Bab 10

Romance Series 10132

Bab 10

Malam ini adalah malam raya bagi semua orang Islam selepas sebulan berpuasa. Kami sekeluarga sedang berkemas untuk pulang ke kampung. Aku ketawa melihat telatah Nik dan Izz yang sedang berkemas di ruang tamu.

'Macam budak-budak,' bisik hatiku.

Sedang aku menuruni tangga Nik datang dan menarikku. Aku terpinga pinga melihat perbuatannya itu.

"Mika, jom ikut aku sat," kata Nik.

"Pergi ke mana ni?" Tanyaku tetapi tidak dijawap.

Setibanya kami di luar rumah, aku berasa seperti seseorang memelukku dari belakang. Aku terus menoleh ke belakang.

"Rayyan?!"

Aku membalas pelukan daripada anak saudaraku yang sudah lama tidak berjumpa. Rayyan menarik tanganku menuju ke halaman rumah. Aku melihat dua susuk badan yang sangat aku kenali.

"Along!!"

Aku berlari ke arah seoranh lelaki yang digelar along lalu memeluk erat abang sulungku yang jarang berjumpa. Kalau berjumpa pun masa raya.Aku sangat merinduinya selepas dia berpindah ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.

"Kenapa along jarang balik sini? Along dah tak sayang Ika ke?" Rajukku sambil memuncungkan mulut.

"Along kamu tuh sibuk sangat sampai lupa nak balik sini. Nasib baik lah semalam dia dapat cuti. Siang tadi kita orang bertolak," terang kakak iparku, Aqilah yang sedang mengandung enam bulan.

Beza umur abang Mikail dan aku sebanyak 15 tahun. Ketika aku berumur 6 tahun dan along 21 tahun, along selalu membawa kak Aqilah ke rumah. Aku selalu bermain bersama kak Aqilah dan along.

Along dan kak Aqilah berkahwin ketika aku berumur 12 tahun dan along 27 tahun. Beberapa bulan kemudian Rayyan lahir di dalam keluarga kami. Setahun kemudian along berpindah ke Kuala Lumpur.

"Along dah balik kan. Janganlah nak menangis. Tak comel nanti adik kesayangan along ni," pujuk along kepadaku.

Aku hanya mencebik hanya abangku itu. Nik dan Izzuddin hanya ketawa melihat telatah kami berdua.

"Angah ada balik?" Tanya along.

Aku hanya menunduk. Abang keduaku sudah lama tidak pulang ke sini. Beza umur kami berdua hanya setahun.

Semasa umi dan walid berkahwin angah terus menghilangkan dirinya entah ke mana. Aku puas menelefonnya begitu juga umi tetapi tiada sahutan. Aku membuat andaian bahawa angah telah menukar nombor telefonnya.

"Along faham. Kalau hati angah dah okey, mesti dia balik lah," pujuk along. Aku hanya mengangguk.

"Uddin, Denish bawa kakak kamu ni masuk," arah along kepada Nik dan Izz.

Mereka hanya menurut arahan yang diberi. Kami bertiga terus masuk ke rumah bersama Rayyan.

"Mika, aku rasa angah kau mesti dah ok cuma tak tahu macam mana nak balik. Mungkin dia sedang tunggu kau sebagai adik untuk bawa dia balik?" kata Nik. Aku hanya mengangguk.

**********************

Kami sekeluarga pulang ke kampung keluarga sebelah walid. Di sana sudah ramai sanak saudara bergotong royong seperti membuat dodol, ketupat, lemang dan rendang.

Aku, Nik dan Izzuddin terus menuju ke atuk dan nenek untuk bersalaman dengan mereka berdua. Kami juga bersalaman dengan sanak saudara yang lain.

5 tahun aku berkenalan dengan mereka semua tetapi aku berasa seperti dari kecil lagi aku mengenali mereka semua.

"Mika!!"

"Ouh, Ridzhuan. Bila balik sini?" Tanyaku apabila melihat Zarif yang sedang tersengih.

"Lama dah. Semalam kita orang balik sini. Tadi aku nampak seorang lelaki yang hampir sama muka dengan kau memerhati kau dari jauh dengan kereta... tak silap kereta Audi. Lepas tuh dia pergi," kata Zarif membuatkan aku terkejut.

'Angah ke tuh? Macam mana dia tahu kampung walid? Kenapa tak nak tunjuk muka kat kita orang?' Banyak persoalan yang tidak akan dijawap oleh hatiku.

"Tak apa lah. Aku nak layan anak buah aku sekejap," kataku lalu menuju ke arah Rayyan yang sedang bermain bersama kucing.

******************************

Banyak persoalan yang masih belum dijawap mengenai Angah. Aku tertanya tanya apa perkara yang dibenci oleh angah sehingga sanggup meninggalkan kami sekeluarga di sini.

Tok tok tok.......

Aku terus mencapai tudungku lalu menyarungkannya. Posisiku yang sebelum ini baring di atas katil kini bertukar menjadi duduk bersila.

"Kau tak tidur lagi?" Tanya Zarif lalu menghampiri diriku.

"Aku tak mengantuk lagi," balasku.

"Kenapa dengan kau ni? Ada masalah? Kalau ada share lah dengan aku," kata Zarif lagi.

"Tak apa apa lah, Ridz."

"Ok. Aku keluar dulu lah," katanya lalu menuju ke pintu.

"Ridz......"

"Cakap. Mungkin aku boleh tolong kau," katanya.

"Tadi kau kata orang lelaki perhatikan aku dari jauh kan?"

"Ya kenapa?"

"Dan kau kata muka dia sebiji macam aku kan?"

"Ha'ah."

"Aku rasa tuh abang aku."

"Eh bukan ke Along je abang kau?"

"Abang aku ada dua lah."

"Ouh tapi kenapa aku tak pernah tengok dia?"

"Masa umi dengan walid kahwin, dia memang dah tak ada sebab dia lari entah kemana pun aku tak tahu. Aku masa tuh rasa sedih dan marah kat angah aku tuh. Aku tak faham kenapa dan apa yang membuatkan dia jadi macam tuh," kataku dan tanpa sedar pipiku sudah dibasahi oleh air mata.

"Aku rasa dia tak boleh terima keputusan tuh." Kata Zarif sambil mengesat air mataku menggunakan sapu tangan.

"Tapi aku pun masa tuh tak boleh terima keputusan umi untuk kahwin lagi." Marahku.

Zarif terdiam. Mata kami bertembung satu sama lain. Zarif pun melangkah keluar meninggalkan aku di dalam bilik.

*******************************

Suasana di pagi raya itu sangat meriah apabila semua orang memakai baju raya yang berwarna warni. Pelbagai juadah yang dihidangkan di atas meja.

Keluarga aku dan Zarif memakai baju warna bebas. Ramai sanak saudara memandang aku dan Zarif kerana warna baju kami berdua adalah sama, iaitu berwarna hijau muda.

"Zaf, Ika. Nah ni," kata along sambil menghulurkan sesuatu sehingga aku dan Zarif memandang sesama sendiri. Bukan duit raya untuk kami tetapi mikrofon.

"Untuk apa ni, along?" Tanyaku sambil mengangkat kening.

"Nyanyi lah," jawap along.

"Nyanyi?!" kata kami serentak. Along hanya mengangguk.

"Lagu raya ya," pinta along.

Aku memandang ke arah Zarif. Zarif hanya tersenyum dengan penuh makna. Aku memahami senyuman itu.

(*Muzik*)

Zarif
Ber-gema takbir raya
Disubuh sunyi
Memuji Yang Esa

Mikaela
Hari raya sudah tiba
Kini masanya kita gembira

M & Z
Selamat selamat hari raya
Satukanlah tangan kita
Selamat selamat hari raya
Ampun dan maaf dipinta

Zarif
Runtuh jiwa di kalbu
Terkenang jauh ayah dan ibu

Mikaela
Lambai sayu memanggilku
Pulang ke desa memadam rindu

M & Z
Selamat selamat hari raya
Satukanlah tangan kita
Selamat selamat hari raya
Ampun dan maaf dipinta

Selamat selamat hari raya
Ikhlaskanlah hati kita
Sucikan semuanya dari dosa
Riang ria di hari raya

(*Muzik*)

Mikaela
Pada yang telah tiada
Janganlah kita lupa
Kunjungilah pusaranya
Dipagi hari mulia
Terubatlah segala duka
Di pagi raya

M & Z
Selamat selamat hari raya
Satukanlah tangan kita
Selamat selamat hari raya
Ampun dan maaf dipinta

Selamat selamat hari raya
Ikhlaskanlah hati kita
Sucikan semuanya dari dosa
Riang ria di hari raya

M & Z
Selamat selamat hari raya
Satukanlah tangan kita
Selamat selamat hari raya
Ampun dan maaf dipinta

Selamat selamat hari raya
Ikhlaskanlah hati kita
Sucikan semuanya dari dosa
Riang ria di hari raya.

Setelah habis menyanyikan lagu itu. Kami diberi tepukan yang gemuruh oleh sanak saudara yang lain. Zarif memandangku lalu tersenyum. Aku hanya membalas senyuman itu.

*******************

"Ika?"

Panggilan itu membuatkan aku tersentak. Aku menoleh ke belakang dan membuatkan aku terpaku di situ. Air mataku tidak dapat ditahan lagi.

"A..angah?"

Lelaki itu terus memelukku dengan erat. Aku juga membalas pelukannya itu. Umi dan walid hanya memandang sayu kepada kami berdua lalu berjalan ke arah kami.

"Angah?" Kata umi lalu memeluk lelaki itu yang digelar sebagai angah. "Alhamdulillah, Allah dah makbulkan doa umi," sambung umi.

"Angah minta maaf umi. Angah berdosa dengan umi," kata angah sambil mengenggam kedua tangan umi.

"Tak apa, ngah. Umi dah lama maafkan angah. Yang penting angah dah balik ke pangkuan umi setelah lama angah menghilangkan diri," kata umi di dalam sebak.

Along dan kak Aqilah melihat umi dan angah yang sedang berpelukan dari jauh.

"Along!" Jerit angah.

"Along, aku nak minta maaf dengan kau," kata angah. "Along dah lama maafkan kau,angah." Kata along sambil tersenyum. Mereka saling berpelukan sesama sendiri.

'Ya Allah, terima kasih kerana menyatukan semula kami sekeluarga dengan angah yang telah menghilangkan diri selama 5 tahun. Sesungghnya engkau Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience