Bab 4

Romance Series 10132

Bab 4

Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku
Tak bisa seluas lautan....

"Putri! Buat ape tu?" Terkejut aku apabila aku ditegur sebegitu.

'Aku tengah syok nyanyi dia pulak yang kacau daun aku'.

"Wei lain kali boleh tak bagi salam. Kitakan sesama Islam."

"Hmm.. ye lah. Assalamualaikum r.w.t, ustazah Putri Nur Mikaela Adriana," gurau Umi.

"Waalaikumussalam r.w.t, Nurul Umi Nadhirah," jawapku sambil melihat suasana di rooftop sekolah menahan dari ketawa.

"Menilau ke mana tu?" Tanya Umi.

"Menilau ke langit ciptaan-Nya ni," jelasku.

"Umi, aku nak tanya. Kau sukakan Nik lagikan?" Tanyaku.

Sengaja aku mahu mengusik rakan baikku ini. Aku sudah masak dengan perangainya yang sudah lama memendam perasaannya terhadap adik tiriku itu.

"Jomlah balik kelas," katanya yang mahu menukar topik mengenai itu.

"Ye lah." Jawapku setelah melihat mukanya yang sudah merah.

********

Kantin sekolah sudah dipenuhi oleh pelajar pelajar sekolah ini. Aku menghabiskan waktu rehatku di rooftop sekolah sahaja kerana aku menggantikan puasaku yang belum habis diganti.

Aku hanya memerhatikan dari jauh aktiviti pelajar pada waktu rehat ini. Ada yang bermain futsal dan ada yang berehat di bawah pokok yang rendang.

"Mika." Tanpa berfikir panjang aku terus menoleh ke belakang.

"Ridzhuan." Terkejut aku apabila melihat muka Zarif hampir dengan mukaku lalu terus menukar pandangan ke arah yang lain.

Ya aku memang menggunakan panggilan kepada Zarif lain dari panggilan yang selalu rakan rakan memanggilnya.

"Kau tetap nak panggil nama belakang aku ya, Mika."

"Aku dah terbiasa panggil kau Ridzhuan tapi harap kau tak perasan lah sebab dulu panggilan tu aku selalu guna masa nak bagi hadiah kat kau."

"Ye aku tahu.Kau buat apa kat sini? Tak rehat ke?" Tanya Zarif.

"Aku puasa lah. Lagipun puasa dah nak dekat ni." Jelasku.

"Jomlah masuk kelas. Duduk kat sini nanti muka kau hangus. Dah elok elok putih tak pasal pasal muka jadi gelap." Ujar Zarif sanbil ketawa.

"Ye lah" jawapku. Kami terus ketawa sehingga kami tiba di pintu hadapan kelas.

********

'Ya Allah penatnya badan aku ni' bisik hatiku.

Aku terus menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Rasa seperti sudah melekik.

Usai sembahyang Zuhur, aku terus mengambil al-Quran. Setelah membaca lebih kurang dua helai muka surat, aku terus bangun lalu melipat telekung dan sejadahku ke ampaian.

Setelah aku mengikat rambutku aku terus menuju ke dapur untuk menolong umiku menghidangkan makanan untuk makan malam dan untuk aku berbuka puasa.

********

"Mika?"

"Ye? Ada apa Nik?" Tanyaku kepada Nik yang duduk disebelahku.

"Teman aku pergi ECM," pintanya.

Dahiku sudah berkerut seribu apabila mendengar permintaan itu.

"Malam malam ni?" Tanyaku.

"Ha'ah."

"Umi dengan walid dah tahu ke?"

"Dah."

"Siapa nak hantar?"

"Dah tentulah walid."

"Ok lah."

Setibanya kami di East Coast Mall @ ECM Nik menarik lenganku menuju ke kedai emas.

"Eh kau nak beli ke siapa ni? Umi ya?" Gurauku.

"Umi yang mana satu? Umi kita ke Umi Nadhirah?" Tanyanya.

"Umi Nadhirah," jawapku.

Betapa merah mukanya apabila aku menjawab soalannya itu. Aku cuba menahan ketawa apabila melihat itu.

"Aku gurau je la. Umi kita la kan. Umi Nadhirah tu tak suka pakai emas bagai," jelasku.

"Nish! Mika!"

Kami terus menoleh ke arah suara itu.

"Ridz?" Ujar kami hampir serentak.
"Kau orang beli apa?" Tanyanya.

"Beli ayam goreng kat sini. Nak sikit?" Gurauku.

Aku sudah dapat tahu bagaimana reaksi muka Zarif...dan tekaanku tepat. Zarif sudah memberikan jelingan tajam kepadaku.

"Kau tanya lagi kita orang buat apa? Kan dah kena dengan aku." Ujarku.

"Aku dengan Mika nak belikan hadiah untuk hari lahir umi kita orang esok," celah Nik.

"Birthday Mak Ngah esok ke?"

"Ha'ah" jawapku.
Sementara Nik mencari hadiah untuk umi kami aku pergi menilau ke bahagian rantai. Mataku memandang ke arah seutas rantai yang menarik minat.

'Lawa doh rantai tapi tak bawak duit lebih ni,' bisik hatiku, sedih.

"Tengok apa tu?" Tegur Zarif. Aku hanya menunjukkan jariku ke arah rantai tersebut.

"Kau nak ke?"

"Nak!!"

"Kalau kau jadi GF aku baru aku belikan". Zarif ketawa tetapi aku tidak merasakan itu lawak.

Mukaku yang sebelum ini tersenyum menjadi masam mencuka semula.

"Tak ingin lah aku nak jadi GF kau," jawapku lalu berjalan ke arah Nik yang masih tidak menjumpai hadiah yang sesuai untuk umi.

"Nik yang ni sesuai rasanya untuk umi," kataku sambil menunjukkan ke arah yang dikatakan tadi.

"Ha'ah lah" ujarnya.

Terus dia memilih gelang emas yang aku katakan sebentar tadi. Corak gelang itu sebenarnya memang corak kesukaan umi sejak ayahku masih hidup.

Selepas membayar gelang tersebut aku, Zarif dan Nik menuju ke pintu utama ECM. Sejak dari tadi lagi aku dapat melihat Zarif dan Nik asyik mengerling aku yang berjalan di belakang mereka.

'Mengumpat aku lah tuh' bisik hatiku. Ketika mereka memandang aku di belakang, aku hanya menjeling. Adakalanya aku berjelir lidah ke arah mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience