Bab 8

Romance Series 10132

Bab 8

Suasana pagi di sekolah sangat memenatkan tubuhku lebih lebih lagi hari ini hari pertama berpuasa di bulan Ramadan.

Aku masih memikirkan sama ada Zarif masih merajuk atau tidak. Pada waktu rehat ini kantin akan ditutup sepanjang bulan Ramadan. (memang la tutup kan kecuali untuk orang yang tertentu saje lah).

"Mana pulak si Ridzhuan ni. Tadi ada pastu tiba tiba aje dia hilang." Keluhku.

"Kenapa awak buat macam ni kat saya? Saya tetap sukakan awak."

Suara seperti suara seseorang yang aku kenal. Aku cuba bersembunyi di sebalik dinding sebelum membuat tindakan lanjut.

"Aku dah berapa kali cakap kat kau! Aku dah tak sayangkan kau. FULL STOP!" Jerit orang itu.

Aku nampak dua orang pelajar yang aku sangat kenal. Aku terus menyerbu ke arah mereka berdua.

"Ridz! Nina!"

Jeritku lalu menolak Zarif jauh sedikit dari aku dan kawanku, Nina.

"Kau dah buat apa kat dia? Kau kata nak jaga dia. Aku dah bagi tanggungjawab kat kau untuk jaga adik angkat aku ni senang dan susah!!" Tengkingku.

"Aku minta maaf tapi aku dah tak ada apa-apa perasaan kat dia!" kata Zarif.

"Kak Putri dah la tuh. Nina ok aje lah lagipun Nina dah ada perganti." Katanya lalu menekup mulutnya dengan tangan.

"Ouh maknanya Nina dah ada yang lain ya. Jadi akak bela tadi sia sia aje lah?!" Marahku kepada Nina. Nina hanya menunduk dan berlalu pergi.

"Kau dah tahu ke pasal si Nina yang dia ada orang lain?" Tanyaku kepada Zarif.

"Ya."

"Aku nak minta maaf sebab tadi aku tolak kau."

"Tak ape lah bukannya aku kena tumbuk dengan kau." Gurau Zarif lalu tergelak. Aku turut ketawa dan mengetuk kepalanya.

"Aduh sakit lah"

"Padan muka!" Aku hanya ketawa.

"Aku pun setuju aje dengan keputusan kau tu sebab ni tentang hati dan perasaan kau jugak," pengakuanku.

"Tapi ni jugak untuk hati kau..."

"Hati aku? Apa maksud kau, Ridz?" Tanyaku.

"Mana ada lah. Kau salah dengar kot." Katanya.

"Ye kot."

"Dah. Jom masuk kelas." Ajakku sambil menarik lengannya.

"Sabarlah, Mika!" Ujarnya.

Aku hanya ketawa apabila melihat mukanya. Aku dapat lihat mukanya yang masih merah. Aku berasa hairan apabila melihatnya tetapi aku tidak mahu bertanya kepadanya. Aku takut dia akan memarahi diriku tanpa sebab yang aku ketahui.

**************************

*Zarif

Apabila waktu sekolah tamat telefonku sudah berbunyi. Aku mengangkat panggilan dari papa.

"Assalamualaikum, pa. Kenapa telefon Zuan ni?" Tanyaku.

"Ajak Mika datang berbuka kat rumah?" Tanyaku lagi.

"Ok lah kalau macam tuh. Waalaikumussalam," balasku.

Aku terus mencari kelibat Mika yang masih belum keluar dari pintu pagar sekolah. Setelah aku ternampak satu kelibat itu aku terus menuju ke arahnya.

"Mika, jom gi rumah aku," ajakku lalu menarik lengannya menuju ke arah kereta milik papaku. "Rumah kau?!"

"Abang Mi, jalan!" Arahku kepada driver papaku. Dia hanya mengikut arahan lalu memandu kereta.

"Ridz, aku nak balik lah." Rayu Mika kepadaku.

"Tak apa lah," jawapku.

"Tapi aku kena tolong umi aku kat dapur masak satu lagi nanti walid aku marah balik lambat," sambungnya lagi.

"Pak Ngah dah tahu lah." Jawapku lagi.

"Siapa yang suruh ni?" Tanya Mika.

"Papa aku." Jawapku.

"PPak CChik?" ujarnya yang agak tergagap gagap. Dia terus diam.

'Tahupun takut. Macam lah aku tak tahu yang kau takut papa aku.' Bisik hatiku.

Aku hanya menahan daripada ketawa apabila melihat wajahnya yang agak cuak.

"Papa aku ajak kau berbuka kat rumah aku," terangku. Mika hanya mengangguk.

Kereta yang kami naiki sudah memasuki ke dalam perkarangan rumahku. Aku dan Mika terus memasuki ke dalam rumah dan kami disambut oleh mamaku.

"Assalamualaikum, mama." Ucapku kepada mama.

"Waalaikumussalam, Zuan. Putri masuk lah. Buat aje rumah ni macam rumah Putri lagipun tak lama rumah ni jadi rumah Putri jugak." Ujar mama.

"Terima kasih, Mak Chik." Kata Mika dengan nada yang tenang sambil tersenyum kepada mama.

Aku sudah memahami dengan riak wajah Mika yang sangat tenang tetapi aku tahu sebenarnya di dalam hatinya dia hanya menahan gelisah.

"Mama, bagilah Mika tuh mandi dulu. Kesian kat dia. Rasanya badan dia dah melekit sebab peluh." Kataku dan aku dapat lihat mata Mika sudah memberika menjeling maut kepadaku.

"Ha'ah lah. Maafkan Mak Chik ya. Ana pergi mandi dulu kat bilik tetamu. Dalam tuh dah ada baju Mak Chik khas untuk Ana." Kata mama sambil tersengih kepada Mika. Mika hanya mengangguk dan tersenyum.

Aku menunjukkan jalan menuju ke bilik tetamu. Bilik tersebut hanya terletak di sebelah bilikku.

"Ridz, rumah kau ni besar lah," ujar Mika. Aku hanya tersengih ke arahnya.

"Ok lah ni dia bilik tetamu tuh." Kataku sebelum menuju ke bilikku.

"Ridz, thank you for this." Ucap Mika sebelum memasuki ke dalam bilik. Aku hanya mengangguk.

Tiba tiba aku baru teringat sesuatu kepada Mika. Aku terus menuju ke pintu bilikku.

*Mikaela

'Besar gila bilik tetamu ni. Ni baru tengok bilik tetamu kalau bilik bilik lain mesti lagi besar dari ni,' bisik hatiku apabila melihat sekeliling di dalam bilik itu. Aku pun membuka blazer sekolahku.

"Mika, nanti lepas mandi..." Terkejut beruk aku apabila melihat Zarif yang berada di hadapanku secara tiba tiba.

"Keluar la!!!!!" Jeritku lalu menghalau dia keluar dari bilik.

"Dah lah masuk macam tu aje. Mentang mentang ni rumah dia!" Amarahku masih belum hilang.

"Mika, aku nak cakap. Lepas mandi nanti aku nak tunjuk kau sesuatu," kata Zarif dari luar pintu.

"Ok!" Jawapku. Aku terus memasuki ke dalam bilik air.

*************************

Usai solat Asar aku terus keluar menuju ke bilik Zarif. Aku mengetuk pintu biliknya sebanyak tiga kali. Aku hanya menunggu sahutan tetapi tidak ada. Aku mengetuk pintunya sekali lagi tetapi masih tiada sahutan.

Aku cuba memulas tombol pintu biliknya dan ia tidak berkunci. Aku terus memasuki ke dalam bilik itu dan aku ternampak Zaruf sudah terlantar di atas lantai. Aku menghampirinya dan aku mendapati dia sudah pengsan dan dahinya sangat panas. Aku terus menjerit memanggil Mak Chik.

Setelah Mak Chik memasuki bilik Zarif dia menyuruhku menelefon doktor peribadi mereka, iaitu Doktor Ismail. Aku hanya mengangguk menandakan aku sudah menelefonnya.

***********************

Setelah doktor Ismail memeriksa Zarif, kami mendapati Zarif hanya mengalami demam panas. Aku melihat Doktor Ismail dan Mak Chik pergi berbincang di luar pintu.

Aku memandang ke arah Zarif yang sedang terlantar di atas katilnya. Aku menghampirinya dan duduk di sebelahnya. Aku meletakkan tanganku ke atas dahi Zarif dan aku merasakan dahinya sudah sedikit surut panasnya. Aku mula menjauhi dirinya tetapi tanganku dapat ditangkap oleh Zarif. Aku membulatkan mataku ke arah Zarif.

"Errmm..."

Aku dapat lihat Zarif sudah sedar. Aku terus menghampirinya semula.

"Mika, kenapa dengan aku ni?" Tanya Zarif.

"Kau pengsan sebab badan kau panas sangat tadi." Terangku kepadanya.

"Sekarang?"

"Panas kau dah surut tapi kau kena rehat lagipun waktu nak berbuka lambat lagi," terangku lagi.

"Mama aku kat mana?" Tanya Zarif lagi.

"Ada kat luar dengan doktor Ismail," kataku. Aku melihat raut wajah Zarif yang sedikit pucat.

Mak Chik dan Doktor Ismail masuk semula ke dalam bilik Zarif. Aku melihat wajah Mak Chik yang agak sembak seperti baru lepas menangis. Aku berasa hairan apabila melihatnya tetapi itu tidak penting. Yang penting Zarif sudah sedar dari pengsannya.

Aku hendak keluar dari bilik Zarif tetapi dihalang oleh Zarif. Dia telah memegang tangan dengan erat dan membuat muka yang sayu.

"Teman aku, please?" Rayunya. Aku memandang ke arah Mak Chik dan Mak Chik hanya mengangguk menandakan tanda setuju.

"Ok." Jawapku dan jawapan itu membuatkan Zarif tersenyum gembira. Aku juga membalas senyumannya itu. Mak Chik keluar dari bilik itu untuk menghantar Doktor Ismail ke pintu rumah.

"Kenapa kau tak cakap kau demam?" Tanyaku serius. Zarif hanya tersengih. Aku mengalihkan pandangan ke arah balkoni yang ada di dalam biliknya.

"Kau tahu tak yang aku risau tadi. Aku takut ada apa apa terjadi kat kau." Kataku. Zarif tergelak apabila mendengar kataku sebentar tadi.

"Sayang jugak kau kat aku ya." Katanya yang masih ketawa.

Mukaku sudah merah apabila aku merasakan muka sudah panas menahan malu. Aku mengetuk kepalanya.

"Sakitlah kepala aku, Mika. Aku kan demam lagi ni." Marahnya. Aku hanya ketawa kepuasan.

"Itulah balasan untuk kau sebab satu, kau dah buat aku risau kat kau macam orang gila dan satu lagi kau tak menghargai pertolongan aku ni yang ikhlas yolong kau." Terangku yang panjang menjalar.

"Dah kau rehat aje. Nanti kalau nak apa apa telefon aku," kataku sebelum keluar dari biliknya. Zarif hanya membuat 'thumb up'.

**************************

Usai berbuka dan solat maghrib di rumah Zarif, aku meminta diri untuk pulang ke rumahku. Aku bersalam dengan Mak Chik sebelum keluar dari rumah itu. Ketika aku melangkah keluar dari rumah itu aku di halang oleh Zarif.

"Jom aku hantar kau," ajaknya lalu menarik lenganku.

"Tapi bukan ke kau demam lagi?" Tanyaku setelah masuk ke dalm perut kereta milik Zarif.

"Aku ok aje lah. Aku bukan macam kau," perlinya.

"Aku kuat lah." Marahku.

"Pakai tali pinggang tuh," arahnya.

"Aku tahu lah," kataku.

Kereta yang kami naiki itu sudah keluar dari perkarangan rumah Zarif. Di dalam perjalanan itu mataku cuba mencuri memandangnya. Aku melihat wajahnya masih pucat dan itu membuatkan aku risau terhadapnya.

"Ridzhuan, kau ok ke ni?" Tanyaku dan dia hanya mengangguk. Anggukkan itu membuatkan aku semakin risau.

Beberapa minit kemudian kami sudah tiba di rumahku. Aku keluar dari perut kereta tetapi ditarik oleh Zarif. Dia memberikan sebuah kotak sederhana berbentuk segi empat sama kepadaku. Aku hanya menerimanya dan memberikan senyuman kepadanya.

Aku hanya melihat kereta yang dipandu oleh Zarif keluar dari perkarangan rumahku dan terus menghilang. Aku hanya mengeluh berat apabila teringat kepada raut wajah Zarif yang agak pucat. Aku terus memasuki ke dalam rumah.

Aku bersalaman dengan umi dan walid. Aku meminta izin dari umi dan walid untuk memasuki ke dalam bilikku.

Aku merebahkan diriku ke atas katil selepas mencabut tudungku. Aku pergi ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk dan solat Isyak.

Selepas itu aku memeriksa jadual sekolahku untuk menukar buku mata pelajaran yang akan belajar pada keesokan hari. Setelah siap semua persiapan untuk esok aku terus melelapkan mataku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience