Bab 5

Romance Series 10132

Bab 5

"Mika, ni hadiah dari Ridz. Aku pun tak tahu apa benda alah ni," kata Nik sambil memberikanku sebuah kotak segi empat tepat kecil.

Aku hanya menerima tanpa menanyakan apa-apa.

'Hadiah sebagai kawan aje kan,' bisik hatiku.

Aku terus memasuki bilikku lalu mencabutkan tudungku. Sebelum aku melelapkan mataku, aku pergi menghala ke bilik air untuk mengambil wuduk. Itulah rutinku setiap malam ketika hendak tidur.

********

Sempena hari lahir umi yang ke- 40 kami sekeluarga akan pergi bercuti ke Pulau Langkawi bersama keluarga Zarif.

"Kae dah siap ke belum?" Tanya Izzuddin. Itulah adik tiriku yang seorang lagi ini. Jika kami sekeluarga pergi bercuti dia akan memastikan semua sudah bersiap tepat pada masanya.

"Sikit lagi ni!!" Jeritku.

"Nanti terus letakkan bagasi kau dalam butt kereta," katanya lagi.

"Ye!" Jawapku.

'Izz ni kalau bercuti ni nombor satu,' bisikku.

Aku mengenakan shawl berwarna violet bersama kemeja berwarna biru tua.

??Telefon bimbitku sudah mengalunkan lagu Sedalam dalam rindu dari Tajul yang menandakan panggilan untukku.

'Bising lah kau ni!' Bisik hatiku.

"Nak apa? Nanti boleh jumpakan," ujarku.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam," jawapku.

"Kau tak rindu aku ke?"

"Tak ade masa lah aku nak rindu kau. Kalau aku rindu kau maknanya aku dah gila!" Jeritku.

"Dah la nanti boleh jumpa. Kat sana nanti aok tenung lah muka koi ni yang teramat lawa ni sampai tersembul biji mata aok tu." Sambungku lalu mematikan panggilan tersebut.

'Eh jap apa yang aku cakap kat dia tadi? Ya Allah macam mana pulak aku boleh terlepas cakap pulak ni,' bisik hatiku.

********

"Assalamualaikum, Nazri."

"Waalaikumussalam, abangku Danish."

Begitulah perbualan antara ayah tiriku dan adiknya yang sudah lama tidak berjumpa. Arwah ayahku dan umi pula adalah kawan baik papa dan mama Zarif.

"Mana anak anak abang?"

"Ada kat sana tu dengan anak aok."

"Ouhh."

"Mika aku dan Izz nak pergi kat sana kejap," kata Nik.

"Ok," jawapan sepatahku.

Aku hanya merenung nun jauh disana. Melihat keindahan laut di jeti Perlis ini.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam," jawapku lalu menoleh ke arah suara itu.

"Aok jangan nak buat muka terkejut pulak."

"Eh koi tak terkejut pun lah, Ridzhuan." Balasku.

"Termenung kemana pulak tuh?" Tanya Zarif lagi.

"Tak kemana mana pun."

********

"Aok nak kunci ni?"

"Kunci apa tuh?"

"Adalah."

"Kalau tak nak bagi baik tak payah kalau macam tuh, encik Ridzhuan."

"Janganlah marah, cik Mikaela oii."

Aku hanya memerhati hanya gerak geri Zarif dari tadi. Ya aku mengaku Zarif kelihatan kacak apabila di luar sekolah. Dia mengenakan baju berjenama Polo berwarna biru tua dan seluar berjenama Levi's bersama kasut berjenama Nike.

'Eh aku puji dia ke? Tak salah kan aku memuji ciptaan Allah. Tapikan macam mana warna baju dia sama dengan aku? Kebetulan kot.'

"Termenung kemana tuh cik kak oii," sapa Izz.

"Tak kemana mana pun cik abang oii," kataku yang cuba meniru percakapannya.

********

Hari kedua disini akan menjadi hari yang malang untukku. Aku akan bersiar-siar bersama Izzuddin, Nik dan Zarif. Hanya dari pagi tadi Zarif hanya merenung ke wajahku sahaja. Izzuddin dan Nik hanya mengetawakan aku sahaja.

'Adik tak guna!' Sindirku.

Ketika kami sampai ke Pasaraya Haji Ismail Group @ HIG aku menjadi rambang mata ketika melihat di dalam pasaraya tersebut. Di dalamnya dipenuhi oleh cendera mata dan makanan seperti coklat.

"Kau nak beli semua ni ke?" Tanya Zarif apabila melihatku memegang beberapa paket coklat.

"Ye lah takkan nak buang pulak."

"Tapi takkan sampai banyak tu."

"Aku bukan nak makan semua la. Ada yang aku bagi Umi dan Widya." Terangku.

"Ouh ok." Jawapnya.

"Ridzhuan kau tak ada girlfriend ke?"

"Dah kenapa kau tanya aku macam tu?"

"Tak lah sebab aku tengok kau ni macam lonely." Jelasku.

"Aku malas nak fikir pasal tuh sekarang ni sebab aku nak fokuskan belajar. Kau pulak tak ada boyfriend ke?" Tanya Zarif.

"Aku? Aku sama aje jawapan aku dengan kau. Ye lah belum habis SPM dah nak bercinta-cintun ni. Nanti bukan nak fokus dengan belajar pun."

"Betul jugak cakap kau tuh." Serentak kami ketawa bersama.

********

Udara malam yang sangat sejuk membuatkan aku memakai sweaterku yang berwarna pink-ungu. Malam itu adalah malam terakhir kami akan berada di Pulau Lagenda Mahsuri ini ( buat andaian sendiri pulak ). Malam itu jugalah kami akan menyambut hari lahir umiku yang tercinta.

"Umi, walid. Ana nak pergi tandas sekejap." Pintaku kepada orang tuaku sebelum aku menuju ke tandas.

* Zarif *

Ketika kami sekeluarga menyambut hari lahir mak ngah iaitu umi kepada Mika.

"Umi, walid. Ana nak pergi tandas sekejap," kata Mika meminta izin kepada pak ngah dan mak ngahku.

"Cantik anak arwah Aziff tu. Baik, sopan santun, semua lah ada kat Putri tu." Kata mamaku, Datin Saleha.

'Mama ni dah mula lah nak puji orang bagai,' bisik hatiku.

Bukan aku tidak tahu yang mama mahu tunaikan wasiat arwah ayah Mika yang telah diamanahkan kepada mama dan papa.

"Saleha, aku tahu kau nak satukan Ana dengan Zuan. Nak tunaikan wasiat arwah suami aku tapi bukan ke dia orang muda lagi. PT3 pun belum lepas lagi." Ujar mak ngah.

"Liza, sebenarnya aku nak cadangkan dia orang kahwin 11 tahun mulai sekarang. Ok tak?" Tanya mamaku.

Aku pula sengaja memekakkan telingaku supaya tidak termasuk campur di dalam perbualan ini.

"Ok tak bang?" Tanya mak ngah kepada pak ngah. Pak ngah hanya mengangguk.

"Tapi Leha abang tak janji lah pasal ni ya," terang pak ngah.

Mama hanya mengangguk dengan tersenyum menunjukkan tanda setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience