Completed
3348
" lebih baik nanti kamu call balik. Jangan-jangan kamu dapat kerja dekat situ." Pesan kak Aryna. memang aku nak call balik pun nanti. Alhamdulilah kalau dapat kerja ni.
"Ok kak, sekarang juga saya call," Ujarku dengan nada teruja. Aku pantas menekan semula nombor itu yang telah tersimpan didalam log panggilan telefon. Aku menarik nafas sebelum panggilanku ini diangkat.
"Alhamdulilah!!" Ucapku selepas menamatkan panggilan yang singkat.
"Awak dapat ke?" Soalnya ingin tahu setelah melihat kegembiraan yang terpamer di wajahku.
"Alhamdulilah saya dapat." Ucapku sekali lagi dengan nada yang gembira. Tak sabar aku mahu memberitahu kak Aryna dan keluargaku yang lain tetapi aku tahan dahulu kerana mahu menemani Azhar sehingga dia pergi.
"Nanti awak tak kerja sini dah?" Soalnya dengan nada yang sedih dan riak wajahnya juga turut berubah. Sepatutnya dia tumpang gembira tapi kenapa dia kelihatan sayu aje. Aku yang melihat reaksinya itu turut tersentuh. Aku tidak menyangka seorang lelaki yang aku baru kenali tidak sampai sebulan mempamerkan wajah seperti tidak mahu berpisah denganku. Macam pasangan kekasih nak berpisah pula.
"Nampaknya macam itulah, awak janganlah sedih. Kita boleh jumpa lagilah, saya akan selalu datang sini. Kita kawan kan. Awak nak kan jadi kawan saya." Pujukku dengan lembut seperti memujuk budak kecil yang tak dapat ais krim. Aku juga menyatakan hasrat untuk menjadi kawannya.
Sebenarnya ini pertama kali aku mahu menjadikan lelaki sebagai kawan. Mungkin kerana sifatnya yang pemalu dan berbudi bahasa berbeza dengan lelaki yang pernah aku kenali. Kadang kadang aku lihat dia ni macam lurus bendul pun ada. Hishh tak baik aku fikir macam tu.
"Awak nak jadi kawan saya?" Ujarnya dengan nada terkejut." Pertama kali ada perempuan nak kawan dengan saya." Katanya lagi.
Share this novel