Bab 22

Romance Series 10132

Bab 22

Aku masih bengang dengan encik suamiku. Aku hanya mahu menjalankan tugasku. Pekerjaan aku dan Zarif lebih kurang sahaja. Dia menguruskan syarikat papa dan aku pula menguruskan syarikat arwah ayah.

"TAK BOLEH! Ika tak boleh pergi sana!"

"Abang, tolonglah. Ika bukannya pergi oversea. Cuma pergi kat Kuala Lumpur aje."

"Abang tak kira sayang pergi oversea ke apa! Abang tetap tak akan bagi izin untuk Ika pergi Kuala Lumpur."

"Janganlah abang. Ika janji Ika akan jaga diri. Ika akan tumpang rumah along kat sana."

"Abang tak akan izinkan! FULL STOP!!"

Zarif terus masuk ke dalam bilik tanpa menoleh ke arahku. Aku cuba menguatkan diri supaya tidak akan menjadi lemah hanya kerana tidak dapat pergi outstation.

'Mika, kau jangan jadi perempuan yang lemah. Kau kena kuatkan diri. Macam kau selalu buat. Tarik nafas dalam-dalam. Lepas tuh hembus perlahan-lahan,' nasihat dari hatiku.

"Eh kenapa dengan kau ni?" Tegur Umi.

Terus aku kembali ke dunia yang nyata. Tanpaku sedar air mataku mengalir sedikit tetapi sempat aku menyekanya.

"Eh, aku ok lah. Tengok ni," kataku membuat senyuman hingga ke telinga.

"Ok. Jom lah balik." Katanya.

Aku mengambil beg tanganku dan terus mengekorinya dari belakang. Ketika aku membuka pintu keretaku, tiba tiba ada seseorang menghalang perbuatanku itu.

"Tepilah."

"Awak nak pergi mana lepas ni?"

"Aku nak balik lah. Takkan nak melencong pulak!"

Aku menolak badannya dan terus masuk ke dalam perut kereta. Aku menghidupkan enjin dan terus memandu pulang.

*******

"Ahh, serabut lah dengan mamat tuh!!"

Jeritanku itu membuatkan Zarif turun dari bilik. Matanya terbeliak apabila melihat aku yang seperti dirasuk. Dia terus memelukku dan duduk si sofa.

"Ika kenapa ni, sayang?"

Zarif memandangku dengan wajah simpatinya. Aku dengan perlahan meletakkan mukaku ke atas bahunya. Aku terus menangis teresak-esak. Dia terkejut apabila melihat perbuatanku itu.

"Sayang, kenapa ni?" Dia menggoncang badanku yang terencok-ecok kerana tangisan kuat aku.

Zarif memaut badanku dan memandang tepat ke bola mataku. Belum sempat aku membuka mulutku, tiba-tiba telefonku berbunyi.

Aku mengambil telefonku yang berada di dalam beg tanganku. Aku terkejut apabila melihat nama pemanggil itu.

Aku teragak-agak sama ada mahu mengangkat panggilan itu atau tidak. Aku membuat keputusan untuk tidak akan mengangkat panggilan tersebut.

"Siapa call tuh?"

"Ha...Harraz."

Dia hanya mengangguk dan mendekatiku. Dia meletakkan kepalaku di atas dadanya yang berotot. Dia mengusap-usap kepalaku.

"Dah. Ika pergi rehat ya."

Aku mengangguk dan mengambil beg tanganku. Aku diiring oleh Zarif menaiki tangga menuju ke bilik.

*******

Seusai solat Zuhur, aku terus melelapkan mata di atas katil. Tiba-tiba aku berasa loya dan mual di dalam tekakku.

Aku terus berlari masuk ke dalam tandas. Setelah ingin keluar dari tandas, Zarif sudah berada di hadapan pintu tandas.

"Kenapa tadi?"

"Entah lah. Ika rasa loya kat tekak ni. Salah makan kot."

"Ika makan apa dengan Umi tadi?"

"Chaw kuey teow basah aje."

Zarif hanya mengangguk faham. Dia melangkah pergi menuju ke halaman rumah. Aku berjalan ke dapur untuk mencari sesuatu.

'Yes, jumpa pun benda alah ni.' Bisik hatiku.

Aku kembali masuk ke dalam tandas bersama pregnancy test. Di situ menunjukkan dua garisan jalur yang menunjukkan keputusan positif.

Aku keluar dari tandas dengan perasaan yang gembira. Aku berlari keluar ke halaman rumah di mana berada.

"ABANG!!!"

Zarif terkejut apabila mendengar jeritanku seperti orang yang meminta tolong. Aku melompat-lompat disebelahnya membuatkan dahinya berkerut seribu.

"Apa yang seronok sangat ni?"

Aku terus menunjukkan pregnancy test kepadanya. Matanya membulat apabila benda itu.

"Maknanya ni, abang akan jadi...."

"Abi!!" Jawapku.

Dia terus memeluk badanku dengan gembira. Aku terus membalas pelukannya.

"Thanks, sayang sebab sayang akan bagi zuriat sulung untuk abang," ucapnya sambil mengusap rambutku.

"Ur welcome, husband."

"Eh, jap. Perkahwinan kita ni dah berapa lama?"

Pertanyaan itu membuatkan aku ketawa terbahak-bahak. Zarif hanya tersenyum malu.

"Dah enam bulan lebih lah, mr husband." Jawapku sambil mencubit pipinya dan dia terus mengaduh kesakitan.

"Sakitlah. Abang balas balik kang, nangis."

"Eh, bila masa saya jadi crybaby?"

"Ye lah tuh. Tadi masa Harraz call tadi, punyalah menangis sampai banjir ruang tamu tuh."

"Abang jangan nak ungkit pasal Harraz ya."

"Ok, sayang."

********************************

"Awak tipu kan?"

"Buat apa aku nak tipu pasal benda ni. Ingat ya Harraz, aku merayu kat kau jangan kacau life aku lagi. Kandungan aku dah berusia tiga bulan ya. Sekarang silakan keluar dari bilik aku ni."

Harraz hanya menurut perintah aku sebagai ketuanya. Dia keluar dan menutup kembali pintu bilikku. Aku hanya meneruskan kerja di dalam proposal yang tersusun di atas meja.

Tokk! Tokk! Tokk!

"Masuk!"

Pintu bilikku dibuka tetapi aku hanya memandang sekilas ke arah PA aku, Athirah.

"Maaf mengganggu ya, bos. Pukul 2.30 nanti bos ada meeting dengan Dato' Tengku Adrian Daud dan beberapa pekerja beliau."

"Lagi?"

"Satu lagi tuan Tengku Zarif dan Dato' Tengku Nazri ada buat temu janji dengan bos."

"Pukul berapa?"

"Pukul 12 tengah hari nanti."

"Di mana?"

"Tengku Zarif kata dia akan datang jemput bos."

"Ok. Ada lagi?"

"Itu saja."

"Ok terima kasih. Awak boleh pergi, Athirah."

Dia terus keluar dari bilikku. Aku memberhentikan perbuatanku dan bersandar di kerusi. Aku meletakkan pen yang sebelum ini berada di dalam genggamanku.

'Apa pulak papa dengan abang nak jumpa ni?'

Setelah jarum jam tanganku menunjukkan pukul 12, aku terus mengemas mejaku. Selesai itu aku terus menjinjing beg tanganku dan keluar dari bilik officeku.

Setibanya aku di pintu utama syarikat tersebut, Zarif sudah tercongok di hadapan pintu tersebut. Aku berjalan terjengket-jengket menghampirinya.

"Abang!"

"Allahuakhbar!"

Aku tertawa melihat reaksi mukanya apabila terperanjat. Aku dapat melihat mukanya sudah jelas kemerahannya menahan geram kepadaku. Aku hanya hingga menunjukkan gigi hadapanku.

"Nasib baik abang tak ada heart attack dan nasib baik abang yang jemput Ika. Kalau papa yang jemput Ika, rasanya dah kena masuk ICU hari ni."

"Ya Allah lah, abang ni pun. Tak payah lah cakap macam tuh. Kalau papa yang jemput Ika kat atas ni, Ika tegur papa elok-elok."

"Ouhh, macam tuh dengan ayah mertua. Dengan suami pulak, nak tegur kena gurau dulu. Macam tuh?"

"Hmm ye lah, Ika minta maaf. Nak tangan abang."

Aku menyalami tangan Zarif tanda meminta maaf. Aku tidak tahu kenapa dan bagaimana perbuatan itu muncul di dalam hidup aku.

Selalunya aku hanya memujuk supaya tidak akan memarahiku tetapi setelah aku berkahwin ini, kehidupan aku bertukar sebanyak 90 darjah.

Jika aku berasa bersalah, aku terus bersedih. Jika aku dimarahi pula, aku akan terus bersalam bertanda maaf.

"Dah jom. Kesian papa tunggu kat dalam kereta," ajaknya terus menarik pinggangku dan terus melangkah keluar dari syarikat aku.

"Assalamualaikum, pa."

Aku menyalami tangan papa yanh duduk di seat di hadapan. Aku membetulkan kedudukanku di seat penumpang. Zarif pula menjadi pemandu.

"Waalaikumussalam, Putri. Macam mana kerja?"

"Ok aje tapi stress jugak sebab banyak kerja."

"Jangan banyak sangat kerja tuh. Kesian baby kat perut tuh. Papa pun nak jugak timang cucu sulung papa."

Aku hanya mengangguk. Ada kalanya aku merenung tajam ke arah Zarif apabila dia memandang ke dalam cermin.

'Ish, dia ni.Tak boleh nak simpan rahsia langsung. Tengok lah kat rumah nanti. Aku smackdown dia cukup-cukup,' geram hatiku.

"Dah sampai. Ika, papa. Jom turun."

Kami bertiga memilih tempat yang sesuai. Aku duduk di sebelah Zarif manakala papa duduk di hadapan kami berdua.

"Ok. Sekarang ni, papa dengan abang ni kenapa nak jumpa dengan Ika ni?"

"Papa dengan Zuan nak bincang pasal syarikat kita."

Aku mengangguk faham. Papa mengambil beg kerjanya yang berwarna coklat kehitaman ke atas meja itu. Kami terus membuka perbincangan. Ada aku perasan bahawa Zarif ada mencuri untuk memandang ke wajahku. Aku hanya membiarkannya kerana aku hanya mahu menumpukan kepada kerja. Tiba-tiba aku memberhentikan perbincangan tersebut.

"Kenapa ni?" Tanya Zarif cemas.

Aku hanya tersengih malu kepadanya. Papa bersandar di kerusi kerana sudah memahami mukaku itu.

"Abang, boleh tak belikan kek coklat? Ngidam."

Selepas mendengar permintaan itu, Zarif tertawa terbahak-bahak tetapi dia pandai mencoverkan ketawanya itu. Papa juga ketawa sedikit tetapi kembali menjadi serius.

"Abang ingat lah tadi. Ok kita rehat sekejap. Pa, Zuan nak pergi beli kek coklat untuk budak kecil ni kejap." Papa hanya mengangguk dan Zarif berlalu pergi.

Tidak sampai 5 minit, Zarif telah sampai bersama kek coklat dan sebotol air mangga.

"Sekejapnya. Abang pergi beli ke apa ni?" Tanyaku kerana tidak percaya.

"Abang beli lah. Takkan tak tahu abang ni pakai super sonik."

"Mengarut lah kamu, Zuan. Putri cepat makan nanti boleh sambung bincang."

Aku hanya mengangguk dan terus memasukkan sudu ke dalam mulut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience