BAB 9

Drama Completed 3348

Dari awal kenal lagi aku perasan wajahnya yang kurang bermaya tapi hari ini Nampak teruk sangat, sekali dengan batuk. Mungkin dia tak sihat?

"Awak ok tak ni. Awak tak sihat ke?" Soalku ingin tahu dengan wajah yang gelisah. Walaupun soalanku seperti ' sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula' tetapi aku inginkan kepastian dari mulutnya. Risau aku melihatnya tidak berhenti terbatuk.

"Saya tak apa apa, terima kasih yer, saya pergi dulu." Jawabnya tergesa-gesa meminta diri mahu pergi.

"Azhar nanti dulu, awak duduk dulu dekat situ boleh. Saya bawakkan air mineral. Tunggu tau." Arahku padanya supaya duduk sebentar dikerusi yang tersedia didalam kedai ini dan aku bergegas mengambil air mineral yang dijual didalam kedai ini.

"Awak minumlah air banyak banyak, risau saya tengok awak batuk tak berhenti. Betul awak tak apa apa?" Soalku lagi mencari kepastian. Mataku tepat memandang wajah. Serius aku tak percaya bila dia kata dia baik baik sahaja, jika dilihat dari wajahnya tika ini yang pucat lesi, jelas sekali dia tidak sihat. Mungkin dia demam. Seandainya aku boleh menyentuh dahinya, pasti aku tahu dia demam atau tidak tapi mana boleh aku menyentuh lelaki yang bukan muhrimku. Haram!!

"Betul saya tak apa apa, mungkin sebab terbau banyak sangat asap atau habuk masa dekat bengkel tadilah ni." Katanya diselangi dengan batukan yang sudah semakin berkurang.

"Awak buat apa dekat bengkel, motor awak rosak yer," Tekaku penuh yakin. Aku memang tahu dia mempunyai motor kerana aku pernah nampak dia parking motor dihadapan kedai ini.

"Eh tak adalah, sebenarnya saya kerja mekanik dekat bengkel," Jelasnya ringkas. Walaupun ringkas tapi aku faham maksudnya. Selama ini aku memang tidak tahu apa pekerjaannya. Tidak terfikir pula aku mahu mengambil tahu soal pekerjaannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience