BAB 21

Drama Completed 3348

"Sebab tu Zaty paksa dia, Zaty tak nak dia macam Zaty, sembunyikan dia sakit, demam. Lama- lama nanti melarat. Menyusahkan orang sekeliling."

"Mana kita tahu yang dia tak pergi klinik periksa, mungkin dah cuma dia tak nak beritahu. Takkanlah semuanya dia nak kena beritahu Zaty. Zaty dengan dia baru kenal tak sampai sebulan.

"Kak Aryna." Aku memandang kak Aryna dengan wajah yang geram. Apa yang dikatakan kak Aryna itu benar. Aku baru berkenalan dengannya tidak sampai sebulan. Tak mungkinlah dia nak kongsikan segalanya padaku.

"Zaty nak balik." Ujarku bergegas keluar dari kedai itu. Tak ada mood aku nak kerja hari ini.

Malam tadi aku telah berfikir masak-masak. Aku sedar dan mengaku ini adalah salahku. Hari ini aku mahu meminta maaf padanya tapi kenapa dia masih tak muncul lagi. Mukaku berubah sedih. Aku tahu dia mesti merajuk dan marah denganku. Mesti dia tak nak datang sini dah. Mana aku nak cari dia.

Tiba tiba aku ternampak kelibatnya diluar pintu kaca kedai ini, aku segera berlari kearah pintu itu. Namun aku hampa kerana dia telah hilang dari pandangan, aku menemui satu kotak yang dibungkus seperti hadiah dan ada nota diatasnya yang tertera namaku. Aku tahu kirimannya pasti Azhar. Aku dapat merasakan Azhar masih ada disekitar sini. aku tercari-cari Azhar dan memanggilnya tetapi dia tidak muncul juga.

"Azhar keluarlah, saya tahu awak ada dekat sini lagi, saya minta maaf Azhar. Saya minta maaf sangat sangat sebab paksa awak. Saya tak ada niat pun. Awak janganlah marah lagi. Tolonglah keluar." Kataku dengan nada yang kuat, aku tidak kisah dengan mereka yang memandangku.

Aku hanya mahu Azhar mendengar panggilanku. Namun semuanya sia sia, hatiku hampa. Dia masih tidak muncul. Aku duduk di kaki lima kedai sambil merenung kotak hadiah ini. Air mataku mula menitis setitis. Kenapa hati aku rasa sakit sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience