Bab 13

Romance Series 10132

Bab 13

Sudah seminggu aku bersekolah selepas bercuti sempena hari raya Aidilfitri.

Sudah seminggu jugalah Zarif tidak hadir ke sekolah. Aku berasa sunyi sejak aku melepaskan amarahku di kampung umi dulu.

Aku berasa sangat serba salah kepada Zarif kerana aku sudah memarahinya. Sudah dua kali dia menolong mengangkat badanku yang lemah. Aku tahu aku sudah melukakan hatinya. Pada malam raya aritu, aku berborak panjang bersama Zarif di dalam bilikku.

*flashback*

Aku dan Zarif berbual panjang di dalam bilik. Kami hanya berbual kosong sahaja.

"Ridzhuan, kenapa pandang aku macam tuh," kataku.

"Aku baru perasan. Pipi kau makin chubby lah. Kau makan apa masa berbuka tadi?" Guraunya sambil ketawa kepadaku.

"Mana ada lah!" Marahku lalu mencubit lengannya.

"Aduh, sakitlah! Nasib baik berlapis tau." Katanya sambil mengusap ngusap lengannya.

"Padan muka kau!" Kataku sambil menjelir lidah kepadanya.

"Jelirlah, jelir. Nanti aku ambil gunting potong lidah kau baru tahu." Kata Zarif sambil membuat jarinya seperti gunting.

"Cubalah kalau berani. Nanti kau mesti kena saman dengan umi aku," kataku dengan berani.

"Mika, tinggal beberapa bulan lagi kan kita nak SPM kan?"

"Ha'ah. Lepas SPM nanti kau nak buat apa, Ridz?"

"Entahlah. Kau?"

"Samalah."

"Ridz, nanti kalau kau dapat keputusan yang bagus, mesti kau pergi oversea kan?"

"Ye kot." Katanya dengan nada yang sedih.

"Kenapa ni?"

Aku menarik lengan baju Zarif untuk menegurnya. Zarif memandang tepat ke mataku.

"Aku rindu kau nanti..." kata Zarif dengan tenang.

Aku terkejut apabila mendengar itu. Aku seperti tidak percaya dia akan berkata begitu.

"K...kau r...rindu aku? Zarif hanya mengangguk dan terus memandang ke arahku.

Aku cuba melarikan pandanganku tetapi daguku dipaut olehnya.

"Aku dah lama suka kau. Sejak bangku sekolah rendah walaupun waktu tuh kau gemuk," katanya dengan jujur.

Nafasku seperti terhenti seketika. Aku masih tidak percaya dengan kata-katanya. Hatiku memaksa untuk berterus terang kepadanya juga tetapi aku tidak mahu.

"T...terima kasih..." ucapku dan tanpa sedar air mataku mengalir.

Aku cuba menyeka air mataku tetapi dihalang oleh Zarif.

"Awak comel lah masa menangis ni," katanya.

Perasaanku berasa seperti mahu melompat kegembiraan. Aku hanya tersenyum kepadanya dan Zarif membalasnya.

Zarif cuba memelukku tetapi aku menepisnya.

"Ridzhuan, kalau mama kau nampak ni, tak mungkin ke dia suruh kahwin sekarang?"

"Saya tak kisah kalau kita kahwin sekarang pun."

"Ridzhuan, ingat. Kita masih belajar. Awak capai dulu cita-cita awak lepas tuh dah sampai masanya, kita terus bernikah. Saya janji pada awak."

Zarif terus tersenyum hingga ke telinga. Aku tergelak apabila melihat wajahnya ketika itu.

*end flashback*

**********************************

Ketika aku berjalan ke arah basikalku, tiba tiba aku dihalang oleh seseorang.

"Lepaskan aku lah, Harraz!"

"Kaela, awak pergi mana masa cuti aritu? Puas saya cari awak."

"Kau tak payah nak cari akulah, bodoh! Aku tak kan terima kau jadi teman hidup aku! Aku dah ada Ridzhuan lah!"

"Tengku Muhd Zarif Ridzhuan tuh? Kaela, dia tak sesuai jadi teman hidup awak."

"Siapa kau nak aturkan siapa yang akan jadi teman hidup aku?!"

Aku terus menunggang basikalku lalu keluar dari pagar sekolah.

"ANGAH!!!"

Aku menjerit memanggil angah. Ketika itu angah berada di halaman rumah. Aku terus memeluk dia.

"Dik, kenapa ni sayang?"

"Adik rindu Ridzhuan...."

"Tulah. Kenapa marah-marah dia aritu kat kampung. Kan dah rindu."

"Angah, tolong lah serius. Adik tak tahan lagi. Adik nak rumah dia jugak."

Aku menuju ke pintu tetapi lenganku ditarik oleh angah.

"Tak guna dah kalau adik nak pergi rumah dia. Zarif dah pindah ke Kuala Lumpur."

Kata angah tadi membuatkan aku terkilan. Aku terduduk di atas rumput di halaman rumah. Aku masih menangis teresak-esak walaupun sudah dipujuk oleh angah.

'Ridzhuan, saya minta maaf.....'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience