BAB 3

Drama Completed 3348

Umur baru 28 tahun tapi perangai dah macam mak nenek. kalau dia dah bersuara memang aku tak dapat nak serang balas. Lawan aku ni bukannya lawan biasa, selalu jadi juara pidato masa dekat sekolah dulu. Kak Aryna ni sesuai menjadi peguam bukannya pembuat roti.

Aku memerhati keadaan sekeliling, memang benar mereka semua memerhati kerenahku ini tapi aku tahu mereka tidak kisah kerana wajah mereka semua terukir dengan senyuman. Mungkin mereka merasakan aku ini bukannya mengada-ngada tetapi comel dan manja. he he...

"Hishh akak ni membebel aje, kak Jannah, kak kina dengan abang amir tak kisah pun, akak tu yang lebih-lebih. Saya bukannya pemalas tapi saya geram sebab hari pertama kerja akak dah suruh saya buat macam-macam kerja. Tahu tak saya penat jadinya. Tak guna akak nak menyesal, saya dah ada pun dekat sini." Tegas aku menjelaskan isi hatiku dengan bermacam alasan. Geram pula bila kak Aryna kata menyesal bawa aku kesini, patutnya aku yang cakap macam tu.

"Zaty ni memang suka menjawab, hari ini je banyak kerja kamu kena buat. Itu pun sebab sarah cuti emergency. Esok akak bagi kerja senang. Duduk ajelah kamu dekat kaunter tu tunggu orang datang bayar. Baru kamu tahu macammana rasanya."

"Rasa macam mana? Best apa kerja duduk aje, huh dahlah malas nak berperang dengan akak. Saya nak susun roti ni dekat depan." Dengusku yang akhirnya mengalah.

Dengan wajah yang tidak berpuas hati aku mengangkat dulang berisi roti untuk disusun di rak kedai.

Gedegang... satu perlanggaran berlaku antara aku dan seorang pelanggan lelaki. Dek kerana sikapku yang tidak berhati-hati, telah berlaku incident kecil yang mungkin akan bertukar menjadi besar jika pelanggan ini dan kak Aryna mengamuk nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience