Bab 15

Romance Series 10132

Bab 15

Waktunya sudah pun tiba. Hari ini adalah hari pernikahanku dan Zarif. Aku hanya pasrah dengan takdir-Nya.

Aku sudah beberapa kali membuat solat Istikharah. Hanya wajah Zarif yang selalu ada diingatanku tiada orang lain.

Sudah ramai orang memenuhi rumah umi dan walid. Umi dan Widya juga datang untuk melihat aku dan Zarif bernikah.

Umi dan Widya datang ke bilikku di mana aku berada. Kami bertiga berpelukan sesama sendiri.

"Aku tak sangka akhirnya kau kahwin jugak, Putri. " Kata Widya.

"Ha'ah, Putri. Aku lagi tak sangka yang kau akan berkahwin dengan musuh lama kau sendiri," uaja Umi.

Aku hanya tersenyum hambar kepada mereka. Ketika Mak Long memberitahu kami bahawa rombongan pengantin lelaki sudah tiba, Umi dan Widya terus mengiringi aku ke ruang tamu.

Mereka berdua duduk di belakang aku.

******

"Aku terima nikahnya Putri Nur Mikaela Adriana binti Muhd Aziff dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai..."

Dengan sekali lafaz, aku telah menjadi isteri kepada Tengku Muhd Zarif Ridzhuan bin Dato' Tengku Nazri Akmal. Mak Chik @ mama memelukku dengan gembira kerana dapat menyatukan aku dan anaknya, Zarif.

Selepas menyarungkan cincin ke jari manisnya, kini giliran Zarif untuk menyarungkan cincin ke jari manisku. Selepas itu aku terus bersalam dengannya kemudian Zarif mencium dahiku dengan lembut.

******

Semua tetamu sudah pulang kecuali keluarga yang terdekat. Aku terus memasuki bilikku untuk merehatkan diri.

Aku membuka lilitan tudungku dan meletakkannya ke atas katil. Aku duduk di atas kerusi kecil yang berada di hadapan meja solekku.

Aku membuka ikatan rambutku sebelum membersihkan diriku.

*******************************

*Zarif

Selepas menghantar mama dan papa ke kereta mereka, aku terus mencari kelibat Mika dia dalam rumah. Aku sudah bertanya dengan Mak Ngah @ umi dimana Mika tetapi umi juga tidak tahu di mana dia berada.

Aku cuba pula mencarinya di dalam biliknya. Ketika aku membuka pintu bilik itu aku melihat seorang wanita sedang menyikat rambutnya yang masih basah.

Mika yang sedang menyikat rambutnya terhenti apabila melihat aku dari cermin di meja soleknya.

"Abang ok ke?"

Perkataan 'abang' itu membuatkan mukaku menjadi merah. Sejujurnya Mika kelihatan lebih cantik apabila menanggalkan tudungnya.

"Abang kenapa pandang Ika macam tuh?" Tanya Mika lagi.

Panggilan 'Ika' itu telah diberikan oleh along. Aku cuba bersuara untuk sembunyikan rasa malu itu.

"Abang ok je." Jawapku.

"Abang nak mandi? Kalau nak, ambil tuala dekat atas katil tuh." Katanya sebelum keluar dari bilik.

Aku hanya mengangguk dan mengambil tuala itu lalu masuk ke dalam bilik air.

*******************

*Mikaela

Selepas menolong umi memasak di dapur, aku terus masuk ke dalam bilik.

"Abang?"

Aku mendapati Zarif masih di dalam bilik air. Aku mengambil telefonku lalu bersandar ke kepala katil.

Apabila pintu bilik air terbuka, aku memandang ke arah Zarif yang hanya bertuala. Aku kembali memandang ke telefonku untuk menutup malu.

Ini kali pertama aku melihat lelaki yang hanya memakai tuala. Walaupun aku mempunyai seorang abang yang tuanya hanya setahun dariku tetapi aku tidak pernah melihat dia memakai tuala sahaja.

Zarif sudah melihat reaksi wajahku ketika aku memandangnya, dia terus mendekati diriku.

"Buat apa tuh?"

Alangkah terkejut apabila mukanya sudah hampir denganku sehingga telefonku yang sebelum ini di tanganku sudah jatuh ke atas lantai.

"Abang!!!" Jeritku lalu menolak mukanya dan mengambil telefon kesayanganku.

Aku cuba memeriksa telefon itu sama ada masih elok ataupun sudah rosak.

"Rosak dah ke?" Tanya Zarif yang duduk sangat hampir denganku.

Dia meletakkan tangan kirinya di pinggangku dan tangan kanannya mengambil telefonku.

'Ridzhuan ni, nak manja dengan aku ke? Aku buat buat je macam tak ada apa apa terjadi selama 9 tahun lepas,' bisik hatiku.

"Abang pergilah pakai baju dulu. Baru boleh baiki telefon Ika. Kalau nak baiki sekarang, dengan keadaan abang yang tengah berair ni. Bukan baiki namanya tuh tapi rosakkan ada lah," usikku sambil mengambil telefonku dari tangannya.

"Nak perli abang ya. Tak apa Ika tengok lah malam nanti," katanya dan menuju ke almari baju.

'Alamak. Mesti aku tak boleh lari dari dia ni. Kalau aku duduk kat depan tv malam nanti, kang walid cakap apa pulak. Padan muka kau, Mika.' Kesal hatiku.

******

Selepas makan malam bersama umi dan walid, aku terus mencuci pinggan mangkuk di sinki. Ketika aku menuju ke bilikku, tiba tiba aku diangkat dari arah belakang.

Badanku direbahkan ke atas katilku. Pintu bilikku sudah dikunci oleh seseorang. Orang itu berjalan menghampiriku.

'Petanda buruk bagi kau, Mika. Kau akan digoreng oleh suami kau sendiri. Siapa suruh cari pasal dengan dia,' bisik hatiku.

Muka Zarif mendekati dengan mukaku. Bibir kami berdua jaraknya seperti sebesar seekor kerengga merah ( xD ). Aku hanya pasrah kerana kami sudah sah menjadi suami isteri.

*******************************************

Pagi esoknya aku cuba bangun untuk membersihkan diri tetapi di halang oleh Zarif. Zarif sudah mengeratkan pelukannya di pinggangku.

Aku cuba meleraikan pelukannya tetapi gagal. Tanganku ditarik olehnya sehingga badanku yang tanpa seurat benang berada di atasnya.

"Abang lepaslah. Ika nak mandi lah," rayuku.

"Mandilah dengan abang," katanya sambil tersengih.

"Jangan nak mengada ya. Tak pasal-pasal muka tuh ada kesan lebam sebab kena ni," kataku sambil menunjukkan penumbuk kepadanya.

"Berdosa tau kalau buat macam tuh kat suami."

"Ika tak kisah pun. Asalkan hati Ika gembira," kataku setelah mengambil tuala dan menuju ke bilik air.

Selepas selesai memakai baju, aku keluar ke dapur untuk memasak mi goreng. Selepas itu, aku masuk ke dalam bilik untuk mengejutkan Zarif.

"Abang. Bangun, bang."

Zarif menggeliat sedikit dan itu membuatkan aku ketawa sedikit.

"Ketawa kat abang lah tuh."

"Mana ada lah."

"Yelah tuh."

Zarif terus mengambil tualanya lalu masuk ke dalam bilik air. Aku mengikat rambutku lalu mengemas katilku. Bantal telah disusun rapi. Selimut dan cadar dipastikan tidak berkedut ( macam iron pulak ).

Setelah selesai mengemas aku menuju ke pintu bilik dan membukanya tetapi ditutup semula.

"Nak pergi ke mana?"

"Nak pergi dapur." Jawapku selepas memusingkan badanku menghadap ke arah Zarif.

Aku menyimpulkan tanganku manakala Zarif pula meletakkan kedua-dua tangannnya di pinggangku lalu mengangkatku.

"Eh! Turunkan Ika, bang. Ika ganyat!" Rayuku.

"Baru sikit. Patutlah Ika tak naik cable car kat Langkawi aritu," Zarif hanya tertawakanku. Aku terus mengetuk kepalanya.

"Ika sayang, tolong pakaikan baju untuk abang boleh?" Katanya dengan nada yang halus menusuk kalbu sambil membuat mukanya.

"Yelah. Mentang mentang abang dah tahu kelemahan Ika, abang terus buat muka tuh. Nasib baik comel....." kataku terus menekup mulutku.

"Apa? Abang comel?" Tanya Zarif sehingga membuatkan dia ketawa terbahak-bahak.

Ketika itu adalah peluang kemenanganku untuk melarikan diri. Aku terus membuka pintu bilik dan keluar tetapi tanganku sempat ditangkap olehnya.

Zarif menutup pintu bilik itu dan mencium di tengkukku dan di bibirku. Aku sudah beberapa kali merayu kepadanya untuk melepaskan diriku.

"Ok ok. Ika pakaikan baju untuk abang. Abang pergi cari baju cepat." Kataku mengalah.

"Ok abang pergi ambik baju tapi abang kena peluk Ika sebab nanti Ika lari lagi," katanya sambil memegang pinggangku.

Aku hanya membuat thumb up kepadanya. Ketika Zarif mencari bajunya mulutnya masih singgah ke tengkukku. Aku terus menolak kepalanya untuk meneruskan pencarian bajunya.

"Abang, angkat dua-dua belah tangan abang macam ni."

Aku terus menyarungkan baju untuknya. Setelah selesai memakai bajunya, aku menuju ke pintu bilik.

"Baju je ke? Seluar sekali lah," katanya.

"Abang jangan nak jadi manja sangat boleh tak?" Kataku lalu keluar dari bilik.

Aku menuju ke dapur untuk sarapan pagi. Aku melihat umi dan walid berada di halaman rumah. Aku terus mengambil pinggan lalu menceduk chaw kuey teow.

Ketika aku mahu menguap kuey teow ke dalam mulut, tiba tiba Zarif datang ke dapur.

"Makan apa tuh?"

"Kuey teow. Abang nak ke?"

"Nak tapi Ika kena suapkan, boleh?"

Aku hanya mengangguk lalu menghalakan garfuku ke arah Zarif. Zarif memasukkan garfu itu ke dalam mulutnya.

"Sedapnya. Siapa yang masak ni?"

"Tengoklah siapa."

"Ika? Ika yang masak?"

"Ababg jangan cakap yang abang tak percaya. Masa form 5 aritu punyalah gelojoh masa makan ayam masak merah yang Ika masak aritu. Sampai habis abang makan."

"Nak marah abang la ni sebab habiskan ayam tuh?" Tanya Zarif dengan nada seperti hendak memarahiku.

"Ika tak kata Ika marah kat abang. Ika minta maaf kalau Ika cakap tadi buat abang terasa," kataku sambil menyuapkan kuey teow ke dalam mulut Zarif.

"Abang tak marah pun tapi abang suka sebab tuh kali pertama abang makan masakan dari Ika sendiri. Dah lah lauk Favourite pulak tuh," katanya sambil mencium dahiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience