Completed
3348
"Mestilah malu, akak ingat saya ni robot. Tak ada perasaan. Ermm...kak Aryna akak kenal ke dengan lelaki tu?" Soalku dengan nada yang lembut dan berniat mahu mencari tahu siapa gerangan lelaki itu.
"Kenallah sikit sebab dia banyak kali jugalah datang dekat kedai akak ni, waktu macam ni lah dia akan datang."
"Dia tu nampak baik kan kak."
"Bukan nampak baik, memang baik pun. berbudi bahasa, hensem pula tu. cuma muka dia nampak pucat sikit macam orang sakit. Eh jap, kamu ni kenapa banyak tanya? Suka?" Usik kak Aryna dengan senyuman nakal.
"Hishh mana ada saya suka, saja tanya.. tetiba rasa bersalah pula dengan pelanggan tadi tu." Nafiku dengan tekaan kak Aryna itu. Mengarutlah mana mungkin aku suka pandang pertama pada seseorang.
"Owhh dengan dia kamu rasa bersalah, dengan akak tak rasa bersalah pula, tengok roti yang jatuh tu. Rugi tau akak. Akak potong gaji kamu."
"Akak ni, itu pun berkira. " Rajukku
"Mestilah, disebabkan kamulah perut akak ni dah rasa lapar. Dari tadi asyik membebel aje. Dahlah jom kita pergi makan." Ajak kak Aryna.
Keesokkan hari...
Hari ini kerjaku lebih ringan dari semalam kerana kak sarah sudah kembali bekerja. Aku diberi tugas menjaga dibahgian kaunter pembayaran seperti yang dijanjikan kak Aryna. Namun begitu, aku merasa sedikit kebosanan sebabnya pelanggan tak ramai. Memang betul apa yang dikatakan kak Aryna, bosan betul bila tak ada pelanggan tapi bila difikir-fikir bukan itu ke yang aku nak. Mungkin dah tiba masa aku sedar diri dan belajar untuk jadi rajin. Dengan berbesar hatinya, aku mula ringan tangan mahu menghulurkan bantuan dan ringan mulut meminta maaf dengan kak Aryna. Menyesal pula banyak melawan semlam. Terpaksalah mendengar kata-kata sindiran dan ditertawakan oleh kak Aryna.
Share this novel