Kau belum mana kahwin kau tak tahu perasaan tu?"soal Keel membetulkan songkoknya.

"Alah relaks.... selawat banyak-banyak.Saat kita nak mendirikan rumah tangga ada kaum yang tak suka iaitu iblis.Dia akan cuba untuk sesatkan anak adam dengan cara macamana sekali pun.Tapi aku tahu kau takkan macam tu.Kau juangkan cinta kau pada Tulip.Sepuluh tahun lepas kau pernah janji pada diri kau hanya Tulip akan jadi permaisuri dalam hidup kau.Jadi kau kena tunaikan perkara tu"ujar Wan dengan panjang lebar.

Keel mengangguk.

Wan membuka pintu kereta untuk Keel masuk ke dalam.

"Silakan harini kau watak utama yang orang tunggu.Jadi kau kena duduk belakang"ucap Wan.

"Apa-apalah kau ni"ucap Keel masuk ke dalam kereta.

Dia mengigit bibirnya.

Wan masuk ke dalam bahagian pemandu dan meneruskan perjalanan ke rumah Tulip.

"Ibu kau mesej diaorang dah sampai rumah Tulip.Kau ada lupa apa-apa tak? Cincin semuanya ada kan?"ucap Wan.

Keel membelek poket baju melayunya terdapat kotak baldu berwarna putih.

Wan tiba-tiba membrek keretanya menyebabkan kotak baldu putih itu jatuh.

"Allahuakbar...main keluar je kereta depan ni..."bebel Wan.

Keel mencari dimana perginya kotak cincin itu.Dia membelek bawah tempat duduk tiada langsung.

"Wan... kotak cincin aku hilang.."ucap Keel.Wan yang sedang memandu mengalihkan pandangan ke arah belakang.

"Kau cari betul-betul dah nak sampai kejap lagi..."ucap Wan yang masih fokus pada pemanduannya.

Keel mencari lagi tapi agak sukar kerana ruang terlalu sempit.

"Wan berhenti kejap tepi...aku tak nampak mana perginya... berhenti dulu.."arah Keel.

Wan memberi isyarat berhenti ditepi bahu jalan.Padahal rumah Tulip sudah dekat.

Keel membuka pintu dan turun menundukkan badannya mencari dimana cincin tadi bergolek.

Wan turut ke tempat duduk belakang.

************

Suasana dirumah Tulip sudah mula ramai, sanak-saudara sebelah Tulip hadir untuk menyaksikan dirinya menikah.Keluarga bakal mentuanya juga sudah sampai.

Warda cuba menghubungi nombor Abang Wan tapi tak berangkat.

Puan Zainab memandang Warda.

"Dapat tak telefon Wan?"soal Puan Zainab.

"Tak berangkat langsung...ishhh mana diaorang ni?"soal Warda.

Tulip memegang kedua-dua tangannya.Dia dah mula fikir yang bukan-bukan.Apa dia nak jawab kalau pernikahan mereka tidak jadi? Mesti Abah malu dan marah padanya?.

Dia rasa mahu keluar dari bilik mencari Keel sekarang.

"Boleh saya tahu pengantin lelaki lama lagi ke? Kalau lambat kita buat selepas zohor sahaja"soal Tok kadi.

Cikgu Basyir mendekati Tok kadi.

"Minta maaf Tok pengantin lelaki dah nak sampai"ucap Cikgu Basyir menyedapkan tetamu yang hadir.

Adam yang duduk di kerusi menyambut tetamu yang hadir.

Tangannya mencapai kotak dibawah alas karpet kereta.
"Alhamdulilah....dapat pun...uishh aku hampir tak jadi kahwin?"soal Keel.

Wan turut lega cincin tersebut dah jumpa.

"Jom....jom... cepat kita lambat ni..."ucap Keel mengarahkan Wan untuk bergerak.

Keel membetulkan songkoknya yang senget tadi.

"Mana ni Kak Ngah...Tok kadi dah nak balik.."ucap Azalea pada Tulip.

Tulip tak boleh duduk diam.Dia nekad untuk keluar dari bilik.

"Kak Ngah!!!"panggil Azalea yang melihat Tulip keluar dari bilik tergesa-gesa.

Tulip tidak peduli berapa orang memandangnya yang keluar dari bilik itu.Cikgu Basyir memandang pada anak daranya yang keluar dari rumah.

"Abah Kak Ngah!!!"panggil Azalea.

Tulip menyarung selipar terlebih dahulu.Adam yang melihat Tulip keluar terkejut.Kemana Tulip mahu pergi?.

"Tulip!!"panggil Adam tapi Tulip buat tak tahu.

Wan memakirkan keretanya terlebih dahulu.

"Aku dah lambat....aku gerak dulu..."ucap Keel yang keluar dari kereta dengan pantas berlari anak ke arah rumah Cikgu Basyir.

Adam mengejar langkah Tulip yang berjalan melintasi khemah-khemah.

Langkah Tulip terhenti sebaik sahaja ternampak seseorang sedang berlari ke arahnya.Ya itu Keel bakal suaminya sedang berlari anak kepadanya.

Dia rasa mahu menghambur tangisan disitu.Dadanya cukup rasa nak meletup memikirkan mana lelaki itu.

Keel memandang Tulip yang dalam persalinan baju kurung Pahang berwarna putih itu.Bakal isterinya nampak sangat cantik.

Dia mendekati Tulip.

"Awak nak pergi mana? Awak nak lari ke?"soal Keel pada Tulip yang masih tercegat tidak bergerak.

Tangan dilambai Keel.

Tulip kembali sedar dari lamunan.Dia memukul lengan Keel.

"Awak pergi mana..saya risau awak tak datang...saya ingat awak akan tinggalkan majlis pernikahan ni..."ucap Tulip menghela nafas dalam-dalam.

Keel memandang semua yang memerhati mereka berdua.

"Sabar...okay...tarik nafas...saya dah janji dengan awak...jadi saya datang cuma saya tak dapat nak elak tadi...kotak cincin jatuh...saya kena cari cincin tu..sebab tu saya lambat...maafkan saya sebab lambat...tapi tak bermakna saya akan batalkan majlis ni..."ucap Keel pada Tulip.

Tulip menyeka airmata dihujung matanya.

"Kalau macam tu jom kita nikah..."ucap Tulip mahu menarik tangan Keel tapi Keel mengelak terlebih dahulu.

Tulip mendongak memandang Keel.

"Kenapa?"soal Tulip.

Keel menarik nafas lega nasib Tulip tak pegang tangannya.

"Saya dah berwuduk tau....tak nak pegang tangan awak..nanti saya kena ambil sekali lagi..."ucap Keel.

Tulip mengigit bibirnya geram.

"Korang berdua tu...nak nikah ke tak nak? Kang aku tarik balik restu aku nanti..."terdengar suara Cikgu Basyir dari arah pintu rumah.

Tulip dah telan air liur.

"Cepat-cepat sebelum Abah ubah fikiran"ucap Tulip menyuruh Keel masuk ke dalam.Keel laju masuk ke dalam rumah Cikgu Basyir.Tulip turut ikut.

Puan Zainab dan Warda menggelengkan kepalanya memandang kedua-dua bakal pengantin itu.

Semua sudah berkumpul diruang tamu rumah untuk acara akad nikah.

Keel duduk didepan Tok kadi.

"Jadi ni...bakal pengantinnya?"soal Tok kadi.

"Ya... Tok"jawab Keel.

"Baiklah semua dah ada kita...boleh mulakan sekarang..."ucap Tok kadi.

Tangan dihulur pada Keel.Majlis nikah harini dinikahkan oleh Cikgu Basyir sendiri.

"Habib Wakeel Bin Ahmad Wazif aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Tulip Amaryllis Binti Basyir dengan mas kahwinnya RM 101 tunai "ucap Cikgu Basyir.

Keel menarik nafas.

"Aku terima nikahnya Tulip Amaryllis Binti Basyir dengan mas kahwinnya RM 101 tunai"

Bacaan doa dipanjatkan bagi mensyukuri majlis pernikahan mereka.Selawat dan doa bagi menyempurnakan majlis akad nikah ini.

Tulip terasa sebak sebaik sahaja lafaz nikah itu telah sempurna.Tangannya digenggam erat oleh Kak Seroja dan Azalea yang menemaninya di pelamin.

Keel turut mengesat air matanya yang menitis turun.

Adam tersenyum sedikit memandang pada dua insan yang teguh dan kuat dalam perjuangan cinta mereka.

Majlis diteruskan dengan solat nikah oleh Keel sebelum menyarungkan cincin pada Tulip.

Puan Zainab mengucapkan syukur anak terunanya itu akhirnya menjadi suami orang.Hilang kerisauan dalam lubuk hatinya.

Keel menghampiri arah pelamin yang tersergam indah itu.Dengan hiasan bunga Tulip menaikkan seri pelamin itu.

Keel duduk disebelah Tulip.

Dia mencapai cincin dalam kotak baldu putih itu.Lalu memandang Tulip yang menundukkan wajahnya.

"Asalamualaikum...Makmum "ucap Keel pada Tulip.

Tulip mendongak dan tersenyum malu.

"Walaikumusalam...Imamku.."ucap Tulip menghulurkan tangannya.

Cincin disarungkan pada jari Tulip.Dan Tulip bersalaman dengan Keel lama.Dia menikmati momen ini.

Cahaya lampu kamera memenuhi ruang tamu untuk mengabadikan kenangan mereka.

Keel mencium ubun Tulip.

“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tentukan atas dirinya. Dan Aku berlindung kepadaMu dari kejelekannya dan kejelekan yang Engkau tetapkan atas dirinya”

"Sudah nanti sambung..."ucap Wan yang menyampuk dari depan.

Keel tersenyum memandang Wan yang menyakat.

Mereka bersalaman dengan Cikgu Basyir.Keel memeluk Cikgu Basyir.

"Jaga Tulip...baik-baik.. sekiranya tak mampu jaga dia...pulangkan pada Abah dengan cara baik.."pesan Cikgu Basyir.

Keel tersenyum.

"Jadi isteri yang menghormati suami...jaga anak Ibu...sabar dalam rumah tangga... cepat-cepat bagi ibu cucu"pesan Puan Zainab pada Tulip.

"Insyallah Ibu"ucap Tulip.

Selesai majlis tetamu semua menikmati juadah yang telah disediakan.

Keel tidak lepas memegang tangan Tulip.Adam yang mahu pulang terlebih dahulu menghantar ibubapanya yang sudah mahu pulang.

Dia menghampiri pasangan pengantin baru itu.Keel bersalaman dengan Adam.

"Tahniah Abang Adam ucapkan pada korang berdua.Abang doakan semoga Allah melindungi perkahwinan korang berdua sampai jannah.Korang jangan lupa doakan Abang juga"ucap Adam.

Tulip tersenyum manis.

"Insyallah terima kasih sebab datang...Tulip dan Keel doakan semoga Abang dipertemukan jodoh"ucap Tulip.

"Okaylah Abang kena gerak Mak teh dan Pak teh dah tunggu"ucap Adam meminta diri.

Tulip memandang langkah Adam.

"Jumpa nanti jodoh tu... silap-silap dalam kampung ni je.."ucap Keel.Tulip memandang suaminya itu.

"Macam awak dengan saya?"soal Tulip.

"Cerita kita lain...jom masuk dah nak asar kejap lagi kita belum solat zohor lagi.Ni kali kedua saya nak imamkan awak"ucap Keel pada isterinya.

Tulip tersenyum dia tak sangka suaminya ingat lagi.

Mereka berjalan mahu masuk.

"Awak ingat!!"ucap Tulip teruja.

"Mestilah saya ingat... kenangan tu terlalu mahal bagi saya.."ucap Keel.

Tulip tersenyum sampai ke telinga mendengar jawapan Keel.

Cikgu Basyir sibuk melayan tetamu yang hadir.Dia memandang sekilas pada Tulip yang tak lekang dengan senyuman.Senyuman yang jarang dia dapat lihat pada diri anak keduanya itu.

Alhamdulilah....Abang dah buat yang terbaik untuk anak-anak kita...selebihnya biarlah mereka sendiri yang mencorakkan kanvas hidup mereka.Cikgu Basyir tenggelam dalam kegembiraannya.

Alhamdulilah....Abang dah buat yang terbaik untuk anak-anak kita...selebihnya biarlah mereka sendiri yang mencorakkan kanvas hidup mereka.Cikgu Basyir tenggelam dalam kegembiraannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience