Bab 9

Romance Series 10132

Bab 9

Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum menjelang raya. Aku sibuk menolong umi membuat kuih-muih. Pelbagai jenis kuih yang telah siap seperti cornflakes, tart nanas dan sebagainya. Izzuddin dan Nik juga menolong, iaitu tolong makan ( xD ).

"Mengelamun dah sampai ke mana tuh?" Kata Izzuddin apabila melihat Nik yang termenung nun jauh entah ke mana.

Aku hanya menahan daripada ketawa apabila melihat Nik yang baru tersedar dari lamunannya.

"Izz, kau buat aku terkejut aje lah," marah Nik kepada adiknya.

"Dia teringat Umi dia lah tuh," gurauku.

Izzuddin sudah tidak dapat menahan diri daripada ketawa meletus. Muka Nik sudah menjadi merah menahan marah dan malu.

"Nik, ingat ya. Hari ni puasa, jadi kau kena bersabar ya. Lepas berbuka nanti kalau nak ungkit balik pasal ni, ungkit lah. Marah lah kat Izz tu," kataku apabila mahu meleraikan amarah Nik yang memang kuat marah.

Aku pun tak tahu lah macam mana Umi boleh suka kat dia ni. Seorang panas baran dan seorang lagi lemah lembut. Tapi kita tak boleh nak pertikaikan soal jodoh ni sebab semua ni telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Zepp Zepppp

"Izz, Nik aku nak angkat telefon aku sekejap."

"Ok," jawap mereka serentak.

"Assalamualaikum." 'Waalaikumussalam. Sibuk ke?'

"Tak kenapa tanya?" 'Saje je. Aku nak ajak kau keluar.'

"Ok jugak sebab aku tak beli lagi tudung. Boleh tak kau teman aku, Ridz?" 'Boleh aje. Pergilah tanya kat Mak Ngah dan Pak Ngah. Kalau boleh, aku ambik kau kat rumah.'

"Thanks. Aku nak minta izin dulu kat umi dengan walid lepas tuh baru aku telefon kau balik." 'Ok, assalamualaikum.'

"Waalaikumussalam." Jawapku.

"Nampaknya kakak kita ni ada date lah dengan sepupu kita lah, adik."

"Ha'ahlah abang. Kakak kita nanti nak date dengan sepupu kita. Mesti sweet dia orang nantikan, abang."

"Wahai adik-adik yang akak sayang. Akak nak keluar pergi beli barang aje bukannya nak pergi date." Sindirku apabila mendengar perlian dari Izzuddin dan Nik.

Aku pergi ke halaman rumah dimana umi dan walid berada.

"Umi, walid. Ana nak pergi keluar dengan Zuan boleh tak?" Pintaku. Walid hanya mengangguk.

"Boleh tapi jangan balik lewat ya." Kata umi.

"Ok, umi." Aku terus masuk ke dalam rumah lalu menelefon Zarif.

***********************

"Lawa baju kau, Mika."

"Mengarut lah kau ni. Kau tahukan aku tak akan termakan dengan ayat memuji bagai," kataku.

"Eleh, orang puji sepatutnya kau kena bersyukur tau."

"Yelah. Jom pergi," kataku.

Di dalam perjalanan aku hanya berdiam diri di dalam kereta manakala Zarif hanya memekikkan telingaku. Kadang kala dia membuat lawak hambar apabila aku hanya diam.

"Nak pergi mana ni?" Tanya Zarif.

"Megamall?" jawapku.

"Ok," jawapnya.

*********************

"Cepatlah. Lambatlah kau ni," ujarku. Aku terus meninggalkan Zarif di belakang.

Aku dan Zarif berkunjung ke kedai tudung. Di dalam itu aku menjadi rambang mata apabila melihat jenis corak dan warna shawl. Aku memilih jenis shawl chiffon yang berwarna merah lembut.

"Lawa lah tudung ni. Sesuai dengan kau, Mika." Kata Zarif sambil menunjukkan sehelai tudung yang bercorak bunga.

"Tudung tu sepatutnya sesuai dengan kau, Zarif." Kataku lalu menyarungkan tudung itu ke kepala Zarif.

"Kan comel." Sambungku sambil ketawa sehingga memegang perutku.

"Aku sabar je dengan kau ni," kata Zarif dengan nada seperti menahan marah.

"I'm sorry...." rayuku.

"I'm forgive you, Mika." Kata Zarif sambil tersenyum kepadaku. Aku hanya membalas senyuman kepadanya.

Setelah selesai membeli tudung aku memandang jam di tanganku. Aku tidak menyangka waktu berbuka hanya tinggal 1 jam 20minit sahaja lagi. Aku mengajak Zarif berbuka di Seoul Garden. Zarif hanya menyetujuiku.

Ketika kami tiba di sana aku terus menyuruh Zarif mencari tempat duduk selepas membayar dan memilih air untuk kami minum dan tom yam untuk dijadikan kuah untuk makanan kami. Aku terus memilih makanan seperti daging, sushi, seafood dan kegemaranku, mi.

Setelah aku mencari semua itu aku pergi menuju ke tempat yang telah dipilih oleh Zarif,iaitu di tepi tingkap. Zarif sudah pergi meninggalkanku untuk mencari pinggan dan mangkuk.Aku terus memasukkan udang, ketam ke dalam tom yam yang sudah dipanaskan.

Kira kira sudah pukul 7.20 malam menunjukkan azan akan berkumandang sebentar sahaja lagi.

Setelah azan berkumandang Zarif terus membacakan doa untuk berbuka puasa. Aku terpegun dengan bacaan Zarif yang sangat betul tajwidnya.

Kami memulakan dengan mengunyah kurma sebelum makan makanan yang lain.

*******************

"Terima kasih Mika sebab belanja aku. Susah susah aje." Kata Zarif sambil memberikan senyuman.

"Alah hal kecil je. Bukannya aku selalu berhabis duit untuk kau. Lagipun aku ikhlas nak belanja kau sebagai kawan," balasku membalas senyumannya.

"Jomlah balik nanti Pak Ngah marah pulak kat aku sebab bawa balik lewat anak dara dia," katanya lalu mempercepatkan kakinya. Aku turut mengikut langkahnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience