Bab 20

Romance Series 10132

Bab 20

Sudah seminggu baru masuk kerja semula selepas dua minggu cuti berkahwin. Zarif pula baru masuk kerja semula semalam.

Dan seminggu itu jugalah Harraz selalu mengacau aku di dalam pejabatku. Aku cuba menahan amarahku kepadanya.

Hari ini aku pergi makan tengah hari dengan Umi dan Widya di restoran sukaanku.

"Macam mana honeymoon kau?" Tanya Widya sambil mengangkat kedua-dua keningnya.

"Ha'ah lah, Putri. Macam mana?" Tanya Umi pula.

"Honeymoon aku ok tapi boleh pulak kat sana ada pengacau." Kataku sambil memandang ke arah menu yang ada di dinding restoran itu.

"Pengacau? Siapa yang kacau kau?" Tanya Umi.

"Adik sepupu Zarif. Dia ada belajar kat sana. Lepas tuh lima hari Ridzhuan demam, empat hari dia datang rumah aku," kataku sanbil melayan telefonku.

"Hah?! Apa kau cakap? Tengku Sharifah Aleesya yang berlagak bagus tuh ke?!" Tanya Umi dengan suara seperti menjerit.

"Kau kenal dia, Umi?" Tanya Widya.

"Yup. Dia lah orang yang paling aku dan Putri benci dari bangku sekolah rendah lagi.Masa tuh dia kuat sangat merajuk dan kuat mengata Mika. Selalu buat-buat cerita pasal Putri dekat Zarif tuh." Terang Umi.

"Ye ke? Patut lah masa sekolah rendah dulu Putri selalu kena mengejek dengan si Tengku tuh. Rupanya ada batu api disebalik cerita tuh," kata Widya dan membuat aku mengangguk menandakan setuju.

Sedang aku menjamu selera tiba-tiba datangnya seorang lelaki yang sangat aku kenali. Dia mengetuk meja makan kami bertiga.

"Aniq? Kau buat apa kat sini? Bukan ke kau kat Australia? Macam mana kau tahu aku kat sini?" Tanyaku kepada lelaki itu yang bernama Aniq.

"I baru balik Malaysia semalam. I ingat nak jumpa dengan you semalam tapi tak apa lah. Jumpa hari ni pun tak apa....

"Umi, Widya korang balik lah ya. Aku pun nak balik office aku." Aku memotong ayatnya sambil mengambil beg tangan dan menuju ke keretaku. Aku terus masuk ke dalam perut kereta.

"AHH!!! Kenapa dalam hidup aku wajib ada tiga orang pengacau?!! Mula-mula Harraz, lepas tuh Leesya dan sekarang ANIQ?!! Aku memang dah agak si Aniq tuh akan balik dari Australia." Marahku sambil memukul stereng kereta.

Aku terus memandu kereta menuju ke office. Ketika di dalam officeku, aku mendapat berita emergency. Aku terus membatalkan semua appoinmentku.

******

"Umi mana walid?"

Umi hanya menunjukkan ke arah wad yang telah walid telah masuk. Aku terus menjenguk walid dari pintu wad itu.

"Sayang?"

"Abang."

Zarif terus memelukku yang sedang menangis teresak-esak. Aku takut aku akan kehilangan seorang bapa sekali. Cukup hanya arwah ayah sahaja yang pergi dari hidupku dan membuatkan aku menjadi trauma.

"Dah. Jangan menangis lagi. Kalau walid tahu Ika menangis macam ni. Tak ke dia marah hang?"

Aku tersengih apabila mendengar gurauan dari Zarif. Aku memandang semula ke pintu wad di mana walid sedang dirawat oleh doktor.

Mama dan papa juga sudah tiba. Aku dan Zarif terus bersalam bersama mama dan papa. Mama pula bersalaman bersama umi. Mama memeluk umi untuk menenangkannya.

Lebih kurang dalam sejam kemudian, doktor yang merawat walid keluar dari wad itu.

"Di kalangan kamu semua yang mana isteri kepada tuan Tengku Danish?" Tanya doktor itu.

"Saya, dok." Jawap umi.

"Macam ni, tuan Tengku Danish hanya pengsan biasa. Mungkin stress dengan kerja," terang doktor itu.

"Alhamdulillah."

Umi dan mama berpeluk lega. Aku memeluk badan sasa Zarif dengan lega. Zarif membalas pelukan itu dengan mesra.

Doktor itu meminta diri dan kami semua terus ke dalam wad untuk melawat walid. Aku melawat walid sekejap dan keluar semula dari wad itu.

Aku menelefon kedua adik kembarku tetapi tidak berangkat. Aku berasa hairan. Aku cuba menelefon semula tetapi tetap tidak berangkat.

'Pelik dah ni. Si Nik ni pergi mana pulak. Tadi aku elok aku pergi lunch dengan Umi dia,' bisik hatiku.

Aku cuba pula menelefon isteri kepada Izzuddin, Melina.

"Helo, assalamualaikum?"

"Helo. Waalaikumussalam, Mel. Akak nak tanya ni korang kat mana? Sebab tadi akak dah cuba banyak kali telefon Izz tapi tak berangkat."

"Ouh. Kita orang ada dengan Nik ni. Kat Pekan. Kenapa kak? Macam serius aje ni."

"Ni, Mel. Walid baru aje masuk wad sebab pengsan kat rumah. Stress dengan kerja kat office kot."

"Hah? Ye ke? Kak, nak saya pass telefon saya ni kat Nik?"

"Ok."

"Mika, ada apa?"

"Woi, kau kat mana? Kau tahu tak puas aku telefon kau. Kau tahu tak walid masuk hospital sebab kau!"

Aku cuba menahan gelak apabila aku menipunya. Aku dapat mendengar suara Nik yang sudah cemas.

"Hah walid masuk hospital?! Bila?"

"Baru je ni. Kau pergi Pekan buat apa? Tak risau ke dengan isteri kau kat sini? Nanti kena kebas baru tahu!"

Aku masih lagi menahan diri daripada tergelak. Aku dapat mendengar yang Nik sudah mula cuak.

"Ok ok. Aku datang. Kat mana walid masuk?"

"KMC. Cepat sikit. Ajak Izz sekali."

Aku terus menutup telefonku dan terus membuang ketawa yang sudah tidak dapat ditahan.

"Sukalah dapat kena si Nik tu?" Tanya Zarif yang berada di sebelahku.

"Ha'ah. Best sangat dapat kenakan dia. Tulah siapa suruh ikut Izz pergi Pekan tuh. Kan dah kena dengan kakak dia ni. Cuak bila Ika cakap isteri kena kebas dengan orang lain," kataku yang masih mempunyai sisa-sisa gelak.

"Dah jom. Nak pergi office dulu ke balik rumah terus?"

"Balik terus."

Zarif hanya mengangguk dan meletakkan tangannya dipinggangku. Aku hanya membiarkannya.

Ketika diluar aku mahu masuk ke dalam keretaku tetapi dihalang oleh Zarif. Dia menyuruhku masuk ke dalam keretanya. Aku menggelengkan kepalaku.

"Suamiku Tengku Muhd Zarif Ridzhuan, biarlah Ika balik naik iIka. Boleh lah ya?"

"Ye lah. Jumpa kat rumah nanti ya."

Aku hanya mengangguk dan terus masuk ke dalam perut kereta. Begitu juga Zarif.

Tiba tiba telefonku berbunyi. Aku melihat skrin telefon itu dan aku mendapat mesej daripada nombor yang tidak dikenali. Aku hanya membiarkan telefonku itu dan meneruskan perjalananku.

Setibanya aku di rumah, aku melihat kereta Zarif baru masuk ke dalam perkarangan rumah. Aku menyimpul tanganku dan bersandar di badan keretaku.

Zarif pun keluar dari keretanya dan aku bersalam dengannya. Zarif hanya tersengih kepadaku.

"Ika menang hari ni. Sekarang Ika nak hadiah." Ujarku sambil menghulurkan tangan kepadanya.

"Dalam rumah hadiah tuh."

Aku terus masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilik. Aku membuka lilitan shawl dan blazer kerjaku ke atas katil.

Aku baring di atas katil dengan kaki yang terkangkang. Zarif masuk ke dalam hanya tersenyum. Dia mencabut blazer dan tienya. Dia mendekati diriku dan dia baring betul-betul dekatku.

"Bang, mana hadiahnya?" Tanyaku sambil membetulkan kedudukan di atas katil.

Zarif bangun dan membuka laci kecil di almari dan mengambil sebuah kotak bersaiz sederhana. Dia menuju ke arah katil semula dan duduk di sebelah. Dia mengeluarkan seutas rantai yang sangat aku kenali.

"Bang, ni kan...."

"Ha'ah. Ni rantai yang Ika nak masa form 3. Masa Ika dengan Nik cari hadiah untuk umi. Ika minta abang belikan rantai ni tapi abang kata kalau Ika jadi GF abang, abang akan belikan rantai ni. Ika marah abang terus pergi kat Nik. Abang pandang Ika kesian tengok Ika merajuk. Abang belikanlah rantai ni tapi abang simpan rantai ni dan abang bagi kotak kat Ika. Ika ambil kan kotak tuh?"

"Ika ambil tapi Ika tak bukak pun kotak tuh. Ika simpan dan kotak-kotak yang abang bagi dulu pun Ika ada bawak ni." Kataku sambil mengambil beg kecil yang ada di bawah katil.

"Hahahaha. Abang ingat Ika dah buang. Ika nak tak hadiah ni?"

"Mestilah nak!"

Aku menyelakkan rambut ke bahu kiriku. Zarif memakaikan rantai itu ke leherku. Aku memandang ke arah rantai itu. Aku tersenyum apabila teringat kenangan ketika di ECM dulu. Aku melihat kepada biji rantai itu boleh dibuka. Aku membuka biji itu dan aku melihat dua keping gambar yang kecil. Aku menoleh ke arah Zarif.

"Abang ke yang letak gambar ni?"

"Ha'ah."

"Tapi macam mana abang dapat gambar Ika?"

"Hehehe. Dalam phone abang ni." Katanya sambil tersengih dan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Setahu Ika, gambar ni masa kat.... LANGKAWI!" Kataku separa menjerit apabila melihat gambar itu yang ada tugu burung helang.

"Ha'ah. Kan kita ada amik gambar kat situ. Ika suruh Nik amik gambar Ika. Lepas Nik amik gambar tuh, dengan menggunakan otaknya yang bijak dia pura-pura keluarkan phone dia kononnya ada mesej masuk. Tapi sebenarnya dia hantar gambar Ika tuh masuk dalam phone dia melalui Whatsapp. Lepas dia bagi semula phone kat Ika, dia terus bagi gambar tuh kat abang. Dan tuh sebenarnya idea abang." Dia terus ketawa terbahak-bahak.

Aku memukul lengannya dengan sekuat hati untuk membuang geram padanya. Aku mengambil telefonnya dan membuka gallery. Memang benar katanya itu. Malah dalam gallerynya itu boleh dikatakan hampir penuh dengan gambar wajahku.

Aku cuba menanyakan bagaimana dia dapat semua gambar itu. Belum sempat aku membuka mulut, dia telah mengambil telefonnya.

"Abang, cepat cakap. Macam mana abang dapat semua gambar Ika?" Tanyaku sambil tersengih kepadanya.

Tetapi Zarif tidak menjawap soalanku, malah dia terus mengambil tualanya dan masuk ke dalam bilik air.

'Eleh, nak mengelak dari aku,' Bisik hatiku.

*************************

Esoknya aku pergi ke pejabat seperti biasa. Hari ini adalah hari bertuahku kerana Harraz pergi outstation bersama pekerja yang lain.

Sepatutnya aku juga perlu pergi ke sana tetapi aku bernasib baik kerana seorang pekerja dengan sukarela mengantikan tempatku itu. Harraz juga ingin menarik diri tetapi dihalang oleh pekerja yang lain.

TOKK!! TOKK!!

"Masuk!"

Pintu bilikku dibuka. Aku masih tekun melihat dokumen yang berselerak di atas meja.

"Assalamualaikum, Miss Mikaela."

Teguran itu membuatkan aku berasa pelik.

'Aku rasa dalam office ni, semua dah tahu aku dah kahwin. Tapi aku rasa hanya seorang aje yang buat-buat tak tahu. Tu pun dia tak ada kat sini,' detik hatiku.

Aku mengangkat mukaku untuk memandang wajah orang itu. Aku membulatkan mataku sebesar cermin mata bulatku yang sedang dipakai. Aku meletakkan pen secara perlahan-perlahan.

"Wa..alaikumussalam. Aniq, buat apa kat sini?"

"Salah ke I nak datang sini jumpa kawan lama I sendiri?"

Ayat itu membuatkan aku berasa tidak sedap hati. Badanku ini berasa seperti ingin melarikan diri.

'Ya Allah, kenapa engkau memberikan dugaan seberat ini kepadaku. Aku tak sanggup untuk menahan perit ini. Aniq, dia adalah kawan baik aku, Umi dan Zarif sejak lima tahun lagi. Dia sudah menaruh harapan kepadaku, Ya Allah. Aku tak sanggup untuk menyakiti hati kawan baikku yang sudah tidak berjumpa. Aku mohon kepadamu Ya Allah supaya membuka hatinya untuk menerima takdir ini.'

Itu sahaja yang mampu dibuat di dalam hati. Berdoa kepada-Nya supaya dapat membuka hati Aniq yang sudah lama mempunyai hati kepadaku.

"Aniq, aku nak tanya semula. Kau buat apa kat sini?"

"Saje nak jumpa dengan you."

"Aniq, boleh tak guna panggilan yang selalu kau guna? Gelilah kalau dengar kau guna 'I you' ni."

"Ok ok. Apa khabar?"

"Macam kau tengok sekarang, aku tengah duduk kat tempat duduk di atas kerusi arwah ayah aku...."

"Ouhh. Putri, sebenarnya aku nak minta maaf dan takziah sebab masa ayah kau meninggal, aku dah dalam flight ke Australia."

"Tak apa lah. Lagipun dah 17 tahun ayah aku dah tak ada. Apa khabar adik kau? Sihat ke?"

"Alhamdulillah. Lepas dapat rawatan kat Australia tuh. Adik aku dah makin sihat."

"Syukur Alhamdulillah. Bila aku boleh jenguk dia? Boleh lah aku ajak Umi dengan Ridzhuan."

"Petang ni pun boleh. Okey lah. Aku balik dulu. I'm sorry if i just disturb you."

"Its okay, babe. Hati-hati bawa kereta tuh. Kirim salam kat mummy daddy kau."

Aniq hanya membalas dengan menggunakan simbol 'ok' dijarinya. Aku terus menghembus nafas lega.

Aku juga terperasan dengan riak wajah Aniq berubah apabila memandang ke arah satu bingkai gambarku yang ada di atas mejaku. Aku mengambil bingkai itu dan aku melihat bingkai itu mempunyai gambar perkahwinan aku dan Zarif.

Aku hanya menepuk dahiku. Aku sudah terlupa bahawa di atas mejaku mempunyai bingkai gambar perkahwinanku itu.

******

"Abang, jom pergi jenguk Anis."

"Anis? Siapa tuh?"

"Alah, abang takkan dah lupa. Anis, adik Aniq. Takkan abang dah lupa kawan baik sendiri kot."

"Aniq? Aniq Naufal?"

"Haa.. Betul lah tuh. Jom lah." Ajakku sambil menarik lengannya yang dipenuhi dengan otot.

"Bukan ke dia kat Australia? Bila dia balik? Macam mana sayang tahu dia dah balik?"

"Abang, boleh bagi satu per satu soalan tuh? Ok, Ika akan jawap. First, ya memang sebelum ni dia kat Australia. Second, dia dah balik kelmarin. Third, Ika tahu sebab kitaorang ada terjumpa masa lunch dengan Umi dan Widya kat restoran kesukaan Ika."

Zarif hanya mengangguk. Aku menghembus nafa yang lega kerana takut Zarif yang mempunyai perasaan cemburu kepadaku.

"Dah tuh. Takkan nak pergi rumah dia pakai macam ni? Pakailah tudung sayang oii."

Aku hampir terkejut apabila Zarif menegur aku dan membuatkan berasa malu dan terus masuk ke dalam bilik.

******

"Assalamualaikum..." Aku dan Zarif memberi salam secara serentak.

Pintu rumah itu dibuka oleh seorang wanita yang berusia lebih kurang 50-an. Aku dan Zarif tersenyum kepada wanita itu.

"Waalaikumussalam. Ni mesti Putri dan Zarif, kan? Dah besar dah ya. Selamat pengantin baru ya. Aunty tahu ni pun dari umi dan mama kamu berdua. Lagipun kita bertiga sekeluarga kan rapat dari dulu. Masuklah Putri, Zarif."

Kami berdua hanya menurut arahan. Kami duduk di atas sofa yang berada di ruang tamu. Aku mengerling disekeliling rumah ini. Walaupun sudah 17 tahun tidak diduduki oleh keluarga itu tetapi masih cantik seperti kali terakhir aku pergi ke rumah ini.

"Bang, cantik lagi rumah ni walaupun dah lama tak ada orang cuma tinggal pembantu rumah yang setia."

"Ha'ah kan, sayang."

Aku bangun dari sofa untuk melihat seluruh sudut di rumah itu.

"Kak Ela?"

Panggilan itu seperti pernah didengari sebelum ini. Aku menoleh ke arah suara itu.

"Anis?!"

Aku berpelukan dengan orang itu yang bernama Anis. Pelukan kami itu sangat erat.

"Kak Ela, Anis rindu akak."

"Akak pun sama," balasku selepas meleraikan pelukan itu.

"Umur dah berapa, Nis?"

"Dah 18, kak."

"Alah, dah besar dah dia ni. Last jumpa dulu Anis baru 2 tahun, kan. Macam mana Anis boleh ingat muka akak?"

"Mana boleh lupa muka akak tuh. Kan akak dulu tolong Anis berjalan, suapkan makanan, main dengan Anis. Haaa, kak. Mana abang Zarif?"

"Ada kat depan. Nak jumpa dia ke?"

"Nak!"

Aku menarik tangannya menuju ke ruang tamu. Aku memanggil Zarif dengan panggilan 'abang'. Itu membuatkan Anis berasa pelik. Aku terus menjelaskan semua kepadanya.

"Akak dengan abang Zarif dah kahwin ke? Alhamdulillah doa Anis sebelum ini termakbul jugak." Katanya sambil melompat kegembiraan.

"Slow lah sikit. Abang Anis tuh tak tahu. Jadi biarlah dia tahu sendiri."

"Tapi kenapa akak nak sorokkan benda ni? Akak tahukan kalau semakin lama sorokkan benda ni, makin lah abang Aniq tuh taruh harapan pada akak."

Kata-kata itu membuatkan aku mengeluh berat. Aku tahu jika perkara ini lambat diberikan kepada Aniq, hatinya tidak akan dapat menerima semua ini. Cukuplah hanya orang yang tidak begitu rapat sahaja yang mengacau hidupku yang sedang bahagia ini.

"Akak, nak saya tunjukkan bilik abang?"

"Tak apa. Akak ingat yang mana bilik abang Anis tuh."

Anis hanya mengangguk. Aku terus menaiki tangga rumah itu menuju ke bilik Aniq. Aku mengetuk pintu bilik itu sebanyak tiga kali.

"Aniq, ni aku. Bukalah pintu ni."

Tiada sahutan tetapi pintu bilik itu hanya terbuka. Aku masuk ke dalam bilik itu dan aku melihat Aniq sedang duduk di hujung katilnya. Aku mendekatinya dan duduk jauh sedikit darinya.

"Aniq, kenapa ni?"

Tiada jawapannya darinya. Itu membuatkan aku mengeluh berat.

"Aniq, aku nak bagitau kau sesuatu. Dalam keluarga kau ni semua dah tahu pasal aku dan Zarif......."

"Putri, aku dah tahu yang kau dan Zarif dah kahwin. Aku redha dengan keputusan-Nya. Aku memang dah agak yang kita memang tak ada jodoh. Aku berharap yang perkahwinan kau dan Zarif bahagia."

Ayat itu membuatkan air mataku mengalir dengan lajunya. Aniq memelukku tanpa segan silu. Aku teragak-agak hendak membalas pelukannya. Aku ternampak Zarif di pintu bilik dan hanya tersenyum yang mempunyai maknanya.

Aku tersenyum semula kepadanya kerana memahami senyuman itu. Aku membalas pelukan itu dan Zarif masuk ke dalam bilik itu dan juga memeluk kami berdua. Kami bertiga berpelukan dengan mesra.

"Putri, Zarif koranglah BFF aku till Jannah," ujar Aniq selepas meleraikan pelukan itu.

"Zarif, kau janji dengan aku yang kau akan jaga Putri baik-baik. Kalau aku dengar Putri ni menangis sebab kau, aku tak teragak-agak akan ambil dia dari kau." Aniq mengingatkan Zarif dalam masa yang sama mengugutnya.

Aku tergelak apabila Zarif membuat tabik kepada Aniq seperti tabik kepada ketua pemimpin. Aniq juga tidak teragak-agak membalas tabik tersebut. Aku sudah masak dengan mereka berdua ini jika berjanji sesama sendiri.

"Aniq, kita orang balik dulu lah. Nanti kita jumpa semula ya. Kali ni dengan Umi pulak, ok?"

"Bereh, bohh."

Aku, Zarif dan Aniq keluar dari bilik dan menuju ke pintu rumah itu. Mummy kepada Aniq ada mempelawa aku dan Zarif makan malam di rumahnya tetapi Zarif hanya menolak dengan cara baik. Aku dan Zarif terus masuk ke dalam perut kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience