Bab 16

Romance Series 10132

Bab 16

Sudah empat hari aku telah digelar sebagai isteri kepada Zarif, iaitu orang yang dahulunya aku paling benci sekali sehinggalah dia dapat mencuri hatiku sekali lagi.

"Sayang... Bangunlah solat Subuh."

Aku menggeliat perlahan-lahan takut Zarif akan mengambil kesempatan ke atasku. Aku terus bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Usai solat Subuh, aku menyalami tangan Zarif. Selepas aku membuka telekung dan melipat sejadah, aku meletakkannya di ampaian.

Aku duduk di atas katil sambil melayan telefonku. Aku tidak mengendahkan Zarif yang sedang duduk di sebelahku.

"Ika, merajuk dengan abang lagi ke?"

'Ha'ah, bang. Ika merajuk dengan abang pasal semalam,' jawap di dalam hatiku.

*flashback*

Aku meminta Zarif untuk membelikan gitar baru untukku kerana gitar lamaku untuk diambil oleh angah. Tak guan punya abang!

"Abang boleh lah belikan Ika gitar baru," rayuku kepada Zarif.

"Abang tak ada gaji lagi lah," kata Zarif.

"Abang boleh lah....." rayuku sambil mengenggam kedua tanganku tanda merayu.

"Minggu depan ya, sayang?" Kata Zarif lalu masuk ke dalam rumah.

*end flashback*

'Ni semua salah angah! Dahlah ambil gitar orang tak bagitau. Lepas tuh bila aku minta gitar dari dia, dia kata dah hilang. Memang tak pandai simpan harta orang langsung. Nasib baik bini dia tak hilang,' marah hatiku.

Aku membuat perang dingin dengan dia. Aku mahu melihat berapa lama Zarif boleh bertahan dengan perangai aku.

Zarif bangun dari duduknya lalu mengambil tuala menuju ke bilik air.

Setelah beberapa minit, Zarif keluar dari bilik air. Dia mendekati diriku. Aku cuba menjauhkan diriku tetapi tanganku ditarik olehnya dan memasukkan diriku ke dalam pelukannya.

"Abang lepaslah. Basah baju ni!"

"Biarlah basah, nanti nak mandi jugak kan."

"Abang lepaskan Ika lah."

"Kalau tak nak?"

"RIDZHUAN!!"

Aku terus menolaknya sedikit. Aku menenungnya dengan rasa geram.

"Pergi mandi tuh. Nak keluar. Kalau nak ikut cepat!" Katanya sambil mencari bajunya di dalam almari.

Aku terus masuk ke dalam bilik air.

******

Aku masih membuat perang dingin dengan Zarif. Di dalam kereta aku hanya berdiam tanpa menghiraukannya sehingga kami tiba di satu kedai.

"Abang, buat apa pergi kat sini?" Tanyaku ketika keluar dari kereta.

Zarif terus ke dalam kedai tersebut meninggalkanku di belakangnya. Aku hanya mengekorinya masuk ke dalam kedai itu.

'Alamak! Ridzhuan dah bad mood. Padan muka kau, Mika. Dia pun nak buat perang dingin dengan kau!' Kesal hatiku.

"Encik, yang mana gitar yang paling berkualiti?" Tanya Zarif kepada orang yang menjaga kedai itu.

Orang itu mengambil sebuah gitar yang diukir cantik di atas membuatkan aku terpegun.

"Yang ini, encik." Kata orang itu.

Zarif mengambil gitar itu dan cuba memetik tali gitar itu. Dia memandang ke arahku dengan mengangkat.

"Untuk Ika ke?"

Zarif hanya mengangguk dan tersenyum kepadaku. Dia terus membayar gitar tersebut di kaunter.

******

"Thanks, bang."

"Eh, baru sekarang nak bercakap dengan abang? Tadi bukan main lagi senyap. Tapi tak apa lah. Abang sebenarnya suka kat gitar tuh jugak," katanya sambil tersengih.

"Ee... abang ni kan!" Aku mencubit lengannya yang berotot.

"Sakitlah, Ika!"

Aku hanya tertawa apabila reaksi mukanya apabila aku mencubit lengannya.

******

"Abang! Nak gitar tuh!!"

"Tak boleh. Abang yang beli ni kan jadi abang punyalah."

Aku cuba mengambil gitar daripada tangannya tetapi gagal kerana dia lebih tinggi daripadaku. Tidak seperti 9 tahun yang lalu. Tinggi kami berdua ketika itu hampir sama walaupun Zarif tinggi sedikit daripadaku.

"Abang gunalah gitar tuh! Biar Ika beli gitar sendiri!" Rajukku.

Aku keluar dari bilik dan langkahku terhenti. Aku terdengar petikan gitar dari dalam bilikku.

Aku selalu bilang padamu
Sayang jangan kau nakal disana
Aku takut kau hilang diambil orang
Ku mohon jangan...
Walau kau jauh
Jangan kau tinggalkan aku

Aku tak mau sakit hati lagi
Ku sendiri lagi tanpa kekasih
Aku tak mau ku ditinggal pergi
Aku kan menanti
Sampai kau kembali

Aku tergelak apabila mendengar lagu itu. Zarif hanya mengerutkan dahinya.

"Suamiku, Tengku Muhd Zarif Ridzhuan bin Tengku Nazri Akmal. Saya isterimu, Putri Nur Mikaela Adriana binti Muhd Aziff @ Tengku Danish Naqiuddin tidak akan meninggalkan abang sehingga nafasku yang terakhir," kataku sambil mengangkat tangan kanan seperti berikrar kepada Zarif.

Zarif terus tersengih. Dia meletakkan gitar dan melangkah ke arahku. Dia terus memelukku dengan penuh kasih sayang.

"Terima kasih, sayang sebab sudi jadi isteri abang walaupun dulu abang dah banyak sakitkan hati sayang. Terima kasih sangat-sangat." Katanya dengan nada yang sedih bercampur gembira.

Aku membalas pelukannya itu. Zarif meleraikan pelukan itu dan mencium dahi, pipi dan bibirku dengan lembut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience