BAB 20

Drama Completed 58217

Para tetamu semua sudah mula beransur pulang.Tulip masuk ke dalam biliknya.Dia sudah rimas dengan baju persalinan sandingnya itu.Cuaca hari ini terlalu panas.

Keel membuka tengkolok dikepalanya.Dia bertembung dengan adik iparnya, Azalea yang sedang menidurkan anaknya.

"Abang Keel pergilah rehat.Orang pun dah balik bolehlah rehat.Kak Tulip dah masuk bilik dah"ucap Azalea.

"Oh yeke.. okaylah Abang masuk bilik"ucap Keel mengetuk pintu bilik terlebih dahulu.Dia terdengar suara Tulip suruh masuk. Pintu dibuka Keel dia dan menutup kembali.

"Lah Habib ke...ingat siapa tadi?.Kenapa awak tak masuk je..ni bilik saya bukan pejabat awak.."ucap Tulip yang sudah membuka tudungnya.

Keel duduk dibirai katil membelek Tulip yang menyikat rambut.

"Baru boleh bernafas...panas sangat cuaca harini.Saya rasa nak pitam..patutlah orang kahwin dengan cukup rehat.. sekarang baru saya faham"ucap Tulip sambil mencapai tengkolok pada tangan Keel.

"Merancang perkahwinan nampak mudah nak lalui tu banyak cabaran... alhamdulilah semua dah selesai.."ucap Keel.

Tulip mendekati Keel yang berusaha mahu membuka baju melayu songket itu.

"Boleh tak saya tolong ni?"soal Tulip.

Keel membiarkan sahaja Tulip membuka butang baju melayu itu dan menyimpan semua aksesori pada satu tempat.Senang nanti nak pulangkan pada butik.

"Habib ada bawa beg baju ke?"soal Tulip pada Keel.

Dia melepaskan baju melayu pada badannya.Tulip memandang selamba biceps suaminya itu.

"Ada tu tadi Warda bagi sebelum balik.."ucap Keel.

"Ibu terus balik dengan Wan ke?"soal Tulip.

"Tak adalah besok katanya baru balik..harini nak rehat dulu.."ucap Keel.

Tulip menyangkut baju melayu itu untuk mengeringkan peluh pada baju itu.

Keel menarik tangan Tulip mendekatinya.Tulip berada dalam pelukan suaminya.

"Habib tak nak mandi dulu.."ucap Tulip memegang leher Keel.

"Kita baring kejap... sekarang jam 5 petang..satu jam baring kejap... nak tercabut pinggang rasanya.."ucap Keel.

"Okay...kita rehat kejap...saya pun mengantuk pagi tadi bangun awal nak mekap.Tapi saya nak cuci mekap dulu.Terasa berat muka saya ni.."ucap Tulip bangkit dari riba Keel.

Keel merebahkan badannya atas katil Tulip buat pertama kalinya.Dengan penghawa dingin yang telah sejuk memenuhi ruang bilik membuatkan matanya berat.

Tulip mencuci bersih wajahnya dari segala mekap.Dia mengelap mukanya dengan tuala muka.Sambil memandang Keel yang sudah berdengkur.

"Penat sangatlah tu..."ucap Tulip yang turut baring disisi Keel.Dia menatap wajah itu tidur sebelum dia pun turut lena.

************

Keel tersedar dari lenanya melihat jam di telefon sudah jam 6.15 petang.Dia memandang Tulip masih tidur.

Dia mendekati Tulip.

"Sayang....bangun...dah 6.15 petang ni"ucap Keel mengoncang badan Tulip.Tulip membuka matanya dan terkejut sambil memandang Keel.

"Apa awak buat dalam bilik saya?"soal Tulip.Keel tergelak kecil.Tak sampai satu hari dia bergelar suami Tulip dah lupa.

"Sayang...saya ni suami awak.. baru tidur satu jam dah lupa awak dah kahwin"ucap Keel.

Tulip tersenyum mendengarnya. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal itu.

"Saya lupa..."ucap Tulip.

"Awak nak pergi mandi dulu..atau nak mandi sekali dengan saya..kita.tak solat asar lagi ni.Lambat dah..."ucap Keel pada isterinya.

"Takpelah saya mandi...cepat..."ucap Tulip terus turun dari katil menuju ke bilik air.Keel tersenyum sahaja.

Selesai mandi mereka berdua menunaikan solat asar sama-sama.

Tulip bersalaman dengan Keel.

"Alhamdulilah selesai solat asar... how's your feel getting married with me?"soal Keel.

"Alhamdulilah.... Allah dengar masalah kita, Allah aturkan cantik untuk kita...dan terima kasih pada Habib sebab tak pernah give up untuk Tulip"ucap Tulip memegang tangan suaminya.

Keel menyentuh wajah isterinya.

"Sama-sama kasih...saya tak give up pun sebab semangat awak pada saya...cuma sekarang ni saya tengah terfikir satu perkara je...kita buat kenduri ni tapi tak ajak budak pejabat..."ucap Keel pada Tulip.

Tulip baru teringat tentang itu.Dia pun sebenarnya lupa nak jemput sebabnya mereka menjemput tidak terlalu ramai.

"Apa perasaan diaorang bila tahu yang awak kahwin dengan saya? ialah saya biarkan je diaorang cakap yang pasal awak haritu..."ucap Tulip sambil meletakkkan tangan pada dagunya.

"Takpe makes it a surprise...sayang malam ni kan malam pertama...."ucap Keel pada isterinya.
Tulip menepuk lengan Keel sambil menutup mukanya.

"Kenapa awak tutup muka? Saya ada salah cakap ke?"soal Keel sengaja mengusik.

"Habib tu..."ucapnya sambil menyorok mukanya.

"Ishhh....sayang Habib tak cakap habis lagi.. Habib nak cakap malam ni malam pertama Abang dekat rumah keluarga sayang..."ucap Keel.

Tulip mengangkat mukanya.

"Sayang fikir apa....?"soal Keel sambil mengangkat keningnya.

Tulip bangkit dari sejadahnya.Keel tergelak kecil.

"Sayang... sayang...."panggil Keel tapi Tulip duduk dibirai katil.

Keel bangkit dan menghulurkan tangan pada isterinya.

Tulip memandang lalu bersalaman walaupun dia malu kena usik tadi.

Ubun Tulip dicium lama sambil mencubit sedikit pipi Tulip.

"Abang keluar kejap..."ucap Keel pada isterinya.

**********


Pagi-pagi ketiga-tiga anak Cikgu Basyir sudah bersilat didapur untuk buat sarapan pagi.

"Mana baby Azalea...senyap je..."ucap Tulip yang sedang mencapai jug untuk buat air teh tarik.

"Ada dekat depan dengan Pak Ngah dia.Subuh tadi bangun berak tak tidur langsung sampai sekarang"ucap Azalea yang menggoreng nasi lebih kenduri semalam.

"Ngah ni barang katering nanti kejap lagi diaorang ambil"ucap Seroja yang mengelap barang-barang katering.

Sementara diluar rumah keluarga Tulip, Keel sedang memangku baby Nurin sambil melihat laman rumah Cikgu Basyir yang kemas dan teratur itu.

Cikgu Basyir yang baru balik dari surau turun dari motorsikalnya.

"Abah dari surau ke?"soal Keel dengan berani.

"Ahhh subuh dekat surau...kenapa kamu yang dukung Nurin...mana Azalea?"soal Cikgu Basyir.

"Diaorang sibuk dekat dapur tak ada siapa tengokkan Baby Nurin.Keel okay je lagipun tak banyak meragam.."ucap Keel.

"Ibu kamu balik harini ke?"soal Cikgu Basyir.

Keel mengangguk perlahan.

"Kalau macam tu nanti lepas sarapan kamu hantar durian sikit dengan tempoyak Abah ada buat haritu.Bolehlah merasa sikit-sikit"pesan Abah.

"Okay Abah terima kasih banyak-banyak sebab terima Keel dalam keluarga ni.."ucap Keel

Cikgu Basyir menepuk bahu Keel.

"Alhamdulilah..bertambah anak lelaki Abah dalam keluarga ni...jom masuk dah siap agaknya sarapan kita.."ucap Cikgu Basyir pada menantu barunya itu.

Keel mengangguk dan mengikut langkah bapa mentuanya masuk ke dalam rumah.

Makanan sudah terhidang di meja makan.Air yang dibuat Tulip pun sudah siap.

"Mana yang lain ni? Tak lapar ke?"soal Tulip sambil bercekak pinggang.

Dari ruang tengah dia nampak Abah dan Keel masuk ke dalam rumah.

Baby Nurin sudah terlentok tidur di dalam dukungan Keel.

"Amboi.... Nurin bukan main lagi..dengan Pak Ngah..lentok pun takpe ya.."ucap Tulip sambil mengusik hidung Baby Nurin yang sedang lena diulit mimpi.

Azalea mendepakan tangannya untuk mengambil anaknya.

"Sini baby Nurin biar Azalea bawa masuk bilik.Abang Keel pergi makan dulu.."ucap Azalea.

"Okay.."ucap Keel melangkah ke meja makan.

************

Tulip bersalaman dengan Puan Zainab.Harini keluarga Keel akan balik ke Kuala Lumpur dahulu.

Warda menghulurkan salam dan memeluk kakak iparnya.

"Nanti balik KL datanglah rumah kami..."ucap Warda.

"Insyallah...nanti kami pergi sana.."ucap Tulip.

Cikgu Basyir memandang keluarga besannya."Terima kasih sebab sudi memeriahkan majlis semalam.Minta maaflah kalau ada yang terkurang dari pihak kami"ucap Cikgu Basyir.

"Sama-sama...kami pun nak ucap terima kasih pada Cikgu sebab sudi terima anak saya dalam keluarga ni..saya harap hubungan ni akan kekal sampai bila-bila"ucap Puan Zainab.

Cikgu Basyir mengangguk perlahan.

"Okay bro...kami gerak dulu.. nanti dah sampai bagitahu kau.."ucap Wan.

Keel bersalaman dengan Wan.

"Bawa kereta elok-elok.Jaga Ibu dengan Warda tu.."pesan Keel.

Kereta Wan hilang daripada pandangan mata mereka semua.

Tulip berjalan ke arah gazebo tepi rumahnya.Keel memandang isterinya.

Dia turut melabuhkan punggung disebelah.

"Kenapa?"soal Keel.

Tulip memeluk lengan suaminya.

"Tak ada apa...cuma rasa... bersyukur...sebab apa yang kita lalui selama ni, terluka sama-sama, dan sedih... berbaloi juga..tapi 10 tahun tu terlalu lama"ucap Tulip.

"Awak nak tahu tak apa yang saya lalui 10 tahun lepas...saya hampir give up untuk teruskan pengajian saya...hampir nak kemas barang terbang balik Malaysia tapi ada satu benda yang buat saya batalkan niat saya...nak tahu apa?"soal Keel.

Tulip memandang suaminya.

"Sebab posting sayang dekat Fac masa tu..Kenapa harus malu untuk miskin sedangkan miskin bukan yang kita minta...tapi harus malu kerana meminta"ucap Keel.

"Jadi sebab posting sayang Habib kerja keras sampai harini.."ucap Tulip.Keel mencapai jari jemari Tulip dan digenggam.

"Ya....kerja keras untuk halalkan sayang..."ucap Keel mendekatkan dirinya pada Tulip.

"Hoi!!!.... agak-agaklah takkan dekat luar tengahari ni..."ucap Ery yang baru balik dari pekan.

Mereka berdua dah merah padam menahan malu.Akhirnya ketawa mereka pecah.

"Adui Ery ni...kasi can lah sikit..."ucap Keel pada birasnya itu.

Tulip sudah menunduk malu dengan adik iparnya.Keel hanya mampu tersenyum melihat muka merah isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience