Bab 18

Romance Series 10132

Bab 18

Sepanjang esoknya aku dan Zarif sudah bersiar-siar di sekitar Seoul ini. Permandangan di Seoul dapat menenangkan jiwa ragaku. Cuaca di sini sangat sejuk sehingga aku terpaksa memakai menutup telinga.

"Sejuk tak tangan tu?" Tanya Zarif apabila melihatku sedang meniup tanganku.

"Sejuk jugak," Balasku sambil tersenyum.

Zarif mengambil tanganku dan memasukkan ke dalam poket sweaternya. Suhu di dalam poket itu membuatkan tanganku menjadi panas sedikit.

**************************

"Abang, esok nak pergi mana pulak?"

"Ada lah." Katanya sambil meletakkan jarinya di atas bibirnya.

"Ye lah." Aku mengalah dan aku duduk di atas katil tidak memandang ke arah Zarif.

Aku membelakangkan badanku di atas katil dan cuba melelapkan mata. Tiba tiba badanku menjadi berat. Aku membuka mata dan melihat Zarif berada di atas badanku.

"Abang, berat lah!"

Zarif tetap mahu bangun dari belakangku. Aku memusingkan badanku dan itu membuatkan Zarif terjatuh bergolek di atas katil. Aku hanya tertawa melihat dia bergolek.

Zarif mendekati badanku lagi. Dia memeluk badanku dengan erat. Aku cuba meleraikan pelukannya tetapi gagal.

Bibirnya menghampiri leherku. Aku berkali-kali menolak kepalanya. Langsung tidak mahu bergerak. Dan kini aku hanya pasrah.

******

Aku bangun dari tidurku. Aku memandang ke arah Zarif yang masih tidur dan terus mengambil tuala menuju ke bilik air.

Selesai memakai baju aku terus keluar untuk masak. Malam itu aku memasakkan makanan kegemaran Zarif yang tak lain dan tak bukan ayam masak merah. Tengok, kat Seoul ni pun boleh buat ayam masak merah!

Selepas siap menghidang, aku terus naik ke atas untuk memanggil Zarif. Zarif masih belum bangun lagi. Aku menyediakan pakaian untuk Zarif selepas dia tidur lalu mengejutnya bangun.

"Abang, bangun mandi."

Masih tidur. Aku menggerakkan badannya supaya dia bangun.

"Abang bangun lah, bang."

Zarif menggeliat sedikit tetapi dengan gaya yang lemah. Aku memegang lengannya dan lengannya berasa panas. Aku berasa cemas.

Aku memeriksa dahinya pula dan tekaanku tepat. Zarif sudah mendapat demam.

Aku sudah mengetahui bahawa antibodi Zarif memang lemah sedikit. Aku mengambil ubat di dapur yang telah dibawa sebelum pergi ke sini.

"Abang bangun makan ubat ni."

Zarif bangun dari tidurnya dan aku membantunya untuk duduk. Aku memberikan segelas air dan sebiji panadol kepadanya.

Zarif menelan panadol itu dan minum air sehingga habis. Aku mengambil gelas itu dan meletakkannya di atas meja yang bersebelahan dengan katil.

"Esok kita tak payah nak berjalan lah, bang. Duduk aje kat rumah ni." Kataku tetapi Zarif tetap menggeleng degil.

"Abang, abang sekarang ni tengah demam. Abang boleh tak dengar cakap Ika ni?" Kataku hampir meninggikan suara.

"Abang tetap nak keluar esok. Demam abang ni ok la nanti. Ika jangan nak risau," katanya sambil mengusap-usap rambutku.

Aku hanya mengangguk lemah. Aku tak sanggup melihat Zarif apabila sedang demam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience