Bab 12

Romance Series 10132

Bab 12

Setelah tiga hari aku dan keluarga aku menginap di kampung walid, kami terus pulang ke Kuantan di sebelah petang.

Zarif dan keluarganya sudah pulang pada pagi itu. Aku berasa hairan dengan perangai si Zarif sebelum dia balik. Dia langsung tidak bercakap denganku.

*flashback*

"Ridzhuan. Kau marah aku ke?" Dia hanya diam.

"Aku minta maaf ya kalau aku buat salah kat kau." Dia tetap berdiam diri.

Dia meneruskan kerjanya untuk berkemas barang-barangnya tanpa memandang sekilaspun kepadaku. Aku hanya melihat sahaja perbuatannya itu.

Ketika Zarif ingin pulang, aku hanya duduk di dalam bilik tetapi aku tetap dapat mendengar perbualan mereka dari luar kerana kedudukan bilikku berhampiran dengan halaman rumah. Aku hanya mengintai di sebalik langsir.

"Zarif, tak nak jumpa Mika ke?"

Aku dapat melihat Zarif tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Wajahnya sedikit pucat.

"Mak Ngah, nanti kirim ni kat dia ya."

Aku nampak Zarif memberikan umi sebuah berbentuk hati. Umi mengambilnya tanpa membantah. Zarif memandang ke arah tingkap bilikku di mana aku berada.

Aku hanya bersembunyi di langsir. Zarif terus memasuki ke dalam kereta. Pak Chik melambai ke arah umi, walid, nenek dan sanak saudara yang lain lalu kereta itu terus menghilang.

*end flashback*

**************************

Aku sekeluarga pulang ke kampung sebelah umi pula. Kampung umi hanya di Pekan. Along dan kak Aqilah pula terus pulang ke rumah umi dan walid. Aku terus bersalam dengan nenek dan atukku. Begitu juga angah, Nik dan Izzuddin. Aku terus menuju bilik yang khas untukku lalu mengurungkan diriku.

"Mika, kau ok tak?" Tanya Nik dari luar.

"Aku ok je lah!" Balasku.

Aku terus mencabut tudungku dan meletakkan ke atas katil. Aku keluar dari bilik lalu pergi ke ruang tamu.

"Putri!!"

"Aqil?!"

Saudara yang sama umur dengan Nik, Izzuddin dan aku berlari ke arahku untuk memelukku tetapi aku telah menolak badannya sehingga jatuh.

"Sakitlah!"

"Padan muka!" Balasku sambil ketawa.

Aku menghulurkan tanganku kepadanya untuk memberi bantuan untuknya. Ketika dia ingin bangun aku melepaskan tanganku dan itu membuatkan dia jatuh semula.

"Malas lah minta tolong kau!" Marahnya.

Dia meminta pertolongan dari Izzuddin untuk membantu dia bangun semula. Selepas dia bangun aku terus duduk di hadapan televisyen untuk menonton drama semasa raya.

Aqil duduk di sebelahku dan cuba menegurku tetapi aku tidak melayannya. Aqil menonyoh kepalaku dengan kuat.

"Aqil, sakitlah!"

"Padan muka! Buat kat aku lagi kan," usiknya.

"Aku bosan lah. Nak jugak bergurau dengan sepupu aku ni," kataku.

"Kalau nak bergurau pun janganlah cara kasar," katanya.

"Yelah."

'Jujurnya memang aku tengah bosan. Mana taknya Zarif balik semalam tak layan pun aku. Aku risau dengan dia,' bisik hatiku.

Aku membiarkan Aqil melayan telefonnya. Aku tahu dia sedang membalas mesej girlfriendnya. Tiba tiba telefonku berbunyi. Aku terus bangun untuk mengangkat panggilan itu.

"Helo?"

"Hai, Kaela."

"Woi macam mana kau dapat nombor aku ni?"

"Ada lah. Awak kat mana? Kenapa tak tunggu saya balik hari tu masa awak beraya kat rumah saya? Boleh lah kita berborak."

"Harraz, aku tak ingin tunggu kau balik dan aku tak ingin pun nak beraya rumah kau tapi aku dah janji dengan anak sedara aku."

"Awak, saya rindu awak lah."

"Gelilah bodoh!!!"

Terus aku menutup panggilan itu. Izzuddin mendekati aku yang sedang marah. Dia memegang mengusap-ngusap belakangku untuk bersabar.

"Thanks, Izz. Aku tak faham lah dengan jiran sekampung kau tuh. Kat mana mana aje dia ada. Macam mana lah dia dapat nombor aku ni." Kataku.

"Dah la tuh. Kalau kau bertindak, makin dia nak kacau kau."

"Tolong ambil tudung dan duit aku kat dalam bilik. Aku nak keluar beli aiskrim. Nak ikut?" Tanyaku.

"Boleh aje asalkan kau yang belanja."

"Memang pun. Aqil, mana adik kau?"

Aqil hanya menunjukkan tempat adiknya berada. Aku memanggil adiknya, Amani untuk mengikut aku. Amani hanya muda 3 tahun dariku. Setelah Izzuddin sampai membawa tudung dan dompetku kami bertiga terus pergi ke kedai.

"Kae, kau nak rasa ni?" Tanya Izz sambil memberikan aiskrimnya.

"Sedap ke?" Tanyaku.

Apabila mulutku mendekati aiskrimnya, tiba tiba Izzuddin menonyoh aiskrimnya ke mukaku. Habis mukaku menjadi comot dibuatnya. Amani hanya ketawa terbahak bahak.

"Izz!!!"

Dia hanya tersengih sambil membuat peace di jarinya. Dia memberikan dua helai tisu kepadaku untuk mengelpkan mukaku.

"Nasib baik kau adik aku."

"Yelah, kak Putri Nur Mikaela Adriana." Katanya sambil menjelir lidahnya. Aku terus mencubit lengannya tetapi sukar kerana lengannya yang keras.

"Nasib tangan kau keras." Kataku sambil isyarat tangan kepada Amani. Dia memahami isyarat itu. Kami berdua bangun dengan serentak dan terus berlari meninggalkan Izzuddin.

"Woi, tunggu!"

Izzuddin menangkap lengan Amani dengan erat.

"Kak Putri suruh!" Katanya yang cuba melepaskan lengannya. Aku meneruskan larianku tetapi aku di halang oleh seseorang.

"Zarif?" Kata Izzuddin. Aku hanya menunduk.

Zarif hanya memandang aku seperti hendak menelanku. Amani terus menarik lenganku untuk pulang ke rumah. Izzuddin pula sedang berborak dengan Zarif.

*Zarif

Papa membawa aku dan mama pergi ke Pekan untuk mengunjungi kampung Mak Ngah. Kata papa Mika dan keluarganya ada di sana. Itu membuatkan hatiku berdebar. Mama hanya memandangku.

Setibanya kami di sana, aku bersalaman dengan Pak Ngah dan atuk. Aku cuba memeriksa kawasan sekeliling rumah itu.

"Cari Ana ke?" Tanya Mak Ngah dari pintu rumah itu. Aku hanya mengangguk.

"Dia tak ada. Dia dah keluar dengan Izzuddin dan adik sepupu dia. Pergi kedai kat depan tuh. Ouh ya ni telefon Mika. Tolong bagi kat dia," kata Mak Ngah. Aku hanya mengambil telefon itu yang berjenama iphone 6plus.

Setelah papa dan mama masuk ke dalam rumah, aku terus membuka telefon itu tetapi ia perlu mengisi password. Aku sudah cuba meletakkan tarikh lahir Mika, Nik dan Izzuddin tetapi tiada satu pun yang boleh membukanya.

Aku cuba pula dengan menggunakan tarikh lahirku. Setelah menekan 'enter', telefon itu dapat dibuka. Aku berasa hairan kenapa Mika meletakkan tarikh lahirku sebagai password telefonnya.

Aku keluar untuk mencari Mika. Setibanya aku di satu tempat, aku melihat kemesraan dua orang pasangan yang sangat aku kenali. Izzuddin sedang menonyoh aiskrim yang berada di tangannya ke muka Mika.

Apabila aku melihat itu hatiku menjadi pedih. Aku dapat merasakan bahawa perasaan cemburu datang kepadaku.

Ketika itu aku melihat bahawa Mika dan adik sepupunya sedang berlari meninggalkan Izzuddin di belakang mereka.

Adik sepupunya sudah ditangkap oleh Izzuddin. Mika hanya meneruskan lariannya sehingga melanggar badanku.

"Zarif?"kata Izz menegurku. Mika hanya menunduk.

Lengan Mika ditarik oleh adik sepupunya terus menuju ke rumah. Izz mendekati diriku.

"Bila sampai?"

"Baru je ni," kataku sambil menoleh ke belakang melihat Mika sudah tiada di situ.

Jom lah. Nanti habis muka kau yang putih tuh," ajak Izz sambil meletakkan tangan kirinya di atas bahuku.

******

Di dalam rumah, aku berjumpa dengan kawan lamaku setelah 8 tahun tidak berjumpa, iaitu Aqil saudara Mika.

"Kau apa khabar, bro?"

"Aku ok je macam sekarang, Qil."

"Ye ke?"

"Iya."

Aqil, kau jangan cakap banyak dengan dia tuh."

"Jangan sibuk boleh tak, Putri?"

"Entah lah Mika ni."

Ye lah. Aku pergi dapur dulu."

Mika terus menuju ke dapur. Aku terus berborak bersama Aqil sehingga tidak mendengar panggilan daripada mama dari dapur.

*Mikaela

Aku menuju ke dapur untuk menolong nenek, Mak Chik, Mak Long dan umi. Tiba tiba Mak Chik memanggil Zarif ke dapur.

'Mak Chik ni kan. Orang tengah perang dingin dengan si Ridzhuan tuh, dia pergi panggil pulak datang dapur,' bisik hatiku.

"Ya ma?"

"Tolong Putri tuh kat sana," kata Mak Chik sambil menunding jari ke arahku.

Aku berbuat buat seperti sibuk memotong bawang.

"Ada apa-apa yang aku boleh tolong?" Tanya Zarif sambil memandang wajahku.

"Awak tolong saya kutip bawang yang saya dah potong letak dalam bekas ni," kataku sambil memberikan bekas. Dia hanya menurut arahan.

Dari tadi kami berdua hanya berdiam diri. Aku hanya meneruskan kerja untuk memotong bawang manakala Zarif pula mengutip bawang-bawang ke dalam bekas.

Setelah kami siap membuat kerja, aku terus menuju ke bilik dan mengurung diriku.

"Tengku Muhd Zarif Ridzhuan, kenapa awak tak macam dulu? Awak marah saya ke? Awak jangan buat saya macam ni...." kataku sendirian di dalam bilik tanpa sedar air mataku sudah gugur di pipi.

Tiba tiba pintu bilikku terbuka dan Zarif sudah berdiri di pintu.

"Saya minta maaf, Putri Nur Mikaela Adriana sebab buat awak macam ni. Saya memang tak ada niat buat macam ni kat awak." Kata Zarif.

"Kenapa awak macam ni?! Kalau saya ada buat salah awak, bagitau saya lah!" Marahku.

Zarif tidak membalas kataku. Dia hanya menunduk lalu masuk ke dalam bilik dan duduk di sebelahku di atas katil.

Aku tidak menghiraukan kehadirannya lalu aku terus keluar dari bilikku menuju ke ruang tamu.

"Nik, Izz. Bagitau Zarif yang aku tak nak dia kacau hidup aku lagi!" Tengkingku.

"Putri, kenapa dengan korang berdua ni? Kan dah dua tahun korang berbaik. Tak kan nak bermusuh semula?" Tanya Aqil.

"Aku tak kira! Aku dah tak nak tengok muka dia dalam hidup aku!" Tengkingku sehingga umi dan Mak Chik datang ke ruang tamu untuk melihat apa yang telah terjadi.

"Ana kenapa ni?" Tanya umi.

"Putri, Putri sebenarnya tak faham apa yang terjadi dengan Zuan tuh." Kata Mak Chik.

"Mak Chik, apa sebenarnya si Ridzhuan tuh sampai tak boleh bagitau pada Putri? Apa salah Putri sampai tak boleh bagitau Putri?" Tanyaku kepada Mak Chik.

Amani datang ke arahku lalu memelukku untuk menenangkanku. Amani memujukku dan menarikku ke bilikku.

Di dalam perjalanan ke bilikku, badanku berasa lemah. Pandanganku sudah kabur.

"Kak Putri?!"

Aku hanya dapat mendengar jeritan daripada Amani.

******

"Umi?"

Aku membuka mataku dan melihat sekelilingku. Aku sudah berada di dalam bilikku. Aku cuba bangun tetapi badanku berasa sangat lemah.

Kepalaku masih pening. Aku mengambil tudungku di atas meja di sebelah katilku.

"Kae, kau jangan banyak sangat bergerak." Kata Izzuddin apabila masuk ke dalam bilikku.

"Umi mana?"

"Ada kat luar."

"Mak Chik?"

"Mak Chik, Pak Chik dengan Zarif dah balik."

Aku hanya mengangguk. Sebenarnya hatiku sangat merindui gurauan dari Zarif.

Aku tak tahu mengapa hatiku tidak dapat menahan amarahku. Tanpa sedar air jernih dari mataku sudah gugur kembali.

Izzuddin terus memelukku. Aku menangis teresak-esak sehingga aku tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience