Bab 2

Romance Series 10132

Bab 2

Enam tahun sudah berlalu. Hari ini ialah hari persekolahan pertamaku untuk sesi tingkatan tiga. Tahun ini juga aku akan menduduki PT3. Aku terus bangun dari katilku yang empuk untuk membersihkan diriku. Aku mengambil tuala yang disangkut lalu masuk ke dalam bilik air.

"Ana pergi dulu ya umi," kataku sambil berlari anak ke pintu rumahku untuk memakai kasut.

"Tak nak sarapan dulu ke?" Sapa umi sambil menghampiri diriku.

"Tak pe la umi," aku bingkas bangun lalu menyalami umi sebelum masuk ke dalam kereta walid.

"Nish!! Uddin!! Cepat turun!" Jerit umi memanggil adik kembar tiriku.

Umi dan walid telah bernikah sejak aku di tingkatan satu. Ayahku meninggal dunia akibat terlibat di dalam kemalangan jalan raya ketika itu aku baru memasuki darjah 3.

Pada mulanya aku dan adik kembarku tidak menyukai keputusan tersebut. Kami bertiga mengambil masa selama setahun untuk menyesuaikan diri kami. Kini kami telah menjadi seperti adik beradik kandung.

"Lambat la kau orang ni," sindirku.

"Lek la Kae. Tadi Nik baru nak pakai baju tadi," ujar Izz.

"Eh, aku pulak yang kena." Marah Nik.

Aku, umi dan walid hanya menggeleng sahaja apabila melihat pertengkaran antara mereka berdua.

"Dah la gaduh tu. Nanti lambat nak ke sekolah. Umi kami pergi dulu ya," ujarku ketika hendak meleraikan pertengkaran kecil tersebut. Umi hanya mengangguk.

Beberapa kemudian kereta walid diparkinkan di perkarangan sekolah. Kami bertiga menyalami tangan walid sebelum pergi ke dalam kelas.

"Umi!!!"Betapa rindunya aku terhadap BFF ku.

"Datang pun kau. Ingat kau tak nak datang sekolah dah," sindir Umi.

"Takkan aku dah lupa dengan sekolah ni."

"Ye lah. Macam mana cuti kau?"

"Ok je..."

Perbualan kami terhenti apabila guru kelas Cikgu Anuaruddin masuk ke dalam kelas bersama seorang pelajar lelaki.

"Assalamualaikum r.w.t, hari ni kamu semua akan menyambut seorang rakan yang baru sahaja pulang berhijrah dari Korea. Sila memperkenalkan diri kamu ya," ucapnya lalu pelajar tersebut memperkenalkan dirinya.

"Assalam semua, nama saya ialah Tengku Muhd Zarif Ridzhuan bin Dato' Tengku Nazri Akmal....." alangkah terkejutnya aku apabila mendengar nama tersebut.

'Takkan lah dia dah balik. Nik dgn Izz tak pernah bagitahu pun pasal Pak Chik dah balik dari Korea," bisik hatiku.

Aku menoleh ke kiri tempatku dan memandang ke arah Nik yang duduk bersama dengan Izzuddin. Ketika itu mereka juga memandang ke arahku dan hanya menggeleng.

"Oklah Zarif. Kamu boleh duduk disebelah Adriana."

"Baiklah cikgu."

Pada masa itu aku terpaku apabila cikgu Anuar menyuruh Zarif duduk disebelahku yang kosong kerana sebelum ini tempat itu kepunyaan Anis yang telah berpindah ke Ipoh baru baru ini.

'Cikgu ni memang nak bunuh aku'.

Setelah itu cikgu Anuar keluar semula dari kelas dan di dalam beberapa saat tempat duduk aku dan Zarif dipenuhi oleh rakan rakan sekelasku. Aku hanya berdiam diri sahaja sebelum aku melangkah keluar bersama Umi dan Widya. Aku sengaja membiarkan Zarif memanggil diriku.

"Putri, aku nak tanya kenapa kau tak tahu aje bila Tengku panggil kau?" Tanya Widya.

"Aku malas lah nak layan dia tu," kataku tanpa memandang wajah Widya.

"Ni aku nak tanya ni. Kau masih marah lagi ke pasal 6 tahun lepas?" Ujar Umi pula.

'Aduh Umi ni macam tahu tahu aje aku masih marah pasal tu' bisik hatiku.

"Eh, kau orang pernah kenal Tengku ke?" Tanya Widya yang sudah berkerut dahinya.

"Untuk pengetahuan kau,Wid. Aku dengan Putri ni kawan lama Tengku," terang Umi.

"Ouh," jawap Widya. Ringkas.

"Wei cepat lah."

"Haa Ye lah Ye lah." Kataku yang mengalah.

"Sebenarnya dia musuh lama aku sejak kita orang sekolah rendah. Aku dah lama cuba lupakan dia tapi masa dia dah balik ni usaha tu macam hilang begitu aje." Terangku.

"Ouh, aku dah faham sekarang ni. Dia cinta pertama kau kan?"

"Nampaknya macam tu lah," ujarku.

"Dah, jom pergi makan," ajak Umi.

Apabila kami berjalan menuju ke kantin, aku ternampak tiga orang junior yang sangat rapat dengan kami bertiga. Aku terus menarik dua orang rakanku itu untuk menghampiri tiga orang tersebut.

"Ainul! Ed! Sri!" Panggilku.

"Hai, kak Umi, kak Widya dan kak Putri," tegur Ainul.

"Kau orang baru sampai ke?" Tanyaku.

"Ha'ah," jawap mereka serentak.

"Haa Sri, Ed. Korang nak tahu tak yang ada budak baru form 3 dari Korea?" Tanya Ainul. Ainul memang seorang yang amat menyukai K- Pop terutamanya kumpulan penyanyi 'Exo'.

"Ye ke?" Tanya Edriana @ Ed.

"Ha'ah kan, Ainul. Ed takkan kau tak tahu pasal ni?" Ujar Sri @ Sri Adriana.

"Dengarnya dia ketua kumpulan salah satu daripada kumpulan pengawas lelaki. Tak silap kumpulan ' The Boys'," sambungnya lagi.

"Ahh, sudah. Sekarang ni makan!" Arahku kepada Ainul, Ed dan Sri.

Setelah selesai makan, kami berenam meletakkan pinggan yang kami makan sebentar tadi le tempat yang disediakan. Tiba-tiba ada seorang lelaki datang menegur aku.

"Hai Mika." Suara itu membuatkan aku tergamam sebentar sebelum aku memandang ke wajah lelaki tersebut.

Sebelum sempat aku melarikan diri, lelaki itu terus menarik tanganku dengan erat.

"Lepas lah!"

"Kalau kau tarik tangan kau aku tak teragak agak nak bocorkan rahsia lama kau," ugutnya.

"Kau tak akan berani, kan?" Dia hanya tersenyum sinis.

"Kau ingat aku tak berani?"

Tanpa berfikir panjang, aku hanya menangguk sahaja.

"Kak Umi, kak Putri tu GF Tengku ke?" Tanya Ainul.

"Bukanlah."

"Tapi tadi tu..."

"Dia kena ugut tadi." Terang Umi.


"Lepaskan aku!!"

"Macam la aku nak pegang tangan kau tu," katanya.

'Kau...! Eeeii!! Sabar je la!' Marah hatiku.

"Kau nak apa?" Tanyaku.

"Kau dah kurus ya," ujarnya.

'Ya Allah dalam banyak banyak soalan, soalan tu yang dia pilih? Aku ingatkan penting sangat sampai nak tarik tangan aku bagai' sindir hatiku sambil memegang pergelangan tanganku yang sakit.

Aku sengaja memandang wajahnya seperti ingin menelannya walaupun aku sudah dipenuhi dengan masakan mak cik kantin iaitu mi goreng basah yang dihidang khas untukku.

"Aku memang dah kurus sejak kau tak ade kat sini." Kataku.

"Mika ingat ni aku memang bencikan kau dari dulu lagi."

'Eh tiba tiba aje dia ni nak ingatkan aku' bisik hatiku.

"Tengku Muhd Zarif Ridzhuan. Aku, Putri Nur Mikaela Adriana benci kau lebih dari tu!" Marahku.

"Aku pi dulu la!"

"Pi la hang ade aku kesah?! Aku saja je nak malukan kau!" Jerit Zarif.

Aku hanya memekakkan telingaku sambil berjalan menuju pulang ke kelas.

'Kenapa kau perlu balik Malaysia? Kenapa kau tak duduk sana terus,' detik hatiku.

Aku mengeluarkan sehelai kertas yang berlipat dari dalam poket blazerku. Aku menatap kertas dengan perasaan yang pilu.

'Kalau kita memang jodoh, kita akan bertemu semula.'

Ayat itu sudah beberapa kali aku membacanya. Aku masih keliru dengan situasiku sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience