Bab 3

Romance Series 10132

Bab 3

Aku terus merebahkan diriku ke atas katilku. Hatiku masih panas angkara Zarif mengusik aku di dalam kelas tadi.

*flashback*

Aku sedang tekun menyiapkan kerja Chemistry yang Cikgu Khairunnisa sebentar tadi. Sekarang ini adalah masa mata pelajaran Sejarah tetapi cikgu Aziha tidak ada kerana beliau mempunyai khusus di Perak selama seminggu.

"Mika," bisik Zarif kepadaku.

"Apa?" Jawapku tanpa memandang wajahnya.

'Masa ni la kau nak kacau aku!' Bisik hatiku.

"Cikgu panggil kau kat luar," ujarnya.

Aku tang terkejut terus bangun dari tempat dudukku. Tiba tiba satu kelasku memandang diriku dengan dahi yang berkerut.

Betapa marahnya aku terhadap Zarif yang berjaya mengusikku yang sedang khusyuk menyiapkan kerja sekolah.

*end flashback*

Apabila aku kembali ke dunia nyata aku melihat Izzuddin sudah duduk disebelahku yang sedang terbaring itu.

Terkejut beruk aku dibuaynya apabila melihat mukanya yang tiba tiba sahaja datang entah dari mana. Aku hampir terjatuh dari katil tetapi Izz dapat menyambut aku.

"Dah habis berangan ke?" Tanyanya.

"Eh kau ni nak masuk bilik orang bagi lah salam dulu ke ketuk pintu tu dulu ke? Ni pakai terjah aje masuk," marahku.

"Aku dah ketuk pintu kau tadi siap bagi salam lagi tapi tak ade jawapan tulah aku masuk aje. Masa aku masuk kau tengah pandang siling tu," jelasnya sambil menuding jari telunjuknya ke atas.

"Ok. Kau nak apa?" Tanyaku cuba menutup malu.

Passwordku sudah keluar iaitu ' Kau nak apa?'

"Kae jom hang out, nak?"

"Eh nak nak!!"

"Ok. Sekarang ni kau bangun lepas tuh kau pi mandi nuh. Busuk dah aku bau sakit hidung aku," gurau Izz.

"Dah hang pi keluaq la!" Marahku sambil mengetuk kepalanya.

Setelah selesai membersihkan diri, aku mengenakan jaket jeans separuh bersama baju berwarna violet dengan shawl berwarna biru muda.

"Woi dah siap ke?" Tanya Nik.

"Dah jom," ajakku.

"Abang Haris, jom!" Jerit Nik dan Izz serentak.

Abang Haris ialah adik bongsu kepada walid yang baru sahaja habis belajar di UK.

********

Setelah mengambil masa selama 20 minit untuk sampai di Berjaya Megamall aku terus memasuki ke dalam mall itu tanpa menunggu Nik dan Izz.

"Tunggu lah," panggil Nik. Aku berbuat buat tidak mendengar panggilannya.

Tiba tiba aku telah melanggar seorang lelaki yang memegang sebotol air lalu air itu tertumpah sedikit ke atas bajuku.

"Maaf encik... saya tidak sengaja," ujarku sambil mencari tisu di dalam beg sandangku.

"Woi kau buta ke apa? Jalan tuh pakailah mata bodoh!" tengkingnya.

Terkejut aku dibuatnya ketika mendengar tengkingan itu. Pencarian sebungkus tisu menjadi terbantut apabila mendengar tengkingan tersebut.

"Kenapa awak nak marah marah saya pulak? Saya dah minta maafkan lagipun air yang awak pegang tu tumpah kat atas saya bukan tumpah kat baju awak." Marahku.

Tanpa berfikir panjang aku terus berlalu pergi.

"Woi!"

Langkahku terhenti. Aku menoleh ke belakang menghadap lelaki itu semula.

"Apa?"

"Nama kau siapa?"

"Awak dulu."

"Ok nama aku Harraz."

Setelah mendengar nama itu aku terus pergi jauh darinya.

********

"Mika asal baju kau basah ni?" Tanya Nik.

"Tadi masa aku nak beli aiskrim tadi aku ada terlanggar seorang mamat ni. Air dia ada tertumpah sikit atas baju ni. Lepas tuh dia pulak nk marah aku. Aku dah minta maaf walaupun sebenarnya dia yang patut minta maaf kat aku. Ni tak siap tengking aku lagi. Satu lagi dia boleh pulak tanya nama aku," terangku.

"Ouhh patut lah aku tengok muka kau macam serabut aje." Jawapnya. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Tapi kan dia tuh orang tua ke muda?" Tanya Nik mahu kepastian.

"Aku rasanya umur dia macam sebaya kita." Dia hanya menganggukkan kepala.

********

Aku mengerling jam tanganku yang sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Aku terus menelefon abang Haris untuk mengambil kami.

Beberapa minit kemudian kereta milik abang Haris tiba di parkin kereta di belakang mall lalu kami terus memasuki kereta itu.

Selepas bersalam dengan umi dan walid aku terus menaiki tangga menuju ke bilikku.

Ketika aku sedang menanggalkan jarum di tudungku tiba tiba telefon bimbitku berbunyi yang menandakan ada satu panggilan untukku. Lambat lambat aku mengangkat panggilan tersebut apabila melihat nama pemanggil itu.

"Woi asal lambat sangat nak jawap call aku ni!" Marahnya.

"Aku baru keluar dari tandas la tadi," bohongku.

"Zarif, kau ni dah buang tabiat ke nak telefon aku ni?" Sambungku.

"Saja je aku nak menelefon kau ni."

"Aku letak dulu la. Malas la aku nak layan kau. Menghabiskan kredit kau aje," kataku lalu aku terus tidak menghiraukan telefonku.

*flashback*

"Bye, kak Putri!!" Kata Ainul, Edriana dan Sri serentak.

"Bye," jawapku.

Sedang aku berjalan ke arah Nik dan Izzuddin tiba tiba aku terdengar seseorang memanggil namaku.

"Mika!" Aku sudah dapat meneka siapa tuan kepada suara tersebut.

"Kau nak apa, Ridzhuan?" Tanyaku tanpa memandang tuan punya suara itu.
Aku terus berlalu pergi tetapi tanganku sempat ditarik olehnya.

"Tunggu!" Katanya.

"Nak apa?" Kataku sambil memandang tepat ke arah wajahnya itu.

"Aku nak cakap dengan kau."

"Cakap apa?! Hari pertama kau ada kat sekolah ni dah tiga kali kau malukan aku dan ketiga tiga tuh kau dah berjaya malukan aku!" Marahku.

"Ok ok. Pasal tu aku minta maaf."

"Senang senang aje kau nak minta maaf ya! Tapi nasib la aku baik. Aku nak tanya lagi ni. Kau nak apa?" Ujarku.

"Jom keluar Sabtu ni?" Ajak Zarif.

"Keluar?"

"Ha'ah"

"Tengok la kalau aku boleh keluar waktu tuh. Kau tahukan macam mana walid aku tuh," jelasku.

"Ok." Jawapan ringkasnya sambil tersenyum nipis.

Ponnn...!!

"Aku pergi dulu. Walid dah bising tuh," ujarku. Dia hanya mengangguk melambai ke arahku lalu aku membalasnya.

*end flashback*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience