Bab 7

Romance Series 10132

Bab 7

Dua tahun kemudian, aku telah memasuki sekolah kegemaranku, iaitu Sekolah Menengah Abdul Rahman. Memang ini adalah azamku sejak aku di bangku sekolah rendah lagi. Sekolah ini menekankan subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Selain itu sekolah ini juga mempunyai kumpulan muzik seperti orkestra yang memang menjadi kegemaranku. Aku pernah meminta walid untuk membelikan gitar untukku. Pada tahun lepas aku telah dapat gitar tersebut pada hari lahirku.

"Mika!!!!"

"Umi, Ridz. Dah asal kau orang berlari lari ni?" Tanyaku.

"Zarif yang lari dulu." kata Umi.

"Mana ada lah." Kata Zarif.

Aku dan Zarif? Kita orang dah berbaik sebab Mak Chik lah. Mak Chik tak mahu kita orang asyik bergaduh sahaja. Nanti alamatnya kahwin muda lah kita orang.

"Jom lah," ajakku.

"Pergi ke mana?" Tanya Zarif dan Umi serentak.

"Kau orang tak nak makan ke?" Tanyaku menuju ke kereta Zarif.

"Woi nak lah!" Jawap Zarif.

Aku hanya menahan dari gelak apabila melihat gelagat Zarif dan Umi. Aku gembira melihat dua orang kawan baikku itu bergaduh seperti aku bergaduh dengan Zarif.

?Sungguh...... ku terasa pilu dan sayu?

"Umi, Ridz. Aku nak jawap telefon sekejap." Kataku lalu aku menjawap panggilan dari telefonku.

"Assalamualaikum, cikgu. Ada apa telefon saya ni?"

"Hah? Petang ni ke?"

"Okeyh. Petang ni saya datang dengan kawan kawan saya."

"Terima kasih, cikgu."

"Waalaikumussalam."

"Mika, asal ni?" Suara itu membuatkan aku terkejut lalu terus aku memusingkan badan.

Terperanjat aku apabila melihat susuk badan Zarif betul betul di hadapan aku. Aku terus ke belakang sedikit darinya.

"Petang ni kau orang teman aku ya?" Ajakku.

"Pergi ke mana, Mika?" Tanya Umi.

"Ada la." Jawapku.

*Zarif

'Asal minah ni tak angkat telefon dia ni. Tadi suruh orang teman dia tapi batang hidung dia pun aku tak nampak. Umi pulak last minute bagitau tak boleh ikut.'

"Merdunya suara orang ni. Siapa yang menyanyi ni?" Soalku sambil mencari orang lagu ini.

'Jap orang tuh macam aku kenal. MIKA??!!!'

"Mika!"

"Ridz, sampai pun kau." Sahutnya.

"Kawan aku ke ni? Betul ke kau ni, Mika?" Tanyaku tidak percaya.

"Aku la ni," Jawapnya lagi.

"Kenapa tak ajak aku?"

"Ya Allah sekarang ni aku ajak kau lah." "Kau tak cakap yang kau pun suka bab ni."

"Kau tak tanya aku. Nasib baik aku tahu yang kau memang KING kalau bab menyanyi ni." Jawap Mika menekankan perkataan king itu. "Ok jom."

Zarif
Bila kau hadir di dalam diriku
Indahnya bagai irama dan lagu
Bila kau jauh terasa merindu
Wajahmu terbayang dihatiku

Mikaela
Biarpun engkau jauh di mataku
Serasa bagai purnama merindu
Begitu sedalam dalam cintaku
Sayangnya pada dirimu

Zarif
Sungguh... ku terasa pilu dan sayu
Bila... kau berjauhan dariku
Namun... kau yang bertakhta dihatiku
Jangan kau... pergi meninggalkan diriku

Mikaela
Hanya kau yang tersemat dijiwaku
Hanya kau yang sentiasa dihatiku
Cuma kau yang ku harapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu

Zarif
Tiada lagiku berasa sangsi
Walaupun tanpa dirimu disisi
Cukup sekadar diriku diuji
Namun kau tetap dihati...

Mikaela
Sungguh... ku terasa pilu dan sayu
Bila... kau berjauhan dariku

Zarif
Namun... kau yang bertakhta dihatiku
Jangan kau... pergi meninggalkan diriku

Zarif & Mikaela
Hanya kau yang tersemat dijiwaku
Hanya kau yang sentiasa dihatiku
Cuma kau yang ku harapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu

Tiada lagiku berasa sangsi
Walupun tanpa dirimu disisi
Cukup sekadar diriku diuji
Namun kau tetap dihati.

***************************************

Esok hari persekolahan untuk bulan Jun setelah dua minggu bercuti. Aku dan Zarif bersekolah di sini sejak kami tingkatan empat. Mula mula rasa menyampah lah jugak tapi lama lama kami berdua dah ok. Tengok sekarang ni kami berdua dah jadi BFF tau. xD.

"Macam mana petang ni?" Tanya Zarif.

"Tengok lah," jawapku.

"Tengok apa? Tengok TV?" Gurau Zarif terus ketawa.

"Kau ni kan!" marahku lalu aku terus mencubit lengannya.

"Aduh, nasib baik berlapis." Katanya sambil mengusap-ngusap lengannya.

"Padan muka!" Kataku lalu lari mengelak diri darinya.

"Ridz." Panggilku.

"Apa?" Sahutnya.

"Tuh. Siapa yang tidur kat sebelah aku tuh?" Tanyaku.

"Ouh tuh. Dia tu budak baru sekolah ni." Terang Zarif.

"Tapi aku tak tahu pun," ujarku.

"Memang lah kau tak tahu sebab seminggu kau demam kan pastu terus sambung dengan cuti sekolah. Masa kau cuti tu dia masuk." Terangnya lagi.

"Ouh."

Ketika ini waktu mata pelajaran kesukaanku iaitu add math. Cikgu Harlyana adalah cikgu idolaku sejak aku memasuki sekolah ini. Ketika aku khusyuk menulis nota yang telah cikgu menulis di hadapan tiba tiba aku mendengar satu nafas di belakang.

"Eh, kau dah kenapa? Jangan lah buat macam tuh, ngok." Marahku kepada pelajar itu.

"Ada tak ada apa apa cuma saya tak nampak cikgu tulis apa. Jadi saya cuba lah nak tengok nota awak. Kemas tulisan awak tuh." Jelas pelajar itu.

'Gelinya aku dengar dia cakap saya awak dengan aku," bisik hatiku.

"Awak, awak tu dah ada empat mata tak kan tak nampak lagi?" Sindirku.

"Saya pun ada emoat mata ok aje boleh tengok depan." Sambungku.

"Ok semua. Cikgu nak kamu semua siapkan kerja yang cikgu bagi. Esok kita bincang," terang Cikgu Harlyana lalu keluar dari kelas.

"Yeay!! Balik!," kataku yang separuh jerit.

"Dah ke belum cik kak?" Tanya Zarif. Aku hanya mengangguk.

"Jom."

"Jap!"

"Nama awak siapa?"

"Mikaela Adriana." Jawapku.

"Sedap nama awak," jelas pelajar itu.

'Dia ni nak mengorat aku ke? Kalau betul, im sorry sebab aku tak tergoda pun,' bisik hatiku.

"Awak, nama saya boleh makan ke? Panggil aku Kaela ya. Kau?" percakapanku semakin kasar.

"Saya Harraz," jawap pelajar itu.

"Errr..."

"Mika, jom lah nanti lambat kita. Bro kita orang blah dulu lah," celah Zarif. Aku hanya mengangguk sambil berlalu pergi tanpa mendengar panggilan dari Harraz.

**************

Petang itu aku dan Zarif sudah berjanji berjumpa di tempat sebelum ini. Petang itu aku mengenakan baju kesukaanku iaitu jaket jeans separuh dengan baju berwarna hijau muda bersama shawl berwarna hijau tua.

"Hai, Kaela." Setelah mendengar sahutan itu aku terus menoleh ke belakang.

"Harraz? Macam mana kau tahu aku duduk kat kawasan ni? Kau buat apa kat sini dengan gitar ni?" Pertanyaan yang bertalu talu aku berikan kepadanya.

"Ada lah. Jom?" Ajaknya.

"Sori la tapi aku tak ikut kau sebab aku ada hal."

"Saya ikut boleh?"

"Sori tapi kau tak boleh ikut aku. Jumpa lagi," ujarku sambil melambaikan tangan kepadanya.

"Ok. Saya faham."

***************

"Sampai pun kau. Aku ingat kau tak nak datang dah," gurau Zarif.

"Eh siapa yang cakap?"

"Jom," ajaknya.

Mikaela
Dalam detak hatiku
Kau selalu ada cintamu

Zarif
Dalam jantungku ini
Hanya ada rindumu

M & Z
Sungguh ini cinta

Zarif
Dirimulah sejati

Mikaela
Dirimulah yang abadi

Zarif
Selalu dalam mimpiku

Mikaela
Setia dihatiku

M & Z
Percayalah sayang

Zarif
Ku akui engkau
Adalah cinta sejati
Yang tak akan pernah meninggalkan aku

Mikaela
Dan hanya dirimu
Kau menjaga hatiku

M & Z
Disetiap hela nafasku

Korus :
M & Z
Kasihmu tak pernah ada habis
Kau selalu ada untukku
Dirimulah cahaya hidupku
Tak ada cinta yang sepertimu
Dan syurga tahu itu
Selamanya ku setia padamu

Zarif
Ku akui engkau M: (ku akui engkau)
Adalah cinta sejati
Yang tak akan pernah meninggalkan aku

M & Z
Kasihmu tak pernah ada habis
Kau selalu ada untukku
Dirimulah cahaya hidupku
Tak ada cinta yang sepertimu
Dan syurga pun tahu itu
Selamanya ku setia padamu

Zarif
Kasihmu tak pernah ada habis M: (tak pernah habis)
Kau selalu ada untukku M: (selalu ada untukku)
Dirimulah cahaya hidupku M: (cahaya hidupku)

Mikaela
Tak ada cinta yang sepertimu Z: (tak ada cinta yang sepertimu)
Dan syurga pun tahu itu

M & Z
Selamanya ku setia padamu

Mikaela
Dalam detak hatiku

Zarif
Kau selalu ada cintamu
Selalu dalam mimpiku

Mikaela
Setia dihatiku

M & Z
Sungguh ini cinta.

*******************

"Mika!"

"Mika!!!"

"Patut lah. Sumbat telinga rupanya," katanya sambil membuat muka yang masam.

Aku hanya tersengih apabila melihatnya duduk di hadapanku. Aku dapat lihat bahawa Zarif sedang menyedut minumannya tanpa memandang sekilas pun kepadaku.

'Ok aku tahu. Dia tengah merajuk. Payah lah aku nak pujuk dia. Bukannya senang nak pujuk si abang Sado ni,' bisik hatiku.

"Sori la, Ridz."

"Sori la, Ridz." Zarif mengajuk kataku.

"Jangan lah merajuk. Tak macho lah wei," kataku. Hampir tergelak aku dibuat apabila bercakap perkataan 'macho' itu.

"Ridz, sori lah." Pujukku lagi.

Tanganku cuba memegang bahunya tetapi tangan kiri Zarif menangkap tanganku itu lalu memasukkannya ke dalam pegangan. Aku sudah cuba berkali kali untuk menarik tanganku tetapi semakin aku menarik, semakin erat pegangannya itu. Kini aku hanya pasrah.

Ketika itu aku dapat mendengar bisikan kecil daripada mulut Zarif tetapi tidak dapat mendengar dengan jelas.

"Ridzhuan, kau cakap apa tadi?" Tanyaku.

"Jom lah kita balik. Dah nak malam ni. Nanti kena marah pulak kat rumah." Bohongnya yang cuba menukar topik lalu menuju ke keretanya.

Aku mengejarnya dari belakang. (memang lah kat belakang takkan kat depan pulak).

"Ridzhuan kau pelik lah hari ni. Bukan ke kita dah banyak kali balik sampai pukul 9 malam ke?" Ujarku. Zarif tidak menjawap tetapi menolong aku membuka pintu keretanya.

*******************

*Zarif

Setelah habis persembahan kami berdua, aku pergi membeli air untuk aku dan Mika. Ketika aku perjalanan ke tempat Mika duduk aku ternampak dua orang sejoli yang sangat sepadan.

Tidak ku sangka bahawa dua orang sejoli itu rupa rupanya girlfriendku bersama dengan seorang lelaki yang tidak ku kenali. Aku berasa hampa dan berlalu pergi.

Setelah aku tiba di tempat Mika duduk aku melihat Mika sedang khusyuk mendengar. Apabila aku mendekatinya aku melihat dia sedang mendengar lagu di earphonenya.

'Aku buat buat merajuk kalau macam ni. Aku tengok dah lima kali aku panggil dia tak dengar ni. Aku nak tengok dia boleh tahan tak dengan perangai merajuk aku ni.' Bisik hatiku yang memikirkan cara untuk mengenakan Mika.

"Ridz, sori la." Pujuk Mika kepadaku.

Aku dapat melihat tangan kiri Mika menghampiri bahuku lalu aku terus menangkap tangannya. Tangannya aku masukkan ke dalam peganganku. Itu kali pertama aku memegang tangan Mika yang sangat lembut seperti kulit bayi.

Mika sudah berkali kali menarik tangannya tetapi peganganku semakin erat apabila Mika menarik keluar tangannnya.

"Aku maafkan kau, sayang," kataku seperti berbisik. Tanpaku sedar aku sudah terlepas cakap perkataan 'sayang'.

"Ridzhuan kau cakap apa tadi?" Tanya Mika. Pada masa itu aku sudah panik tetapi cuba sembunyikannya.

"Jom lah kita balik. Dah nak balik. Nanti kena marah pulak kat rumah." Jawapku sambil menuju ke keretaku.

'Nasib baik kau pandai tukar topik, Zarif.' bisik hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience