Bab 21

Romance Series 10132

Bab 21

Hari ini Umi dan Nik mengadakan majlis kecil-kecilan di Teluk Cempedak @ TC. Mereka berdua menjemput 6 orang kawan baik mereka iaitu aku, Zarif, Izzuddin, Melina, Aniq dan adiknya, Anis.

"Umi, ni kau masak ke?" Tanyaku.

"Apa? Kau tak percaya ke ni masakan isteri aku?" Tanya Nik kepadaku.

"Aku tak cakap dengan kau, Nik. Aku cakap dengan Umi kau, kan Umi?" Balasku sambil meletakkan lenganku di atas bahu Umi.

"Dah dah la tuh, Putri dengan abang ni. Dok soh nok bergaduhnya," kata Umi yang ingin meleraikan pergaduhan kecil aku dan Nik.

Aku perasan yang Aniq hanya bermain di air laut. Aku meminta izin kepada semua untuk meminta diri sebentar.

"Sayang, nak pergi mana?"

"Ika nak pergi kat Aniq tuh. Jangan risaulah, bang."

Zarif hanya mengangguk. Aku berlari anak menuju ke arah Aniq yang bermain di gigi air.

"Aniq."

"Oh, Putri. Kenapa datang kat sini?"

"Sepatutnya koi yang tanya kat aok macam tuh. Aok buat apa kat sini? Kenapa tak makan?"

"Aku ingat kau dah tak guna panggilan 'koi aok' tuh. Dengan Zarif tuh ada tak kau guna?"

"Jarang lah. Eh, kau jangan nak tukar topik. Jawap soalan aku dulu."

"Ok ok. Kau jangan nak garang sangat. Kau dari dulu garang dengan aku dan Zarif tapi tak pulak dengan Umi dan adik aku. Aku tak ada selera lah...."

"Anis, pujuk abang aok ni makan!" Jeritku kepada Anis yang duduk di atas tikar bersama Umi, Nik, Izzuddin, Melina dan Zarif yang sedang bergelak sakan.

Aku terus menarik baju Aniq menuju ke arah mereka berempat. Aku dudukkannya di sebelah adiknya dan aku kembali duduk di sebelah Zarif dan terus meneguk air ke dalam mulutku.

"Abang nak yang ni? Yang ni abang Zarif dengan kak Ela masak. Nak rasa?" Tanya Anis sambil menghulurkan pinggan kepada abangnya.

Aniq hanya mengangguk dan menyambut pinggan itu. Dia terus memasukkan sesuap ke dalam mulutnya.

"Sedap jugak kau masak ni, Zarif. Aku tak tahu pulak yang kau pandai."

"Kau janganlah nak pandang aku sebelah mata aje."

"Ok ok. Jujur aku cakap sedap doh."

"Dah dah. Makan je. Aku tahu aku masak sedap tapi tak payah nak puji lebih-lebih pulak."

Aku dalam senyap mencubit pinggang Zarif. Dia terus mengaduh kesakitan.

"Sakitlah!"

"Eh, Ridz ni. Dah kenapa pulak. Tiba-tiba aje," Tanya Izz yang hanya berbual dengan isterinya dari tadi.

"Ada ketam cubit aku kat pinggang. Sebab tuh aku mengaduh tadi."

Aku hanya membuat reaksi muka yang tidak bersalah. Izz, Nik dan Aniq hanya ketawakan Zarif sahaja.

"Aku rasa ketam tuh geram kat kau kot. Sebab tuh dia cubit kau." Kata Nik sambil ketawa. Semua orang memandang ke arah aku.

"Apa?" Aku sengaja membuat muka blur.

"Kau buat, kan?" Tanya Umi.

"Errr, aku nak beli aiskrim jap kat Mcd. Bye," kataku terus berlalu pergi dari mereka berlima.

'Dapatpun lari. Macam mana lah dorang tahu?' Bisik hatiku.

Tiba-tiba aku teringat bahawa aku selalu mencubit orang dipinggang apabila dorang sedang dipuji. Terus aku menepuk dahiku.

'Ya Allah, macam mana aku boleh lupa yang tuh?' Detik hatiku.

********

*Zarif

'Aduh, sakitnya pinggang aku. Ni kali pertama aku kena dengan dia ni. Sebelum ni tak pernah pun tapi lain lah Aniq, Izz, Nik, Umi dengan Anis tuh. Dulu bukannya aku rapat pun dengan Mika ni. Aku rapat dengan Aniq aje,' bisik hatiku.

"Abang, sakit lagi ke?" Tanya Mika sambil meletakkan ubat gamat di pinggangku.

'Gilalah sampai nak kena letak ubat gamat tuh! Aku pun tak tahu antara pinggang yang lain jadi lebam ke apa,' detik hatiku.

"Sakit sikit aje. Ika janganlah. Abang kan kuat," pujukku sambil Mika yang hampir mengeluarkan air matanya tetapi sempat aku menyekanya.

'Gilalah kau kata sikit aje sampai dah lebam! Zarif... Zarif.... kau tahanlah sakit kau tuh. Demi menyenangkan hati si Mika ni.'

Pada sejarah aku sebelum ini, aku tidak pernah melihat Mika yang selalu ceria, riang dan ada kalanya garang mempunyai hati yang nipis untuk menangis di hadapan mataku sendiri. Aku pernah menyangka bahawa isteriku ini tidak pernah dalam hidupnya menangis atau bersedih.

Setelah selesai meletakkan ubat, Mika meletakkan ubat gamat itu ditempatnya semula. Kemudian dia kembali duduk di atas katil.

"Abang, Ika minta maaf...."

"Tak apa lah," jawapku sambil mengusap-usap rambutnya yang panjang di paras dada.

Mika menyeka air matanya yang sudah mengalir di pipinya. Dia memandang ke arahku dengan wajah yang sayu.

"Betul ni?"

"Betul."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience