BAB 24

Drama Completed 3348

Hatiku berbisik meminta aku melepaskan dirinya, sungguh aku benar benar tidak mampu, biar pun sejuta orang memujukku aku masih tidak mampu. Hanya aku yang dapat memujuk diriku melepaskannya dirinya pergi. Aku perlu redha dengan kepergiannya.

Aku tidak pernah menduga perkenalan kami sesingkat ini. Tiada sesiapa yang dapat malawan takdir yang ditetapkan oleh allah. Seandainya aku tahu ini yang akan terjadi aku tidak akan melepaskan dia pergi hari itu.

Kini Azhar telah pergi selamanya menghadap illahi. Memang tidak diduga. Aku perlu redha walaupun banyak penyesalan yang ingin aku katakan. Aku ingin katakan yang aku menyesal kerana memaksanya mengaku dirinya sedang sakit sedangkan dia berusaha untuk menyembunyikannya dari pengetahuanku. Malah sakitnya itu bukannya sakit atau demam biasa tetapi penyakit yang telah lama ditanggungnya sendiri.

Selama ini dia menyimpan duit untuk membeli ubat-ubatan. Walaupun tahu hidupnya tidak lama tetapi dia masih berusaha mengumpul duit untuk kos pembedahan kerana mahu terus hidup. Aku menyesal tidak berada disisinya ketika saat saat terakhirnya. Aku juga menyesal tidak sempat mengungkapkan yang aku cinta padanya. Aku ingin katakan yang aku menyesal tetapi tiada gunanya lagi kerana aku perlu redha dengan pemergiaannya. aku hanya mampu mendoakan dia bahagia disana.

Kini aku sudah merasai betapa pedihnya perpisahan. Selepas ini aku akan lebih menghargai mereka yang berada disekelilingku terutamanya keluargaku. Ibu, abah, kak long, abang ngah, kak Aryna dan menghargai diriku sendiri. Aku akan menjadi lebih bertanggungjawab dan membahagiakan merka yang berada disekeliling kerana aku sedar hidup ini sangat singkat. Bila-bila masa sahaja allah boleh mengambil nyawa kita. Hargailah masa yang ada dan jangan sia-sia kan nya.

Dihadapan pusaranya, aku memakai tudung biru hadiah pemberiannya yang terakhir dan dihadapan pusaranya aku ingin menyatakan yang ‘aku sayang padanya’.

Aku pernah bertanya pada diriku. Adakah aku menyesal kerana datang kesini dan bekerja dengan kak Aryna ? Tidak! malah aku bahagia kerana dipertemukan dengannya. Meskipun hanya seketika tetapi aku tetap gembira dengan perkenalan yang singkat antara aku dan dirinya. Selamat Jalan Azhar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience