Completed
3348
"laa Azhar ke? akak tak perasan kamu tadi. Azhar sorylah Zaty ni pekerja baru, hari pertama kerja. Tak betul sikit kerja, cuai sangat." ujar kak Aryna dengan nada sinis dan matanya menjeling tajam kearahku. Menyakitkan hati betul kak Aryna ni.
"Tak apalah kak, saya kan dah kata salah saya juga tak berhati-hati tadi. Maafkanlah saya, janganlah akak marah dekat dia. Saya akan bayar untuk roti yang jatuh tu." Lelaki itu bertutur dengan nada yang sopan sekali. Lemah lembut dan berbudi pekerti. Menarik hati sesiapa yang mendengarnya. Kalau ada mak cik-mak cik yang berkumpul disini, pasti mahu dibuatkan menantu.
"Kalau akak marah pun tak lari mana pun dia ni, hishh tak payahlah kamu nak bayar roti yang jatuh tu, memang bukan salah kamu pun." Kak Aryna tetap bertegas menyatakan kejadian ini bukannya salah lelaki itu walaupun lelaki itu berulang kali mengakuinya. Hal ini menyebabkan aku merasa sangat malu kerana tidak berani mengakui kesalahan dihadapan kakakku.
"Azhar amiklah roti yang baru, ari ni akak belanja kamu."
"Biar betul akak, kalau macam tu, takkanlah saya nak tolak rezeki." Katanya lalu tersenyum.
Aku hanya mendengar perbualan mereka. Kata-kata kak Aryna sememangnya sedang memerliku. Aku mencebikkan bibir mendengar perlian itu. Aku memandang wajah lelaki itu sebelum ia pergi, cuba mengingati wajah itu supaya aku akan mengecamnya apabila kami bertemu lagi.
Seusai sahaja lelaki itu berlalu pergi, mulut yang dari tadinya terkunci mula berbunyi kembali.
"Hishh malunya saya, akak ni perli-perli saya pula. Saya tahulah memang salah saya." Dengusku geram.
"Dah tahu salah kenapa tak nak mengaku. Memang perangai kamu macam tu, tahu pula kamu malu." Kata-kata kak Aryna menambahkan sakit hatiku. Kak Aryna memang sangat mengenaliku, memang sikapku jika melakukan kesalahan aku akan berdiam diri.
Share this novel