Harini buat pertama kalinya Tulip pergi kerja setelah bergelar seorang isteri.Memandangkan majlis sebelah lelaki belum dibuat Tulip belum berpindah ke rumah Keel.
Dia meminta izin suaminya untuk tinggal di rumah sewanya dahulu.Nasib Keel sangat memahami dirinya.
Dia masuk ke dalam lif tak lama kemudian suaminya muncul turut masuk ke dalam lif.
Keel menarik tangan Tulip mendekatinya.
"Good morning sayang...dah breakfast?"soal Keel pada Tulip.
Tulip mengangguk perlahan.
"Breakfast tak ajak Habib pun... Habib ni tak ada siapa nak siapkan sarapan.."ucap Keel dengan nada merajuk.
Tulip menghulurkan bekas makanan pada Keel.
"Apa ni?"soal Keel.
"Breakfast untuk Habib...special dari isteri Habib.Sayang tahu Habib tak sarapan lagi jadi Sayang bekalkan untuk Habib"ucap Tulip.
Keel tersenyum manis dan mencuit hidung Tulip.Dia mendekatkan diri pada Tulip.Pintu lif terbuka membuatkan mereka terkejut dan menjarakkan diri.
Izzad yang berdiri depan lif dengan Ain memandang Tulip.
"Asalamualaikum....Cik Tulip.Nampak lainlah harini kan Ain?"soal Izzad pada Ain.
Keel dibelakang sudah membatu.
"Walaikumusalam... Izzad dan Ain...mana ada lain aku pakai macam biasa aje..apa yang lain?"soal Tulip.
Ain terpandang inai dijari Tulip.
"Ehh... Cik Tulip pakai inai...baru lepas kahwin ke?"soal Ain.
Izzad menepuk lembut lengan Ain.
"Ishhh...kau ni kalau dia kahwin mesti dia jemput kita...punyalah..kan?"soal Izzad.
Tulip mengangguk perlahan.
Izzad memandang Tuan Wakeel dibelakangnya.
"Apa khabar Tuan Wakeel?"soal Izzad.
"Alhamdulilah baik..."ucap Keel.Dia memegang kuat bekal dari Tulip tadi.
Izzad memandang Tuan Wakeel.
"Tuan Wakeel bawa bekal ke harini...rajin Tuan Wakeel masak harini?"soal Izzad.
"Ahhh....saya masak untuk bawa bekal sebab harini kerja saya banyak malas nak keluar lunch"ucap Keel.
"Ohh..."balas Izzad dengan muncung yang panjang.
Lif terbuka mereka sampai di tingkat pejabat mereka kecuali Keel ditingkat atas.Tulip turun sambil melambai pada Keel.
*************
Waktu makan tengahari semua staff mula keluar untuk mengisi perut yang sedang lapar.Tulip menaiki lif ke pejabat suaminya.
Pintu pejabat diketuk oleh Tulip.Keel mendongak dan tersenyum manis melihat isterinya yang muncul depan pintu.
"Sayang...tak pergi makan...?"soal Keel menarik tangan Tulip untuk duduk atas pahanya.
Eva merangkul leher Keel.
"Ermmm... tak sebab kenyang lagi...cuma rindu dengan suami sendiri..."ucap Tulip.
Keel memegang pinggang Tulip.
"Rindu...kalau rindu...Habib pergi rumah Sayang balik nanti boleh?"soal Keel.
Tulip tersenyum sambil memegang pipi suaminya.
"Sayang....jangan dekat sini... banyak CCTV bahaya.Boleh jadi video klip ni nanti.."tegur Keel pada Tulip yang menggodanya.
Tulip tergelak besar.Dia suka tengok suaminya berubah jadi cacing kepanasan.
Tulip bangkit dari paha suaminya.
"Nak pergi mana?"soal Keel.
"Erm..balik pejabat..."ucap Tulip.Keel bangkit dan mendekati isterinya lalu dicium bibir isterinya itu melepaskan kerinduan.
Tulip memejamkan matanya menikmati sentuhan hangat itu
Sentuhan bibir Keel dilepaskan perlahan.Tulip membuka matanya.
"Kerja elok-elok... anyway sedap awak masak habis dah saya makan tadi.."ucap Keel memuji masakan isterinya.
"Terima kasih nanti saya masak lagi..."ucap Tulip terus keluar dari pejabat Keel.
***********
Tulip mengadakan perbincangan dengan team D'Mans East.
"So we need to submit this as soon as possible...I need ideas and concepts from all of you.. okay understand?"soal Tulip pada semua.
Ketukan pintu membuatkan mereka semua memandang ke arah yang sama.
"Saya cari Cik Tulip...ada kiriman bunga untuk dia..."ucap penghantar bunga itu.
Semua memandang Tulip.
"Saya Tulip tapi dari siapa bunga tu?"soal Tulip.Dari bunga dia tahu tu dari suaminya tapi dia tak pasti.
"Katanya dari bekas teman lelaki"baca penghantar bunga itu.
Tulip tercengang mendengarnya.Yang lain turut memandang Tulip.
"Awak silap orang ...ni Tulip yang ni tak pernah ada boyfriend... Tulip lain rasanya..."ucap Izzad.
"Betullah ni... Tulip Amaryllis..."ucapnya.
Tulip berdiri dan mengambil bunga itu.Dia melihat kad itu dan tertera nama Habib.Dia tersenyum manis.
"Sejak bila Cik Tulip kita bercinta?"soal Izzad.Tulip kembali pada duduknya.
"Orang bagi bunga tak semestinya orang bercinta saja dapat.Kenapa jealous?"soal Tulip sambil tersenyum-senyum memandang bunga Tulip itu.
"Kita nak jealous lambat lagi..."ucap Izzad sambil meletakkkan tangan pada bahu.
***************
"Okay selesai mesyuarat kita pada harini.Terima kasih dengan idea yang cukup bernas dari awak semua.Sebelum kita beredar saya nak cakap sesuatu"ucap Keel mengeluarkan berkeping-keping kad.
Tulip yang duduk dihujung hanya memandang sahaja suaminya.
Keel menyerahkan kad jemputan kepada setiap staf yang ada dalam bilik mesyuarat itu.
"Saya nak jemput semua untuk hadir ke majlis perkahwinan saya.Bawalah keluarga datang sekali.Saya dah nikah hujung minggu lepas.Ni majlis sebelah saya pula"ucap Keel.
"Woow senyap-senyap dah nak kahwin Tuan Wakeel kita.Mesti cantik isteri Tuan Wakeel kan?"ucap Izzad mengeluarkan kad jemputan itu dan dibacanya.
Dahinya berkerut melihat nama yang tertera pada kad.Dia memandang Ain disebelah yang turut terkejut.
Lalu dia berpaling pada Tulip yang sedang duduk dengan tenang.
"Sayalah isteri Tuan Wakeel awak..."ucap Tulip sambil menunjukkan cincin dijarinya.
"Tapi Cik Tulip...yang bagi bunga tadi...tu....bekas teman lelaki Cik Tulip..."ucap Ain sambil menutup mulutnya yang asyik ternganga.
Keel tersenyum senget.
"Maksud bekas teman lelaki itu...Tuan Wakeel lah suami Cik Tulip sekarang..."ucap Izzad.
Tulip tersenyum mengangguk laju.
Izzad pengsan dikerusi yang dia duduk.
"Eh.... Izzad...."ucap Ain menepuk lembut pipi kawan pejabatnya itu.
Tulip menggelengkan kepalanya.Keel tergelak tak sangka Izzad boleh pengsan macam tu sekali.
************
Majlis persandingan bagi pihak lelaki dibuat di Courtyard Marriott Setia Alam.Busana tradisional dari pereka Man Kajang menjadi pilihan pengantin harini.
Suasana dalam dewan dipenuhi dengan kehadiran para tetamu.Disajikan dengan menu masakan kampung.
Tulip dan Keel berarak masuk ke dalam dewan majlis.Senyuman terbit di bibir mereka berdua.Diraikan bersama-sama dengan insan-insan yang merestukan perkahwinan mereka.
Tulip melambaikan tangan pada Izzad dan Ain yang hadir pada majlis itu.
"Cantik Cik Tulip kita harini"ucap Ain.
"Bukan Cik Tulip tapi Puan Tulip dah"ucap Izzad memotong ayat Ain.
Mereka tergelak kecil.
Tulip rasa berpusing kepalanya melihat orang dalam dewan tapi dia kuatkan juga sambil memegang tangan suaminya.
Keel memandang Tulip.
"Are you okay?"soal Keel.
Tulip mengangguk perlahan untuk menyedapkan hati suaminya.Dia tak tahu sama ada sanggul dikepalanya terlalu ketat atau sebaliknya.
***********
Tulip masuk ke dalam bilik air setelah majlis selesai.Keel masih berborak diluar bersama abang ipar dan adik iparnya.
Dia mengeluarkan kotak alat ujian kehamilan dari begnya dan menutup pintu bilik air.
Warda masuk ke bilik meletakkkan bunga tangan kakak iparnya tadi.
Keel yang terasa hilang isterinya terus ke bilik mencari Tulip.
Dia memandang adiknya yang dari biliknya.
"Warda.... Kak Tulip mana?"soal Keel.
"Kak Tulip dalam bilik air rasanya..."ucap Warda.
"Okaylah Abang tengok akak kejap.."ucap Keel masuk ke dalam biliknya.
"Sayang....buat apa dalam bilik air..."panggil Keel meletakkkan keris diatas meja.
Dia menuju ke bilik air dan mengetuk pintu.
"Sayang...dah mandi ke? Kenapa tak tunggu Abang.."ucap Keel tapi senyap didalam.Dia hanya dengar bunyi air sahaja.
Dia tak sedap hati sebab Tulip selalu menyahut panggilannya.
Dia membuka menggunakan kunci pendua.Dia terkejut melihat Tulip terbaring atas lantai.
Dia meluru ke arah Tulip.
"Sayang..."ucap Keel meriba isterinya sambil menepuk lembut pipi Tulip.
Dia panik sebab tadi isterinya okay sahaja.
Tulip membuka matanya perlahan.Keel menegakkan badan Tulip.
"Sayang okay tak?"soal Keel lagi sekali.Tulip mencari dibawa pahanya terdapat alat ujian kehamilan dan ditunjukkan pada Keel.
Keel mengambilnya.Melihat dua garisan itu membuatkan dia memandang Tulip.
"Macamana?"soal Tulip risau.Mana taknya mereka baru sebulan kahwin.
"Oh Yes!!!"jerit Keel dengan teruja.
"Macamana nak bagitahu diaorang ke yang kita dah terbabas"soal Tulip.
Keel tersengeh-sengeh memandang isterinya yang malu itu.Dia pun menggaru kepalanya tak gatal itu.
Keel tersengeh-sengeh memandang isterinya yang malu itu.Dia pun menggaru kepalanya tak gatal itu.
Share this novel