Bab 6

Romance Series 10132

Bab 6

Sudah memasuki sebulan kami sekeluarga meninggalkan Pulau Langkawi tetapi hatiku masih tidak tenang apabila mengenangkan perbualan yang berlaku pada malam terakhir kami di sana.

*flashback*

Ketika aku keluar dari tandas aku terdengar perbualan antara keluargaku dan keluarga Zarif. Aku hanya bersembunyi di sebalik pintu yang menuju ke luar rumah.

"Saleha, aku tahu kau nak satukan Ana dengan Zuan. Tapi bukan ke dia orang muda lagi. PT3 pun belum lepas lagi," ujar umi.

Aku berasa terkejut apabila mendengar perbualan tersebut. Langkahku yang sebelum ini ingin keluar dari tempat persembunyianku terbantut ketika mendengar itu. Aku hanya mendengar perbualan itu dari situ sahaja.

"Liza, sebenarnya Leha nak cadangkan dia orang kahwin 11 tahun mulai sekarang. Ok tak?" Cadang mak chik.

"Ok ke bang?" Tanya umi kepada walid. Walid hanya mengangguk.

"Tapi abang tak janji la pasal ni ya sebab ni jugak berkaitan dengan hati dan perasaan Ana," terang walid.

Aku terus berlalu pergi menuju ke bilikku. Air mataku sudah tidak dapat ditahan lagi.

*end flashback*

"Ana! Dah siap ke belum? Cepat lah turun sayang!" Panggil umi.

"Ana datang ni, umi." Balasku.

Tanpaku sedar air mataku sudah mengalir lagi lalu terus aku menyeka air mataku itu.

"Mika, kau nangis?" tanya Nik yang berada di belakangku.

"Mana ada la." Bohongku.

Aku tidak mahu dia tahu tentang kenapa mataku menjadi sembak.

******


"Putri kau dah kenapa ni?" Tanya Umi.

"Tak ada apa apa lah," jawapku selepas aku kembali ke dunia nyata.

"Tipu lah kau ni, Putri. Aku tengok kau ni nampak lain je. Sebelum ni ok je tapi hari ni aku tengok nampak lain macam. Kau ada masalah ke?" Ujar Widya tang panjang menjelar.

"Putri Nur Mikaela Adriana!" Jeritan itu membuatkan diriku tersentak lalu aku menoleh ke belakang dan aku dapat melihat yang Zarif sedang berjalan ke arahku.

"Mika ikut aku kejap," lalu dia menarik tanganku dengan erat.

"Ridzhuan kau nak bawak aku pergi mana ni?" Tanyaku namun pertanyaan itu langsung tidak dibalas. Zarif menarikku ke tempat yang selalu aku lepak iaitu di rooftop sekolah.

"Ok aku dah fikir masak masak, aku nak bincang dengan kau." Jelasnya.

"Pasal apa ni?"

"Ya Allah, aku rasa kau tak tahu pasal ni kan sebab kau tak ada masa tu."

"Pasal malam terakhir kita kat Langkawi tu?"

"Eh kau tahu ke?" Tanya Zarif yang sudah berkerut dahinya.

"Aku tahu pasal tu sebab...." ayat itu aku sengaja buat tergantung begitu.

"Sebab apa?" Tanya Zarif mahu penerangan yang selanjutnya.

"Dah lah malas nak fikir pasal tuh lah." Ujarku lalu melangkah ke tangga untuk turun tapi dapat dihalang oleh Zarif.

"Kau nak setuju ke?" Tanyanya sambil membuat muka yang aku tak dapat nak bertahan dengan muka itu. Aku hanya mengeluh berat.

"Ridz, aku tak nak fikir pasal bab tu sekarang ni. Jadi boleh tak kalau kita buat macam tak ada pasal bab tu?" Rayuku.

Zarif hanya mengangguk lalu melepaskan tanganku.

*************************************

Aku sudah buntu hendak berfikir tentang hal itu. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum kami menduduki peperiksaan PT3. Aku hanya menyetujui apa jua keputusan yang diberi.

"Kae, aku rasakan kau setuju saje lah keputusan tuh. Lagipun tu kan wasiat arwah ayah kau jugak. Takkan kau nak tolak tuh. Tapi kau nak tolak jugak, aku tak boleh nak paksa lah sebab ni jugak kebaikan untuk kau dan masa depan kau," nasihat Izz lalu meninggalkan aku sendirian di dalam bilikku.

Aku terus mengambil wuduk untuk sembahyang Isyak.

'Ya Allah berikanlah petunjuk kepadaku. Tunjukkanlah siapa yang menjadi jodohku.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience