Bab 23

Romance Series 10132

Bab 23

"Aku akan runtuhkan rumah tangga Kaela!!"

"Harraz, kau tahu tak apa yang kau tengah cakap ni?"

"KAU SENYAP, Safuan!!!! Kau tak akan mampu halang aku untuk buat benda ni!"

"Ya Allah, Harraz. Istighfar banyak-banyak. Ingat Allah."

"Ahhhh!! Keputusan aku muktamad!!"

*********

Sudah masuk 8 bulan aku mengandungkan anak Zarif yang sebelum ini adalah salah seorang BFF aku.

"Anak kita ni perempuan ke lelaki?"

"Ada lah. Mana boleh bagitau. Nanti tak suprise."

"Nanti susah lah nak beli baju bayi."

"Beli je lah warna putih dengan biru. Senang, kan?"

"Hmm yelah. Abang kalah. Sayang menang."

Zarif terus bangun dari sofa dan melangkah ke arah dapur lalu membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air untuk membasahkan pekak.

"Abang nak naik atas kejap."

Aku hanya mengangguk dan dia terus menaiki tangga.

Ting Tong!!! Ting Tong!!!

"Sekejap!"

Aku membuka pintu utama rumah banglo milikku. Mataku terbeliak apabila melihat tetamu yang tidak diundang itu.

"Ha....Harraz?"

"Hai wak. Rindu saya?"

"Macam mana kau tahu alamat rumah aku?"

"Awak kan tahu yang saya dah tahu semua pasal awak."

"Kau buat apa kat sini? Dasar stalker!"

Pergerakanku semakin ke belakang apabila Harraz ingin mendekati diriku. Ada kalanya Harraz ingin memegang perutku tetapi dihalang.

"Dah besar ya anak kita."

"Anak kita? Ni anak aku dengan Ridzhuan lah!"

"Ye ke? Saya tahulah yang awak sayangkan saya."

"Hihi...dalam mimpi kau lah, bongok! Hati aku ni hanya untuk Zarif. Tak ada siapa-siapa!"

"Ok."

Harraz mengeluarkan sesuatu di belakangnya. Pisau! Nafasku naik turun jadinya. Ketika itu juga Zarif juga turun dari tangga. Zarif sudah menjadi terkilan apabila melihat Harraz tiba-tiba ada di rumah ini.

"Apa ni?"

"Kalau aku tak dapat kau, mamat tuh pun tak boleh dapat kau!"

Belum sempat Zarif menghalang, Harraz sudah menikam perutku dan membuatkan banyak darah melimpah keluar. Tepat pada masanya, siren polis memenuhi perkarangan rumah ini. Harraz sudah gelisah. Dia berlari ke arah dapur untuk keluar melalui pintu belakang tetapi gagal. Polis sudah mengepung seluruh rumah banglo ini.

"Sayang...sayang kena kuat."

"Abang, kalau Ika dah...tak de... abang ja...ga... diri...ya."
"Please, jangan cakap macam tuh."

Zarif mengangkat badanku dan terus membawaku ke dalam kereta. Di seat bahagian belakang sudah dipenuhi dengan darah pekatku. Zarif terus melungsur ke hospital. Di sana aku terus dimasukkan ke dalam ICU.

**************

*Zarif

Mama, papa, umi, walid dan keluarga Mika yang lain serta Aniq bersama Anis sudah tiba di HTAA ini. Aku ditenangkan oleh along dan angah Mika. Nik dan Izzuddin, selaku adik tiri Mika dan juga sepupuku menyuruhku untuk mengingat kepada-Nya. Setelah doktor keluar dari wad itu, aku terus mendekati doktor tersebut.

"Doktor macam mana dengan isteri saya? Anak saya, dok?"

"Jadi encik adalah suami kepada puan Adriana?"

"Ya, saya.?"

"Beliau dah banyak kehilangan darahnya, jadi kami ingin mencari penderma untuk mendermakan darah kepada beliau."

"Anak saya, dok?"

"Anak encik kami tidak dapat nak selamatkannya sebab tikaman itu telah menyebabkan puan Adriana keguguran. Saya harap encik berbanyakkan bersabar ya."

"Doktor, boleh saya jadi penderma untuk Adriana tak? Sebab saya dan Adriana sama-sama darah O."

"Adakah encik ahli keluarga puan Adriana?"

"Ya, saya abang kedua dia."

"Ok, mari ikut saya ke pejabat saya."

Setelah doktor berlalu pergi bersama angah, aku terduduk kerana aku menyesal kerana tidak sempat menyelamatkan Mika daripada ditikam oleh Harraz.

"Ika, maafkan abang!"

"Ridz, kau kena kuat. Mungkin ni bukan masanya untuk kau dengan Mika dapat pegang anak kau?"

"Ha'ah, Zarif. Kau kena kuat."

"Thanks Nik, Aniq."

Angah kembali bersama doktor yang merawat Mika sebentar tadi dan berlalu masuk ke dalam wad Mika. Aku diminta oleh angah untuk bersabar dan bertawakal kepada Allah.

**********************************

Setelah beberapa jam Mika yang sebelum ini di dalam wad ICU, kini dia ditukarkan ke dalam wad biasa. Aku berasa lega apabila darah angah sangat sesuai dengan Mika.

"Assalamualaikum, sayang."

"Waalaikumussalam, bang."

"Eh, jangan banyak sangat bergerak. Nanti sakit perut tuh."

"Abang, anak kita macam mana?"

Aku tidak mampu menipu di hadapan Mika yang mukanya jelas pucat, setelah kehilangan banyak darah dan juga kehilangan anak yang hampir sebulan untuk melahirkannya.

"Anak kita akan dikebumikan esok pagi."

"Pukul berapa kebumi tuh?"

Aku hampir mengalirkan air mata tetapi aku tidak mahu untuk kehilangan kelelakianku walaupun dia adalah isteriku. Mukanya sudah jelas pucat. Aku tahu bahawa dia mahu menangis teresak-esak tetapi dia pandai menutup semua itu.

"Pukul 10."

"Boleh tak kalau kita lawat kubur arwah anak kita lepas Ika keluar nanti?"

"Boleh, sayang."

'Ya Allah kuatkanlah hatiku ini. Aku hambamu yang tidak sempurna, Ya Allah. Aku terima seadanya dugaan yang telah kau berikan ini. Tabahkanlah hati isteriku. Walaupun diluarnya nampak kuat tetapi di dalam hatinya sudah pecah.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience