Bab 11

Romance Series 10132

Bab 11

Satu hari menyambut hari lebaran, badan belakangku sudah lenguh. Aku cuba untuk mengurut belakangku. Tiba tiba datang satu tangan mengurut bahagian belakangku.

"Ouh, thanks angah." Ucapku sambil tersenyum kepadanya.

"Welcome," jawapnya.

"Ok dah ke?"

"Dah ok sikit, terima kasih lah ya."

"No problem," balasnya sambil memberikan senyuman kepadaku sebelum keluar dari bilikku.

Aku mengambil tualaku lalu menuju ke bilik air yang berada di dapur untuk membersihkan diri.

***********

Pada sebelah malam ini, aku menemani sanak saudara yang kecil kecil bermain bunga api dengan luar.

Aku hampir ketawa apabila telatah Nik dan Izzduddin yang sedang bermain bunga api seperti budak kecil. Tiba tiba ada satu tangan mehinggap ke bahuku.

"Ridzhuan?"

"Tak main sekali ke?" Tanya Zarif sambil menunding jari ke arah Nik yang sedang memanggil kami berdua.

"Kau pergi lah. Aku nak masuk dulu," belum lagi aku menoleh ke belakang, Zarif sudah memegang tanganku dengan erat.

Aku memandang tepat ke arah bola matanya tetapi aku dapat merasakan seperti ada renjatan elektrik. Zarif terus menarikku ke arah Nik dan izzuddin berada. Dia mengambil dua batang bunga api dan hulurkan kepadaku.

Aku memahami perbuatannya kerana ketika itu aku sedang memegang lighter. Aku terus membakar bunga api itu. Aku ketawa sehingga memegang perutku menahan sakit apabila melihat telatah si Zarif. Tiba tiba aku terdiam.

"Ridzhuan, t...tu Harraz kan?" Tanyaku sambil menunding jari ke arah satu rumah.

"Ha'ah. Kenapa?"

"Dia satu kampung dengan kau?"

Dia hanya mengangguk dan menunduk. Ketika itu aku dapat merasakan Harraz telah memerhatikan kami berdua dari jarak yang jauh. Ketika adik-adik saudaraku sudah puas bermain bunga api, aku mengarahkan mereka masuk ke dalam rumah. Mereka hanya menurut.

"Kau takut dia ke?"

"Syutt...." kataku sambil menekup mulutnya. Aku terus menarik Zarif masuk ke dalam rumah.

******

"Mika, kau ok tak?" Tanya Zarif ketika melihat aku mundar mandir di bilikku.

"Aku ok tapi...." kataku lalu duduk jauh sedikit darinya.

"Tapi apa?"

"Sebenarnya aku bercadang nak beraya kat rumah tuh esok."

"Lah. Tu aje ke?"

"Tapi aku dah janji dengan Rayyan," balasku.

Mataku sudah tidak boleh bertahan dari mengantuk. Aku dapat merasakan seseorang membaringkanku ke atas katil.

Tiba tiba aku dapat merasakan ada sesuatu yang menyentuh dahiku. Selepas itu dapat mendengar bunyi pintu bilik tertutup seperti orang itu sudah keluar.

**********************

Hari kedua ini aku dan Zarif bersama anak saudaraku, Rayyan pergi beraya ke kampung Harraz. Aku meminta back up dari Zarif untuk menemaniku.

Setelah kami bertiga memberi salam ada seorang wanita yang berusia lebih kurang sama umur dengan umi. Wanita itu menjemput kami masuk ke dalam rumahnya.

Kami bertiga duduk di sofa. Wanita itu mempelawa kami minum di meja makan. Aku dan Zarif hanya mengangguk. Wanita itu terus menghilang.

Rayyan sedang makan kuih-kuih raya yang berada di atas meja berdekatan dengan sofa. Aku hanya memerhatikannya makan. Zarif sudah menjamu selera di meja makan.

"Mika, nasib baik dia tak ada tadi. Mak cik tadi cakap Harraz dah keluar dengan sedara dia pergi beraya." terang Zarif membuatkan aku menghembus nafas lega.

"Rayyan dah siap makan? Kalau dah, pergi panggil mak cik tadi nak duit raya." Kataku kepada Rayyan yang sedang meneguk air teh.

Si kecil itu mengangguk lalu pergi ke dapur di mana mak kepada Harraz duduk. Wanita itu menuju ke ruang tamu di mana aku dan Zarif berada. Aku bersalam dengan wanita itu meminta diri untuk pulang.

Setibanya kami keluar dari perkarangan rumah Harraz aku ternampak kelibat Harraz bersama saudaranya. Aku cuba melarikan diri tetapi di halang oleh Zarif.

"Kita buat tak macam tak kenal dia aje," katanya. Aku hanya mengeluh dan cuba memberanikan diri.

Aku hanya menunduk. Ketika kami bertiga sudah berjalan di hadapan Harraz dan saudaranya, Zarif terus menarik aku dan Rayyan dengan pantas.

Pergerakan Zarif itu membuatkan Harraz tidak perasan kelibat kami di situ kerana sedang rancak berborak bersama saudaranya.

"Ridz, thanks."

"Welcome." Balasnya sambil memberikan senyuman kepadaku.

*Zarif

Ketika kami berjalan kearah bertentangan dengan Harraz, aku melihat Harraz memandang ke arahku dengan muka yang bengis tetapi ketika dia memandang ke arah Mika mukanya mengukir senyuman yang lebar hingga ke telinga.

Hatiku berasa sangat sakit apabila melihat mukanya itu. Aku terus menarik Mika dan Rayyan. Pergerakanku menjadi pantas.

Ketika jarak kami hanya sekangkang kera aku sempat membuat pandangan jelingan maut kepadanya. Harraz hanya tersenyum sinis.

**************

*Mikaela

"Mika!!"

"Terkejutlah!" Terkejut beruk aku dibuatnya apabila Zarif menegurku secara mengejut.

"Sampai ke mana dah tadi?" Usiknya.

"Tak ke manapun. Kat rumah ni jugak," jawapku.

Zarif hanya mengangguk. Aku memandang Zarif yang sedang membuat riak muka yang sedih dan sedikit pucat.

"Kenapa kau ni. Kau demam lagi ke?" Kataku sambil menyentuh dahinya. Tanganku ditepis olehnya.

"Aku tak demam lah."

"Dah tuh kenapa muka kau pucat?"

Diam. Tiada jawapan darinya. Aku mengeluh lalu melangkah ke dalam rumah. Tiba tiba tanganku ditangkap oleh Zarif.

"Aku sakit....."

"KAU SAKIT APA?" Jeritku.

"Aku sakit perut lah." Jawapnya sambil memegang perutnya.

"Jom masuk dalam," kataku sambil memanggil Nik untuk memapah Zarif.

******

"Perut kau dah ok ke?"

Dia hanya mengangguk. Dia terus menarik selimutnya untuk menutup badannya. Aku terus keluar dari biliknya selepas memastikan Zarif sudah tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience