Completed
3348
Oleh kerana itulah kini aku berada disini. Membantu kak Aryna di kedai roti dan kek Aryna bakery'. Akhirnya sudi juga aku menerima perlawaan kak Aryna untuk bekerja dikedainya sementara menunggu peluang pekerjaan yang lain. Disebabkan kedai kek dan roti ini baru 5 bulan beroperasi, jadi kak Aryna memerlukan lebih bantuan untuk membantunya dikedai.
Aku fikir bila bekerja dengan kakak sendiri banyaklah kelebihannya, kerja akan lebih senang tapi untuk seorang 'adik' yang pemalas dimata ‘kakak’, sudah pasti menjadi peluang untuk seorang 'kakak' membuli 'adiknya'.
"Ah!! kak Aryna tak berhati perut, selalu saja ingin kenakan aku, kak Aryna kejam!!. Baru hari pertama, diberinya aku kerja yang banyak pula itu. Aku disini cuma membantu bukannya 'babu' tapi gaya kerjanya sudah seperti pembantu rumah kak Aryna aje. Kak Aryna tak nampak ke badan aku ni sudah bermandi peluh." Bebelku didalam hati yang menyesal kerana berada disini. Renungan yang tajam aku lemparkan pada kak Aryna, walaupun tak dipeduli aku masih nak tunjukkan muka 'protes' ku ini.
"Kak Aryna, kenapa banyak betul kerja dekat kedai kak Aryna ni. Penatlah Zaty." Rungutku sekali lagi mencebikkan bibir. Aku merasakan kak Aryna tidak tetap memberi aku tugas.
Kak Aryna kata aku akan membantu dibahagian hadapan kedai. Menjaga kaunter pembayaran, melayan pelanggan dan mengambil tempahan tetapi hari ini aku bekerja seperti pembantu, semua kerja aku buat. Membantu di dapur, aku juga membantu didepan malah aku juga yang menjadi tukang kemas. Kalau ini kedai makan, mungkin aku disuruh cuci pinggan mangkuk. Hishh tak sanggup aku.
Aku tahu kak Aryna tidak cukup pekerja ditambah pula ada seorang pekerja yang bercuti hari ini. walaupun aku cuma membantu tetapi aku penat. Tengoklah nanti aku minta upah yang tinggi dengan kak Aryna atas usaha kerasku hari ini. Berkira betul aku.
"Hish kamu ni dari tadi tahu merungut aje, buat ajelah kerja akak suruh tu..apa salahnya tolong-menolong, buat kerja lebih sikit. Dapat pahala. Zaty jangan nak melebih-lebih, akak tak rasa pun akak bagi kamu kerja banyak. Lagipun pelanggan bukannya ramai yang datang dari tadi. Hishh nyesal pula bawa kamu kesini. Kamu tu yang pemalas sangat. Baru hari pertama dah merungut. lagipun kamu tu dah lama berehat dekat rumah, macam mana nanti kerja kat tempat orang. Tak malu ke dekat kak Jannah, kina, amir. Semuanya tengok perangai pemalas kamu tu." Bebel kak Aryna panjang lebar seperti mak nenek tua.
Share this novel