Bab 24

Romance Series 10132

Bab 24

Aku pergi ke pusara anakku yang telah pergi akibat tikaman dari Harraz ke perutku. Aku redha dengan takdirNya. Aku tidak dapat memegang anakku sebelum dia dikebumikan kerana aku masih di tahan di wad hospital.

"Assalamualaikum, sayang. Ibu datang ni. Ibu minta maaf sebab tak dapat nak tengok sayang buat kali terakhir."

Air mataku mengalir dengan deras dan cepat-cepat aku menyekanya. Zarif sudah memeluk bahuku untuk memberi semangat kepadaku.

"Ika, kalau dah siap nanti masuk kereta terus ya. Abang tunggu kat dalam kereta je," kata Zarif sebelum meninggalkanku di pusara itu.

Setelah menaburkan bunga di atas pusara, aku terus menggulungkan tikar.

"Sayang, ibu balik dulu ya. Minggu depan ibu datang lagi," kataku lalu melangkah pergi dari situ. Aku membuka pintu kereta lalu masuk di bahagian sebelah Zarif.

*******

"Sayang duduk sini dulu, nanti abang turun kita terus pergi rumah walid," ujar Zarif. Aku hanya mengangguk dan tersenyum tawar. Aku hanya menghantarnya dengan ekoran mataku. Beberapa minit kemudian, dia turun semula bersama sebuah beg baju kami berdua. Dia meletakkan beg tersebut ke dalam kereta sebelum dia kembali ke arahku.

"Jom, sayang. Sini abang tolong pimpin sayang," kata Zarif. dia memimpinku sehingga masuk ke dalam perut keretanya di sebelah pemandu. Selepas itu dia masuk ke bahagian pemandu pula. Dia menghidupkan enjin lalu mengundurkan kereta keluar dari perkarangan rumah kami.

"Assalamulaikum."

"Waalaikumussalam, masuklah Ana dengan Zuan," pelawa umi. Zarif memimpinku mendekati umi yang duduk di atas sofa di ruang tamu. Dia mendudukkan aku di sebelah umi. Umi meletakkan kepalaku di atas bahunya. Ketika itu aku hampir mengalirkan air mataku tetapi umi menyekanya.

"Umi faham apa perasaan Ana sekarang ni. Walaupun umi tak pernah gugur, tapi umi dapat rasa sakit yang Ana rasa sekarang ni," pujuk umi. Akhirnya air mataku tidak dapat dikawal lagi. Dengan lajunya ia keluar dari mataku.

"Ana sedih sangat, umi. Ana dengan abang baru je nak merasa pegang anak kami..."

"Syutt...syutt. Dah lah Ana. Dah takdir Ana olehNya yang Ana dengan Zuan tak dapat nak tengok zuriat kamu berdua lagi," pujuk umi.

Umi memelukku dengan erat dan aku perlahan-lahan membalasnya. Zarif yang baru sahaja turun dari bilikku sudah menghampiriku dan umi. Dia menarik perlahan badanku lalu dipeluknya. Aku membalas pelukannya itu. Ada rasa sedikit sakit di bahagian bawah perutku.

"Sayang, sayang sakit ke?" Tanya Zarif. Aku hanya mengangguk tetapi masih dapt melawannya.

"Tak apa, bang. Ika boleh tahan lagi ni," kataku.

"Zuan, umi rasa baik umi yang jaga pantang Ana buat masa sekarang ni. Kalau dapat tengok keadaan Ana sekarang, baik kamu jangan kerap sangat rapat dengan Ana," ujar umi. Zarif mengangguk.

"Kalau macam tuh, Zuan balik rumah Zuan dulu ya. Terima kasih sebab tolong jaga Ika untuk Zuan," kata Zarif.

"Dah memang kerja umi sebagai ibu kepada Ana, jadi Zuan jangan risau." Ujar umi. Zarif meminta diri untuk pulang. Dia menyalami umi. Aku juga menyalaminya lalu dia mengucup dahiku tanda selamat tinggal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience