Completed
3348
“Assalamualaikum," ucapku. Awak dah sampai, dari tadi saya tunggu awak.
"Waalaikumsalam," Jawabnya. "Awak tunggu saya?" Soalnya yang agak terkejut dan seakan tidak percaya. Salah ke aku tunggu dia?
"Ahalah, kenapa awak macam terkejut. Tak boleh ke saya tunggu awak?" Soalku yang sedikit kehairanan melihat reaksi Azhar. Dia segera mengelengkan kepala dan tersenyum padaku.
"Hari ini awak tak payah makan roti. Awak pergi duduk dekat sana tu. Kejap lagi saya datang yer.” Arahku kepada Azhar dan segera berlari untuk mengambil sesuatu. Dia hanya menurut sahaja kataku yang suka mengarah ini dan duduk ditempat biasa kami.
Aku membawa keluar mangkuk tingkat berisi nasi dan sup ayam yang aku sendiri masak pagi tadi dan juga air lemon campur madu sekali lagi. Aku meletakkan mangkuk tingkat itu di atas meja dan terus membukanya.
"Hari ini awak tak payah makan roti tapi makan nasi. Saya ada bawakan bekal nasi dan sup awak untuk awak. Ini semua saya masak sendiri tapi saya tak tahu sedap ke tak. Saya main hentam je masak ni." Ujarku tergelak kecil. Harap-harap dia sukalah dengan maskan aku ni, pertama kali aku memasak untuk orang lain.
"Terima kasih Zaty buat susah-susah je. Saya tahu mesti sedap ni." Ujarnya yang malu-malu dan memuji masakanku yang belum dirasanya lagi. Pandai betul amik hati. Aku pula yang rasa kembang hidung.
Aku memerhatikan sahaja dia makan dengan berselera. Seperti sudah lama tidak makan nasi. Aku gembira kerana dia suka dengan masakanku namun dihatiku masih lagi risau apabila melihat dia masih lagi terbatuk-batuk walaupun tak seteruk dulu. Riak wajahnya sudah semakin pucat dan tidak bermaya. Dia masih mampu tersenyum walaupun senyumannya tengelam disebalik wajahnya yang pucat lesi.
"Awak ni betul ke sihat? Kata batuk biasa tapi kenapa saya tengok muka awak macam pucat. Jangan-jangan awak betul tengah sakit. Baik awak jujur aje dengan saya." Ujarku dengan nada yang tegas dan renungan yang tajam kearahnya.
Share this novel