Bab 14

Romance Series 10132

Bab 14

Aku sudah meninggalkan zaman sekolah menengahku sejak 9 tahun yang lalu. Kini aku telah mengambil alih di syarikat arwah ayahku yang sebelum ini telah dijaga oleh umi.

Pada mulanya aku tidak mahu bekerja di sana tetapi lama kelamaan aku semakin suka dengan bidang urus niaga ini. Umi dan Widya sudah berkahwin pada tahun lepas. Hanya aku sahaja yang masih belum ada jodoh.

Zarif juga telah lama tidak ada khabar darinya. Aku sudah menghubungi Mak Chik dan Mak Chik memberitahuku bahawa dia sudah pergi ke oversea membawa diri. Aku tak tahu apa salahku padanya.

"KAELA!!!"

"Woi! Kau dah kenapa, Harraz?!" Tengkingku.

"Kenapa awak termenung ni? Kalau awak tak ada kerja, jom pergi lunch." Ajak Haaraz.

"Tak nak lah. Kau pergi lah lunch dengan... siapa nama dia? Riana? Lagipun dia kan tunang kau," kataku.

"Saya malas lah lunch dengan dia. Jomlah teman saya, please?" Rayunya.

'Ya Allah, geli geleman aku tengok dia buat muka. Kalau Ridzhuan buat lagi comel,' bisik hatiku.

Aku teringat kenangan aku dengannya. Ketika itu dia mahu aku belanjakannya sebuah buku rujukan sebelum raya dulu. Dia malas menggunakan duitnya. Aku juga malas nak habiskan duitku tetapi ketika dia membuatkan muka, aku mengalah.

*flashback*

Semasa aku dan Zarif keluar ke Megamall, aku singgah ke Popular untuk membeli buku rujukan. Ketika aku ingin membeli buku, Zarif meminta aku membelanjakan sebuah buku rujukan juga.

"Mika tolonglah,please...."

"Yelah. Kau jangan buat muka tuh. Aku tak boleh tengok muka tuh."

"Nampaknya aku dah tahu apa kelemahan kau, Mika."

"Aku tak kisah kalau kelemahan aku kau dah tahu."

Aku terus membayar buku buku itu lalu meninggalkan Zarif di belakang. Zarif cuba mengejarku tetapi aku sudah masuk ke dalam keretanya. Aku menjelir lidah kepadanya tanda mengejek.

*end flashback*

"Kau pergilah sorang."

"Awak jangan menyesal ya."

"TAK INGIN LAH!!!"

Tokkk! Tokkk!

"Aku dah cakap aku..."

"Aqil?!"

Aku terus bangun dan menghampirinya.

"Suprise!!"

"Aku ingat kau dah lupa birthday aku."

"Takkan aku dah lupa kot." Katanya sambil memberikan sebuah kotak.

"Thanks."

"Jom lunch. Aku tahu kau tak boleh tolak."

Aku hanya mengikut pergerakannya.

"Kenapa tak ajak tunang kau?"

"Aku tak ajak dia sebab nak sambut birthday kau."

Aku hanya tersengih dan terus menguap mi goreng basah, kegemaranku ke dalam mulut.

Setelah kami kenyang, Aqil terus menghantar aku ke pejabatku.

Aqil melambai ke arahku sebelum dia menghilangkan diri.

****************************

Ketika malam pula, ramai orang datang ke rumahku untuk menyambut hari lahirku. Mak Chik dan Pak Chik juga sudah pulang dari KL semata mata untuk menyambut hari lahirku.

"Liza, kau tak lupakan janji kau aritu," tanya Mak Chik kepada umi. Umi hanya mengangguk.

"Perhatian semua yang hadir, adik saya ingin membuat pengumuman." Kata walid.

"Assalamualaikum r.w.t, semua. Hari ini saya akan merasmikan tarikh untuk pernikahan antara anak saya, Tengku Muhd Zarif Ridzhuan dan anak tiri kepada Tengku Danish Naqiuddin, Putri Nur Mikaela Adriana pada 17 September bersamaan hari lahir saya, iaitu pada minggu hadapan." Terang Pak Chik.

Ramai mengucapkan tahniah kepadaku. Aku hanya tersenyum kepada mereka.

Selepas majlis tamat, aku terus memasuki ke dalam bilikku. Aku membuka lilitan shawl dan meletakkannya ke atas kerusi.

Aku pergi ke balkoni di dalam bilikku. Aku teringat pada janjiku pada Zarif 9 tahun yang lalu. Aku juga teringat tarikh pada hari aku berjanji padanya.

"Ya Allah, macam mana Pak Chik tahu tarikh hari yang aku janji dengan Ridzhuan?" Kataku sendirian di situ.

Tiba tiba ada ketukan di pintu bilikku. Setelah aku membenarkan untuk masuk, aku melihat angah di pintu bilikku.

"Adik angah ni tak tidur lagi?"

"Tak lagi. Angah tuh kenapa tak tidur lagi?"

"Tadi angah tidurkan Sofiya. Lepas tuh angah cuba lah nak tengok adik dah tidur ke belum. Rupanya belum tidur lagi."

Angah telah berkahwin sejak dua tahun yang lalu. Selama ini angah sudah menjumpai calonnya untuk dijadikan isteri. Along, umi dan walid sudah mengetahuinya tetapi tidak padaku.

"Angah pergi lah tidur. Nanti kak Amelya mengamuk kang," usikku.

"Berani dia nak mengamuk kat angah."

Aku hanya ketawa melihat riak wajah angah. Aku sangat bertuah kerana mendapat dua orang kakak ipar yang baik, solehah dan taat kepada kedua-dua abangku.

Setelah angah keluar dari bilikku, aku terus membaringkan diri di atas katil dan terus melelapkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience