Bab 19

Romance Series 10132

Bab 19

Lima hari kemudian, aku pergi bersiar-siar seorang diri apabila demam Zarif masih belum surut. Aku hanya pergi di sekitar kawasan yang berdekatan.

Selepas dua jam berjalan aku pulang semula ke rumah. Apabila di rumah aku melihat ada sepasang kasut bertumit tinggi di luar rumah. Aku mula rasa risau.

Aku masuk ke dalam bilik dan aku melihat seorang wanita yang aku kenali duduk di sebelah Zarif.

"Tengku Sharifah Aleesya, bila kau ada kat sini?" Tanyaku sambil menyimpulkan tanganku di tepi pintu bilik.

"Ouh, tengok siapa yang dah balik. Putri Nur Mikaela Adriana yang berlagak baik. Zuan, isteri you ni tak pandai nak layan tetamu ke?"

"Woi, Tengku! Kau tuh yang tak pandai. Dah lah masuk aje rumah orang! Lepas tuh nak hina orang pulak!"

"Putri, you ni lupa ke buat-buat lupa? Zuan ni sedara I, jadi tak salah kan kalau I masuk rumah ni. Lagipun rumah ni milik Pak Chik I! You tuh pulak hanya anak tiri kepada Pak Ngah."

"Dah, dah! Sayang, pergi buat air untuk Aleesya ni. Lessya, boleh tak hormat orang yang lebih tua dari you?"

Aleesya hanya menundukkan mukanya. Aku hanya menurut arahan. Aku menjeling Aleesya dan tersenyum sinis.

******

Di dapur aku membancuh air tetamu yang tidak diundang itu. Zarif menuruni tangga. Ada kalanya Aleesya ingin menolongnya tetapi ditolak oleh Zarif.

Aku menghampiri Zarif dan memapahnya. Aku memapahnya menuju ke sofa di ruang tamu. Aku memandang sekilas ke arah Aleesya yang sedang menahan marah.

'Padan muka kau! Nak ambil suami orang kan. Aku tahulah agenda kau datang sini! Aku tak akan serahkan suami aku kat kau sebab aku cintakan dia,' bisik hatiku sinis.

Aku menuangkan air ke dalam gelas dan memberikannya kepada Zarif.

"Ika, tolong tegukkan air tuh untuk abang." Pintanya kepadaku.

Aku hanya menegukkan air untuk Zarif. Aleesya hanya memerhati kami berdua. Aku tahu bahawa Zarif juga sengaja menyuruhku untuk aku menegukkan air untuknya.

"Zuan, I balik dulu lah ya," kata Aleesya mengambil beg tangannya dan keluar dari rumah.

Aku memandang ke arah Zarif dan Zarif hanya tersenyum gembira. Zarif ketawa selepas Aleesya keluar dari rumah.

"Nasib baik sayang pandai berlakon jadi isteri yang dengar cakap."

"Eh, sebelum ni Ika bukan isteri yang dengar cakap ke? Kalau ya, dah lama rasanya muka abang dengan muka Ika ni ada kesan lebam." Kataku sambil ketawa.

"Dah. Abang, makan panadol ni. Esok dah nak balik Malaysia dah. Lusa Ika kena masuk kerja dah."

"Ok. Nak panadol tuh."

Aku menghulurkan sebiji panadol kepadanya. Dia terus menelan panadol itu dan minum air suam sehingga habis.

"Nasib baik Ika air ni sikit je. Kalau banyak memang membazir lah." Kataku sambil mendulang air yang aku bancuh tadi.

Aku memapah Zarif menuju ke bilik untuk solat Zuhur. Usai itu aku menolong Zarif untuk baring di atas katil dan dia terus tertidur.

******

Aku menonton televisyen di ruang tamu. Aku menekan-nekan remot astro mengalih siaran televisyen.

"Nasib baik kat rumah papa ni ada astro, boleh lah aku tengok drama melayu." Kataku sambil tergelak sedikit.

"Kenapa isteri abang ni gelak sorang-sorang ni?"

Aku menoleh ke belakang dan memandang ke arah wajahnya. Aku tersenyum menutup maluku. Dia duduk sebelahku dan meletakkan lengan kirinya di atas bahuku.

"Tengok apa ni?"

"Astro Ria ni. Bosan lah kalau tengok drama Korea aje."

"Eh, abang ingat Ika suka drama Korea. Dah tuh kenapa minta umi dan walid beli tiket pergi Korea?"

"Mana lah Ika tahu. Bukan cadangan Ika nak pergi sini. Tapi Ika suka jugak duduk kat sini. Dapat makan rameen."

Kataku sambil teringat kepedasan rameen itu. Zarif tertawa apabila mendengar kataku. Aku memandang ke arahnya dan meletakkan tanganku ke atas dahinya.

"Panas abang dah surut lah, Ika. Jangan risau lah."

"Ika cuma nak check aje."

Aku memandang ke arah televisyen semula. Zarif meletakkan kepalanya di atas bahuku. Aku memandangnya dan cuba menolak kepalanya.

"Ika, abang rasa nak keluar lah."

"Abang jangan nak mengada. Abang baru sihat dah nak keluar."

"Masa form 5 aritu abang rasa ok aje masa nak hantar Ika balik. Tak ada pulak abang terbabas masa bawa kereta."

"Hmm ye lah. Abang nak pergi mana?"

"Ada lah. Cepat siap."

Aku bangun dari sofa dan menaiki tangga menuju ke bilik untuk menukar baju. Ketika hendak menukar baju Zarif masuk ke dalam bilik. Aku terus masuk ke dalam bilik air dan mengunci pintu bilik air itu.

Selesai menukar baju aku keluar dari bilik air. Aku terkejut apabila melihat Zarif betul-betul di hadapanku. Aku memandang tepat ke matanya.

"Nak guna bilik air ke?"

Zarif mengangguk dan aku menuju ke katil mengambil telefonku. Aku mendapat banyak mesej yang belum dibaca.

'Hai sayang.'

'Sihat ke?'

'Sayang kat mana?'

'Abang nak jumpa dengan sayang boleh?'

"Bodoh punya Harraz. Kau ingat kau tuh suami aku ke?! Nak berabang-sayang. Aku dah ada Ridzhuan lah gila!!!"

Zarif keluar dari bilik air dan memandang ke arah wajahku yang sedang marah. Dia mendekatiku memeluk pinggangku.

"Sayang, kenapa ni?" Tanya Zarif dengan suara yang memikat hati.

"Nah!" Kataku sambil memberikan telefonku kepadanya.

Dia melihat ke skrin telefonku. Riak wajahnya yang sebelum ini berkerut menjadi muka yang menahan marah.

"Pukul berapa kita naik flight esok?" Tanyanya sambil memadang skrin telefonku lagi.

"Pukul 9 pagi," jawapku.

Zarif mengangguk dan memandang ke arahku. Dahiku berkerut seribu. Aku tidak faham maksud pandangan itu. Dia memandang pula ke arah badanku.

"Kenapa pandang macam tuh, bang?"

Aku memandang ke arah badanku dan aku melihat bajuku melorot sedikit. Aku mengangkat bajuku ke atas untuk menutup sedikit bahagian atas dadaku.

Dia terus menuju ke almari untuk mencari bajunya. Aku hanya melayan youtube di dalam telefonku.

"Abang, jadi tak nak keluar ni?"

"Eh, jadilah. Cepat pakai tudung tuh."

Setelah selesai memakai tudung Zarif terus menarik tanganku meluru masuk ke dalam perut kereta. Selepas itu dia terus masuk ke tempat pemandu di sebelah kiri.

"Abang, kat mana ni?"

Zarif tidak menjawap soalan tetapi hanya membukakan pintu kereta untukku. Setelah aku menutup kembali pintu tersebut Zarif terus menarik tanganku menaiki tangga.

"Tingginya tangga ni. Lenguh kaki Ika ni."

"Tak apa lah. Boleh lah badan Ika tuh jadi kurus lagi."

"Betul jugak tuh. Lagipun dulu sampai saiz L, mungkin lepas turun naik tangga boleh dapat saiz S pulak," kataku hampir tersengih-sengih kepada Zarif.

"Ye lah tuh."

Mendongak sedikit ke atas dan melihat ada sebuah menara yang bentuknya seperti Menara Taming Sari ( xD ). Akhirnya kami berdua sampai juga di atas bukit itu.

"Bang, bukit ni bukan ke...."

"Yup. Inilah Bukit Menara Namsan. Menara Namsan juga adalah mercu tanda kota Seoul ni tau."

"Hmm, mentang-mentang dah tinggal kat sini 6 tahun," perliku.

"Eleh jealous lah tuh."

"Tak ingin pun," kataku sambil menjelir lidah kepadanya.

"Nakalnya lah isteri aku."

"Suami aku ni pun apa kurangnya." Balasku dan membuatkan kami berdua ketawa dengan serentak.

"Nah." Zarif memberikan sebuah anak mangga kepadaku yang berwarna hijau muda.

"Untuk apa ni?"

Dia tidak menjawap tetapi hanya memberikan pen marker kekal berwarna pink kepadaku. Aku sudah memahami maksud semua itu. Aku terus menulis di atas anak mangga tersebut.

'Shireen ? ? ??'

"Apa tuh?"

"Ni adalah 'Shireen salang ttal'."

"Shireen salang ttal?"

"Yup. Pandai encik suami kita ni."

"Baru perasan ke? Apa maksud dia?"

"Haaa ok. 'Shireen' ni maksud dia Tengku. 'Salang' maksud dia Cinta. 'Ttal' pulak maksud dia Putri. Kalau gabungkan?"

"Tengku cinta Putri?"

"Betul! Dah jom balik. Ika dah penat ni."

"Yelah tapi tunggu lah. Abang nak gantung mangga ni sekejap."

Dia terus menuju ke arah pagar yang sudah dipenuhi banyak mangga yang cantik. Zarif menggantungkan mangga itu di tempat masih kosong.

Setelah selesai dia terus menuju ke arah tempat yang aku sedang berdiri. Dia terus menarik tanganku menuruni anak tangga semula. Ketika matahari sudah terbenam kami berdua sudah sampai ke rumah.

**********************************

Malam itu Zarif hanya tidur didalam bilik sambil berselimut. Aku hanya melayan telefonku di atas sofa berhampiran dengan katil. Aku mengerling ke Zarif yang sedang nyenyak tidur dan kembali ke skrin telefon.

Sudah pukul 10.45 malam, aku pergi ke katil untuk melelapkan mata. Tiba tiba tangan Zarif menghempap ke atas badanku. Aku memandang ke arahnya. Masih tidur.

'Pelik betul. Dia tidur lagi tapi macam mana dia tahu aku dah baring?' Detik hatiku.

Kini aku membiarkan tangannya menghempap ke atas badanku. Aku terus menutup mata dan masuk ke dalam alam mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience