Bab 17

Romance Series 10132

Bab 17

Hari ini aku dan Zarif akan mula berbulan madu ke Seoul, Korea. Rancangan ini telah dicadang oleh umi dan walid dan telah dipersetujui oleh Zarif.

"Zuan, nanti dah sampai sana jangan lupa call mama nanti," nasihat mama.

Umi dan kak Amelya sedang melayan karenah si Sofiya yang berusia lebih kurang 3 tahun. Walid pula sedang rancak berbual bersama papa. Aku pergi meninggalkan mereka buat seketika untuk membeli sesuatu.

Aku menuju ke kedai coklat. Sedang aku memilih coklat tiba tiba datang satu tangan menyentuh bahuku tanda menyapaku.

Aku menoleh ke belakang dan aku melihat seseorang yang paling aku benci sekali berada di belakangku sambil tersengih.

"Kau buat apa kat sini?"

"Sini kan tempat awam. Tak salahkan kalau saya ada kat sini."

"Yelah tapi aku rasa kat dalam KLIA ni, ada banyak lagi kedai coklat tapi kenapa kau mesti pilih kedai ni?"

Dia hanya tersengih apabila mendengar leteranku.

'Dia mesti kat dalam alam dia,' detik hatiku.

"Amir Harraz, did you know something because I think I should always recover my memory," kataku.

"About what, Kaela?"

"I'm married, stupid."

"Are you married? You must joke with me right? I know you love me."

"Excuse me, Harraz. What did you say? I love you? Please!"

Aku terus pergi ke kaunter untuk membayar coklat yang telah di ambil dan meninggalkan Harraz di sana.

Aku terus menuju ke tempat di mana kami berkumpul. Aku mencari Zarif dari jarak jauh tetapi tidak nampak kelibatnya. Aku sudah mula risau kalau Harraz dapat menemuiku.

"Sayang?"

Aku terus menoleh ke belakang dan memeluknya. Aku menangis teresak-esak sehingga basah baju Zarif di bahagian bahu.

"Sayang, kenapa ni?"

"Ika t...takut..."

"Kenapa?"

"Harraz ada kacau I....Ika."

"Hah?! Kat mana cakap kat abang. Biar abang ajar dia."

"Abang tak payah nanti heboh KLIA ni lagipun waktu flight kita tak lama lagi."

"Hmm... ye lah kalau macam tuh. Jom pergi dekat sana." Katanya sambil menunding jari ke arah tempat kami berkumpul.

Setelah mendengar pengumuman terakhir untuk penerbangan ke Korea, kami berdua terus bersalaman dengan semua yang ada bersama.

Aku melambai ke belakang dan terus berjalan pintu perlepasan ( betul ke tak sbb dah lupa ).

******

Di dalam kapal terbang, aku berasa sangat mengantuk tetapi aku tetap menggagahkan diri untuk tidak tidur.

"Sayang kalau nak tidur, tidur aje lah."

"Tak apa lah tak mengantuk pun."

Tiba tiba mataku sudah tidak dapat melawan perasaan mengantuk apabila Zarif melentokkan kepalaku ke atas bahunya. Akhirnya aku tertidur juga.

"Sayang, bangun. Dah sampai."

Aku terus bangun dari tempat dudukku walaupun masih dalam keadaan mamai. Kadang kala cara berjalanku membuatkan badanku hampir terjatuh tetapi Zarif sempat menyambut badanku.

"Ika, kalau mengantuk sangat biar abang tolong angkatkan."

"Tak apa lah, bang. Badan Ika ni berat lah. Nanti boleh patah tulang belakang abang tuh."

"Ika, Ika. Dalam mamai pun boleh bergurau jugak."

"Ye lah. Kalau tak jangan panggil Ika ni Putri Nur Mikaela Adriana lah."

Zarif hanya tertawa mendengar kataku yang dalam keadaan mamai. Zarif tetap bernekad untuk mengangkatku hingga ke kereta papa yang telah dijaga oleh pekerja pejabat papa di Korea.

Ketika di dalam kereta itu aku terus melelapkan mataku untuk kali yang kedua sehingga sampai ke rumah yang pernah diduduki oleh mama, papa dan Zarif ketika mereka berhijrah ke sini.

*Zarif

"Thank you."

"Your welcome."

Aku terus masuk ke dalam bilik. Aku menuju ke katil di mana tempat Mika sedang tidur. Aku tersengih apabila melihat wajahnya yang sedang tidur.

Sudah lima hari dia digelar sebagai isteriku. Aku sangat bersyukur kerana cinta pertamaku menjadi teman hidup dan matiku.

Aku mencium dahinya dengan penuh kasih sayang. Aku pergi ke almari untuk menanggalkan sweater buluku dan menyangkutnya ke dalam almari.

'Mengantuknya budak ni. Tulah siapa suruh tahan mata tuh. Kan dah tidur lama macam ni.'

Tiba tiba telefon milik Mika berbunyi. Aku cuba mengambil untuk memeriksa telefonnya.

'Hai, awak.'

'Awak kat mana?'

'Kenapa awak lari tadi?'

"Bodoh punya Harraz!!!!!"

Aku menjerit kegeraman apabila melihat mesej yang diterima daripada telefon Mika. Aku terus memadam mesej itu supaya Mika tidak akan membacanya.

Aku memandang ke arah Mika yang masih tidur nyenyak. Aku mendekatinya dan mencium bibirnya. Mika terjaga daripada tidurnya selepas aku menciumnya.

"Abang kenapa ni? Nampak tengah marah aje? Abang marah Ika ke sebab tidur lama sangat?" Tanyanya sambil menggonyoh matanya.

"Abang tak marah Ika lah. Mana ada abang marah. Muka abang nampak macam tengah marah ke?"

"Dah. Sayang pergi la mandi dulu. Nanti turun makan."

"Ok."

******

*Mikaela

Selepas aku selesai membersihkan diriku. Aku menutup lampu bilik air dan menuju ke almari.

Aku tersenyum apabila melihat Zarif yang sedang nyenyak tidur tanpa memakai baju. Aku mendekatinya dan menyelimutkannya.

Aku menuju semula ke almari dan mengambil baju dan seluar. Selepas memakai baju, aku masuk semula ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk.

Usai solat Maghrib aku keluar dari bilik untuk memasak makanan.

******

"Bang bangun, makan."

"Pukul berapa dah?"

"Pukul 8.50, bang."

Zarif bangun dari katil dan menuju ke pintu bilik dan berhenti. Aku sedang melayan telefonku tiba tiba Zarif mengambil telefonku itu dan dia memeriksa sesuatu di dalam telefonku.

"Bang kenapa?"

"Saje nak tengok mesej yang Ika dapat."

"Bukannya penting pun semua mesej tu...."

"Bagi abang PENTING!"

"Ridzhuan, kenapa marah ni?"

Aku perasan panggilan yang aku berikan sebentar tadi sudah bertukar menjadi panggilan sebelum kami berkahwin.

Zarif memandang ke arahku dengan muka yang sedang marah. Aku terus mengerutkan dahiku apabila pelik melihat mukanya itu.

"Bang kenapa buat muka macam tuh kat Ika?"

"Harraz ada tak mesej sebelum ni?"

Aku menggeleng kan kepalaku menandakan tiada.

"Betul ni?"

Aku mengangguk kan kepalaku seperti burung Belatuk.

"Ok. Abang percayakan Ika tapi kalau Harraz ada mesej sayang, bagitau abang."

"Ok."

'Pelik lah dia ni. Tiba-tiba aje nak marah orang. Harraz tak pernah langsung mesej aku. Kenapa dia nak marah pulak? Tak apa lah, Mika. Dia kan suami kau. Dia risau kalau mamat Harraz tuh mesej kau. Kau kan tahu yang dia cintakan kau separuh mati. Jadi kau jangan nak lukakan hati dia yang ikhlas cintakan kau,' bisik hatiku dengan panjang lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience